Selain lotion allano produk Amway, keluarga kami sangat sinonim dengan penggunaan minyak sakal putung serai wangi Warisan Dakam. Dari dulu aku kecil-kecil lagi minyak urut ini sudah sebati dalam kehidupan seharian kami. Sakit perut, kena gigit nyamuk, gatal kena daun serai (dulu main sembunyi-ibu pokok serai pun jadi tempat sembunyi - dahsyat budak dulu), urut bila terseliuh, kembung salah makan dan apa juga yang dirasakan boleh diguna-pakai minyak serai wangi inilah jadi sasaran. Tetapi dulu kami panggil minyak Wak Dakam. Sekarang sudah dikomersialkan nama sudah berubah tapi bau dan kehebatannya masih kekal sama.
Ada kelulusan - Jangan takut walaupun agak panas bila disapukan tetapi dalam beberapa minit kemudian akan terasa sejuknya. Itulah istimewanya minyak Warisan Dakam ini. |
Nama komersialnya - Minyak Sakal Putung Serai Wangi bersama gambar warisan dari dulu hingga kini. Aku rasa mungkin inilah wajah Wak Dakam yang memulakan ujudnya minyak istimewa ini. |
Malaysia Best - Tersenarai dalam produk keluaran terhebat di Malaysia. |
Selain Hajjah Faiza Bawumi Bt. Syed Ahmad pengeluar beras Faiza yang sudah tidak asing lagi, tidak kurang Wak Dakam juga terkenal dengan minyak istimewanya ini. Menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat pastinya. Kalau di Muar ada Mee Bandung istimewa, di Batu Pahat ada Nasi Beryani gam. Kalau makan terlebih jangan bimbang sakit perut, sapu saja minyak sakal putung serai wangi Wak Dakam ini, pasti sebaik sembuh dari sakit perut, sepinggan nasi beryani akan diminta lagi. Hebat penangan Batu Pahat:)
~~ Minyak Wak Dakam inilah yang selalu hubby gunakan untuk mengurut bapak.~~
kalau kakzakie nak tau minyak wak Dakam nilah jadi peneman setia arwah mak ...sentiasa nak ada aje.Iman pula bila tengok gambar wak Dakam kat luar botol kecil tu dia kata gambar atuk sebab arwah atuknya memang suka pakai songkok gitu.
ReplyDeletesaya pun asal daerah BP juga ...bangga jadi anak kelahirannya.
salam kak zakie, setaraf dengan Alano, itula minyak turun temurun menjadi pilihan, rasa macam bagus sangat cara kak zakie review produk ni tak mengecewakan pengguna, bole
ReplyDeletecuba kan ada anak-anak yang kadang nak
makan, kadang nak susu saja, walhal dah besar kena isi perut dengan makanan. good sharing.
ooohhh....ini 1st time saya dengar pasal minyak Wak Dakam...
ReplyDeletekalau balik jb,boleh la saya cuba cari..:)
Tak nampak ada di jual kat Penang. kalau tak, boleh gak beli sebotol untuk kegunaan ibu_suri...
ReplyDeletenak kene cari jugak nie..
ReplyDeleteBangga melihat pengusaha/produk bumiputera yang berjaya. Semoga lebih ramai lagi yg berjaya.
ReplyDeleteAkak dapatkanlah rahsia kesihatan bapak, manalah tahu ada yg boleh dikomersialkan... :)
acik pun dah lama guna minyak wak dakam ni kakzakie...beli dikedai2 jamu je dulu masa dok Tanjung Karang
ReplyDeletekak.. saye ade minyak feberet dari kecik jugak.. minyak biri2.. emang sedap untuk buang angin.. cume minyak tu tak dikomersialkan lagi.. die takut hilang aslinye..
ReplyDeletedana pun penah jumpa minyak nih kak, rasanyer kt umah mak kt kampung ada nih kak.... mmg terkenal kt johor...
