Sabtu malam kami keluar menghantar Kak Reen ke terminal bas untuk kembali memulakan kuliah selepas tiga minggu bercuti. Sengaja keluar selepas Isyak walaupun tiket bas jam 12:00 malam sebab sepakat mahu singgah makan malam di restoran yang boleh dikatakan setiap dua minggu sekali kami pasti singgah. Sinonim dengan namanya Singgah Selalu.
Mereka - Melihat mereka yang bertugas di sini aku rasa 100% yang bertugas sebagai pembantu bukan rakyat Malaysia. Bermula dari tidak faham dan tidak tahu berbahasa Malaysia sehingga mereka sudah boleh berinteraksi dengan pelanggan. Kalau dulu mahu memesan makanan menggunakan gambar dari menu, tetapi sekarang tidak lagi. Pendapatan mereka mencecah RM2,000 sebulan. Bekerja dari lebih kurang jam 2:00 petang sehingga restoran tutup. Letih, tapi kelihatan mereka puas hati. |
Cacatan - Menggunakan kertas NCR mudah buat kami membuat rujukan pada salinan yang diletak di atas meja kami dan melihat apa yang kami pesan. Berbanding dengan catatan yang pernah menjadi viral di FB sedikit masa dulu aku rasa yang ini jauh lebih baik kerana kita boleh faham walaupun mereka bukan rakyat Malaysia. Ejaan diberi usah dihiraukan tetapi aku rasa chef yang menerima catatan ini faham apa yang diminta pelanggan sebab aku pun boleh faham. |
Lihatlah contohnya M.H itu adalah mee hailam, D.L.M merah adalah daging lembu masak merah, K.T kantenis adalah kwee-teow Cantonese, N.P - nasi putih, A.S - air suam. Hanya yang hujung kanan itu aku tidak dapat tangkap apa maksudnya.
Makanan kami - Sebahagian yang kami makan pada malam itu. |
Licin - Setiap apa pun yang kami makan tidak pernah kami tinggalkan. Apa pun yang tidak habis akan kami bungkus melainkan kuah sate sebab anak-anak makan sate tidak perlukan kuah. |
Biarpun ada ketikanya sakit mata kita melihat terlalu ramainya golongan mereka yang bukan rakyat Malaysia tetapi rata-rata jika ke restoran yang memerlukan ramai tenaga pekerja, kita tidak dapat lari dari senario begini. Kelihatannya cara mereka bekerja bersungguh-sungguh. Hayunan langkah menghantar setiap hidangan ke meja begitu pantas. Senyuman mereka biarpun tidak diminta tetap terukir atau mungkin sebab bimbang diambil tindakan. Dari pemerhatian aku juga ada di kalangan mereka sudah pun menjadi supervisor tetapi masih tetap membawa pesanan. Supervisor biasanya beruniform putih-hitam berbanding waiter biasa beruniform merah.
~~ Ada dari kalangan mereka yang datang, tinggal dan bekerja di sini
sehingga mampu membuat keluarga di negara asal hidup lebih mewah
dari rakyat di negara kita sendiri. Terlalu banyak sudah pengaliran keluar Ringgit Malaysia sebenarnya.~~
tuh la kak.. mmg nmpk sgt sekarang bangsa2 lain yg dok kerja di kedai mkn.. huhu.. kat kilang2 kompom la mereka jew yg kerja..
ReplyDeleteAda dengar dlm radio IKIM mengenai warga asing sekarang terlebih-lebih memiliki premis perniagaan...entah la salah keadaan ke apa...yang pasti warga asing ni lebih pandai mencari peluang untuk majukan diri.
ReplyDeletehakikat yg kita kena terima di negara kita sekrang.. sedikit demi sedikit mereka sudah mula mendominasi.. mana rakyat kita???
ReplyDeletesalams kak
ReplyDeletebg saya anak muda kita yg tak sanggup nak berkerja emm...mlm td kami pon keluarkan topik yg sama mcm akak, semua tempat makan dekat Percint 16 Putrajya rata-rata bangla & indon....sedih tgk....esok lusa dia pulak jd tokeh nasi ayam...
Setuju sangat kak zakie..negara kita memang terlalu dilambakkan dengan pekerja asing.ada antara mereka bekerja dengan baik tak kurang ada juga yg datang bawa jenayah..tu belum lagi tengok warga asing yg hidup mewah,ada banglo berbijik di negara kita.rakyat kita sendiri hidup merempat..org Malaysia memilih kerja,majikan pula lebih suka warga asing.
