Berbuat baik tidak kira sesama insan mahupun binatang dan kehidupan adalah suatu yang memberi kebaikan. Akan timbul suatu kepuasan di dalam hati atas kebaikan yang mampu dicurahkan. Melihat orang lain bahagia kerana tindakan kita pasti terselit rasa kesyukuran yang tinggi. Melihat binatang gembira atas perlakuan kita juga tidak kurang mampu membuat kita tersenyum puas. Begitu juga dengan kebaikan kepada tumbuhan yang boleh memberi hasil. Hatta walau sekadar sepohon pokok yang mampu memberi teduhan kepada kanak-kanak untuk bermain. Apa lagi jika pokok yang disemai mampu memberi pulangan yang memberi hasil kepada ramai umat manusia.
Bagaimanapun kebaikan kita walau mampu memberi kebaikan kepada insan lain, binatang dan tumbuhan yang hidup hasil kebaikan kita; alangkah ruginya jika kebaikan itu masih tidak mampu membuka ruang iman di dada untuk sujud taat atas segala nikmat pemberian Yang Khaliq. Walaupun mampu mempunyai hamba sehingga mampu mendidik hamba itu taat perintah Allah tetapi andai diri sendiri tidak mampu untuk taat perintah Allah tetap neraka jahanamlah tempat akhirnya. Begitu juga kebaikan dengan kasih sayang yang tidak ada tolok bandingnya sehingga mampu mengumpul harta buat anak-cucu-cicit, tetapi andai harta sekadar dikumpul tetapi zakat-sedekah tidak pernah dibuat/dilunaskan maka neraka jugalah ganjarannya. Kebahagiaan buat anak-cucu-cicit tapi bukan untuk bekalan diri sendiri. Begituah kita sebagai ibu-bapa-guru-ustaz-ustazah-pemimpin andai mampu mendidik orang bawahan menjadi baik tetapi diri kita sendiri tidak mampu mendidik diri sendiri untuk taat perintahNya jadilah kita 'orang yang miskin' di sana kelak.
Peringatan buat aku juga kerana hari ini aku menjadi insan lalai. Sering mengingatkan anak membawa telekung ke sekolah, tetapi hari ini aku ke tempat kerja tertinggal telekung. Beg Samsung berisi telekung sudah aku gantung di tombol pintu bilik. Niat di hati keluar bilik boleh terus dicapai tetapi bila mahu solat dhuha sebentar tadi bila dibuka almari biasa aku simpan telekung baru tersedar aku terlupa. Syaitan pasti melompat gembira. Tempat kerja pula semuanya bukan Islam. Biarpun pakaian aku ini tidak melanggar etika untuk mendirikan solat namun masih terasa tidak selesa andai bersolat tidak bertelekung. Tetapi bila sudah terpaksa bersolatlah aku hari ini dengan tidak bertelekung - yang penting semua aurat tertutup rapi.
~~ Sebenarnya blog aku masih bermasalah. Biarpun rata-rata mengatakan gambar telah kelihatan tetapi tuan empunya blog sendiri langsung tidak dapat melihatnya.~~
Selamat Pagi kak..
ReplyDeletenieyl pun kadang² pelupa kak..
telekung biasanya nieyl mmh standby 1 kat opis :)
assalam kakzakie...rindu sangattt ,apatah lagi nak baca motivasi2 sperti harini banyak bawa kebaikan utk panduan khidupan shari2 saya.
ReplyDeleteAs salam kakzakie...
ReplyDeleteAlhamdulillah kakzakie dah kembali...dgn n3 yg pasti terselit mesej utk muhasabah diri...
tq kak
Macam blog kakcik juga ada yg mengatakan gambar tak dapat dilihat...serba salah kakcik jadinya...
ReplyDeleteBila kita biasa bertelekung, sesekali solat tanpa telekung mmg rasa janggal...
tidak rugi jika kita berbuat kebaikkan...
