Innalillahi Wainnailaihi rojiuun. Kullunafsinzaa Iqotulmaut. Begitulah sebagai manusia kerdil kita kena akur ketentuan yang telah tertulis sedari loh-mahfuz lagi. Dari Dia kita datang kepadaNya juga kita akan kembali. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Dua hari balik dari kampung ke rumahku syurgaku whatsapp group kami digemparkan dengan pemergian teman setaman. Menggigil aku menerima berita itu walau mulut tidak putus beristighfar. Sejak ramadhan lagi aku tidak bersua muka mahupun berwhatsapp sebab masing-masing dengan rutin ramadhan. Namun tetiba belum sempat berjabat tangan di Syawal yang mulia ini (sebab masing-masing balik kampung) dia telah dijemput izrael untuk bertemu rabul-jalil. Hubungan aku dengannya sangat baik apa lagi kedudukan rumah kami berhampiran.
Melihat 5 anak yang ditinggal menambah deras airmata mengalir. Tapi sungguh aku kagum dengan suami dan anak-anak lelaki beliau yang semuanya tidak pun mengalirkan airmata. Kuat betul iman mereka. Hanya yang bongsu kelihatan teresak-esak dalam pelukan si ayah dan merupakan satu-satunya anak perempuan dari 5 adik-beradik.
Melihat jenazah yang bagaikan tersenyum biarpun hati kami pilu tapi kami dapat rasakan Allahyarhamah NurAisyah Bt. Hassan teman kami itu tenang di sana. Meninggalkan kesemua anak-anak yang hafiz dan hafazah Al-Quran sedikit sebanyak membuat sejuk hati kami sahabat yang ditinggalkan. Siapa sangka dia yang menghidap diabetic tetapi meninggalnya kerana darah tinggi yang menyerang tiba-tiba. Saluran darah sudah pecah di dalam otak. Perginya terlalu cepat. Hampir jam 9:00 malam masuk hospital belum pun jam 11:00 malam dia sudah dijemput Izrael. Suami pula bagaikan digamit rasa mahu pulang walaupun beliau sebenarnya ada urusan tabligh/penyampai dakwah yang sepatutnya tiga hari tetapi boleh baru sehari sudah balik ke rumah. Allah bagi peluang untuk mereka bermesra sebelum pergi untuk selama-lamanya. Hikmah Allah juga mahu dia pulang untuk melihat isterinya pergi di hadapan mata sendiri.
~~ Khususon ila ruhi almarhumah NurAisyah Binti Hassan, Al-fatihah.~~
Innalillahiwainnailahirajiun....kematian yang semua orang impikan - khusnul khatimah...semoga keampunan dan syurga miliknya.
ReplyDeletesalam takziah buat jiran kak zakie..saya pun tumpang sedih..
ReplyDeleteanak yang bongsu umur berapa ye?
InnalillahiwInnailaihirajiun...
ReplyDeleteIn shaa Allah kepulangan yg diberkati..
al-fatihah untuk arwah..salam takziah
ReplyDeleteSalam Takziah kak..
ReplyDeleteAl fatihah
SALAM TAKZIAH...KEMATIAN ITU PASTI...MASA DAN WAKTU YG BELUM TENTU...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA DAN BERBAHAGIA DI SISI-NYA.
ReplyDeleteAl Fatihah, moga keluarga arwah tabah hadapi ujian Allah swt ini... Sedih saya Kak Zakie baca entry ini... betapa kematian itu smakin hampir dgn kita...
ReplyDeletekawan saya kak, suami dia meninggal beberapa hari nak sambut Syawal..ya Allah moga dirinya kuat dan tabah dgn ujian Allah ini.. Amiin...........
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun..Alfatihah..moga keluarga arwah tabah..
ReplyDeletealfatihah buat nuraisyah binti hassan
ReplyDeletesedihnyaaa saya membaca coretan akak....tambahan anak masih kecil:(
innalillahiwainnailairojiun..al-fatihah buat arwah...damai hati ini mendengar bahawa anak-anaknya hafaz dan hafizah...
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeletebaca penulisan akak tetiba rasa sebak..
dapat bayangkan esakan sibongsu..
kesiannya kak. Alfatihah untuk allayarharmah. Saya pun risau kak. Suami selalu tak sihat.
ReplyDeleteInnalillahi Wa innailaihi rojiuun.
ReplyDeleteSejuk baca n3 ni..
assalamualikum kak
Salam takziah buat arwah...
ReplyDeleteAlhamdulillah, arwah ada anak2 yg soleh dan solehah sbg bekalnya di sana...
Sedih kan kak?
Mcm kwn sy arwah husna tu pun, saya pelik bila dia kata teringin sangat nak jumpa dgn saya sebelum fly balik M'sia hari tu.. Rupanya itu kali terakhir kami jumpa.... Sebaknya rasa bila ingatkan nasib anak2nya yg masih kecil :(
Innalillahiwainna ilahirajiun...
ReplyDeleteSemoga Allah ampun kan dosa beliau dan tempatkan dikalangan hamba Nya yang beriman.
Insya Allah
Innalillahi Wa innailaihi rojiuun ....
ReplyDeleteSalam takziah untuk keluarga mereka.. seminit pun tak lambat bila ajal tiba.
ReplyDeletesalam takziah pada keluarga beliau.apa yang hidup pasti akan mati
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeleteDariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..
Bagaimana dan bila kita sendiri tak tahu..
Al fatihah utuk beliau..dan moga anak anak beliau sentiasa menjalin huungan yang utuh sepanjang masa..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga kawan kakzakie.
ReplyDeleteAlfatihah.
Allahuakhbar....moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin...alfatihah
ReplyDeleteInnalillah.
ReplyDeleteBanyak berita kematian lately ni, masa kita tak tau la bila.
Salam takziah untuk jiran akak. Moga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteAlfatihah..
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi roojiu'un.. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman..
ReplyDeleteal fateha...
ReplyDeletemaut tak kenal erti tunggu sekejap...
Innalillahi Wainnailaihi rojiuun.
ReplyDeleteAl-fatihah
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteInnalillah..Mudah-mudahan Allah SWT berkenan menerima segala amal ibadat dan mengampunkan semua kesalahannya. Kepada keluarganya yang ditinggalkan, semoga diberikan sekalung ketabahan...
Allahumma ighfirlaha wa irhamha..
Innalillahiwainnailaihiroji'unnnn...
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun..
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga arwa..al-fatihah..
Al fatihah.. Moga rog nur aisyah binti hassan tergolong dikalangan kekasih Allah.
ReplyDeleteAnak2 hafiz dan hafizah untungnya .. Dia pergi dgn tenang meninggalkan saham akhirat yg sgt berharga.
Al-fatihah..semoga rohnya tenang disana bersama roh para solihin..
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeleteaamiin
ppstt: kakak, terima kasih :) ada masa join ye.
in shaa Allah mana tahu ada rezeki kakak nanti, kan ?
Alfatihah! Salam takziah buat keluarga allahyarhamah. Sayu rasa hati bila mengenangkan anak-anak yang ditinggal tetapi alhamdulillah, moga beliau tenang di sana!
ReplyDeleteItulahkan, kak... ajal maut datangnya tak diketahui bila. Adakala sakit merana lama, tapi orang yang sihat yang pergi dulu.
Innalillahi wainnailaihi rojiun...Salam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDelete