Thursday, December 4, 2014

Pokok/daun bidara untuk syifa'

Tujuan ke nursery herba adalah mencari pokok pecah beling. Tetapi bila sudah berada di situ berbagai jenis pokok sangat mengujakan termasuklah keterangan berkaitan pokok bidara. Daun bidara dikatakan boleh menjadi sebagai alat pembersih seperti sabun dan syampu. Bahkan dikatakan juga ia boleh membantu untuk menghindarkan dari jerawat. Daun bidara juga dikatakan boleh membantu sebagai perawatan sihir. Cara yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:-
  1. Ambil 7 helai daun bidara Kemudian masukkan ke dalam air minuman - yang sebaiknya air kosong.
  2. Baca ayatul-Kursi dan Surah 3 Qul. Kemudian digalakkan membaca suroh-suroh seperti  Suroh Al-Maidah (82-91), Al-A'raf (70-81), Ar-Ra'd (16-28), Al-Anbiya' (38-50), As-Syura (185-227), Az-Zumar (42-52) , Al-Ghafir (67-77) dan Az-Zukhruf (52-70).
  3. Selesai membaca setiap ayat tersebut  hembuskan  ke dalam air yang ada daun bidara tadi.
  4. Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Daun dan buahnya - Mengambil dari pokok yang sudah besar di hadapan Sekolah Tun Fatimah. Pak Guard siap membantu lagi.
Menurut pakcik di nursery yang menjual kalau zaman dahulu daun ini juga digunakan oleh wanita sebagai salah satu campuran ketika mandi wajib sebaik bersih dari haid.Selain untuk mengelakkan gangguan sihir ianya juga dapat membersihkan alat sulit wanita. Wallahu'alam. Pada pandangan aku apa salahnya jika kita juga melakukannya sekarang memandangkan ianya tidak menimbulkan mudharat.
Daun - Muka hadapan dan belakang daun cantik
Tidak kurang juga ada di setengah tempat menjadikan daun bidara sebagai campuran untuk air mandian jenazah. Biasanya ianya dijadikan sebagai siraman yang pertama. 
Pokok Bidara - Baru dibeli di nursery herba tidak jauh dari rumah kami. Hari minggu ini dengan izin Allah akan kami pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Pokok ini boleh membesar sebesar pokok durian dan rambutan.
Biar apa pun kegunaan yang dilakukan, iktikad di dalam hati jangan sesekali terdetik yang daun ini sebagai penyembuh kerana segala kesembuhan yang diberikan adalah di atas kekuasaan Allah yang khaliq juga. Kita sebagai hambaNya diberikan akal untuk berusaha - itu saja.

~~ Berada di nursery herba dapat menimba berbagai ilmu berkaitan tumbuhan yang sebenarnya sangat banyak kegunaan dalam kehidupan seharian kita.~~
 

 

53 comments:

  1. Thanks Kakzakie.....info menarik!

    ReplyDelete
  2. pertama kli tgok ni.... byk khasiat nya ye kak

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kakzakie...banyak kebaikkannya yer...info terbaik ni kak...:)

    ReplyDelete
  4. info menarik ni Zakie.KY pertama kali tengok dan tahu khasiatnya. klau ada halaman yg luas bileh tanam, dan ajar anak2 menafaatkannya..sambil buat pahala..

    ReplyDelete
  5. semua ni zee tak tahu kak..moden sangat kan..hahahaa..
    banyak sebenarnya pokok herba di sekeliling kita..

    ReplyDelete
  6. Teringat pulak pantun Buah Bidara... :)

    ReplyDelete
  7. salams akak, tq sudi share kebaikannya dan juga ayat2 alquran:)

    pertama kali tgk pokoknya...biasa dengar jerk:)

    ReplyDelete
  8. sudah terbukti banyak khasiatnye,,
    terima kasih kak zakie share ilmu ni

    ReplyDelete
  9. terima kasih kakak kerana berkongsi info ni

    ReplyDelete
  10. menarik nyer info yg akak share kan..terima kasih kak

    ReplyDelete
  11. acik pun ada dengar pasal mandi atau minum 7 helai daun tu kakzakie.
    tapi betul kata kakzakie..semua tu ada lah ikhtiar..penyembuh adalah Allah yang Maha Kuasa

    ReplyDelete
  12. ya Allah kak..lieya mmg tak tau bab2 nieh...bagus gak aka share kan dpt gak ilmu...rasenye mcm selalu nampak pokok niey...tapi tau kebaikkan die .... betul kata akak, byk kegunaan tumbuhan/ulam2 sekeliling kite nie...antara tau atau tidak ajek...

    ReplyDelete
  13. tq for sharing kak...lynn tak pernah tahu pasal pokok nie...bagus nie kalau tanam kat rumah...

    ReplyDelete
  14. subhanallah, bermacam yg Allah ciptakan semuanya untuk digunakan dan Dia mahu kita fikirkan tentang kekuasaanNya danetapa kerdilnya kita sbg hamba..

    ReplyDelete
  15. besarnya pokok dia nanti kak...tp tkpe kalo byk khasiat tak rugi nak tanam kan..

    ReplyDelete
  16. Iyaa Kakzakie..masa kelas Dr.Fatma pun dia ada ajar untuk ubat sihir menggunakan daun bidara..ditumbuk tumbuk sambil dibaca ayat qursi dan syifa...untuk air mandian...insyaallah

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kakzakie dengan info yg bermanfaat ni.. bertambah ilmu saya kak..