ReplyDeleteentah nak salahkan siapa.Entah macam mana nasib anak cucu kita nanti
orang luar bermati2an mencari kerja di tempat kita ... kadang2 terasa kita seperti dianaktirikan di negara sendiri. Tapi kadangkalanya ada yg berpunca dari kita sendiri, terlalu memilih kerja.
ReplyDeleteBetul kak...Saya kan pergi makan kat foodcourt aeon jusco terkejut dengan perubahan tu..Dulu ramai pekerja melayu sekarang ni orang asing pulak yang ramai, pulak tu diaorang pulak yang masak mengalahkan orang kita..Lama2 nanti diaorang akan monopoli bines negara kita..Orang kita memilih kerja sangat, tapi macam akak cakap la diaorang kerja sungguh2 sebab nak cari rezeki..
ReplyDeletemelayu ramai yg malas kak..
ReplyDeletehari ni hari isnin...
setiap isniin ramai yg cirit...pening kepala...sakit badan...
Saya sokong Daddy Ziyyad..
DeleteWarga asing tidak.memilih kerja, gaji yang diperolehipun tidaklah terlalu besar, lagipun niat mereka menang untuk.mencari rezeki, penat lelah letak ketepi.
ReplyDelete** memang..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteoh kak Reen dh balik u ke kakzakie...anak saya 22hb nnti.
ReplyDeleteIalah kakzakie pendatang asing ni buat kerja sungguh2 dan brbudi bahasa....spt pekerja2 yg buat rumah kami ni susah nak lihat mereka bercuti atau berbual2 masa bekerja .
rakyat Msia ni double standard.. kadang kalo keja kedai makan kang, malu katanya..
ReplyDeleteOrg kiter baru penat sikit terus tunjuk muka masam...hmmmm...
ReplyDeleteteh o ais limau kot kak zakie..kegemaran imm tu hihihi
ReplyDeleteSebelah kanan tu teh o ais limau kot kak Zakie ..
ReplyDeletesekarang ni orang orang kita malas kak .. sebab tu banyak bidang ni di pelopori orang orang luar ..
kerja kerja macam ni orang anggap tak ada standard, walaupun rezeki halal dan pahala banyak..
anak2 kita sekarang manja... rela menganggur dari buat kerja2 mcm ni takut di perlekehkan kawan, takut di cemuh masyarakat umum...
Tenaga asing lebih mudah dan tak banyak kerenah, sebab tu dorang betah tinggal lama kat negara kita. Itu belum campur mereka yang tiada document perjalanan yang sah.
ReplyDeletememang ramai pun pekerja asing dekta negara kita ni kan akka. nak nak kedai makan dengan stesen minyak
ReplyDeletesusah nak cakap kak zakie, adik saya pernah kerja di parkson grand, pembantu butik ni lepas spm, sampai sekarang saya ingat beraninya dia, saya takut dan segan.. susah nak cakap suruh orang lain pula buat.. mmm
ReplyDeleteJangan tak tahu, yg masak kat dapur tu mostly non muslim..pengalaman bekerja di old town..old town suka hire nepal. mujur menjaga kebersihan dan kemas. tapi itulah, apapun dia ttap non muslim.
ReplyDeleteAda baik dan buruknya kak..pengaliran wang kita keluar itu sudah pasti..yang PC agak ralat tahap kebersihan..ada dikalangan pekerja dari negara luar ini tidak begitu mementingkan kebersihan..itu yang sangat menyedihkan..secara tidak lansung anak muda negara kita wajar menyahut cabaran ini..pandang dah pandang..cuma belum bertindak..
ReplyDeleteRata-rata pekerja restoran sekarang ni Kakzakie kebanyakan warga asing , sikit sangat nak cari warga tempatan.. seperti yg babypose tulis tu.. takut juga mereka yg tukang masak nonmuslim.. setakat ambil oder makanan ni okey lagi lah kan kak...
ReplyDeletealhamdulillah enaknya semua juadah..
ReplyDeletengendap juga kak sesekali kat dapur.. sapalh plk tukang msknya...
salam,
ReplyDeletekak zakie, dulu sy penah dtg agak kelam kabut juga layanannya... maybe, skrg dh bertambah baik... tp, bila dtg sini dah rs mcm bkn di negara sendiri hihi... siapa pengurusannya skrg ye? dulu, tkde dorang2 ni...
orang thai ye kak..
