Hati dan minda anak-anak masih terlalu banyak ruang kosong. Seandainya ibu-bapa tidak mengambil peluang mengisi ruang kosong tersebut dengan sebaik-baiknya usah kesal di kemudian hari. Carilah wadah yang terbaik agar tidak ada peluang untuk perkara yang tidak baik mengisi ruang yang ada. Ibarat mangkuk yang kosong kalau terbiar lama pasti tidak banyak sedikit habuk pasti akan melekat.
Ambil sedikit masa contohnya ketika di dalam kenderaan. Boleh saja menggunakan masa ini untuk berbincang. Uji pembacaan fatihahnya, doa qunutnya, doa iftitah atau tanya apa doa yang anak suka. Minta dibaca dan dengarlah dengan prihatin. Betulkan mana yang tidak betul. Jika ada kesilapan tegur dengan berhemah kerana kita pun tidak sempurna. Carilah doa-doa yang boleh menimbulkan minat anak seperti doa solat dhuha, doa zikir munajad sebab doa/zikir seperti ini boleh dialunkan berbentuk lagu. Bila dibuat bersama-sama ibu-bapa-kakak-abang-adik mesti akan menjadi suatu yang menyeronokkan.
Bersama papa - Anak-anak kami yang masih memerlukan perhatian kami |
Begitu juga ketika makan. Kalau dapat makan sedulang lagi baik tetapi buat masa sekarang kalau hidangan berada di atas meja agak sukar untuk makan menggunakan dulang. Lainlah kalau makan di atas lantai. Namun masa ini juga masih boleh digunakan untuk menasihati anak-anak. Rasulullah pernah menasihati seorang kanak-kanak bernama Umar bin Abi Salamah. Ketika makan biasalah budak, tangan menggapai merata dulang. Lalu baginda menasihati dengan lemah lembut dengan memanggilnya dengan panggilan orang muda. Nasihat baginda mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah. Ambil makanan yang terdekat dengan kita dahulu. Sejak itulah Umar dan yang lain-lain menjadikan nasihat rasulullah ini sebagai ikutan. Oleh itu menasihati anak ketika makan haruslah berhemah kerana bimbang membantutkan selera makannya.
Etika memberi nasihat ini bukan saja terpakai untuk anak-anak bahkan juga kepada orang yang lebih dewasa. Kesesuaian tempat dan masa perlu ada. Contohnya ketika memberi nasihat orang yang sedang sakit. Janganlah kita menasihati "Baik engkau solat jangan tinggal, mana tahu entah esok-lusa Izrael menjemput macam mana?" Ini nasihat yang tidak berperasaan. Cuba ubah "Kita manusia mana ada yang sempurna, tapi kalau boleh biarlah dari hari kehari kita menjadi semakin lebih baik. Tidaklah menyesal di kemudian hari. Dunia ini pun sementara saja. Hari ini engkau di uji entah esok lusa aku pula". Sedaplah sikit si pesakit itu mendengarnya.
Walau apa pun banyak cara dan masa boleh digunakan seperti waktu sebelum tidur, selepas solat, sewaktu masak bersama-sama (jika anak-anak perempuanlah), melipat kain-baju, belai-membelai seperti bersikat rambut dan sebagainya. Gunakan masa terbaik untuk menjadi penasihat terbaik buat anak-anak dan keluarga kita. Aku pun mahu terus belajar dan belajar kerana anak-anak itu amanah yang perlu kita didik dan asuh. Andai ada tergelincir anak-anak itu sebenarnya mungkin adalah salah dan silap kita.
~~ Buat anak-anak pula ingatlah. Tidak kiralah samada berhijab atau tidak, perbuatan berpeluk/bercium dengan yang bukan mahram itu tetap haram di sisi Islam. Samada sengaja mahupun sekadar lakonan. ~~
betul tu kak...lynn setuju bila nak nasihatkan anak di meja makan dengan nada yang baik...risau nanti membantutkan selera anak...
ReplyDeletepart makan dalam dulang tu...memang bagus kalau dipraktikkan balik...
Benar tu.
ReplyDeleteMenegur biarlah dengan berhemah bukan untuk menambahburukkan keadaan.
Menasihat biarlah ada kesannya bukan hanya penyedap kata.
Yang haram katakan haram bukan ada tapi-tapinya hanya untuk menghalalkan cara...
assalamualaikum kakzakie...yer betul tu kak nak menegur tu kenalah ada caranyakan juga jgn ikut suka apa yg nak dickp...
ReplyDeleteS.N3 YG SANGAT BERMENAFAAT SEKALI...BENAR JIKA TERSILAP CARA MENDIDIK ANAK2 KITA AKAN SANGAT MENYESAL KEMUDIAN HARI...JIWA ANAK2 HARUS DIISI ILMU YG BERFAEDAH DEMI MASA DEPAN JUGA MEMBNTUK AKHLAK MULIA...
