Tuesday, June 30, 2015

Hidangan ala-ala Bangladesh

Hari Ahad yang lepas. Walaupun jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi tetapi terik pancaran mentari terasa hingga ke kulit walaupun sudah berbaju kemeja lengan panjang. Selesai membasahkan pokok-pokok bunga dengan air aku dan Mak Zah menunggang motorsikal menuju ke kedai. Hajat di hati mahu membelikan pencuci muka anak dara aku yang sudah kehabisan. Selesai membeli kami meredah melalui lorong yang agak redup. Kelihatan berbagai jenis sayur-sayuran yang agak luar-biasa. Ingin juga mencuba. Setelah bertanya tahulah mereka mengimpot bekalan tersebut dari Bangladesh. Tidak dapat ke negara mereka dapat mencuba sayuran mereka pun jadilah.

Tiga biji - Sewaktu membeli sudah diberitahu nama dia tetapi bila tiba di rumah kami gelak berdua betul-betul lupa apa nama buah/sayuaran ini. Kupas kulit aku masukkan dalam ikan merah masak asam pedas. Boleh saja tekak aku dan Mak Zah makan sebab bagaikan timun saja.  
Sebiji - Bagaikan labu air jika di tempat kita. Tetapi sebab bentuknya agak asing aku mahu mencuba juga. Masak sup letak udang, fish-ball, suhoon dan saleri sedap juga ditekak kami.
Terung - Ditempat kita juga ada, tetapi sebab saiz dia yang buat aku geram. Belum dimasak lagi. Mungkin masak pajeri pun sedap. Belum tahu kesudahannya tetapi kita semua sudah biasa makan terung seperti ini.
Dari hari ke hari semakin ramai pula mereka yang bukan warganegara berniaga di tempat aku. Biarpun untuk berkomunikasi tidak selancar mana tapi perniagaan mereka kian maju. Dari berpayung akhirnya boleh menyewa kedai yang punya kelengkapan api-air yang sempurna. Kagum dan malu sebab aku masih tidak mampu seperti mereka - dari dulu masih menjadi kuli.

~~ Luasnya bumi Allah untuk mencari rezeki ada di mana saja. ~~


44 comments:

  1. Pelik juga buah tu eh, tapi terung tu sangat geram la kak, gemuk betul..

    ReplyDelete
  2. yang pertama tu macam tak pernah jumpa pulak..ingatkan sukun..tapi rupanya bukan ye kak...Kalau kita berusaha,kat mana pun kita akan dapat mencari rezeki yang halal kan..

    ReplyDelete
  3. bumi Allah ini teramat subur kan rajin berbudi kpd tanah di mana-mana saja menjadi n boleh dikongsi rezekinya dgn sesiapa saja...mudah untuk kita merasa produk tani negara luar tambah dgn kebanjiran warga asing yg terlalu ramai yg melonjakan diri utk berjaya dlm kehidupan dirantau..apa guna merantau jauh2 jika nasib hidup xberubah..

    ReplyDelete
  4. hahahaha...

    akak dapat tak whats apps yang ni:


    Ini fakta!

    Hukuman menyeberangi sempadan:
    1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.
    2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.
    3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.
    4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.
    5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.
    6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.
    7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.
    8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.
    9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.
    10) Jika anda menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
    - Mykad sementara atau
    -Status PR Penduduk Tetap
    - Lesen Memandu
    - Hak Mengundi
    - Tempahan Kerja
    - Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
    - Kad kredit
    -bolej buka akaun di mana2 bank
    - Pendidikan Percuma
    - Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
    -jadi tauke kedai runcit.
    - jadi bos org tempatan
    - beli rumah
    - beli tanah free hold
    - kahwin orang tempatan
    Dll.
    Copy paste dari group bangla.

    ReplyDelete
  5. rasa macam sangat betul kan kan kan kan....

    hmmmm #renung panjang luar jendela sambil kedip-kedip kan mata...

    hahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Kak Zaki.............
    Dah macam baca novel pulak rasanya ...

    ReplyDelete
  7. sumer sayur ni pestime tengok kak..
    tp dengan lambakan warga asing kadang rasa takot jugak..

    ReplyDelete
  8. mcm buah kundur lak kak yg besar hijau tuh....
    terung beso tuh selalu tgk depa panggang or bakar ngn olive oil n garam skit je...

    msk pajeri msti sedap gebu je tuh kan kak

    ReplyDelete
  9. semuanya tak pernah tgk

    kan.. betul tu kakak

    ReplyDelete
  10. Saya pun geram tengok terung tu...montel! Warnanya cantik! Agaknya yang macam labu air tu... kundur kot...he he hehe

    ReplyDelete
  11. Betul lah tu kakzakie..nhhas..memang beruntung sungguh mereka yang menyeberang ke mesia ni...anak dapat jadi rakyat mesia dan boleh dapat segala kemudahan melebihi anak sejati mesia...suatu hari annti tak tahulah siapa pm kita ye...negara mana asalnya!!!!

    ReplyDelete
  12. First time SA tgok...rasa mmg x pernah la kan..

    ReplyDelete
  13. Yang pertama tu macam adik beradik buah cempedak pulak *_* Rasa macam timun ke, kak? Jauh sungguh berbeza rasanya bila tengok kulit luar.

    Betul tu, kak. Kita ni warganegara selamanya jadi kuli. Nak berniaga tak pandai-pandai. Mereka pulak asal ada aje peluang, cepat-cepat grab. Lama-lama nanti manalah tau tak jadi kuli lagi di negara orang!