ReplyDeleteakt tempat saya banyak kedai siam ni
diorang siap ada kursus masak kat negara diorang sebelum tiba ke Malaysia.
teh o ais limau tu kak
ReplyDeletehehehehehehe
Lama tak singgah kat Singgah Selalu. Tengok menu kakzakie terliur hehe....
ReplyDeleteDimana2 kalau kita masuk restoren memang ramai warga asing. Mereka lebih rajin dan tidak memilih berbanding orang tempatan.
tak ramai org kita yg nak bekerja lama2 dari pkl 2.00 ptg hingga 12 mlm, 1,2 pagi..saya pun tak sanggup..tapi mereka sanggup demi mencari rezeki utk keluarga di kpg..
ReplyDeleteBetul tu kak. Baru jer dengar kat IKIM last week. Lambakan premis warga asing. Apatah lagi pekerja yg berbangsa asing. Mungkin sebab dorang ni rajin bekerja dan tak memilih kerja.
ReplyDeleteMasa saya balik umah mertua sabtu baru ni. Budak dalam lingkungan 7-8 tahun. Anak myanmar. Mungkin ada UNESCO kad. Tolak keta sorong yg penuh dengan barang² utk dijual. Sedih sangat tgk keadaan dia kak. Terbayang anak sendiri yg buat mcm tu. Kudrat sekecil tu boleh bekerja. Yg dewasa, lebih suka mencuri, meragut dan melepak.
Atas belas ehsan, saya drive balik umah mertua dan husband tolong tolak sambpai kat umah dia dan belanja dia air. Soalan pertama saya tanya dia. Berat tak keta sorong tu bang? boleh tahan berat jawabnya :-(
kadang kala bila melihat anak sendiri yang tak lekang dengan permainan ipad di hujung jari membuatkan saya ingin hempas di meja makan ketika makan diluar! diri masih tak boleh tahan, saya rampas dan mereka menjerit...sekeliling memandang saya...
ReplyDeleteheran saya melihat aksi org ramai yg memandang saya memarahi anak (belum lagi dirotan) sedangkan mereka tak nampak siapa yang ambil order makanan mereka...
mungkin tiada kesinambungan cerita saya tapi ada tersirat yang masih boleh difikirkan...tapi saya setuju dengan apa kak zakie cakap :-)
tak dinafikan dorang ni sgt la rajin dan tak berkira keje..pulak tu kat negara masing2 susah nak cari keje...kdg ada yg ada masters degree sume..dtg malaysia semata2 nk cari keje sebb ssh sgt nk cr rezeki negara dorang...tp kan kak di masa skrng ni..kalo la takde dorang ni sume, agak macam susahhh aje kan
ReplyDeletemewahnya kakzakie makan..hehe..tapi bgus la xmembazir..dorang mmg bekerja bersungguh2...
ReplyDeleteRamai orang luar yang berminat nak keje kat M'sia...
ReplyDeleteBila kawan2 kat sini tahu saya dari M'sia, mereka kata, "M'sia is a good country." Kadang2 saya tanya mereka, "Kenapa negara mereka tak bagus ke?".. mereka pun mula lah cerita pasal negara mereka... Ya Allah, sedih tau kak bila mereka cerita tu... Ada masa nak tulis juga kat blog.. Insya Allah....
salam,
ReplyDeletebagus juga, kemakmuran dan mudah
mencari rezeki memberi tempias kpd insan2 dari negara lain ..
moga keluarga mereka di sana mendoakan keamanan yg berkekalan dibumi Malaysia ni..
ada baik buruk nya ..
ReplyDeletepandangan saya tak salah jika proses kemasukkan mereka dari cara yang sah.
moga kita sama-sama membantu antara satu sama lain :)
salam perkenalan .jemput ke blog nana
Disebabkan tanggung jawab mereka di Kampung atau negara mereka. Mereka mempunyai komitment pada kerja yang tinggi dan kuat kerja lebih masa itu yang membezakan mereka..Kitapun mungkin jadi seperti mereka jika kita berada dinegara asing..sapa tahu...
