Sudah dua hari sebenarnya anak buah aku berada di tanah suci sekarang. Siapa sangka anak yang dulunya di dalam kandungan rahim wanita lain akhirnya dengan kebesaran Allah dia menjadi milik keluarga kami. Kenduri besar kami ketika hari pertama menerima kehadirannya dalam keluarga kami. Kami akan mendidik, menjaga dan memberikan kasih sayang sebaik-baiknya selagi ada izin Allah. Menumpang kasih darinya buat pasangan kakak dan abang yang dahagakan kasih seorang anak. Nur Qistina nama diberi oleh ibu-bapa asalnya tetapi keluarga kami memanggilnya Aisyah.
Sudah mahu bertolak ke airport - Doa Mama Zakie semoga semuanya diberi kesihatan terbaik bagi mempermudahkan Aisyah untuk menjalankan ibadah umrah bersama ibu dan abah. |
Latihan - Ini sewaktu balik kampung minggu lepas hubby ajar Abah Dol cara memakai ihram dan bertawaf. Sampai berairmata kami semua gelihati melihat latihan yang hubby buat untuk mereka. |
Siapa sangka dari hari ke sehari kini Aisyah sudah petah bercakap. November tahun ini genap berusia 6 tahun. Sudah pandai mendirikan solat. Sudah pandai bercerita walau ada sedikit pemalu kepada mereka yang belum dikenali. Kehadiran Aisyah benar-benar menceriakan kakak dan abang ipar kami. Buah hati pengarang jantung kakak dan abang ini harapnya menjadi anak solehah yang mampu mendoakan mak-ayah kandung dan ibu-abahnya juga walau kedua mereka sekadar ibu-bapa angkat saja. Mak-ayah kandungnya pun terharu apabila mendapat tahu anaknya mahu ke tanah suci.
~~ Ibarat kain putih anak pasti akan tercorak sebagaimana cara kita mendidiknya.~~
Alhamdulillah.. Moga aisyah menjadi anak yang solehah dan mengembirakan ibu bapa..
ReplyDeletealhamdulillah aisyah..aunty tumpang bangga dan gembira untuk kamu.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama muka mcm ank saudara saya. Semoga menjadi ank yg solehah.
ReplyDeleteSemoga segala urusan dipermudahkan
ReplyDeletealhamdulillah kak...sekecil usia dah dpt peluang jejakkan kaki ke tanah suci.... moga Allah merahmati anak kecil ini....bertuah parents kandung dan juga yg menjaganya...comel jek lieya tgk ehehehehehe
ReplyDeletemoga meraka yg ketanah suci dipermudahkan segala urusan umrah dan sihat2 selalu di sana utk beribadat...
comelnya si kecil...anak2 kecil ini sentiasa membuat kita ceria, gembira n brbhgia...semoga urusan keluarga ini di tanah suci dipermudhkn dgn sempurna...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga aisyah menjadi anak solehah.. ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ..
ReplyDeletesemoga Aisya dan mak abah selamat pergi menunaikan ibadah umrah dan selamat kembali
alhamdullillah, kak sebaknya saya baca coretan akak...semoga mereka mendapat umrah yg mamrur...
ReplyDeleteAlhamdulillah .. sudah menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah si kecil ini.. semoga urusan mereka sekeluarga disana dipermudahkan oleh Allah..
ReplyDeletesyukur alhamdulilah….
ReplyDeletealahai sedih membacanyer.. rezeki Aisyahkan.. sayapun belum sampail lagi...
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki Aisyah. aunty sendiri teringin nak pi. moga Aisyah dan ibubapa selamat pergi dan kembali.
ReplyDeletesyukur alhamdulilah..beruntung aisyah...semoga jadi anak solehah..amin
ReplyDeleteAlhamdullillah moga Aisyah akan menjadi anak yang solehah.. Aaammiinn..
ReplyDeleteAlhamdhulillah..rezeki Aiyshah muda lagi dah dapat keMekah. Muga menjadi anak yg solehah..
ReplyDeleteuntung aisyah mendapat kasih sayang sepenuhnya dari keluarga kakzakie...semoga perjalanan kakak kakzakie sekeluarga dipermudahkan...
ReplyDeletebenar2 anugerah terindah..aisyah..memang sedap nama aisyah..hehe
ReplyDeletealhamdulillah dpt ibu bapa yang menjaganya dengan baik skali
ReplyDeletemacam ni, tak la risau mak kandungnya
malahan berbangga anaknya dijaga dengan baik
semoga dipermudahkan urusan umrah mereka sekeluarga
selamat pergi dan selamat kembali
amin!
terharu plak zee baca kak..
ReplyDeletealhamdulillah murah rezeki aisyah..
comel plak tu..
alhamdulillah. moga aisyah menjadi anak yang solehah ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah kecik2 sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah.
ReplyDeleteSelamat pergi dan selamat kembali juga dipermudahkan segalanya.
Subhanallah, cantiknya dia, kakak. Tenang saja air mukanya.... Semoga dia akan menjadi muslimah yang cemerlang.
ReplyDeleteNi yang duduk batu pahat tu ke kak zakie? Untungnya kecil lagi dah dapat ke Mekah, bertuah badan. Moga jadi anak yang solehah yea dik.
ReplyDeleteAlhamdulilah semuga Aisyah menjadi wanita yang solehah serta dapat berjasa kepada kedua dua ibu dan bapa ..amiin
ReplyDeletealhamdulillah..semoga Aisyah menjadi anak yg solehah..sebak pulak falsya baca..tetibe jer..
ReplyDeleteAlhamdulillah! Beruntungnya si kecil ni dapat menjejakkan kaki ke sana. Dah tertulis rezekinya. Semoga adik Aisyah dapat beramal dengan baik di sana disamping ibu dan abah.
ReplyDeleteSalam Kakak..
ReplyDeletelamanye x baca celoteh kakak.
Alhamdulillah.. tumpang gembira dengan rezeki anak syurga ini. mudah2an menjadik anak yang solehah.
Doakan Acik pon dapat menjadik tetamu Allah juga yer Aisyah.
Moga Aisyah dan keluarga sihat sepanjang di sana.. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga ALLAH PERMUDAHKAN perjalanan aisyah dan family disana, bestnya jeles kat aisyah kecik2 dpt gi umrah time ni
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeleteuntung adik aisyah,
kecil2 lg dah dapat jejakan kaki di tanah suci, moga besar nanti menjadi anak yg solehah ..
guna pakej Andalusia yer ..
alhamdulillah... syukur kecik2 lg dpt ke sana...
ReplyDeletemcmne anak kecik tu blh jd anak angkat family akak? moga jd anak yg solehah
Bertuah Aisyah dapat keluarga angkat yang baik...dan dah jejak kaki ke Makkah & Madinah...:)
ReplyDeletesyukur..syukur Alhamdulillah..
ReplyDeleteBertuahnya Aisyah. Dah dapat menjadi tetamuNYA....Alhamdulillah...
ReplyDeleteComel budaknya kanda......untung dia dpt ibu ayah angkat yg menyayanginya sepenuh hati. Dapat pegi Mekah lagi.... Dia kenal ayah kandung dia kanda?
ReplyDeleteHihi... mmg bagi praktikal sungguh cik abe kat abg ipar ke biras tu..
semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair..
ReplyDeletealhamdulillah ... semoga ibadah itu memberi pengalaman baru pada si kecil aisyah ...
ReplyDeletebertuahnya direzekikan seorang anak secomel Aisyah, semoga peribadinya terbentuk mulia mengambil berkat nama saidatina Aisyah, amin..
ReplyDeletealhamdulillah. semoga menjadi anak yang solehah.
ReplyDeletealhamdulillah.bertuah dpt memiliki aisyah yg comel dan solehah.
ReplyDeletealhamdulillah. Aisyah anak yang sangat bertuah. Diusia muda sudah dijemput menjadi tetamu Allah. Walaupun menumpang kasih tapi kasih yang diberi melebihi dari segalanya. inshaAllah
ReplyDeleteNur Qistina....Aisyah
ReplyDeleteBesarnya jasa mereka kakak dan abg ipar kak zakie membesarkan anak ini...subhanAllah...6 tahun dah dia...cerdik pandai mendirikan solat...julia kagum cara didikan sebegini...semoga umrah mereka dipermudahkan...amin
Semoga menjadi anak solehah.. Insan terpilih..
ReplyDeletemoga Aissyah menjadi anak yang solehah...teringatkan anak sy kak...moga dia juga seperti aisyah...
ReplyDeleteAlhamdulillah... semoga aisyah menjadi anak yang solehah..
ReplyDeleteAlor nape x leh tgk gambar ni...
ReplyDeletealhamdulillah,dengan usia sekecil itu dah dapat rezeki jejak ke Mekah.moga dia menjadi anak yang soleh.
ReplyDeletesedih sebab tak dapat tengok gambarnya..;(