Wednesday, July 29, 2015

Ceria di Aiďilfitri - 1

Assalamualaikum... bertemu lagi setelah sekian lama menyepi.

Setelah hampir 20 tahun jika biasanya aku meraikan aidilfitri hari pertama di kampong hubby yang punya keluarga amat kecil, tetapi tahun ini aku sekeluarga mengambil keputusan untuk beraya dulu di rumah bapak. Semuanya disebabkan Kak Reen hingga hari akhir puasa masih lagi dengan praktikalnya. Langkah terbaik itulah balik dulu rumah bapak yang lebih dekat. Untuk balik Batu Pahat terasa lewat pula. Apalagi  di rumah bapak hanya Mak Zah saja yang ada, rasa kasihan pula. Masak-masak petang akhir ramadhan tidak teringat langsung untuk dirakamkan. Mood gembira bersama bapak menutup ingatan dengan kamera dan telefon. Pagi Syawal baru masing-masing sibuk dengan kamera dan telefon.


Camera dan telefon bimbit - Rutin setiap kali selepas peluk-cium dan bersalaman pasti kamera menjadi alat utama untuk merakam kenangan. Mereka sibuk mengambil gambar tanpa sedar aku pula mengambil gambar mereka.
Kami - Moga jalinan kasih kami berpanjangan hingga ke jannah. Papa tidak sempat lagi menukar pakaian solat sudah diarahkan duduk.
Anak buah kami - Anak buah aku yang ada pada Syawal pertama bersama anak dara ku.
Sayang atok- Bersama atok tersayang. Boleh pula dengan tidak disangkakan bapak juga menempah baju warna biru juga.


Sepupu - Lagi mengejutkan semua anak buah sepupu aku berbaju biru seperti bapak dan kami sekeluarga.

Sungguh tidak dapat dinafikan Aidilfitri menjadi salah satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat. Saling hormat-menghormati, bersedekah, bermaaf-maafan dengan keikhlasan semua ini hikmah yang Allah berikan buat kita hambaNya. Tanda kesyukuran dengan kejayaan menjalankan ibadah di bulan ramadhan. Moga ibadah dilakukan tidak terhenti di bulan ramadhan saja bahkan diteruskan sehingga ramadhan yang akan datang. Ramadhan ditinggalkan, syawal dirai dengan kesyukuran.
 
~~ Lama sungguh blog tidak dijenguk. Ada waktu kita diberi ujian untuk membuat kita lebih dekat kepadaNya. ~~
 
 








44 comments:

  1. selamat hari raya kak..
    ni baru betul2 sehati sejiwa..sumer family sedondon..
    nampak sihat lagi bapak akak..moga terus diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidilfitri kak..maaf zahir batin..tahun ni ramai yang memilih warna biru..hihi...saudara mara PC pun..ada yang cara kebetulan..ada juga yang sememangnya berjanji untuk sedondon..

    ReplyDelete
  3. SALAM LEBARAN KAK ZAKIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN...NAMPAK AYAH KAK ZAKIE SEGAR SIHAT...SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN KESIHATANNYA YG BAIK INSYA ALLAH...

    ReplyDelete
  4. Salam Lebaran Kak..Maaf zahir Batin..Saya pun berbiru biruan juga thn ni...

    ReplyDelete
  5. Wow semua serba biru cantik nyaa..Tahun ni beraya pun seronok alhamdulillah dapat jumpa ramai saudara mara..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya utk kak za & famili...seronoknya semua berbaju biru termasuk atok :):)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya =)
    Seronok beraya bersama yang tersayang

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Kak Zakie! wahhh!!! Ceria belaka kak... pakat biru juga anak buah sepupu pun.. heee~ rindu coretan Kak Zakie! sihat ya kak?

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Kak... meriah raya dgn baju biru sedondon... semua anak2 kak zakie dah besar....

    ReplyDelete
  10. cantiknya baju raya akak sekeluarga...selamat hari raya kak...

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya kak..meriahnya..biru royal

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya kak ... meriah sungguh. Sedondon berbaju biru :D

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya kak zakie.....

    cantik tema raya keluarga akak...royal blue....rasenye ramai yg pilih tema royal blue tahun nieh....tgk kat fb ramai up pic royal blue...lieya jek kuning ekekkekekeekek....

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Kak. Memang meriah raya tahun ni.

    ReplyDelete
  15. lawo baju raya anak beranak akak.... abah akak segak betul dia msh bersamping lg...
    atuk dana raya dh lama tak pakai baju melayu asik berjubah sajo

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya kak! Bila tiba syawal la kita nak berkumpul kan. Jumpa semua saudara mara. Seronoknya!

