Monday, April 27, 2015

Keikhlasan dalam sebuah kehidupan

Sebagai manusia biasa terasa malu juga bila asyik menerima pemberian dari anak-anak. Aku tahu pemberian anak-anak ini adalah dari ibu-bapa mereka. Serba-salah jadinya. Kita memberi dari kemampuan kita atas dasar ikhlas dan sedikit sebanyak mahu membuat pelaburan di dunia yang satu lagi. Begitu pun aku rasa mereka (ibu-bapa anak-anak itu) juga rasanya ikhlas serta mempunyai rasa seperti apa yang aku rasakan. Memberi atas dasar ikhlas. Aku memberi dengan cara aku, mereka memberi dengan cara mereka.

Sesisir - Pisang ini diberi oleh Adik Caca. Sekarang sudah benar-benar lancar dan faham yang mana waqaf, ibtida', iklab, izhar, ikhfa' dan sebagainya. Datuknya memang banyak menanam pisang dan memberi aku sesisir. Besar buahnya hampir menyamai pisang tanduk. Tapi itulah aku sangkakan tunggu hingga kulit kuning, tetapi baru aku tahu pisang ini jenis walau masak kulitnya hijau.

Satu bekas - Sayang dengan pisang tersebut, dua biji Kak Meen goreng kemudian letak cheese. Mama/papa memang kuranglah suka pisang bertabur cheese.  Kami lebih suka cecah sambal kicap (style Johor). Tiga biji blend kemudian tuang ke dalam mixer yang telah aku mixed dengan telur+gula+butter+tepung dan baking powder. Letak banana flavour  kemudian masuk oven 45 minit.

Siap - Bila siap agih semula kepada adik Caca yang memberi pisang itu juga teman-temannya. Gambar atas ini aku bawa ke pejabat sebekas.
Indahnya bila keikhlasan terpancar di hati-hati umat manusia. Sebenarnya bukan saja makanan yang aku terima dari anak-anak yang datang. Ada juga yang berupa kain pasang, telekung, sejadah, bekas makanan dan sebagainya. Malu memang malu. Selalu sudah aku pesan sebaiknya sedekah pada mereka yang lebih memerlukan tetapi hati manusia dan kehendak mereka tidak kita ketahui. Tabarokallah... mereka punya hati-hati yang sungguh ikhlas. Allah juga yang membalas mereka semuanya. Sementara itu aku juga berharap keikhlasan aku tidak dinilai dengan semua pemberian itu.


~~ Mendidik hati untuk berbuat sesuatu dengan ikhlas bukan mudah bila kadang riak pula datang menjenguk sama. Kena segera ingat dan putarkan niat di hati dengan segera.~~


41 comments:

  1. sedap nampak nya kak.. tapi kak, orang memberi kita merasa..gitu :)

    ReplyDelete
  2. MMG SERBASALAH MENERIMA PEMBERIAN MRK YG BAIK HATI NITAPI JGN MEMPERSOALKN KEIKHLASAN HATI MRK..SEMUA REZKI DTGNYA DRPD ALLAH N DGN IZINNYA JUGA SAMPAI KPD KITA...SUBHANALLAH.

    SEDAPNYA KEK PISANG TU..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ibu bapa anak2 tu pun ikhlas memberi kak..sebab kakak pun penuh ikhlas mengajar anak2 mereka..ilmu yg anak2 sgt bernilai..:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...rasanya di kelantan kami panggil pisang nangka tu..mmg bila masak pun hijau:-)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah menerima dan memberi kemabali ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbth...

    Menulis dengan pengalaman yang nyata dan sudi di kongsikan buat tatapan semua adalah satu cabang ibadah yang hasilnya tidak seperti duit berkembang dan beranak...tapi di hati..
    Hati yang dapat merasainya dan ia akanberasa amat puas..syukur...dan itulah...hakikat yang sebenar..

    Teringat pisang kat belakang umah abah...

    ReplyDelete
  7. pemberian berganti-ganti.

    sedekah yang dipanjang-panjangkan.

    semoga mendapat keberkatan.

    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. kalau goreng pun sedap kan tu kak

    ReplyDelete
  9. Buleh meniaga bulan posa ni......hahahahahaha....

    ReplyDelete
  10. murah rezeki yang memberi dan menerima
    sama-sama merasa kan
    betol tu saya pon suka pisang goreng cicah cili kicap style johor. terbaekkk

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kakzakie....
    Sama2lah memberi dan menerima.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...indahnya ukhuwah bila disulami dgn keikhlasan...

    ReplyDelete
  13. murah rezeki akak... beruntung ddk kt tmn yg saling rapat sesama jiran nih kak...

    itu pisang raja ke kak? sbb kalu pisang raja mmg beso mcm pisang tanduk tp dana pun tak kenal sgt.

    sedap lak nengok akak bt kek pisang tuh, udah lama jgk tak buat kek pisang nih

    ReplyDelete
  14. Iyalah kakzakie mereka ikhlas memberi walaupun tahu orang yang diberi mampu dari segi kewangan. Terima dengan seikhlasnya semoga kedua2 pihak mendapat manafaat.