    ReplyDelete
  14. takut lak bila fikirkan nasib rakyat tempatan nanti.. hurm

    ReplyDelete
  15. memang pelik2 rupe paras sayo2 diorng ni ye kak...gambo kedua tu saya ingatkan mangga rupenye bukan....untung la akak dapat mencuba sayo yg takde kat tempat kite ni

    ReplyDelete
  16. Turut terkedu, mmg itulah kenyataannya sape tkleh sangkal, mereka rajin,bijak mencari peluang dan akhirnya berjaya di bumi malaysia yang makmur ni.

    ReplyDelete
  17. memang asing pada kita kan kakzakie sayuran mereka...bagus juga kakzakie dapat mencuba merasa .kalau sya pun sya akan beli .

    ReplyDelete
  18. Macam-macam buah dan saurannya. Betul tu kakak. tempat saya pun ada juga orang asing berniaga. Siap ada kedai lagi macam tempat kakak juga.

    ReplyDelete
  19. hahaha.

    orang mynmar pun dh pandai jahit pakaian. saya raya ni hantar pada mereka ja.

    sebenarnya memang cabaran untuk mencari pekerjaan yang tidak memerlukan warga asing berkhidmat.

    tapi warga kita, bila diberi peluang memijak kembali tuan empunya kerja lebih bermasalah dari mereka.

    sebab tu kita senang memilih mereka bekerja. selepas 10 - 15 tahun kemudian, mereka lebih berjaya dari kita.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  20. Walau bukan semua tapi dorang sanggup bekerja keras demi keluarga mereka di sana.

    ReplyDelete
  21. falsya xpenah tgk pun kakak sayur2 tuh..sedangkan smp skang falsya xreti xnk bezakan daun sup ngan daun ketumbar, inikan pulak la tgk sayur2 yg pelik2..hehehe..

    ReplyDelete
  22. macam aman buah-buah tu dibawa ke sini?pakai kargo juga kah atau ada yg balik kampung

    ReplyDelete
  23. Mcm nangka pun ia kak..pelam pun ia juga..
    mna msaknnya....bg resepi sekali bleh tiru..



    ReplyDelete
  24. bila dilihat fizikal sayurnya mmg geram kan kak
    semangat2
    rasanya kalau ok di tekak, oklah kak
    bleh la cuba masakan lain lak lain kali hehhehe

    untung kan org luar
    berniaga
    dari tepi jalan berpayung sampai selesa berniaga
    sama je kat tempat saya ni kak

    ReplyDelete
  25. bila dilihat fizikal sayurnya mmg geram kan kak
    semangat2
    rasanya kalau ok di tekak, oklah kak
    bleh la cuba masakan lain lak lain kali hehhehe

    untung kan org luar
    berniaga
    dari tepi jalan berpayung sampai selesa berniaga
    sama je kat tempat saya ni kak

    ReplyDelete
  26. akak tunjuk rupa luar aje,
    trylah tunjuk rupa dalam dia or akak dah siap masak
    pelik sungguh rasanya

    kat tempat saya pun sama kak
    mereka cukup ramai menguasai perniagaan

    ReplyDelete
  27. uniknya sayur bangla tu kak zakie...hahaha

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum,
    Fuhhhhh rasanya ok tak?
    macam teringin nak cuba

    ReplyDelete
  29. mujurlah saya dah biasa dengan makanan2 bangla ni.. jadi x de rasa pelik sangat hihi..

    selamat berpuasa kak.

    ReplyDelete
  30. macam buah sukun plak tengok. Besar betul terung tu.

    ReplyDelete
  31. Nampak buah nangka pulak gambar pertama tu kakzakie..
    Sedap pulak ditekak akak ye :)
    Dah mereka ni rajin berusaha kan kak..
    rezeki Allah itu maha luas..

    ReplyDelete
  32. orang2 Bangla dah ramai yg berniaga utk warganegara mereka..home away from home..

    kalau di KL ni, kalau hari cuti, kwsn Leboh Ampang/Sinar Kota, memang penuh sesak dgn orang2 Bangla, Nepal, kedai2 kat situ pun dah jual barang2, memenuhi permintaan mereka..kedai telefon/simcard, restoran, kedai runcit orang Bangla pun ada..mcm2 suasana ada, yg junjung beg kotak atas kepala pun ada..haha..

    ReplyDelete
  33. K Mar ada jumpa buah dlm foto 1.. saiznya kecil aje
    ..penjual pasar mlm org Melayu dan pasaran pembelinya adalah warga bangla... masak kari katanya... yg Kakak beli ni besar ya?

    ReplyDelete
  34. sama kak...situasi di tempat saya pun kadang2 buatkan saya terpikir. saya duk kat luar negara ker nie. dari komuniti yang kecil kini komuniti mereka bertambah besar

    ReplyDelete
  35. Malaysia boleh eh....masuklah sapa saja..

    ReplyDelete
  36. Senyum kambing kak zai baca comment nhhas. 'Malaysia boleh'
    Tengok terung geram betul.

    ReplyDelete
  37. Yg macam petola air tu...alin penah tgk ...sb ada bangla sewa tanah abah buat cucuk tanam...drg mmg ggigih cr rezeki

    ReplyDelete
  38. Kakak, saya tak sabar pula nak.tunggu pajeri terung tu.

    Rakyat Malaysia dah cukup selesa kot.

    ReplyDelete
  39. buah tu sejenis sayuran ke kak?

    ReplyDelete
  40. Hihi...sesekali menyelami jiwa Bangla apa salahnya kan kanda. Betullah rasanya kita ni kena merantaulah kanda kalau nak hidup berniaga kat tempat org. Kalau duk Malaysia ni, memanjanglah fikir risiko

    ReplyDelete