ReplyDeleteSETUJU!
ReplyDeleteBetul tu kakzakie nak menasihati anak2 ni dgn berhemah.. takut salah cara menasihati .. lain pula jadinya..
ReplyDeleteMendidik anak2 sekarang kena lah sesuai dengan zamannya kan kak.. namun begitu ada pantauan dari ibubapa supaya tak tersalah langkah dalam menjalani hidup ini..
Niat belum tentu menghalalkan cara.. yg haram tetap haram kan kak..
Selamat pagi akak...
ReplyDeleterindunyer nak makan sedulang..
dah lama sgt x makan sedulang...:)
betul tuh kak dana setuju, bab cara2 menasihat n masa yg sesuai... jugak bab yg viral psl kpop tuh... aduh malu2 murah sgt ke harga diri kite smpai mudah nk di peluk2... klu ye pun minat kan
ReplyDeletekalu kt kg selalu jgk dpt mkn sedulang ngn mak n abah n adik2 lain time dpt berkat kenduri tahlil nasi ambeng kak... masa tu mmg syok mkn sedulang... walaupun lauknyer sikit tp bile share sama2 msti ckp, pastu kadang siap main sorok2 lauk bwh nasi heheheh
terima kasih diatas perkognsian ini..
ReplyDeleteterima kasih diatas peringatan ini kak..
nasihat dengan berhikmah ye kak, tapi saya ni kekadang terlepas je marah ngn anak-anak, yg peliknya dgn anak org saya boleh lebih bersabar, parah juga ni.
ReplyDeleteapapun mmg betul sesangat apa yg akak cakap kat atas tu.
betul tu kak...kena ada cara..kalau tak kena cara yang dorang rasa macam kita marah kat dorang...sbenarnya nak nasihat aje..
ReplyDeletebetul tu kak zakie..nasihat yang berguna..adab ketika makan..
ReplyDeleteada je orang yang duk serbu lauk yang jauh dari dia semata-mata dia suka lauk tu & takut habis..ada ke??
acik setuju sangat apa yang kakzakie kongsikan..
ReplyDeleteFalsya suke ayat2 kakak..insyaAllah kakak, falsya akan cube praktik kan cara nie ngan qisya..hehehe..
ReplyDeleteibu dengan abah selalu bagi nasihat dekat nani bila tengah lepak sama sama :D
ReplyDeletePerkongsian yang sangat baik. Orang melayu kaya dengan adat, begitu juga cara nak menasihat. Guna cara yang berhemah tidak menyinggung perasaan mana2 pihak.
ReplyDeleteMakan dalam dulang kak zai belum pernah lakukan.
ni tips keibubapaan ni kak. hebat!
ReplyDeletebetul kak, kenapa kita terkejut dgn hal kpop ni? Bukan ke dah lama kita tengok org Islam peluk dan hampir bercium kat tv tu?
Satu perkongsian ilmu dan nasihat yang sungguh baik dari akak.
ReplyDeleteYa... Kita perlu bijak dalam memberikan nasihat agar yang menerima nasihat dapat menerima dan mengikuti teguran yg diberi.
ye kak sgt setuju akak mcm nor juga...anak2 dh besar pun sntiasa perati bacannya..fatihahnya ,qunutnya..tulah kat sikit2 bg tazkirah..alhamdulillah anak2 setuju apa yg kita org ckp..menurut kata..
ReplyDeleteacuannya kitalah..nak jadikan anak tu siapa..
nasihat berterusan slgi diorg dgn kita..
Nasihat Anak-anak ketika bergantung kesesuaian masa dan suasana, mood pun mainkan peranan kak Zakie, kalo time makan ke, tgh bersama-sama satu famili berkumpul, boleh la kite mulakan bicara, ayat kene power kak, kalo btol gaya n cara nya... boleh masuk dlm telinga, terus simpan dlm minda kan kak... tapi mmg twin skrg ni saya ajar skit2, mereka Alhamdulillah boleh terima teguran mama dia ni... heee~ sunuk tgk budak kecik dua org tu... mcm2 halnye nak2 sdang membesarkan.. uish..cium anak anak lagi syok kan kak zakie, jgn la anak2 kite seperti itu kak...Nauzubillah....
ReplyDeleteAlhamdulillah..pendekatan yang sangat bijak utk memanfaatkan masa dgn pengisian ilmu bermanfaat...
ReplyDeletetahniah dan tima kasih kakzakie
Disebabkan masa saya banyak dihabiskan atas jalan raya, maka perbualan di dalam kereta. Masa bersendirian, mungkin dia boleh membuka lebih banyak cerita.
