Tuesday, March 31, 2015

Petua untuk para isteri

Mendapat whatsapp dari group keluarga kami petua sebagai isteri. Petua ini untuk menjaga kesihatan luar dan dalam diri. Bukan supplement berbayar. Tiada GST incurred. Segalanya boleh dilakukan sendiri. Mudah, cepat dan sangat bermakna. Hanya memerlukan sedikit masa dan keyakinan atas kemujaraban ayat tersebut dengan izin Allah.

Selepas solat Isya' ambil segelas air masak. Baca suroh Al-fatihah sekali. Kemudian baca pula Ayatul-Kursi juga sekali dan diikuti dengan membaca suroh Al-Waqi'ah dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Selesai pembacaan tiupkan ke dalam air tersebut. Niatlah di dalam hati bertujuan untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Ingat untuk kebahagiaan rumahtangga yang dibina bukan untuk tujuan lain.

Maksud suroh Al-Waqi'ah ayat 35-38: -
Sesungguhnya Kami telah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa - ayat 35
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) - ayat 36
Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya - ayat 37
Semuanya itu disediakan bagi puak kanan - ayat 38

Serampang dua mata, sambil membaca sebagai petua kebahagiaan dapat membaca ayat Al-Quran dari masa yang terluang. Apa tunggu lagi mahu sentiasa cantik dan bahagia amalkanlah:)

~~ Boleh saja senyum-senyum sendirian bila membaca entri ini.~~



40 comments:

  1. kata2 dari kalam Allah jugak yg mujarab tuk segala macam penyakti kan kak.....

    terima kasih kerana share...moga masing2 dpt manfaat atas perkongsian akak....in sha Allah...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bagus sekali,terima kasih kakzakie...Insya Allah nak amalkan.

    *Lama x singgah sini.......

    ReplyDelete
  3. Dalam Al Quran banyak tersimpan banyak rahsia. Terpulang kepada kita untuk mencari dan mendapatkannya. Antara hendak dan tidak, kan? :)

    ReplyDelete
  4. .terimakasih kakzakie kerana share ,minta izin utk sya sebarkan juga pd anak2 buah yg baru jalani khidupn brkeluarga.

    ReplyDelete
  5. Mekasih atas perkongsian bunda. Pernah juga kongsikan dalam blog dulu.

    ReplyDelete
  6. great piece of sharing kakzakie... :)... sangat-sangat berguna pada yang hidup berkeluarga...

    ReplyDelete
  7. tersenyum juga Baca ayat terakhir..kebahagian Dan kecantikan. amalkan lah;)
    memang dah perempuan suka cantik kan kak ;)

    ReplyDelete
  8. PETUA YG BAGUS.SGT NI ....AMALKAN DGN YAKIN HASILNYA INSYA ALLAH..

    ReplyDelete
  9. wah baru saya duk tengok gambar dulu2 macam elok ja, tak perlu risau lagi, berhubung dengan Pencipta dengan berdoa kan:) thanks kak zakie ♥

    ReplyDelete
  10. salam tuk kakak, semoga kakak sekeluarga sentiasa sehat & happy
    ..asyik dok jd silent reader jer bila ade kesempatan..
    senyum2 jugak bc entri nie..haaii nk kena amal jugak nie..:)

    ReplyDelete
  11. untuk awet muda..syukran berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  12. hihi senyum2 lah..sambil telan supplement, sambil amalkan tips ni..usaha berganda katanya ☺

    ReplyDelete
  13. Semoga menjadi amalan, terima kasih kakzakie.

    ReplyDelete
  14. Bukan susah pun sebenarnya kan kak... Nak atau tidak jer. Ayat tu pun, pendek2 jer.

    ReplyDelete
  15. insyallah akan amalkan...trima kasih kak :-))

    ReplyDelete
  16. insyaAllah kakak..tq kakak..;)

    ReplyDelete
  17. tersenyum saya baca...boleh buka surah tu nanti ;-)

    ReplyDelete
  18. Salam kak,

    Puas saya tengok kat sidebar saya takda pulak nampak blog akak berupdate. Rupa-rupanya permainan mata saya jerk... Banyak juga tak khatam entri dalam ni!

    Ini yang buat saya sayang kat Kakzakie. Kongsi ilmu macam ni memanglah suka. Bukan setakat senyum jerk, dah tersengih tak ingat dunia. Malam ni juga nak amalkan!

    ReplyDelete
  19. tumpang senyum sekaki la ka...hehehe

    ReplyDelete
  20. Sblum ni bt kak..lps tu asyik lupa je..ni kak ingatkn blik..tq kak..tpi setiap mlm rutin bca al waqiah kak

    ReplyDelete
  21. betullah kakzakie...
    dulu rasa jarak usia masa kahwin 5 tahun dah kira jauh..
    kahwin dengan orang lebih tua
    la bila dah masuk 4 series, macam sebayalah pulak, huhu..
    memang kena amalkan petua kakzakie...hihi

    ReplyDelete
  22. thanks kak....kena cuba ni..moga hubungan kami hingga akhir hayat hendaknya

    ReplyDelete
  23. ni nak kena tag org umah ni...hee3...

    ReplyDelete
  24. bagus ni.. abqori senantiasa... ;)

    ReplyDelete
  25. ayat allah banyak terkandung rahsia dan petua kan kak...lama tak singgah sini...

    ReplyDelete
  26. thanks kakzakie insya allah...

    ReplyDelete
  27. Bukan setakat takde gst je kak yg ni kompom takde bahan pengawet jugak....mekasih kak zakie inshaa Allah akan cuba buat nnti

    ReplyDelete
  28. Bukan setakat takde gst je kak yg ni kompom takde bahan pengawet jugak....mekasih kak zakie inshaa Allah akan cuba buat nnti

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum kak,
    terima kasih atas perkongsian. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada semua khususnya para isteri (insan hebat)...

    ReplyDelete
  30. says pun tersenyum sendiri. Apa lagi dengan ayat sentiasa dara tu.hehe..semoga bermanfaat!

    ReplyDelete
  31. petua2 amalkan ayat2 mcm ni lg mujarab dr yg lain tu kak..Allah pun makbulkan =)

    ReplyDelete
  32. Banyak menerima kasih bila baca posting KakZakie.

    ReplyDelete
  33. al-hamdulillah.terima kasih atas perkongsiannya,kak.lepas ni boleh praktik sikit-sikit.moga ada hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  34. Dinda dah pernah dengar petua ni kanda dulu dulu.... masa dapat bukan main lagi nak amalkan tapi lama kelamaan lupa....Tulah tu manusia mmg mudah lupa huhu

    ReplyDelete
  35. SA sedang menanti masa utk bergelar isteri semula. ..terima kak atas perkongsian ..

    ReplyDelete
  36. boleh amalkan ni.. inshaAllah makin bahagia.. :)

    ReplyDelete
  37. sangat bermanfaat sekali buku buku kaya gini...Obat Rematik

    ReplyDelete