Saturday, May 16, 2015

Celaru cuti hujung minggu

* SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU*

Pagi Jumaat semalam seperti biasa sebelum bertolak pergi kerja aku memberi sepatah-dua kata buat anak dara kecik aku. "Nanti pergi tuisyen mak hantar adik. Papa pergi project site tengok abang Fairuz buat kerja di Kluang. Mama pergi kerja sekarang tau." Mak bermaksud Mak Zah yang akan menghantarnya. Bila dapat tahu saja adik sudah menangis. Menangis tidak puas hati sebab biasanya kalau hujung minggu papa yang akan menghantarnya pergi dan balik. Boleh singgah mana-mana warung membeli sarapan untuk dibawa bekal. Tetapi kalau dengan Mak Zah akan mengambil laluan dekat tidak adalah warung ditemui. Itu yang membuatnya kurang senang hati. Walau sudah besar kalau nama pun anak kena juga pujuk. Tapi jauh di sudut hati aku terasa juga sebab hujung minggu pun kami tidak dapat sama-sama menikmati cuti yang sama. Itulah sebabnya sejak negeri Johor declared cuti hujung minggu pada hari Jumaat/Sabtu, aku sering mengambil cuti pada hari Sabtu bagi memenuhi ruang-ruang masa bersama keluarga.

Hari Ahad kerana hari cuti mingguan aku, lalu pergi-balik sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah waktu paling gembira buat adik. Sudah tercatat dalam minda bahawa mama yang akan menghantar dan mengambilnya. Anak tidak terfikir yang mamanya kesunyian di rumah sebab papa bekerja dan anak pula bersekolah. Menonton televisyen kalau sendirian pun boleh mengantuk. Jadi ruang masa banyak pada mesin jahit dan dapur. Belum pencen lagi aku sudah rasa kesunyian apa lagi kelak bila anak-anak sudah punya kehidupan keluarga sendiri. Aku dapat merasakan kesunyian di hari tua kelak.

Ura-ura cuti kakitangan awam dengan swasta mahu diseragamkan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bagaikan diangin lalu. Senyap terus tanpa usul selanjutnya. 

~~ Masih terus menanti suatu yang belum pasti.~~


33 comments:

  1. Bila kak zai mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dulu dah set dalam minda nak busykan diri macam bekerja. Tapi bila anak2 dah meningkat dewasa dan punya kehidupan sendiri kesuyian melanda. Tidak lagi menyediakan makanan untuk anak2, tidak lagi menjadi supir untuk anak2 dan rumah juga tidak payah dicuci selalu kerana tidak ada yang bersepah.

    ReplyDelete
  2. susahnya biler cuti tak sama..nak pulak hari sabtu pon akak kerja kan..kalu sabtu cuti ok la sikit..

    ReplyDelete
  3. memang susah nk adjust masa dgn keluarga klu cuti tak sama kan kak.. kesian adik, mgkin dia dah set mcm tu bila tak jadi tu yg dia kecewa.. harap2 penyelarasan cutI tu jadi lah..

    ReplyDelete
  4. Semuanya sbb tuntutan keja kan...kalu tak keja soru pulak miss nnt...huhu...

    ReplyDelete
  5. kasihan adik...bila cuti tidak seragam kadang2 bole bikin pusing jugak ye kak...saya rapat dgn anak sulung saya tahun depan mesti dia dah duduk asrama kompom sy menangis hujung tangga rindukan dia.... :'(

    ReplyDelete
  6. cuti berbeza hari susah juga nk atur program bersama famili kan..xlama lagi akan diseragamknlh tu..

    ReplyDelete
  7. susahkan kalau cuti tak sama, kena pulak ambil cuti hari Jumaat/Sabtu..

    'empty-nest' syndrome..anak2 semakin membesar, tinggalkan rumah utk kehidupan mereka sendiri..ibubapa kesunyian di rumah..

    ReplyDelete
  8. semoga cuti dapat di seragamkan agar masa yang terluang dapat di habiskan bersama keluarga sebaik mungkin.

    payah nk rancang aktiviti bersama keluarga kalau hari cuti x sama ...

    ReplyDelete
  9. saya yang duk kat rumah ni pun selalu masih keliru cuti jumaat sabtu ni.kadang hari Ahad tu ingatkan hari isnin,mujor iman boleh jadual buku sendiri...kalau tak nyaya juga.
    Samalah kita wlu ank ramai ni pun bila satu2 pergi terasa sunyi juga .

    ReplyDelete
  10. Salam kakzakie.

