Tuesday, May 26, 2015

Biarlah cemerlang dunia dan akhirat

Hari Sabtu baru lepas sebagaimana yang telah disenaraikan dalam susunan tanggungjawab sebagai mama/papa yang satu ini pun kena tunaikan juga. Tidak boleh bermalas-malasan kena ke sekolah adik sebelum jam 8:00 pagi. Selesai pendaftaran jam sembilan pagi lagi sudah berada di dalam perut dewan sekolah adik. Anugerah kecemerlangan untuk tahun 2014 bagi sekolah agama adik diberikan pada tahun ini. Satu-satunya anak mama yang masih bersekolah rendah. Memandangkan tahun ini adik berada di dalam darjah 6, tahun depan kalau bernasib baik adalah peluang sekali lagi selepas itu tiadalah lagi.

Gembira - Alhamdulillah masih diberi peluang untuk adik naik ke pentas lagi. Untuk peperiksaan tahun 2014 adik mendapat dua anugerah.

Musuh tapi rakan karib - Inilah kawan karib adik aka musuh peperiksaan. Dari darjah satu lagi adik tidak dapat menewaskan kawan baiknya ini. Tetap adik nombor dua dari dulu hinggalah kini. Hanya UPKK saja mereka sama keputusan 8A (mungkin sebab markah tidak nampak hanya bergantung 'A' saja kalau ada markah pun rasanya adik tertinggal sedikit seperti selalu - biarpun kadang tidak sampai 1%).

Tokoh pelajar - Mohd. Ilham dinobatkan tokoh pelajar kerana mendapat pangkat satu dengan 10 aggregat dalam SDKA tahun lepas. Ketua murid. Anak yang gigih. Aku tidak terperanjat dia mendapat anugerah ini. Anak yang baik dan rajin. Sewaktu mahu memasuki ujian musabaqah dan perujian berzanji  pun dia sanggup berulang-alik ke rumah aku selepas solat isyak. Siap rakam apa yang aku baca ke dalam telefon bimbitnya. Beruntunglah mak-ayahnya.

Hadiah - Inilah yang adik dapat. Satu hadiah kerana dapat nombor dua dalam kelas dan satu lagi UPKK adik mendapat straight 8A. Alhamdulillah semuanya anugerah Allah.
Biar apa pun anugerah diperolehi ini semuanya adalah duniawi semata. Sebagai mama-papa tetap mengharap anak-anak cemerlang juga untuk dunia yang satu lagi yang kekal abadi. Mampu mendoakan mama-papa bila mama-papa sudah tiada di dunia ini. Itulah harapan setiap ibu-bapa pastinya.

~~ Kalau sebelum ini rakyat dikatakan tidak perlu percaya isu kanak-kanak di culik untuk dijadikan pengemis, berita semalam sahih isu itu sebenarnya memang ada.~~


43 comments:

  1. Alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung bila lihat kejayaan anak2..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Adik.. kejayaan adik kebanggaan buat papa-mama nya juga.. semoga adik terus cemerlang dunia dan akhirat.

    Benarlah kakzakie.. setiap ibubapa mengharapkan anak yg soleh dan solehah yg dapat mendoakan apabila kita tiada kelak..

    Begitu juga dengan ibubapa kita kan kak, mengharapkan kita mendoakan mereka dan menyantuni mereka.. pengorbanan seorang anak pula kepada ibubapanya..

    Tu lah kak, masih lagi nak menafikan kes penculikan anak2 utk dijadikan pengemis sedang kan ceritanya benar.

    ReplyDelete
  3. masih kekalkan hadiah buku eh?

    zaman sekolah rendah dulu pun, dapat buku dan alat tulis sebagai hadiah.

    memang bermakna dan simpan buku tu sampai sekarang.

    hehe.

    ReplyDelete
  4. Sentiasa sibuk dengan aktiviti anak-anak selagi anak masih belajar.. Alhamdulillah kejayaan sentiasa mengiringi anak-anak. Tahniah pada ibu dan ayahnya juga.

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk adik dan rakan2 yang cemerlang...Alhamdulillah... semoga tahun depan usaha lebih gigih lagi..

    ReplyDelete
  6. Tahniah adik.. moga terus gembirakan hati mama dan papa dengan jadi anak soleh ya..

    ReplyDelete
  7. Tahniah adik..Kan kak, sedih bila nengok berita semalam tentang kisah penculikan dan pemerdagangan anak kecil..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Adik..Bagi saya..kecemerlangan setiap anak adalah cerminan ibubapa mereka..tahniah buat akk dan sumai juga...

    ReplyDelete
  9. tahniah buat adik dan kakzakie juga ...bagus juga dapat diberi buku sebagai hadiah dapat juga tumpang membaca menambah ilmu.