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tengok tp biasa dengar. Elok buat amalan kalau ada kebaikkannya.

    ReplyDelete
  19. ooo.. baru saya tahu... tpi skrg susah dh nk jumpe kan pokok nih... huhuhu

    ReplyDelete
  20. sbb tuh la falsya sayang kakak..byk bende yg kakak share..dr xtau boleh jd tau..dr xkenal boleh jadi kenal..;)

    ReplyDelete
  21. Oh, banyak juga kegunaannya ya. Yang tahu daun bidara ini selalu digunakan sebagai daun mandian orang mati/jenazah saja.

    ReplyDelete
  22. pestaim tengok ni kak z.. jadi daun dia berbau wangi ye kak?..

    ReplyDelete
  23. oh, baru mama tahu kak pasal pokok ni. banyak betul manafaatnya kan.. cuma kita je yang tak tahu.. thanks kak, sbb berkongsi perkara ni

    Mama Niza

    ReplyDelete
  24. pertama kali baca pasal pokok bidara nih. mcm pernah dengan sebelom nih.. tapi ini kali pertama tgk gambar daun dan buahnye. kecik ajer pokoknye yer. ingatkan pokoknye besar cam pokok mangga.. hehehehehe

    ReplyDelete
  25. TQ kak zakie..

    Al Quran, sebagai penawar.
    Al Quran, sebagai panduan.
    AL Quran, sebagai penenang jiwa

    ReplyDelete
  26. banyak khazanah alam yang berguna utk kita..Alhamdulillah..syukran berkongsi info..

    ReplyDelete
  27. jumpa jugak akak dgn pokok bidara tu ya. Alhamdulillah..ikhtiar mak saya guna daun ni berhasil dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  28. Thanks kak..sharing ilmu arini ..:)

    ReplyDelete
  29. Kalau adalah pengusaha/pembuat produk yg menggunakan daun ini untuk membuat sabun dan syampoo bagi menggantikan bahan kimia yg ada, alangkah bagusnya.
    Sekarang ni produk organik amat sukar didapati dan kalau ada pun tidak meluas jualannya.

    ReplyDelete
  30. surau dkt rumah kak ada tanam pokok bidara ni...jikalau terlihat ada yg mengait daunnya pastilah ada berlaku kematian di tempat kak.

    ReplyDelete
  31. memang first time nampak.

    tu pun dalam gambar.

    hehe.

    ReplyDelete
  32. mcm pernah tgk tp ingt ingt lupa la
    thanks kakak berkongsi.

    ppsstt: ala, saya x da pulak bergambar dgn orkid :)

    ReplyDelete
  33. Terima kasih kak zakie atas entry ini.. ;)

    ReplyDelete
  34. selalu dengar nama nya, tapi tak sure pernah tegok depan2 or not.

    ReplyDelete
  35. taktau pula pokok bidara ni menefaat utk perubatan ..terima kasih share dapat tambah pengetahuan

    ReplyDelete
  36. Ilmu baru..terima kasih kak kongsi maklumat..

    ReplyDelete
  37. tq for sharing info ni kak..
    sgt bermanfaat.. lya ru tahu fungsi ni..selama ni pernah dgr nama je.. tgk n kebaikan dia mmg tak tahu

    ReplyDelete
  38. betul tu kak zakie,masa kursus jenazah sy attend ustazah tu kata mandikan dengan air bidara pada bilasan pertama

    ReplyDelete
  39. banyak kelebihannya . klu blh membesar cam pokok rambutan , tak rugilah menanamnya . setiap hari blh ambil daunnya utk pelbagai guna ...

    ReplyDelete
  40. saya pernah dengan susah payah mencari pokok ni untuk ditanam dan saya tahu kegunaannya... untuk mengusir sihir.... tapi sayangnya bila dah di rumah dia langsung tanak hidup...

    ReplyDelete
  41. Eh, comelnya buah bidara! Saya ingatkan buah bidara ni besar-besar hak rambutan gitu ^_^

    ReplyDelete
  42. Ini rupanya buah bidara ....tak pernah tau pun kanda....Tak silap ada pantun kan kanda oasal buah bidara ni...

    ReplyDelete
  43. Org dulu2 mmg banyak menggunakan herba2 mcm ni kan kak... zaman2 kita sekarang, mmg tak kenal la kalau org x beritahu... tapi info ni sgt menarik... thanks sharing kak...

    ReplyDelete
  44. Blogwalking sini dari segmen kak Mia :)

    ReplyDelete
  45. buah bidara pernah dgr tapi x pernah tgk..byk khasiat rupanya

    ReplyDelete
  46. Hari tu ada berborak dengan ayah pasal buah bidara. Samapi sekarang masih tak pasti buah bidara tu macam mana. hehehe

    Salam singgah dari http://fadzirazak.blogspot.com/

    Done follwowing

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum... menarik entry ni. Selama ni tahu daun bidara buat mandi jenazah jer. tak tahu pula boleh jd ikhtiar rawat sihir.. sangat berguna info ni.

    Saya baru start blogging. jemputlah ke blog saya zinziemeewah.blogspot.com :-)

    ReplyDelete
  48. banyaknya saya belajar tiap kali singgah di sini

    ReplyDelete
  49. sy baru tau pasal daun ni masa berubat kat darusyifa baru² ni... bnyk jugak rupanya kegunaan lain yer.. blh mandikan jenazah.. xtaulah pulak pokoknya blh besar cam pokok rambutan.. tq kak kongsikan info ni...

    ReplyDelete