Maha pengasih dan penyayang Allah terhadap kita hamba-hambaNya tidak ada batasan. Manusia pula tetap mempunyai perasaan hasad, marah, dengki, malu dan sebagainya. Perasaan inilah yang juga mudah menerjah dalam diri tanpa batasan andai iman yang ada tidak dibajai selalu. Hasutan dan dendam kesumat syaitan yang terus berusaha menjerumus setiap umat, mudah benar luput dalam ingatan. Setelah terjadi barulah penyesalan menerjah diri. Begitu pun Allah masih memberi peluang kerana pintu taubat sentiasa terbuka seluas-luasnya kepada setiap hambaNya walau sebesar mana sekalipun dosa yang telah dilakukan.
Tidak pernah pun Allah membalas kepada kita yang berdosa sehingga ada orang lain boleh terhidu busuknya dosa yang telah dilakukan. Atau mungkin ada suara dosa yang bunyi keluar dari dalam diri. Cuba bayangkan seandainya Allah memberi pengukur bagi setiap dosa dengan bau busuk atau suara/bunyi. Bagaimana hubungan kemanusiaan yang akan kita lalui? Allah tidak akan sekali-kali membongkar aib kita hatta besar mana pun dosa yang telah kita lakukan. Begitu juga dengan pahala dan kebaikan yang dilakukan tidak pernah pun Allah tunjukkan dengan bau wangi atau sebagainya. Namun apa yang kita lihat dunia hari ini aib orang dicanang hebat sehingga kalau boleh diinjak-injak mahu terus dilenyek aib orang itu. Kebaikan yang sebenarnya merupakan tanggungjawab yang patut digalas dicanang juga bagi menunjukkan kebaikan diri. Riak dan ujub tanpa disedari ramai sehingga menjadi bagaikan satu perkara biasa.
Kita sebagai manusia tidak mampu untuk menilai besar mana dosa dan pahala seseorang. Begitu juga dosa dan pahala yang ada pada diri kita. Kemampuan kita sangat terbatas kerana kemampuan kita semua adalah atas kehendakNya. Tangan, kaki, lidah, mata, telinga semuanya atas kehendakNya untuk memberi upaya. Apa upaya kita tanpa kasih dariNya? Sehingga kelipan mata dan gerak jari-jemari kita ini pun atas kasih dan sayangNya.
Sekadar hiasan - Anak belum baligh begini belum lagi menanggung dosa. Rutin membaca doa selepas habis membaca Al-Quran tidak pernah culas dibaca. Lurus, bersih dan jujur ada dalam dirinya. |
~~ Aku menilai diri sendiri yang terasa banyaknya perlu diperbaiki. Membaiki blog yg bermasalah pun masih tidak mampu apa lagi menilai orang lain. ~~
asalamualaikum..salam jumaat kak....kadangkala ada manusia yang suka sebarkan aib orang sehingga lupa aib sendiri...nauzubillah...
ReplyDeleteTerlalu banyak kekurangam diri kita namun tetap ingin kita nafikan kerana sikap bongkak yang tidak berkesudahan... Na'uzubillahhiminzalik...
ReplyDeleteSiapa la kita untuk menilai dosa pahala seseorang tu kan...perkongsian yang menarik pagi jumaat nie kak..:)
ReplyDeleteterimakasih kak atasa [peringatan setulus ini..kdg2 diri alpa..leka..
ReplyDeletemudah mudahan kita terhindar dari perkara mazmumah
ReplyDeleteTerlalu banyak lagi kekurangan diri. sentiasa cuba utk terus memperbaikinya
ReplyDeleteYe kak betul semua tu...persediaan utk mati..ni mcm mnalh....
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletemmg selalu alpa dan lupa
penting ni, terutama anak-anak masih kecil, elok berbalik jalan islamik, inshaAllah.
ReplyDeleteSalam Jumaat..syukran berkongsi takzirah..
