Hari ini sudah 1 Syaaban. Bersempena bulan Rejab yg baru berlalu entah berapa kali sudah aku mendengar kisah Israk & Mikraj kekasih kita Rasulullah Sallalahu'alai Wasallam. Memetik beberapa tazkirah yang diberikan oleh beberapa uztaz yang diundang di masjid mahupun di surau yang aku pergi bersempena majlis Israk & Mikraj baru-baru ini pasti hal berkaitan solat lima waktu akan disentuh berkali-kali. Walaupun nabi Musa sudah menasihatkan baginda nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam yang umat baginda ini lemah tapi baginda sudah malu untuk naik lagi ke sidratul Muntaha mohon yang 5 waktu ini dikurangkan lagi. Jika yang 50 waktu itu baginda dengan malunya bertemu Allah memohon dikurangkan tetapi untuk yang lima waktu itu baginda sudah tidak mahu lagi. Baginda tahu jumlah 5 ini sudah terlalu sedikit. 'Discount' yang Allah berikan kepada umat baginda sudah terlalu banyak!
Menikmati hidangan - Bersama sahabat-handai dan jemaah yang turut serta di majlis ilmu tersebut |
Salah satu hidangan yang sempat aku abadikan. Ini ketika di masjid |
Bersyukurlah dengan perintah solat yang hanya lima waktu ini buat kita semua. Baginda rasulullah tahu jumlah ini adalah jumlah yang paling sedikit dan mampu dilakukan oleh umat baginda. Bersama kita istiqomah mendidik anak-cucu-cicit kita tunggak rukun dalam kehidupan sebagai umat Islam. Orang yang bersolat pasti setiap hari secara tidak langsung akan berselawat ke atas junjungan baginda. Selawat inilah yang membantu untuk kita mendapat syafaat baginda di padang Mahsyar kelak. Harapan kita setiap ummah pastinya.
~~ Berusaha untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.~~
alhamdulilah kak zakie, selamat 1 Syaaban dah kita semua, seronok lihat masjid sentiasa dikunjungi dengan anak2 muda...menu pun lazat2
ReplyDeleteSinggah pagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Kini Syaaban tiba...
Rasulullah SAW yang Allah jamin syurga terataknya tidak culas dengan perintah Allah..maka kita ini hamba mengapa tidak bersungguh merebut syurga Allah..moga kita teguhkan tiang tiang agama..
ReplyDelete5 Waktu pun sudah sangat berat untuk kita yang lemah, lalai dan leka ini... :(
ReplyDeleteAlhamdulillah dah masuk syaban kan kak..moga terus istiqomah.. sy ni masih byk kelemahan.. terus memperbaiki yg 5 waktu...
ReplyDeletekadangkala 5 waktu nie berat nak dilakukan...padahal tak sampai 15 minit pun untuk dilakukan...mudahan hati kita ringan untuk melaksanakan...
ReplyDeleteseronok kak zakie menyingkap Kisah nabi n Solat Lima waktu yg mana sebagai peringatan..walaupun dah berkali2 namanya manusia ni kena selalu diingatkan..
ReplyDeleteterima kasih atas ingatanmu selalu Kakzakie
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan ini kak zakie.. :)
ReplyDeletesalam saaban kakzakie...kadang 5 waktu dicount yg diberi ini pun amat payah dan berat dilakukan...
ReplyDeleteSeronok bila lihat masjid meriah dengan majlis ilmu dan sambutan.hangat.
ReplyDeleteThanks atas perkongsian kak. Kejap jer dah syaaban kan. Puasa pon tak habis ganti lagi nih. Bersambung minggu ni ☺
ReplyDeleteDAH SATU SYAABAN.. tak lama lagi nak masuk ramadhan.. tak sabarnya.. :)
ReplyDeleteAssalam Kak Zakie, sori ekk... baru leh update blog, ni pun nak test anta aurel kat taska..sbb minggu depan baru start keje...hehehe.. melampau ek saya kak, ampun bukk...!!! heeee....
ReplyDeletetermenung sejenak...50 waktu.., bagaimana ya..
ReplyDeleteYelah cpt jer masa berlalu..dah masuk syaaban..
ReplyDeleteMuhammad sgt bijak..dia yg bising dh satu syaaban..sbb tk sabar mk puasa..
Selamat menyambut bulan Syaaban, semoga sampai umur kita ke bulan Ramadhan yang penuh barokah..
ReplyDeletesolat tiang agama..solat utk kesihatan rohani dan fizikal..
Baca entri kakak nie br terperasan sudah 1 syaaban..dok berkira2 berapa hari bulanka sudah.
ReplyDeletebetul kata kakak, solat 5 waktu ni sebenarnya tidak membebankan..malah sangat praktikal dimana almost pada setiap perubahan waktu kita diberi peluang mengingati pencipta...kalau tidak kerana solat 5 waktu nie..adakah kita termasuk antara volunteer yg hendak solat more than yg ditetapkan..
Selamat menyambut Sya'aban kakzakie..
ReplyDeleteInshaAllah moga kita dipanjangkan usia pula utk menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Ye kata rata-rata ustaz yg memberi ceramah Israk Mikraj mempertekankan kepentingan solat.. dan ianya jatuh rukun Islam ke 2 yg perlu kita laksanakan..
semoga dapat terus menjaga solat 5 waktu hingga ke saat akhir..
ReplyDeletesolat yg 5 ni pun kdg tak terjaga..tak terbayang la gimana kalau sampai 50..aduhhh lemahnya iman saya ni kak
ReplyDeleteperingatan yg nampak ringan tapi berat nak di laksanakan...solat tiang agama semoga hidup ku mati ku dalam redha Allah....
ReplyDeletealhamdulillah.. bawak anak-anak sama ke majlis ilmu. semoga kita sama-sama tak lupa solat.
ReplyDeleteMeninggalkan solat itu tandanya hamba yg paling sombong, udara yg disedut, rezeki yg dimakan, tak malukah?
ReplyDeleteMasya Allah, ....Allah cuma minta pengabdian kita sbg hamba yg sudah diberi begitu byk nikmat, tapi kita mmg hamb yg tk sedar diri...
Kita ni nak nak diketuk-ketuk selalu, liatnya la hai. Teirma kasih kak selalu peringatkan..
ReplyDelete5 waktu tu pun ada yang tak mampu, kak. Itu yang paling sedih. Sekejap aje dah nak masuk Ramadhan, bulan yang paling ditunggu-tunggu.
ReplyDeletesalam syaaban kak..
ReplyDeleteingatan untuk diri sendiri..jangan lalai jangan leka..
Terima kasih untuk peringatan tntg solat.
ReplyDeleteWaktu dan urusan akn jd lebih mudah jika solat.
Wallahualam.
Syaaban pula mengambil tempatnya. Tik tok tik tok, bagaimana amalnya ketika Rejab dahulunya?
ReplyDeleteSaya, masih tidak sempurna..
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sekejap jer dah bln syaaban kan x lama lg ramadan pula...:)
ReplyDeletebetul.. solat adalah satu-satunya ibadah yang diserahkan secara "direct" kepada baginda Rasulullah SAW, menunjukkan betapa pentingnya solat. sekejap je dah Syaaban, tak lama lagi Ramadhan...
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian akak.....
ReplyDeleteDah dalam syaaban yer kita... rasa cepat sangat masa berlalu... mudah2an kita semua istiqamah dlm menunaikan 5 waktu serta disulamkan amalan sunat... terima kasih kakzakie entry mkanan rohani :)
ReplyDelete