ReplyDeletethanks for sharing kak
ReplyDeleteNak menasihat orang ni pun bukan sembarangan. Silap timing, orang bukan ikut nasihat, silap-silap kena sound tepek balik. Hehe
ReplyDeleteMenegur dengan berhemah dua-dua pihak tak terasa hati.. ingat pesanan bos kat ofis yang paling besar... jangan maki orang salah macam mana pun.. tegur dengan cara yang berhemah.. tabik kat dia !!
ReplyDeleteKadang2 saya ada bandingkan antara zaman saya dan anak-anak sekarang, cara emak mendidik dgn cara saya tidak banyak jauh berbeza cuma emak tidak pernah keluarkan ayat menghukum, saya ada sesekali bergantung pada keadaan tapi saya rasa saya dulu lebih mendengar kata dari anak saya sekarang yang banyak sungguh alasan tersendiri mereka..ada lucu..ada tak manasabah..pandai2 sendiri untuk lepas diri. walau apapun saya setuju didik dgn cara berhemah.
ReplyDeletebetul kak.. sakit pulak tengok viral kat fb tu pagi td.. (sebab 2hari off data)
ReplyDeletekadang terlalu taksub sgt mcm ni la jadinya.. hope saya pon sedar diri sebab minat jugak korea ni.. hehehe
JM ada gak tgk Viedo tu...aduhai!!!
ReplyDeleteBetul dari asyik biarkan anak-anak di depan kaca bermain game, kita sebagai ibubapa nak kena cari activity faedah untuk anak-anak.
ReplyDeletedah setengah hari baru zee tau cerita tu kak..memacam budak skarang nih..tak tahu nak salahkan siapa kak..yang penting kita nak kena ajar anak2 sendiri dari sekarang..harapnya dorang tak terpesong di kemudian hari..
ReplyDeleteBetul tu Kakzakie, kalau kita dah berikhtiar, menasihat dan juga berpesan2 tapi masih juga terjadi, macam tu baru kita boleh cakap dah di takdirkan. Kebanyakkan orang sekarang ni, tak buat apa apa.... tapi bila sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku, terus salahkan takdir. Padahal selalu jer kita denganr yang baik tu datang dari DIA, yang buruk tu dari kita sendiri.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian tu.
ReplyDeleterindu. mak ayah saya dah tak mcm tu sbb saya dah kawen.
no more lecture from them. berganti tmpt dengan suami pula.
hehe.
bagus juga kalau dapat dirangsang mereka dengan cerita2 imbuhan di syurga, apa yg kita dapat, apa yg perlu kita buat...
ReplyDeleteanak - anak ni dididik kan kak zakie. bukan diternak..
ReplyDeleteterima kasih kak zakie kerana mengingatkan..bukan anak2 sahaja perlu nasihat,org dewasa pun kena selalu nasihat kan..sbb manusia ni mudah lupa..:)
ReplyDeleteterima kasih kak zakie kerana mengingatkan..bukan anak2 sahaja perlu nasihat,org dewasa pun kena selalu nasihat kan..sbb manusia ni mudah lupa..:)
ReplyDeleteperingatan yang bagus kakak... In Sya Allah akan diambil apa yang berguna..
ReplyDeleteSaya pun banyak bercakap dengan anak ketika dalam kereta. Sebab masa itu mereka lebih fokus
ReplyDeleteBetul tu kanda....nasihat dgn berhemah...tp dinda ni jenis tak pandai bagi nasihatlah kanda, kalau nasihat mesti terus terang jer... ..hihi.... Cik abang pandailah...
ReplyDeleteOh ni mesti pasal video Korea dgn budak pompuan melayu tu yeh.... Yelah tak sanggup nak nengok rasanya
saya setuju dengan perkongsian akak ni
ReplyDeletekalau tak bertempat
dari niat nak nasihat
dah disalah erti
mmg perlu gunakan waktu2 terluang tu untuk kita manafaatkan
kadang2 kita tak perasan
kan baik kalau dlm keta tu kita berpesan2 kita berborak dan berdialog
itu lebih baik dari ngadap game semata2
Setuju 200% dengan pendapat akak. Nak menasihati biarlah kena cara dan tempatnya. Anak-anak pun makin besar, kalau asyik nak mengherdik bila menegur, asyik mendesak kesalahannya, memanglah anak-anak tak boleh terima. Macam anak saya si Abang, kalau kita tinggi suara sedikit pun dia dah rasa tak selesa. Maklumlah dah dewasa!
ReplyDeleteinfo yang menarik. nk buat sesuatu prkara kna beradab. nk nasihat org kena la beradab.cara kita nasihat tu biarla org yg dinasihati selesa dan tidak marah.. so, beradab la ketika nasihat
ReplyDelete