"Mereka rata-rata dari negeri Kelantan sayang. Jauh. Solat mereka boleh dijamak dan qasar. Jangan buruk sangka. Kedudukan Kelantan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan saja dua marhalah bahkan melebihi dari itu. Islam memberi jalan mudah dan amat indah. Mereka tentulah bersolat jamak/qasar untuk solat zuhor dan asar. Selepas itu barulah mereka melukis muka masing-masing. Oleh sebab itu sebelum maghrib lagi mereka sudah berada di dalam stadium. Maghrib pula mereka jamak takhir dengan Isyak. balik dari menonton cuci muka mereka sudah boleh bersolat. Semua ini amat memudahkan dan tidak ada masalah". Indah perjalanan mereka.
Selesai memberi jawapan tidak lama pihak televisyen menemuramah seorang wanita dan sungguh benar bagai jawapan yang aku berikan pada anak. Mereka singgah dan berehat di masjid sebelum meneruskan destinasi ke stadium. Walaupun tidak dinyatakan mereka bersolat tetapi kita fahamlah singgah di masjid mestilah untuk bersolat. Kalau dikatakan bersolat bimbang dikata riak pula. Indah dan cantik jawapan diberi dan benarlah apa yang aku jelaskan pada adik.
TGNA - Siapa tidak kenal hamba Allah ini? Insan yang bertungkus-lumus mentarbiah rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, untuk selalu berada di landasan Islam. Buku ini aku terima semalam dari teman blogger CIKGU ANIM. Bagaikan sebuah hadiah istimewa buat aku kerana secara kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku hidup bersama suami tercinta selama 20 tahun. Alhamdulillah... terima kasih CIKGU ANIM. |
~~ Walaupun tewas namun tidak ada kekecohan dan diterima dengan hati terbuka. Hanya kami di Johor Bahru terkilan melihat piala menyeberangi Tambak Johor. ~~
BENARTU ...USLAM TU SELAMAT N MUDAH...ADA KELONGGARAN BERSOLAT JAMAQ QASAR KALA BERMUSAFIR.
ReplyDeleteTAHNIAH...SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SEMOGA KEKAL BERBHGIA BERSAMA YG TERCINTA SELAMANYA...BESTNYA DPT HADIAH BUKU DRPD RAKAN BLOGGER LAGI.
Singgah Pagi...
ReplyDeleteIslam itu mudah..
Tiada sebab kenapa kita tidak solat...
Alhamdulillah..tiada peperangan selepas perlawanan tamat...
bgs lah cmtu..tak perlu nak bergaduh sesama kita..hanya kerana sebiji bola..
Betul tu kak ... Islam tidak akan menyusahkan umatnya.
ReplyDeleteminat juga kak.zakie bola ye....nor ni berita pun tak tgok...
ReplyDeletetq kak info yg bermanfaat..
kita ambil segala kebaikkan..hatta sebtg pen pun jgn sewenangnya mengunakakn dakwat klu pen itu bkn kepunyaan kita..
TGNA pernah ditegur wartawan kenapa tulisan tak terang(masa tu nik aziz menandatangan)lalu nik aziz berkata ini bukan pen dia,ini pen kerajaan,saya tak boleh mengunakkan sesuka hati..
begitu juga dgn guru lecture,pekerja dll..kalau masa mengajar kamu 2 jam maka dua jam jugalah kamu mengajar..kalau terkurang dua jam...maka tggulah di akhirat nanti akan di tya masa yg dia tidak mengajar itu..
sgt menakutkan....
lari tajuk ke ni..?
walau sedikit kecewa kan....rindu sang murabbi itu:-(
ReplyDeleteMenariknya pengisian buku ni.. nak dapatkan jugalah buku ni nanti.. tahniah akak, dapat hadiah lagi.. buku yg best pulak tu.
ReplyDeleteBetul tu, setuju sangat...haritu KN ada nampak buku ni kat kedai buku...pusing2 last2 terlupa langsung nak beli..
ReplyDeletemacam best je buku tu kakak
ReplyDeleteIslam itu mudah dan Islam itu indah...
ReplyDeletememang mudahkan kakzakie..kemudahan kalau dimanafaatkan tiada lah solat yang teringgal
ReplyDeleteselamat ulang tahun perkhawinan kak.
ReplyDelete. :-))
setuju kak :)
ReplyDeleteAl-hamdulillah, penerangan yang mudah difahami.suka dengan cara penerangan akak.terus-terang,dulu IbuNoey tak tahu sangat bab solat jamak ni.beruntung anak-anak akak,dari kecil lagi dah dapat faham pasal jamak.
ReplyDeleteAssalam Kak Zakie, pekabar?harap semua nye sihat2 selalu...
ReplyDeletebile tgk cover buku tu, rindu plak pada Arwah TGNA...moga arwah tenang di sana.... Al Fatihah...
Regu..betul kak..yang penting kita sedar diri sebagai hamba dan tetamu..
