Tuesday, May 5, 2015

Jauhi fitnah dekati hikmah

Untuk mencari penceramah agama kini bagaikan cendawan tumbuh. Pilih sajalah ustaz atau ustazah mana yang mahu. Golongan yang mahu menderma atau membuat jariah juga tidak kurang ramainya. Katakan saja penceramah mana yang mahu dijemput pasti ada saja yang akan menghulur memberi berapa bayaran diperlukan. Tidak mampu ditanggung seorang akan dikongsi dengan teman-teman. Apa yang penting hajat untuk mendapatkan ilmu dari penceramah itu tercapai. Ilmu pula dapat dikongsi bersama masyarakat yang hadir.

Apa yang penting jangan sesekali menjadi pemecah-belah rumpun yang telah sekian lama aman harmoni. Seandainya kehadiran kita membuat yang aman damai rasa tergugat dari apa yang kita lakukan sebaiknya berundurlah. Tidak ada yang lebih baik seandainya jika kerana mahu berbuat amal tetapi sebaliknya dosa pula yang diperlolehi. Berhati-hatilah dalam membuat kebajikan. Jika ilmu disampaikan boleh melaga-lagakan umat sebaiknya kita hentikan. Islam itu indah tetapi sayangnya ada manusia-manusia yang kononya tinggi ilmu agamanya bercakaran pula. SiArif A menuding siBijak B, manakala siBijak B pula menuding siCerdik C. Masyarakat yang mendengar bercelaru jadinya. 

Adalah tidak menjadi kesalahan seandainya apa yang kita ikuti tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama. Apa lagi seandainya ikutan itu membuat yang jauh silaturrahim dapat dirasakan dekat di dalam hati. Keluarga disayang pula menikmati bersama hikmah dari apa yang diperolehi itu. Tidak salah juga mempelajari yang baru sekiranya ia menjadi penambah-baik suasana atau perencah kehidupan jadi lebih menarik. Samalah dengan resepi di dapur setiap rumah. Corak hidangan akan berubah selalu tetapi kena pastikan ianya adalah halalan toyyiban. Tidak salah orang Johor yang sinonim dengan asam pedas sesekali buat nasi dagang. Apa yang penting jauhi fitnah dan cuba mencari hikmah dari apa yang diperolehi.

Nasi dagang - Seperti nasi dagang yang aku masak semalam.  Walaupun aku org Johor tapi aku ikut style Terengganu. Guna ikan tongkol yang aku gulai. Sedikit kelainan sebab aku regukan dengan acar timun-carrot dan daun salad.  Apa yang penting halalan toyyiban, hubby dan anak-anak pun suka. Tidak semestinya duduk di Johor kena makan makanan Johorean saja. Buka minda dan hati seluas-luasnya. Mana yang baik kita ikut, yang tidak baik kita tinggalkan.

~~ Islam itu indah. Ikut sajalah perundangan yang digariskan di dalam Al-Quran.~~


* Agak sibuk, mohon maaf mana yang belum sempat aku jenguk rumahnya.

46 comments:

  1. Singgah Pagi..
    menyeleranya la nasi dagang tuh...
    betul tuh..elakkan fitnah..:)

    ReplyDelete
  2. apa2 pun, nasi dagang akak memang terBAEK

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba nak rasa air tangan kakak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Inilah hidup dizaman fitnah kan kakzakie.. kena kuat iman Dan taqwa..

    menjejes pulak tengok nasi dagang kakzakie tu..
    saya tak pernah buat sendiri..
    selalu beli dipasar mlm ajer.. ptg ni nak beli lah.. InshaAllah..

    ReplyDelete
  5. SEDAPNYA NASI DAGANG KAKZAKIE...

    BENARTU ELAKAN FITNAH YG MEMECAHBELAHKN WALAU KITA BERBEZA PNDANGAN.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi dagang..sekali sekala ubah selera..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok nasi dagang tu kak...lama teringin nak makan nasi dagang ni..:)

    ReplyDelete
  8. Bila dah nak akhir zaman ni, fitnah makin berleluasa. Sampai susah nak bezakan mana yg betul dan mana yang palsu.

    Sedapnya nasi dagang tu kak.

    ReplyDelete
  9. acik pun suka nasi dagang tu kakzakie..acik biasa beli beras yang warna perang tu..masak macam masak nasi biasa..tak kukus pun

    ReplyDelete
  10. tapi saya suka makanan johor especially laksa

    ReplyDelete
  11. sedapnya nasi dagang dengan kari tongkol kan kak...dari negari mana pun tak salah nak mencuba pelbagai makanan... :)

    ReplyDelete
  12. Kupasan fitnah...baik sekali garapan sis berikan...sama2 kita hayati mendalam...

    Nasi dagang tu huhh kecor ailio tau

    ReplyDelete
  13. dalam maksudnya analogi tu akak...

    tapi nasi dagang tu ... hmmm...

    belanja tengok je yer... hihihihi

    ReplyDelete
  14. Salam kak.. zaman ni memang fitnah berleluasa..menakutkan..
    sedappnya nasi dagang kak..lama tak makan...:)

    ReplyDelete
  15. sedapnye nasi daganggggg..lama xmakan..sgt mendlm ayat kakak...;D

    ReplyDelete
  16. sedapnye nasi daganggggg..lama xmakan..sgt mendlm ayat kakak...;D

    ReplyDelete
  17. sedap gak sekali-sekala cuba masakan dari negeri lain...baru ada kelainan..hehe

    ReplyDelete
  18. Nasi dagang feberet saya tapi saya blom penah masak lagi insha Allah lain kali tapi saya tak makan ikan tongkol atau tengiri selalu beli bungkus dipasar mlm saya ambil kari ayam saje.....