    ReplyDelete
  10. tahniah adik atas mencapaian yang cemerlang itu...beruntung akak suami isteri. semoga adik sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang.

    ReplyDelete
  11. tahniah adik atas mencapaian yang cemerlang itu...beruntung akak suami isteri. semoga adik sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang.

    ReplyDelete
  12. Singgah pagi...
    Tahniah adik..
    Tiada lagi yg membanggakan seorang ibu dan ayah..dapat melihat setiap kejayaan anak didunia...InsyaƁllah di akhirat juga...nieyl doakan :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Tahniah Adik. Teruskan kecemerlangan...

    ReplyDelete
  14. tahniah adik & kakzakie..

    bagus betul sekolah bagi hadiah buku2 tu.. zaman saya kecik dulu banyak dapat set gelas je.. hahaha

    ReplyDelete
  15. Tahniah adik. sejuk perut ibu mengandung..

    ReplyDelete
  16. bestnya dapat anugerah camni.. rasa seronok sebab seolah dihargai apa yg kita dapat..
    tahniah buat anak2 sis..
    :)

    ReplyDelete
  17. tahniah Adik..semoga terus cemerlang di dunia dana akhirat.

    ReplyDelete
  18. tahniah adik n kawan2nya yg bijak tu...kesemuanya tu xsemulajadi terhasil jika tiada bimbingan ibubapa n Allah memberkatinya...

    ReplyDelete
  19. tahniah adik dan rakan2..menuntut ilmu jangan jemu :-))

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah adik mmg cemerlang dunia akhirat..amin
    Ibubapanya sudah tntu hebat jugakn...
    Muah..muah..terdidik akhlak anak2 warisan dr ibubapanya..

    ReplyDelete
  21. Beshhh betul tgk anak2 cemerlang cenggini...moga anak2 sy besok2 dpt secemerlang gini gak...

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..tahniah adikkk..;)

    ReplyDelete
  23. Tahniah buat kakzakie dan adik. Semoga lebih cemerlang dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillahhh.....Saya pun tak terkejut adik cemerlang. InsyaAllah cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah tahniah adik..teruskan usaha ye..

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...betul kzakie, kita mmg nk ank2 berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat, di dunia menjadi hamba dan khalifah Allah memakmurkan bumi Tuhan, di Akhirat tentu mendapat anugerah Allah yurg yg kekal abadi.

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah tahniah adik..tiada apa yg menggembirakan selain melihat kejayaan anak2 kan..walaupun semuanya ni dunia semata

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah semoga mereka beroleh kejayaan yang berterusan. Tahniah buat anak kakak juga.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah tahniah juga untuk adik yer...:)

    ReplyDelete
  30. Tahniah adik..best dapat buku2 yg menarik..

    ReplyDelete
  31. tahniah utk adik ya..
    teringat dulu2 anak kaknoor selalu naik pentas alhamdulillh
    skrg semua dha besar tinggal kenangan dah masuk uni dah

    ReplyDelete
  32. Tahniah, tahniah dan tahniah. Semoga membesar menjadi kebanggaan orang ibu dan ayah! Aminn

    ReplyDelete
  33. tahniah adik.. samalah nasib kita adik, selalu jadi nombor 2 kat sekolah.. huhu.. takpe yg penting anugerah yg diterima itu yg dapat membanggakan ibubapa dan meningkatkan lagi semangat kita dlm belajar.. tahniah juga kak zakie.. sejuk perut ibu mengandung ye.. :)

    ReplyDelete
  34. Tahniah adik, tahniah kanda..... dinda tumpang sejuk perut je kanda, nak tengok adik sini naik pentas entah bila huhu.... Kanda pun beruntung jugak apa....

    ReplyDelete
  35. ALhamdulillah...Tahniah adik. SEmoga terus cemerlang didunia dan diakhirat.

    Tahniah juga buat tokoh pelajar tu.

    ReplyDelete
  36. tahniah buat adik..bahagianya kak zakie

    ReplyDelete
  37. tahniah adik
    jadikan persaingan itu satu persaingan yang sihat
    kipidap!

    ReplyDelete
  38. Tahniah buat Adik!

    Semoga kecemerlangan ini diteruskan untuk tahun-tahun mendatang. Untung akak ada anak yang bijak duniawi dan saya rasa tentunya anak-anak akak memang berilmu agama juga dalam diri :)

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah Tahniah adik.... semoga kejayaan terus kekal milik adik :)

    ReplyDelete
  40. tahniah buat adik...semoga terus berusaha

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum kakak
    alhamdulillah tahniah adik

    betul tu kakak akrg ni yg mlibatkan knk knk dan bayi amat mmbimbangkan
    sama samalah kita bdoa

    ReplyDelete
  42. tahniah buat adik... itula harapan kita kan... cemerlang dunia dan akhirat...

    ReplyDelete