    ReplyDelete
  17. wah! meriah sungguh nnampaknya beraya dikampong ...pasti bapak orang paling gembira anak dan cucu2nya balik beraya....

    Apa pun salam lebaran dan selamat menjalani ibadah puasa 6.....insyaAllah..

    ReplyDelete
  18. meriah..sekeluarga sedondon...
    salam aidilfitri kak zakie & famili,
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya kak zakie..selamat kembali bekerja..
    sakan eh cuti raya

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya kak zakie. Ampun maaf di pohon atas keterlanjuran kata dan perbuatan.

    Sama sedondon biru bersama atok dan sepupu ank2 walau x dijangka tetap buat hati teruja gembira kan kak..

    ReplyDelete
  21. tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.

    (jalok ngapuro okeh-okeh, wes seng podo-podo)

    ucapan bahasa jawa baru belajar masa raya itu hari.

    hehe,

    ReplyDelete
  22. Paling menarik gambar yg bawah sekali tu, sedondon je..
    Salam syawal kzakie, moga segala amal ibadah kita di Ramadhan yg lalu diterima sbg amal yg ikhlas, moga kita berpeluang bertemu dgn ramadhan yg akan dtg..
    Kak...puasa 6 dah settle agaknya ye, saya blm lagi, minggu pertama beraya, minggu kedua ABC, mintaklah sempat buat lagi.

    ReplyDelete
  23. Tanpa disangka warna sedondon itu menandakan sehati sejiwa. Berhari raya bersama orang yang tersayang.
    Salam lebaran kakzakie maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  24. kak kite pon anak beranak pakai baju kaler biru jugak tau....kikiki...meriah nye rumah bapak akak dengan cucu kalau tak raya susah nak dapat berkumpul camni kan....bestnye raya!!!

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya kak.. maafzahir batin..

    ReplyDelete
  26. betultu kak, aidilfitri medan mengeratkan silaturahim...terasa kasih sayang bercambah-cambah sesama ahli keluarga...

    ReplyDelete
  27. Selamat hari raya kak.. Woww, kebetulan semua ye..😊

    ReplyDelete
  28. Salam aidilfitri kak..hikmah bersilaturrahim indah rasanya :)

    ReplyDelete
  29. Selamat hari raya buat kakzakie dan keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  30. selaamt hari raya kakak zakie sekeluarga..

    memang meriah sedondon berwarna biru.sama tema dengan sy sekeluarga juga..hensemnya bapak kakak.hehe

    ReplyDelete
  31. Kanda.....turut bersimpati dgn kanda. Dinda tau kanda seorang yg tabah. Moga abg cepat sembuh yer.

    Wah....bestnya kaum kerabat berpakaian sedondon biru. Mcm berjanji pulak yer kanda

    ReplyDelete
  32. serba biru
    sama dgn kami juga..

    meriah benor nampaknya tu
    seronokkan bila semua ahli keluarga berkumpul dan bermaafan di pagi raya

    ReplyDelete
  33. Kanda.....turut bersimpati dgn kanda. Dinda tau kanda seorang yg tabah. Moga abg cepat sembuh yer.

    Wah....bestnya kaum kerabat berpakaian sedondon biru. Mcm berjanji pulak yer kanda

    ReplyDelete
  34. Selamat hari raya maaf zahir batin buat kakzakie sekeluarga..
    Alhamdulillah.. nampak sihat bapak akak..
    Sedih pulak saya sebab tahun pertama saya sekeluarga beraya tanpa abah..
    Melihat bapak akak pakai baju melayu warna biru .. juga mengingatkan saya pada arwah abah yg juga suka warna biru...

    ReplyDelete
  35. cantik semua sedondon kaler baju..hehe..

    ReplyDelete
  36. Salam syawal kak.. :)
    Meriahnya bertemakan biru..

    ReplyDelete
  37. Salam Aidil Fitri, kak..

    biru kuning..cantik..

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum kakzakie...seronokkn dpt bersama di pagi raya...salam bersalaman sesama kita...:)

    ReplyDelete
  39. kebetulan rupanya warna biru tu..ingatkan dirancang

    ReplyDelete
  40. Nampak meriah betul Syawal Kakzakie sekeluarga tahun ni. Kebetulan pula ya ramai dalam keluarga yang memilih tema biru untuk raya tahun ini. Kami sekeluarga pulak memang dari awal dah sepakat tak mahu sedondon. Pilih warna masing-masing. Caca-marbalah warna di pagi raya ~_^

    ReplyDelete
  41. CAntik sedondnon. Selamat hari raya buat kakzakie & family.

    ReplyDelete