Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1436H sudah menjelma

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menikmati ramadhan tahun ini.
Alif, Laaaam, Miiiim - Malam tadi rata-rata semua sudah memulakan tadarus. Walau sebelum 1 ramadhan sudah hampir ke juz Amma kena mulakan balik dari juzuk pertama. Masing-masing berebut mencari ganjaran terbaik di bulan yang mulia ini.  Hari ini Johor cuti umum boleh diambil peluang untuk membaca lebih 4-5 juzuk. 
Walaupun berpuasa bagaimana pun environment keliling lebih kurang sama. Banyak tempat mencari rezeki di sana-sini. Bazar pula kian rancak di merata tempat. Pasaraya-pasaraya semakin riang mengalunkan lagu-lagu raya. Siang-malam-pagi-petang sana-sini ada tawaran harga murah. Masjid pula kian meriah di waktu terawih bermula. Walau di mana kita berada kelompok manusia tidak dapat dihindari. Bila ramai manusia, mata pun banyak yang melihat dan akan dapat dilihat. Begitu juga dengan mulut yang sama banyaknya dengan jumlah manusia yang ada. Tidak kurang telinga yang rata-rata mempunyai sepasang telinga untuk mendengar. Menjaga anggota pancaindera ini juga amanah kita semua. Dosa kecil akan terampun dengan solat dan ibadah yang dilakukan. Dosa besar kena segera bertaubat.

Terlajak tanpa sengaja segera berundur. Mohon keampunan dan berniat untuk tidak mengulangi lagi. Istighfar dan berzikir sebanyak mana yang termampu. Peluang yang ada hari ini tidak akan pernah berulang lagi. Ujian masih banyak merata-rata walau syaiton sudah digari dek kerana rutin kebiasaan. Nasihat buat yang menulis dan juga keluarga sama.

~~ Bersama kita didik mata, mulut, telinga dan anggota yang lain untuk turut berpuasa sama seperti mana perut kita. Selamat berpuasa. ~~

* Mohon tidak perlulah melihat gambar entri di bawah. Itu entri semalam sebelum kita berpuasa. 

34 comments:

  1. salam ramadhan..selamat menjalani ibadah puasa ye...

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan kak.
    Terima kasih atas ingatan.
    moga2 ramadhan kali ini lebih mendekatkan kita dgn Ilahi hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Salam ramadan kakzakie..
    Terima kasih atas ingatan ini..
    Puasa utk semua anggota badan kan kak..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa kakzakie..
    Semoga puasa tahun ni menjadi puasa terbaik buat kita semua..In Sha Allah akan menjaga mata,mulut dan telinga..terima kasih untuk ingatan ini kak..:)

    ReplyDelete
  5. salam satu ramadhan kak..sama2 kita jaga ibadah kita yer..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih selalu menjadi tempat nasihat..
    InsyaƁllah kita sama² menjaga :)

    ReplyDelete
  7. boleh la ngaji tadarus... peluang untuk kite tambahkan pahala puasa kita...

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan buat akak dan keluarga..
    Tak sabar nak balik petang ni nak tengok reaksi dak Kakak dengan dak Adik berpuasa hari pertama.. ;)

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan kakak!
    seronok JOHOR cuti arini.. hihi.. jom kite manfaatkan masa sebaek2nya di bln mulia ni

    ReplyDelete
  10. Kak zakie, cari saya kat blog yang ni kak
    http://kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Ramadhan kareem kzakie..semoga mendapat puasa roh

    ReplyDelete
  12. slmt menjalani ibadah puasa buat kakak sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan kakak..insyaAllah...hehe..

    ReplyDelete
  14. Selamat menjalani ibadah puasa buat kakak sekeluarga.

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa kak... mari lah sama2 kita memperbanyakkan mengaji ek

    ReplyDelete
  16. salam ramadan selamat berpuasa kakzakie..moga ibadah kiya diterima Allah...

    ReplyDelete
  17. selamat berpuasa buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  18. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kak. Kurangkan juadah dan tingkatkan ibadah ☺

    ReplyDelete
  19. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

    selamat berpuasa, bertarawih, bertadarus, dan ibadah2 yg lain..

    ReplyDelete
  20. slmt berpose kak zakie..tu la mriahnya di bln ramadan..

    ReplyDelete
  21. Selamat berpuasa kakzakie. Ramai yg puasa perut je tp mulut mata tak puasa sama. Malah hati tetap berburuk sangka:(

    ReplyDelete
  22. Alamak, terscroll ke bawah pula bila baca nota akhir tu.. hehhee, itu lah manusia ni kan... lagi dilarang, lagi nak buat... uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  23. Salam Ramadhan KakZakie.

    Moga banyak amalan yang dapat disempurnakan Ramadhan kali ini.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kakzakie...salam ramadhan yer kak...:)

    ReplyDelete
  25. Salam 2 Ramadhan, kak! Banyak nak kena jaga walaupun katanya syaitan dah tak berkeliaran di sekeliling.

    Setakat menu-menu tu, saya okey lagi. Cuma kalau nampak sedap sangat, mulalah hati teringin, Maklumlah nafsu orang berpuasa memang begitu. Masa itulah kita boleh menguji diri, tahan ke tidak dengan nafsu tersebut. Setakat ni teringin saya takdalah sampai kena mencari dan membeli.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah.. Ramadhan Kareem kak! Semoga ibadat kita semua diterima..

    ReplyDelete
  27. salam ramadhan dari kami sekeluarga kak!

    ReplyDelete
  28. mudah2an kita dapat jaga dua perkara, satu; jaga jangan batal puasa dan kedua; jaga jangan batal pahala puasa...

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah.....
    salam ramadhan kak...

    ReplyDelete