    ReplyDelete
  19. betul tu kak..walaupun lidah jawa..tapi masih mahu mnikmati makanan yang lain

    ReplyDelete
  20. setuju kak...
    masuk jer tak bagi salam dulu..assalamualaikum kakku

    enak sungguh nasi tu..air tgn mak2 ni mmg terbaik..

    ReplyDelete
  21. aduh kak. tak tahan saya tengok nasi dagang ni.

    ReplyDelete
  22. tiba-tiba teringin nasik dagang pulak dah.....

    ReplyDelete
  23. sedap kak nasi dagang tu... lama betul x makannya....

    ReplyDelete
  24. Rasa mengidam nak makan nasi dagang pula.

    ReplyDelete
  25. Nasi dagang sedapnya.

    Lebih baik jauhkan diri dari orang yang suka buat fitnah.

    ReplyDelete
  26. wah, pandai kzakie buat nasi dagang yer, senang je kan.

    Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh..

    ReplyDelete
  27. saya tengok nasi dagang tu... kilang liur saya keluar kan air yang sangat banyak....

    su nak resepi buleh.... hehe....

    ReplyDelete
  28. baca...baca...baca...pastu nampak nasi dagang. huhuhu, mata tertumpu kat gambar jer tengok

    ReplyDelete
  29. masih banyak kajian berkenaan dengan halalan toiyyiban yang perlu biar ada satu fahaman yang tepat.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  30. betul tu kakzakie kan, makanan kita kena variati, makan apa saja yg kita mau dari negeri mana pun tak kisah, nak modifield sikit2 no hal kita yg nak makan kan btw nampak sedap nasi tu teirngin lah pulak..

    ReplyDelete
  31. sependapat dengan Zakie. tak semestinya orang johor di suakan dgn asam pedas saja..sesekali kita cuba pula rasa masakan lain..lebih ber variasi..

    ReplyDelete
  32. setuju Sgt kak zakie..sy org utara pun suka masak Adam pedas johor.hehe..pandai kak zakie masak nasi dasgang..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak,
    Benar coretan akak, kadang-kadang ahli agama yang berkhilaf dengan tanpa hikmah, kita orang awam yang jadi pening. Tentunya sebaik-baik petunjuk adalah kitabullah dan sunnah Rasul yang sahih.

    Apapun, nasi dagang tu memang terbaik! Di Kuantan mudah nak cari nasi dagang maklumlah bersempadan dengan Kemaman...

    ReplyDelete
  34. bila orang2 agama ni bercakaran, kita yg termangu-mangu, keliru, mana satu yg betul, semuanya keluar hujah..tapi perbedaan diantara imam2 besar dlm masalah fiqh, adalah rahmat utk umat Islam..

    saya suka laksa Johor..

    ReplyDelete
  35. kita duduk di zaman akhir nih memang bnyak fitnah.. so bila sampainya sesuatu khabar selidiki dahulu.. jgn terburu2 buat pecaya... btw sedapnya nasi dagang 2.. sy time malam raya kul 4 pg dh bangun buat nasi dagang nih.. nasi dagang ori terengganu guna beras putih 2 kalau beras merah nasi dagang kelantan... hehehehe

    ReplyDelete
  36. Betul kanda.....kadang tu, kita yg mendengarnya pulak yg jadi serba salah yek.... Tp dah terlanjur duduk dlm majlis ilmunya, layan ajelah....

    Mesti kak Reen yg bawa balik paste gulai nasi dagang tu kan kanda... Mama lebur jerlah hihi..

    ReplyDelete
  37. Mendalam kisah nasi dagang orang Johor ni ;) got it.

    ReplyDelete
  38. sedap plak nengok nasi dagang kak zakie ni hihi

    ReplyDelete
  39. lapar tengok nasi dagang orang johor.. hehe..

    akak.. kite sebaik2nya meraikan perbezaan pendapatkan..

    ReplyDelete
  40. Setuju.. Selagi berpaksi pd ajaran islam tak jauh tersasar hidup kita..

    Wahh pandai akk masak nasik dagang. Terliur sy tgk

    ReplyDelete
  41. Kalau dah si Arif, si Bijak dan si Cerdik agama bertelagah, apalah yang akan berlaku pada kita yang dahaga dan perlukan ilmu ni...

    ReplyDelete
  42. Nasi dagang...
    dah laaaaaaama sangat tak makan kak..
    Bila tengok akak masak ni rasa teringin plak

    ReplyDelete
  43. yup, saya setuju.. fitnah ni amat bahaya malahan dosanya lebih besar daripada membunuh. fitnah ni dapat memecahbelahkan masyarakat. kita seharusnya berbincang,bkn fitnah. so, jangan la fitnah org sesuka hati, siasat dulu.

    ReplyDelete