ReplyDeletesaya ingat minyak ni dari saya kecik memang mak saya ada simpan je kat umah..memang cam muka atok kat botol tu..
ReplyDeletekite kene sokong produk bumiputera kan kak...lagi pun mutu dan kualiti setaraf jek lieya rase.... sebab tu lieya suke produk terlajak laris tu...lagi2 lipstik kologen die...munggil merah jek bibir heheheeheheh
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletenieyl ada satu botol minyak ni kak..mmg panas tapi mmg best...:)
hurm..kak Zakie! tak penah beli minyak Wak Dakam ni..penah tgk...tapi kat umah ade minyak hijau, minyak Afiat... nak juga miliki minyak wak dakam ni... bestnye la dok Johor, mcm2 ade..famous2 lak tu, heeee~
ReplyDeletebagusnya minyak tu kak..banyak pula kegunaannya..
ReplyDeletetak pernah jumpa minyak ni. lagi kesian saya ni. hahaha
ReplyDeletebgus ea minyak urut ni..jie xprnah guna lg..
ReplyDeleteSaya pun ada minyak ni... hehe
ReplyDeletebeli masa ke kuala selangor beberapa tahun sudah..
Setiap tempat selalunya ada produk istimewa keluaran orang kampung.Lebih bagus lagi kalau anak tempatan mahu menghargainya. Di tempat kak yang paling kak ingat ialah produk Warisan Saju. Salah satu pengusaha minyak gamat.
ReplyDeletemacam kami juga yang suka ngan minyak angin yang dari opah gunakannyer... kalau takder dalam rumah cam tak boleh...semoga semua perusahaan orang muslim di Malaysia akan berkembang...
ReplyDeletebelum sampai sini lgi kak..klu ada boleh juga membeli...
ReplyDeleteKak zai belum pernah nampak. Lagi pun kak zai jarang gunakan minyak urut selain minyak cap kapak.
ReplyDeleteminyak urut memang perlu ada disetiap umah kan.. kalau lenguh mesti cari minyak gini..
ReplyDeleteKalau berkesan memang kita akan sentiasa simpan kan kak... Kalau ke Johor nak carik jugalah beralih angin dari minyak kambing gurun yg selalu dok guna kat rumah.
ReplyDeleteAuwww... sukanya! Sukanya! Sukanya! Senyum melirik terbabas saya bila baca entri Kakzakie hari ni. Mana jiran saya ni, mesti jealous menggebu :) Itulah BP memang banyak keistimewaannyakan, Kak. Nasib baiklah ada penyokong BP kat sini. Hahaha!
ReplyDeleteKak, minyak Wak Dakam ni memang jadi teman sejati masa kecil-kecil dulu. Tapi bila dah besar panjang ni terlupa langsung pasal minyak ni. Allano tu pun buat saya teringat kat arwah abang ipar. Beliaulah yang beria-ia mempromosi produk Amway ni. Tapi memang baguskan Allano ni.
Aduhai kak... entri ni buat saya mengimbau kenangan indah di BP pulak.
Oh, tak habis lagi sengih! Happynya orang dok cerita pasal BP :)
Weyh..... kak Ton mak tak heranlah setakat minyak Wak Dakam ni..... Mak ada Mak Pon hokay!!! Haha ......
DeleteKanda, jangan lebih lebih menyokong BP...ingat kanda, ingat....kakak kanda tu ada kat Muo!!!
SA x pernah dengar tentang minyak ni kak...tp macam rare la...mesti perusahaan turun temurun ni...
ReplyDeleteWAH BNYAK PRODUK BATU PAHAT YG TERKENAL YA TERMASUK JUGA MINYAK URUT WAK DAKAM NI..
ReplyDeleteKan saya pun ada minyak ni jugak kira setiap rumah patut ada minyak ni la..Tapi betul la kata akak dulu namanya minyak wak dakam..
ReplyDeletebgsnye minyak nie..nak carik satu laaa..
ReplyDeleteTak pernah lagi nampak minyak urut ni di sabah. :)
ReplyDeleteWah, saya kena cuba juga ni...