ReplyDeleteSama jer kak...dah diletakan telekung di atas meja berhampiran pintu keluar tetap juga tidak tercapai oleh tangan..bila henpon tu ingat jer selalu nak bawa...tapi tempat saya ada telekung wakaf kak..namun bertabah jer lah dgn bau-bauan yg kurang enak masa solat tu..
ReplyDeleteBERBUAT BAIK MENYEBABKN KITA PUAS HATI N BERBAHAGIA...KITAKN MANUSIA YG PELUPA...ALLAH MEMAHAMI KITA NI CIPTAAN-NYA.
ReplyDeletesangat bermanfaat sekalai untuk saya terimakasih semoga berkah...
ReplyDeleteObat Jelly Gamat Gold G
selamat kembali berblog kak ...rindu nak baca coretan akak yg penuh dgn ilmu..
ReplyDeleteAssalamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteTitisan nurani yg menyentuh jiwa saya pagi ni kakzakie, berbuat baik pada semua tetapi tidak pada diri sendiri.. terhumban juga ke neraka .. ayat itu sungguh terkesan kedalam hati saya kakzakie...
Sama lah saya kakzakie, pada hari ahad tu menghantar kak nabilah balik madrasah, baju yg siap digosok elok aje tergantung di sit belakang sekali, lupa pulak nak dibawa keluar, penyudahnya tengahari semalam baru saya menghantar balik kepada kak nabilah.. dah semakin pelupa pulak saya ni ...
Ye lah kakzakie, dah biasa memakai telekung bila tak pakai terasa lah pulak janggalnya :)
Kalau kita berbuat kebaikan suatu saat pasti alloh akan membalasnya...Obat Jelly Gamat Gold G
ReplyDeleteAcik memang letak telekung sepasang dalam kereta kakzakie..walaupun diopis ada tinggalkan 2 pasang..mana tau kot ada kawan2 yang tertinggal boleh acik bagi guna telekung acik tu.sebab takut terlupa..tu yang siap sedia ada telekung tu.
ReplyDeletesangat tak rugi sebenarnya menambahkan rezeki kita,,
ReplyDeleteJom Vote blog acik bagi msmw
tima kasih kak..
ReplyDeleteterima kasih kak atas coretan bermanfaat.
ReplyDeleteakak tinggalkan stokin tebal dengan sarung lengan kat office..in case tertinggal telekung senang..
tak pe kak...biasa la kita manusia ni...pelupa tu..mmg x bole nak elak...
ReplyDeletesy pun walau pakaian lengkap bole dibawak solat...masih rasa nak bertelekung....baru rasa habis tutup kan...:)
Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak.
ReplyDeletebetul3..kadang2 tu, sy xkesah pon bersusah2 skit asalkan apa yg sy buat tu dpt menggembirakan orang lain.. =)
ReplyDeletekakak..pls teruskan berblog okayh...
ReplyDeletesbb tuh la telekung falsya selalu standby satu kat opis..
asalamualaikum kak....walaupun tak bergambar harap akak teruskan mnulis diblog...
ReplyDeletetelekung kadang kala yan pun terlupa bawa :-((
Saya tengok macam dah ok je blog ni. Mungkin setting pada komputer akak kot. Takpun, maybe pada setting akaun Google ke.
ReplyDeleteSalam selasa, kak Zakie. Lama SB tak datang melawat
ReplyDeleteLama betul akk menghilang. Nasib baik timbul balik. Kalau tidak ramai yg merindu
ReplyDeleteItulah namanya dugaan. Allah nak beri pahala lebih pada akak tu...InsyaAllah
ReplyDeleteIya kakzakie..dunia ini jambatan kita ke akhirat...maka berhati lah dengan apa yg kita kutip sepanjang perjslanan itu....dan gembirakanlah hati orang...berikn kasih sayang dengan ikhlas...pasti Allah akan membalas denganbkasih sayangNya..amiin
ReplyDeleteakak zakie!!!!