ReplyDeleteBAGAI JIWA YG GERSANG DISIRAMI EMBUN YG MNYEGARKN MMBACA N3 SEBEGINI...BERHRP SAJA ALLAH MNGURANGI DOSA2 KITA KERANA KEJAHILAN KITA DISAMPING BERUSAHA BERBUAT KEBAIKN DGN BNYK..
ReplyDeleteTime kasih atas peringatan...dh elok dh blog akak ek...
ReplyDeleteBetul tu kak zakie..
ReplyDeleteBayangkan, kalau dosa itu ada bau.
Aduhhhh
Salam jumaat kak. Thanks atas perkongsian.
ReplyDeletepengasihnya allah pada kita.. selagi masih ada nyawa, DIA beri peluang kita baiki diri..
ReplyDeleteBetul tu kakzakie.. banyak kekurangan dalam diri sendiri yg perlu dibaiki.. Begitu juga saya, hamba yg selalu alpa dan lalai ni... semoga kita semua terus diberikan taufik dan hidayah dari Allah..
ReplyDeletekalau dosa ada bau kakzakie...
ReplyDeletesaya malu nak keluar rumah...
sayangnya Allah pada hambaNya..
aib kita dosa kita ditutup dari pengetahuan ramai...
Allahu Akbar....
sayangnya Allah pada kita kan ....aib kita ditutupnya tapi kita sesama manusia suka membuka aib oranglain .
ReplyDeleteAssalamualaikum & salam Jumaat kak,
ReplyDeleteterima kasih banyak2 utk peringatan ini..muhasabah diri...sesungguhnya besar sungguh kasih sayang Allah kepada hamba2nya..
sama2 menjaga diri kan kak.. agar kita disenangi oleh pencipta kita.
ReplyDeleteInsaf, mohon ampun, bertaubat...kadang2 seolah2 dilupakan oleh manusia. Saya harap saya mampu untuk menolak anasir2 yang mengganggu
ReplyDeleteSaya selalu fikir, walaupun kita nampak seseorang itu mungkin hidupnya bergelumang dosa, tapi tak perlu untuk kita mencanang-canang pada umum orang itu berdosa. Sebabnya kita tak tahu langsung rahsia dosa dan pahala ini. Yang perlu di lakukan ialah mengambil ikhtibar serta mencari jalan yang betul untuk menegur kesalahan insan itu. Bukan berlagak sepert malaikat pencatat amalan yang tahu semua dosa pahala orang lain
ReplyDeleteKakzakie mengingatkan kak zai dan semua jangan sekali mencanang aib orang. Biarlah pencatat amalan saja yang tahu dosa dan pahala seseorang.
ReplyDeleteWalau sibuk mcm mana pun saya...saya sedaya upaya nak masuk rumah akk ni..kerana disini ada Kata2 yg seringkali menarik saya kepangkal bila saya sudah jauh terpesong..Tkasih kak...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zakie. Betul tu, Allah syg kita walau kita byk dosa masih dia sorokkan dosa kita. Ditutup aib kita . Org sekeliling x mampu lihat apa dosa kita.
ReplyDeleteSelalu ingatkan diri agar lebih gigih menuju ke jalan yg lebih baik agar dapat tutup lompang2 di hari nan lalu
Kak zakie.. Minta sikit nasihat. Harap sgt akk dpt membantu.
ReplyDeleteKak, saya latih maid sediakan sarapan. Tapi.. Sgt terkejut kak.
Camni , sy dah pesan bgn nnt terus saja masukkan mihun yg dh rendam dlm bhn yg sy dah tumis dari malam. Tak perlu letak garam smuanya sy dh letak.
Biasanya kami bgn 5.30. Siap susukan baby sy bgn. Tup2 dh siap goreng. Sy jadik terkejut gak cepatnya dia goreng abb niat hati nk pantau dia goreng sambil kendong baby klu baby xmo tido lg.