ReplyDeleteMinyak wak dakam pertama kali sy dengar.org johor mungkin familiar ya sebab diguna dari kak zakie kecik lagi..maknanya hebat dari dulu sampai sekaranglah..yg penting kena sokong produk bumiputera.apalgi produk org kampung
ReplyDeleteOhhh ni yg jiran sebelah dinda beriya suruh dinda baca entry kanda ni. Rupanya kanda baik punya promote hasil mahsyul tanah tumpah kelahirannya....
ReplyDeleteKanda , dinda pun suka guna minyak ni, selain baunya wangi, beranginnya tu mmg mujarab utk sakit perut lepas makan briyani gam semalam haha....
yan anak jati batu pahat..mmg tak donafikan lg tentang minyak ni...kalau akak pi batu pahat..singgah lah makan sup sitam depan pejabat pos besar..tapi operasi sebelah ptg jam 7..mmg terbaik..
ReplyDeleteWaktu tinggal di negeri Johor dulu, daerah Batu Pahat ni memang antara tempat favourite untuk saya ronda-ronda. Seronok tengok suasana kampung-kampung Melayu terutama kawasan-kawasan kampung yang pangkal namanya ada parit. Memang mendamaikan suasanannya.
ReplyDeletekalau jumpa dekat kl minyak ni saya mesti beli
ReplyDeleteKali pertama tahu pasal minyak ni..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu kak mmg best guna minyak wak dakam ni...dah terkenal dimana2 juga....hubby pun suka sapu minyak ni bila sakit kepala atau apa pun cepat hilang sakitnya...:)
ReplyDeletetak pasti saya pernah terpandang atau tak minyak nie..tp kalau jumpa nanti boleh beli ni..effect panas kemudian sejuk mesti best kan kak?
ReplyDeletesaya baca je entri ni terus gelak sensorang kak!
ReplyDeletesbb saya selalu ejek suami yg suka pakai minyak wak dakam ni. sejak kawin dgn org BP terus kenal minyak ni. :D
Mesti bau wangi minyak urut tu dih..
ReplyDeleteKzakie, terkenang arwah mak, dia pun suka minyak ni, masa dekat nk meninggal tu dia selalu sakit dada, dia gosok dada dgn minyak ni, dia minta saya gosokkan dada dia, minyak ni dah dibacakan dgn ayat2 syifa juga kan
ReplyDeleteWah kakzakie...duta minyak serai Wak Dakam..bagusnyer promosi..nnti nekcik nak cari kakzakie ptomo produk nekcik..boleh gitu..kita kan sekampong
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletewahhh, promote kelebihan johor yer ..
wak dulu2 memang pandai buat ramuan utk ubat ubatan, bila dikomersial kan,
dapat di kongsi dengan pengguna yg lainkan!!!
First time dengar pasal Wak Dakam ni...
ReplyDeleteKalau jumpa, boleh la beli nanti..
Kalau org kelate, mereka familiar dgn minyak mestika... Dah berbotol-botol import minyak mestika dari M'sia sepanjang duk sini :)
Kakzakie,
ReplyDeleteMohon copypaste komen kat sini ya :) Jiran-jiran kakzakie ni nak bergaduh. Hahahaa....
Kalau sehari tak provoke, hidup tak cerialah, kak. Saya nak copy komen orang Muo tu nak bawa masuk blog saya pulak.
Sebelum kata tidak. saya laju-laju ucap terimakasih kerana benarkan ya. Hiks!
SAlam. Hee minyak asli turun temurun.
ReplyDeleteMemang serai bagus nak hilangkan kembung perut.
ReplyDeleteGara-gara kemarau berpanjangan tahun lepas, pokok serai pun tak berapa nak menjadi. Moga tahun ni cuacanya boleh bagi serai rimbun semula.
pertama laki dgr nama minyak ni selepas kak Zakie kongsi info kat sini
ReplyDelete