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletetak apa kalah...tapi, dari sisi positif berlaku perubahan cara penyokong bola bertindak dan pasukan TRW jadi contoh. impak tu lebih besar dari menang sebenarnya
assalamualaikum kakzakie...betul tu kak memang menarik penerangan info yg diberi dr akak ni...dan syg sekali piala kemenangan di bawa ke seberang tambak kali ini..:)
ReplyDeletekata-kata TGNA yang memang ada nasihatnya, ada sindirannya dan ada perinagatannya.
ReplyDeletewallahualam.
Kata-kata yang penuh makna. Semua ada regu. Yang paling penting hidup dengan mati. semua kita akan menemui Allah selepas itu. Baik buruk di sana baru tahu. Terima kasih kakak.
ReplyDeletealhamdulillah...walau macam mana nak seronok pun,tetap ingat maha pencipta..
ReplyDeleteHappy anniversary untuk akak dan suami..Moga kekal bahagia ke Jannah..Insya allah
suke cara kakak jawab soalan anak2 kakak..penuh dgn kelembutan tp padat sgt..
ReplyDeleteya Allah..falsya mmg mencarik buku TGNA nie..tp setiap kali lalu MPH atau mana2 bookstore mesti lupe..tp bile lalu tuh rase mcm ade something nak beli dlm MPH..bile dh start melayan qisya langsung lupe terus..
Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 buat Kak Zakie & suami :)
ReplyDeleteSaya doakan kebahagiaan hingga ke syurga firdaus, Insya Allah.
Saya baru tahu wujud buku tu...Saya nak cari lah :)
Memang betul Islam itu sangat mudah.
ReplyDeleteAlhamdulillah anak2 kak zai sejak mengenal erti solat sudah diajar untuk melakukan solat jamak sebab kak zai suka melancong dalam dan luar negara.
Selamat nenyambut ulang tahun perkahwinan kakzakie semoga bahagia dan kekal selamanya.
ReplyDeleteTerkesan di hati saya kak disebalik kata-kata dalam buku tersebut.
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat akak dan en. suami.. Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.
semoga almarhum tok guru tenang di sana..
ReplyDeleteselamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat kakak & suami..semoga bahagia hingga ke jannah
betul kan kak..biasa kita tengok, terus ter komen "tak solat ke dia ni? conteng2 muka'.
ReplyDeleteHappy Anniversary Kak Zakie & suami! Moga bahagia dunia akhirat. ^_~
Alhamdulillah.....sempat membesar dalam zaman TGNA. sesungguhnya teramat besar jasa TGNA kepada kami di kelantan secara amnya
ReplyDeleteBukan rezeki Kelantan gamaknya tahun ni kan kak Zakie. InshaAllah tahun depan ada rezeki. Penjelasan yg bagus kak Zakie, wish that I will have more knowledge and courage to teach my childrens one day. =)
ReplyDeleteSelamat memyambut ulangtahun perkahwinan, kak..
ReplyDeleteAl-Marhum TGNA..murabbi yg sukar dicari ganti..tenanglah, berehatlah disana..
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ... barakallah lakuma fii khair kakzakie.. kekal hingga ke syurga..
ReplyDeleteHarga buku...mampu milik. Tp harga ilmu, tak mungkin dimampui. Begitu juga harga kasih sayang tulus. Harganya, kebahagiaan. Selamat ulang tahun,kakak.
ReplyDeleteHappy Anniversary Kanda dan belahan jiwanya....Dinda doakan kanda akan sentiasa kekal bahagia hingga ke jannah....lebih kurang sama date dgn bezday Angry Bird....
ReplyDeleteGitulah indahnya Islam kan kanda
tahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun
ReplyDeletetahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun
ReplyDeletetahniah kak...selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 20 tahun
ReplyDeletekata kat adik, Almarhum TGNA pun minat bola tau. Ada satu masa, dalam 4 tahun lepas kalau tak silap, dia sebut, dia nak kapten bola jadi imam solat kat stadium. masa tu tengah nak bina kompleks sukan..
ReplyDeletelast but not least, happy 20th anniversary. semoga kakzakie, suami dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya....aamiin
Allah hu akbar.. islam itu indahkan kak..
ReplyDeleteselamat hari ulangtahun perkahwinan kak.. tahniah.. 20tahun sudah.. lame tu..
saya pernah bersolat di bawah tangga gara-gara nak tengok bola...hehe.pucuk pangkalnya hati dan usaha sendiri.. ;)
ReplyDeleteSaya tak minat bola, kak. Memang tak suka menonton perlawanan bola walaupun membabitkan JDT ~_^ Tapi tahulah juga bila masanya ada perlawanan bola.
ReplyDeleteMemang betul bagai dikata, setiap perkara ada regunya. Baru pagi tadi dok berborak dengan Bubbly Abang dalam kereta tentang pilihan hidup. Saya katalah dalam hidup ni kita memang selalu ada dua pilihan ~ nak jadi baik atau jahat, nak jadi pandai atau bodoh, nak jadi berani atau takut dan sebagainya!
Happy Anniversary!
ReplyDeleteLama tak tengok bola.
Happy anniversary!
ReplyDeletememang betul Islam itu indah..tapi ada sesetengah orang Islam sendiri yang suka beratkan dan ketatkan pemikiran sendiri...kemudian suka2 keluarkan fatwa2 sendiri yang membuatkan kita was2 dan keliru..