ReplyDeleteSelamat kembali berblogggg :)
Rindu nak baca tulisan2 akak...
Tentang gambar tu..hmmm..entah la..saya boleh lihat...mungkin ada pakar2 IT di kalangan rakan blogger yg boleh tolong kak Zakie...
kita ni manusia kakzakie..
ReplyDeletelupa, leka, lalai tu perkara lumrah
bila terkena sekali selalunya kita akan lebih beringat..
saya pun selalu solat dengan apa yang tersarung ...
yang penting kita menepati syarat sah solat :-))
mungkin Allah nak uji keimanan kak zakie ... gambar ada je . klu kak zaki tgk x de, tak pe . just letak je ...
ReplyDeletesyukran berkongsi ilmu...
ReplyDeletememang tak puas, buat entry tapi tak dapat nak tengok gambar, in shaa Allah, berusaha lg, semoga Allah permudahkan...
Assalam kanda.....amboi dah lupa dindalah tu kan.....sedih ar cenggini....
ReplyDeleteProblem lagi ke kanda?
Betul tu kanda.....tak rugi buat baik dgn org tp tulah kekadang ada gak melintas syaitan mengusik....hish!...nama pun manusia
ooooo....blog masih dalam baikpulih eh?
ReplyDeleteInsyallah harap-harap lepas ni makin ok balik blog kakak..
ReplyDeletekakzakie masa nur tak kerja...x pernah miss solat dhuha...dh kerja ni kena curi masa sikit...
ReplyDeletesaya kat family memang berbuat baik haha, lepas tu buka blog ada peringatan baik begini untungkan :) Dulu saya solat tak pakai telekung, pakai tudung ja dah rasa bole solat. tapi sekarang nak detail baru dapat terperinci juga dariNya.
ReplyDeleteSatu peringatn yang baik kak. Pasal gambar blog ni, kekadang sayapun ada jadi juga macam tu
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTakpe lah KZ walahpun KZ tak nampak cukuplah kami saja yang nampak apa yang KZ upkan...
Memang betul KZ...walaupun kita dah berpakaian patuh solat...tapi tetap juga telekonng yang jadi pilihan kan...
nor biasa tak bawa telekung kak...pakaian pun dh macam telekung..sng.
ReplyDeleteorg malayu jer yg pakai telekung...klu luar negara contohnya china...apa yg diorg pakai itulah yg diorg pakai masa solat....
ada juga yg tak cukup syarat tutup tu...terlondeh jer rambut...peninglah..
entry Tampa gambar pun pandai membawa kebaikan kepada pembacanya itu lebih baik lagi mak zakie..
ReplyDeletesy biasa tinggalkan telekung dalam loker dipejabat..yelah sy biasa kerja shift,jadi mudah utk Solat bila-bila masa sahaja..
bila akak lama tak muncul rasa rindu... tp tak peernah lupa....
ReplyDeletetentunya dengan berbuat kebaikan kita akan mendapat bonus dari alloh 700 kali lipat di dunia dan bonus yang unlimited esok kelak di akhirat,,,,
ReplyDeleteObat Jelly Gamat Gold G
Sebab rajin terlupalah saya letak telekung di mana-mana ~ pejabat, dalam kereta saya dan kereta suami. Saya pun tak gemar bersolat dengan menggunakan telekung yang ada disediakan. Tak tahan bau, tak boleh nak khusyuk. Pernah juga saya terlupa, suami suruh solat aje sebab pakaian dah menutup aurat tapi sebab tak selesa, saya tebalkan muka pinjam telekung orang dalam surau tu.
ReplyDeleteRata-rata bagi cadangan sedia telekung spare.kalau IbuNoey pun,ada sedia dua telekung.satu kat surau pejabat,satu lagi dalam kereta.just in case terlupa bawa kan.
ReplyDeleteApa la masalah blog akak kan...harap2 lepas ni ada jln penyelesaian...
ReplyDelete