    ReplyDelete
  15. Mereka berkongsi rezeki mereka dgn kakzakie..
    Kakzakie memanjangkan sedekah mereka kepada yg lain..
    Semoga semuanya memperolehi manfaat..

    ReplyDelete
  16. sedapnya kak kek tu. org memberi kita merasa kak. Alhamdulillah murah rezeki akak.

    ReplyDelete
  17. pemberian yang ikhlas sangat berharga....

    ReplyDelete
  18. Lambat sikit singgah sini hari ni...
    sedao kek tuh...Alhamdulillah..klu kite ikhlas..InsyaƁllah akan berganda rezeki kita.. Aminnn...

    ReplyDelete
  19. al-hamdulillah.murah rezeki,kak.IbuNoey kalau terima pemberian sebegini,hanya mampu mendoakan semoga orang itu dimurahkan lagi rezekinya.

    ReplyDelete
  20. itu la kalau berbudi pada tanah rezeki yg ada bole diagih2 kan termasuk akak dan keluarga...kek pisang tu nampak sangat sedap kak =)

    ReplyDelete
  21. alhamdullilah tu kak.. pemberian yg ikhlas dari mereka ..

    ReplyDelete
  22. bila mereka menghulur..pasti rezeki mereka akan bertambah dan ilmu yg kak zakie curahkan amat bernilai...

    ReplyDelete
  23. Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.. Sedap nye la kek pisang..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  24. sedekah yg diperpanjangkan, in shaa Allah makin berkat tu kzakie..

    ReplyDelete
  25. sedaptu.. saya suka amat benda2 asas pisangni.. orang memberikan nak ditolak cam tak elok pulakkan.. takper cam gini baguih dah jadi kek boleh makan sama2 ramai2...

    ReplyDelete
  26. rezeki jangan ditolak kak..
    sama2 buat pelaburan takpe yang penting kita hepi..

    nampak lebih kurang pisang tanduk..
    cam pisang nangka pon yer jugak..
    masam2 manis kan kak rasanya? ke zee salah?

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah...memanfaatkan pemberiaan orang

    ReplyDelete
  28. kebolehan anak2 dapat mengenal dan mengaji Al-Quran, tidak dapat diukur dgn wang ringgit dan harta benda..rasa syukur di hati ibubapa..berkongsi rezeki Allah..

    ReplyDelete
  29. keikhlasan kakzakie mengajar anak2 mereka tentunya amat mereka hargai,sebab tu keikhlasan kakzakie menerima pemberian mereka menceriakan hati mereka.

    ReplyDelete
  30. Indahnya hidup dengan ikhlas.. Terima kasih perkongsian ini kakak.

    ReplyDelete
  31. Kalau saya pun kak akan buat perkara yang sama. Yalah, bukan senang nak dapat guru mengaji yang baik dan bagus macam akak ni. Haruslah 'disayangi' supaya terus mendidik anak-anak sehingga mereka betul-betul mahir.

    ReplyDelete
  32. Kalau saya pun kak akan buat perkara yang sama. Yalah, bukan senang nak dapat guru mengaji yang baik dan bagus macam akak ni. Haruslah 'disayangi' supaya terus mendidik anak-anak sehingga mereka betul-betul mahir.

    ReplyDelete
  33. Begitulah selalunya terjadi kepada kita...perasaan riak akan tetap bersaing dan berebut tempat dengan keikhlasan...hanya orang yang kuat iman saja mampu menepisnya...

    ReplyDelete
  34. akhamdulillah murah rezeki kakak dan juge murah rezeki yg memberi..hehe..

    falsya pun suke pisang cicah kicap cili kakak..sedapppp..

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah rezeki tu kak...:)

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah murah rezeki... sedap nampak kek pisang 2 dh lama xmakan...

    ReplyDelete
  37. Salam..

    Takpelah kak, mereka carik peluang nak raih pahala bila beri sesuatu pd mama nya ni. Mcm pisang nangka tp besar ye kak? Nmpk besar pisangnya. Aritu suami ada bw balik dr kebun. Sy ingat lum masak. Tup2 smuanya masak hijau.. Jenuh nk habiskan.

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah rezeki,
    seronok baca catatan ni kak
    nampak sedapnya kek pisang yang akak buat ni :)

    ReplyDelete
  39. Yg ikhlas itu adalah pemberian yg paling indah kan kakzakie.. :')

    ReplyDelete
  40. nk buat sesuatu kena la ikhlas agar amalan tu ditrima Allah. xpe amalan tu xbnyak, aslkan kita iklas kepada Allah, jangan tggl ibadat wajib plak.. so, btulkan niat kita nk buat sesuatu pekara tu.. sdap kek pisang tu, haha, try la shaklee..

    ReplyDelete