    Adik kena pujuk makzah biar ikut laluan papa selalu ikut lah kalau camtu

    Sunyi kan kak klu ank takda kat rumah. Termangu- mangu je rasa. Mujur sy ada baby kalau tak memang sy x sekolahkan syafiq tahun ni

    ReplyDelete
  11. bila cuti tak sama camni la jadinya..adik pun dah mula merajuk..sy ni, g kerja shift tak menentukan cut I madam tu jugak kak zakie..dh lama biasa kan diri..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. memang payah kalau cuti tak diseragamkan...kita kerja anak cuti sekolah ( jumaat sabtu ) ..
    .bila kita tak kerja..anak sekolah ( ahad )

    ReplyDelete
  15. sesungguhnya jasa guru tak ternilai

    ReplyDelete
  16. erm...teringat gak pasal nak seragamkan suma negeri tu huhu

    ReplyDelete
  17. kalo nak pencen, kena suruh anak kawen cepat. nanti insya-allah timang cucu.

    hehehe.

    ReplyDelete
  18. teringat pada guru bahasa inggeris semasa belajar di sekolah anderson ipoh.

    kalau buat nakal di belakang atau jawap silap semasa di soal dia akan menarik batang hidung atau cubit pusat...

    ReplyDelete
  19. ada masalah jugak ye rupanya bg negeri yg ambil cuti hari jumaat bkn ahad.
    sabar ye kak...insyaAllah rajuk anak x lama
    hdp saya x pernah sunyi lagi sebab ank2 masih kecik..bila sakit pun x boleh rehat sebab kena jg anak2. saya selalu harap ank2 cepat besar.tp lps baca entry akak...ini masa saya untuk nikmati masa mereka tgh kecik.nanti ank2 dh besar...kita pulak yg sunyi

    ReplyDelete
  20. Memang susah sikit bila cuti x sama kan.. kira kita tinggal sehari saja boleh buat aktiviti bersama..

    Kesian adik.. sampai menangis mama/papa tak dapat hantar..

    ReplyDelete
  21. Moga cepat lah diseragamkan cuti hujung minggu tu..kesian kat adik...

    ReplyDelete
  22. saya mmg sokong klu nak buat cuti jumaat dan sabtu... senang tak rushing nak pergi solat jumaat.

    ReplyDelete
  23. nasib rakan-rakan di Johor kan? kami kat sini mampu berdoa moga kecelaruan dan masalah yang berkaitan cuti yang berbeza ni bakal dihadapi dengan cara yang baik.. sekali sekala suami kena kerja di hujung minggu pun saya dah rasa mati kutu, inikan pula kalau tiap2 minggu macam tu ya.. pasti Kak Zakie insan yang cukup tabah nak menghadapi dugaan ini.. Moga Adik juga makin memahami keadaan ini .. paling penting, saya nak aminkan juga doa semua cuti kan diseragamkan

    ReplyDelete
  24. Harapnya diselaraskan cuti..mudah untuk bergerak bersama keluarga..

    ReplyDelete
  25. salam kz ..
    stuju dgn kata2 Perdu Cinta tu ..
    moga diselaraskan cuti bagi memudahkan program bersama keluarga

    ReplyDelete
  26. Tulah kan kak. cuti tak sama ni kadang-kadang susah juga dibuatnya. Kalau kenduri saudar dinegeri lain selalu ahad sedangkan kita kerja. saya pulak makcik2 dekat johor , kenduri hari jumaat n sabtu kena ambik cuti hari jumaat pulak.

    ReplyDelete
  27. Betul tu memang celaru dan terkejar2 nak set cuti khas untuk bersama keluarga apabila cuti tak selaras...

    ReplyDelete
  28. Singgah pagi...
    Nieyl yg muda nie lagi laaa...
    klu duduk umah je...bosan...

    ReplyDelete
  29. Buat masa sekarang ni SA xde masalah..x tau la akan dtg mcm mn plak..hihi...

    ReplyDelete
  30. falsya skang nie mek kecik lagi kakak..cer kalau dh besau nnt..silap2 mmg falsya akan rase ape yg kakak rase..

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kakzakie...selamat hari guru utk guru2 sedunia n selamat hari guru buat akak juga yer...:)

    ReplyDelete
  32. Anak-anak saya ni kak memang keletah. Riuh rumah kalau mereka ada. Tak boleh nak senyap aje mulut ni. Mesti nak jerit sekali-sekala. Kalau tidak, kecoh jadinya. Tapi bila mereka takda waima satu jam aje di rumah, sunyinya alahai. Buat apa pun tak kena. Padahal banyak kerja nak dibuat tu.

    ReplyDelete