Wednesday, April 29, 2015

Rentetan dari segugus kunci

Segugus kunci setiap pagi akan dipastikan sudah berada di dalam beg sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki. Jauh di dalam hati rumah yang ditinggal selamat sebaik dikunci sempurna. Tiba di pejabat segugus kunci itu juga dicapai untuk memulakan tugasan. Mencari apa juga keperluan di pejabat, gugusan kunci itu juga diperlukan. Sentiasa duduk di atas meja sepanjang masa bekerja. Balik selesai tugasan sekali lagi gugusan kunci akan dipastikan sudah dimasukkan ke dalam beg. Bilik dikunci terasa selamat sebelum melangkah keluar dan turun meninggalkan pejabat. Begitulah berulang setiap hari. Merasa kunci ini penyelamat setiap milik yang tersimpan rapi. Sampai bila akan begini tidak dapat kotak fikiran menjangkanya. Bagaikan bila semuanya terkunci rapi kehidupan sudah cukup selesa.

Segugus - Kunci rumah, kunci pejabat, kunci almari-almari, kunci meja semua ada di sini.

Walau besar dan tinggi mana pergantungan mr boss pada kunci tersebut, hati terdetik kerana bukan kunci penyelamat semua kerana sebenarnya ada yang lebih berkuasa. Kunci sekadar qada' dan qadarnya adalah selamat dek kerana usaha yang dibuat.  Sebagai kuli yang dipertanggungjawabkan pasti akan patuh untuk menjaga semampu mana dan apa juga hak syarikat akan di kunci rapi. Namun sebagai umat Muhammad Sallallahualaihi Wasallam tetap akur akan qada' dan qadar Allah siapa mampu menidakkannya. Kuncilah sekukuh mana. Belilah yang berjenama hebat tetapi ada lagi yang lebih hebat dan mampu mengambil hak yang kita jaga rapi. 

~~ Musuh agama tidak boleh dijadikan guru kita sekadar nasihat yang dipetik dari pembacaan yang diperolehi dari sebuah buku motivasi tetapi buku mana satu hilang puncalah pula.~~

27 comments:

  1. InsyaAllah kak..selain segugus kunci ada lg yg Maha Penjaga..DIA yg ESA.. kunci cuma cara, penentu nya tetap DIA...
    sbg pekerja plak kita sedaya upaya menjaga amanah sebaik mgkin...:)

    ReplyDelete
  2. Kita sekadar berusaha selebihnya adalah kuasa Allah...

    ReplyDelete
  3. Adakalanya walau dijaga rapi sekalipun boleh hilang dari pandangan mata kalau itu kehendak-Nya, kak.

    Saya kalau bab kunci ni memang takut nak satukan semua. Hilang satu, hilang semua. Lagi satu, beg dah penuh sampah-sarap, kalau ada segugus kunci macam ni, rebeh bahu saya, kak :)

    ReplyDelete
  4. aduh kak banyak nyer kunci akak... dana ada kunci umah ngn kunci kete je... kunci blik dana sekali ngn kunci kete... kunci blik bos dana tinggal dlm blik je...

    ReplyDelete
  5. Walau apa pun yg sedang menimpa kak zakie sekarang, harap ending dia baik-baik saja.. Ada hikmah di sebaliknya ye kan. Mungkin selepas ini, kita akan jadi lebih berjaga-jaga. Siapa tahu?

    ReplyDelete
  6. segugus terus kunci..ni kalo gelabah nak bukak pintu mau setengah jam kot baru terbukak..

    ReplyDelete
  7. KALAU KELAM KABUT..MAU SETENGAH JAM TERKIAL2 CARI KUNCI MANA SATU..

    ReplyDelete
  8. Kang2 disebabkan segugus kunci ni juga boleh terkurung dlm bilik atau rumah...atau x boleh masuk lgsung...kan kak?

    ReplyDelete
  9. salams kak,
    semoga berada dalam lindungannya.
    lama saya tak dtg sini, busssyy sgt2...

    ReplyDelete
  10. kunci paling utama adalah iman...

    tiada tandingan dengan kunci yang lain :-))

    ReplyDelete
  11. sungguh benar kzakie..jangan sampai kita meletakkan kunci tu sbg dia yg mampu beri perlindungan..ibarat makan ubat, ubat tak mampu menyembuhkan, sekadar satu usaha ikhtiar sahaja..segalanya hanya pada Allah SWT sahaja..

    ReplyDelete
  12. Betul tu kakzakie, kunci itu usaha kita selebihnya tawakal kepada Allah...
    "Tambatlah unta itu, kemudian tawakal kepada Allah". Kalau tak ditambat unta itu kemungkinan unta itu berjalan entah kemana, dgn bertambat itu pasti ia tidak hilang, tetapi jika bertambat hilang juga, itu yg akak kata, qada qadar yg ditentukan Allah.. namun begitu kita dah ada berusaha ..

    ReplyDelete
  13. selamat malam kakzakie, kita hanya mampu berusaha saja, yg menentukan semua nya ALLAH kan..

    ReplyDelete
  14. salam, kak...kita berusaha, selebihnya serahkan kpd Allah yg Maha Menjaga..

    ReplyDelete
  15. salam kz..
    kunci pembuka hati Ramlah Ram tk ada ke .. kunci nay pun made in Johor jugak ..

    ReplyDelete
  16. kita yang merancang DIA yang tentukan...

    ReplyDelete
  17. Saya berdoa dan berharap moga satu kunci yang hampir hilang dari radar ni akan kembali kepada saya..

    ReplyDelete
  18. Teringat lirik lagu Ebiet G Ade ini...

    'Kemanapun aku pergi
    Selalu ku bawa bawa
    Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
    Masih mungkinkah pintuMu ku buka
    Dengan kunci yang pernah kupatahkan

    Lihatlah aku terkapar dan luka
    Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa'


    https://www.youtube.com/watch?v=wswwOEuQtGY

    ReplyDelete
  19. betul tuh akak...beli lah berjenama apapun, kalau nak berlaku tetap akan berlaku. sekurang tidak begitu ralat sangat kerana telah berikhtiar & berusaha untuk mencegah

    ReplyDelete
  20. Kita cuma berusaha yang terbaik dan bertawakkal ...
    Selebihnya semua dengan izin Allah

    ReplyDelete
  21. doa, usaha, tawakkal.
    segalanya Allah yg tentukan :)

    ReplyDelete
  22. Allah hu akbar.. Allah maha hebat.. maha besar..

    ReplyDelete
  23. berserah kepada Allah..kita hanya mamu berusaha

    ReplyDelete
  24. Saya selalu berselawat time kunci pintu rumah tak tahu kenapa semacam dah menjadi kemestian pulak selain doa mohon Allah lindungi rumah tempat kami berlindung dari panas dan hujan....

    ReplyDelete
  25. Semoga diri kita sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.
    Sekarang ni tengah bagi motivasi dekat anak sulung supaya rajin menghafal surah kursi. Selalu pesan kalau abang takut baca ayat Kursi InsyaAllah malaikat datang walaupun abang tak nampak dilindungkan dari benda tak baik.

    ReplyDelete