ReplyDelete
ReplyDeleteTahniahhhhh kerana menjadi TOP 10 COMMENTATOR January di blog saya :)
Blog anda sudah tersenarai dalam bloglist February di http://diarymissnick.blogspot.com
bukan takde orang2 kita kerja macam ni..ramai tapi ada sesetengah pandangan mak bapak..tak sudi bermenantukan orang kerja kat kedai makan..
ReplyDeleteitulah hakikatnya sekarang.. kadang-kadang,kita sendiri nak cari kerja x dapat.. sbb mereka dah ramai..
ReplyDeleteboleh tahan mahal jugak gaji mereka2 tu ek kak
ReplyDeletebetul kak..isu ni saya selalu terfikir bila setiap kali terserempak dengan diorang ni. kat mana2 kita pergi pun memang memenuhi ruangan dan bidang kerja di Malaysia ni.. yang lagi hebat bila diorang ada perniagaan sendiri, sebagai kontraktor, sebagai tauke kedai runcit, sebagai tauke kedai dobi.....kedai jahit dan kedai gunting rasanya dah lama... macam mana dapat lessen meniaga tu? agak merisaukan tu....bebas berniga di tempat kita ni, dah naik taraf
ReplyDeletewah...pendapatan sgt lumayan tu..
ReplyDeletelg satu mrk x malu bekerja sprti tu.. syg org kita.. terlalu memilih kerja.. mmg kbyakan pnuh warga asing ajer bekerja kat kedai makan mahupon dimana..kat psaraya pon camtu...
lya percaya gaji y mrk perolehi sgt lumayan utk mnanggung famili di negara asal.. sbb lya ada la knl2 jugak dgn seorg warga asing y kerja kdai makan.. katanya setiap thn balik kmpung, naik flight dlm 2k++ atau lebih.. siap bwk buagh tgn n kiriman duit setiap bulan..
anak muda warga asing sibuk bekerja..anak muda kita sibuk buat apa yer ?
ReplyDeletePak-pak menteri ni tak pernah makan kat luar kot...sebab tu tak pernah nampak betapa ramainya bangsa asing ada di negara ini... atau, buat2 tak nampak sebenarnya...huhu
ReplyDeleteSaya selalu makan di restoran mamak yang banyak pekerja Bangla ini. Apa yang saya lihat mereka cukup rajin cepat bekerja dan mesra pelanggan.Kalau orang kita tidak manja,tidak memilih dan bisa menghargai pekerjaan saya rasa masalah lambakan buruh asing ini tidak mungkin terjadi..
ReplyDeletebetul tuh kakak..ade yg balik tmpt sendri yg jd kaya raya padahal keje buruh je kat malaysia..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu pengeluaran wang kita ke luar mmg byk...warga asing yg bekerja di sini semakin ramai....kita org2 tempatan ni jer yg x reti nak menaikkan taraf hidup sendiri...rakyat asing je yg semakin pandai...:)
ReplyDeleteTeh O Ais Limau kot, kak :) Sekarang ni jarang sekali kita nampak warga tempatan yang bekerja di restoran. Mungkin gaji murah tak setimpal dengan tenaga yang harus dicurahkan. Berbeza dengan mereka, asal ada kerja, ada gaji untuk tanggung keluarga di sana sudah mencukupi.
ReplyDeleteSaya pun biasa nampak pekerja asing di Hero berhampiran rumah. Sejak dibuka mereka bekerja di sana sehingga kini dah naik pangkat supervisor. Betapa tekunnya. Kadangkala susah juga nak disalahkan pada mereka saja!
kak.. kadang2 orang malaysia ni memilih kerja..
ReplyDeletemereka memang rajin tidak boleh dinafikan...
ReplyDeleteDiorang ni sambil membantu ekonomi negara kita, turut sama membantu ekonomi negara mereka. Situasi macam ni wujud mungkin disebabkan sistem pendidikan dan pemahaman masyarakat kita yang memandang lekeh kerja-kerja yang dianggap tak standard seperti yang dijawat oleh para pendatang.
ReplyDeletePadahal, kerja-kerja sebegini penting untuk orang-orang muda menimba pengalaman supaya kelak nanti mampu mengusahakan perniagaan sendiri seperti mana golongan Bangla dan Pakistan yang membuka kedai sendiri di Jalan TAR.
tak ramai orang kita yang sanggup kerja susah macam ni...lepas tu merungut tak dapat kerja..
ReplyDelete