Bila sy cedok masukkan dlm bekas sy jumpa lebih 10 helai rambut. Sy anggap itu hanya ilusi. Sy diam je sambil tgn duk buang ke lantai satu semi satu. Mustahil byk sgt rambut kak.. Sbb dia ikat rambut dia yg tak panjang mana hny paras bahu. Usia dlm awal 50 kot.. Atau 40-an
Lps cedok dlm belas ank sy kais2 lg jumpa berhelai2 lg rambut. Sy baca lg surah2 yg saya tau dan selawat tak henti2. Harap Allah lindungi kami dari anasir tak elok dari segala sihir. Saya masih bersangka baik yg itu cuma ilusi mainan perasaan sy je . Mungkin org lain x nmpk kot rambut tu saya duk pujuk hati.
Cuma masukkan mihun yg siap rendam x kan ada byk tu rambut? Mmg x logik.
Tup2 masa mkn sy ngadam encik z mkn. Mmg dia hampir tertelan rambut. Duk selak2 jumpa lagi. Terus sy suruh mkn roti je. Blk sek ank terus tny siapa tg masak sarapan? Ada byk sgt rambut dlm bekal dia. Masa sarapn pun byk gak rambut
Kak.. Sy sedih sgt. Rasa bersalah pd suami dn ank2. Pertama kali dia masak tanpa sy tgk terus jd hal mcm ni. Sy x sangka dia bgn lbh awl dan siap goreng pkl 5.30. Amua sy dh tumis cuma gaul je pun. Apa pendapat akk?
Sy x tanya apa2 kat dia. Cuma sy tak akan biar dia buat apa2 juadah tanpa saya ada dpn mata demi jaga ank dan suami dari termakan benda 'KOTOR'
Akak rasa logik ke byk camtu rambut? Sy ingat sy je yg nmpk rambut tu sbb mmg x logik. Mujur smua nmpk dan sedar. Sbb encik z selalu marah sy kenapa xmo suruh org tu sediakan sarapan . Skrg dia pun dh ngeri. Otak mula fikir yg tak elok.
Betullah kak...bila dah usia begini, terasa bertuahnya kanak2, tidak ada apa dosa, jujur dan lurus. Kita ni dah banyak bengkang-bengkoknya... Kalaulah boleh jadi kanak2 semula, tak mau dah nak besar...huhu
ReplyDeleteSiapalah kita,hanya mampu menilau dengan mata kasar..
ReplyDeletetertarik dengan komen LM
Siapalah kita,hanya mampu menilau dengan mata kasar..
ReplyDeletetertarik dengan komen LM
Assalammualaikum...terima kasih diatas peringatannya Kat :) Salam perkenalan
ReplyDeleteBetapa kerdilnya kita disisiNYA kak zakie..
ReplyDeleteKekadang diri ini nak mengata orang lain pun, tukang kebun pun kena beringat diri ini pun kerdil tak sempurna.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...marilah kita sama2 memperbaiki diri dr semua kealpaan...kita hanya insan dibumi Allah ini byk sekali melakukan kesilapan dan lalai dgn keduniaan...moga kita akan sentiasa bermuhasabah diri...
ReplyDeleteSiapalah kita ni nak menilai orang lain, kak. Diri sendiri pun banyak kelemahan. Dunia sekarang memang seronok kalau dapat mencanang aib orang lain. Cubalah kalau aib sendiri terbuka dan diketahui, pandailah pulak rasa marah. Pandai pulak menuduh yang bukan-bukan. Jadi manusia ni silap diri sendiri memang tak pernah nampak. Kalau takda siapa yang beritahu, memang selamanya tak nampak.
ReplyDeleteBanyak betulyg kurang dlm diri kita kan kak...tp x patut la irg membuka aib kita sedangkan aib sendiri jelas dan nyata...SA x pernah terleoas dari dugaan ni...
ReplyDeleteAllah hu akbar.. kalau terlihat semua tu.. indahnya dunia.. semua takut akan dosa.. kena pulak rupa dosa buruk dan berbau busuk.. Allah hu akbar..
ReplyDelete