Bukan saja Syawal sibuk dengan jemputan makan-makan, tetapi Zulkaedah juga tidak kurang rancaknya. Setiap hujung minggu pasti ada yang menempah untuk majlis tahlil dan doa selamat. Doa selamat termasuk aqiqah, menunaikan ibadah haji, bertunang dan sebagainya. Apa yang menjadi masalah bila ABC atau suara aku serak dan batuk. Namun bersyukur juga untuk musim cuti kali ini anakanda Reen ada di rumah dapat menjadi pengganti aku jika aku tidak dapat menunaikan hajat mereka. Kak Reen sudah boleh menggalas tempat mamanya.
Yasiin, tahlil & doa selamat - Semua sedang khusyuk membaca aku yang sekadar boleh berzikir sempat mengambil gambar sebagai tatapan bersama. |
Marhaban - Johor dan marhaban tidak dapat dipisahkan. Biasanya selesai membaca yasiin, tahlil dan doa selamat kami bermarhaban beramai-ramai. Anak-anaklah yang paling gembira. |
Balik malam ada kelegaan di hati kerana anakku kini mampu menggalas tanggungjawab aku sekiranya aku sudah tiada. Dua minggu berturut-turut aku serahkan majlis dibawah pimpinan Kak Reen. Hakikat sebenarnya semua boleh menjadi imam untuk memimpin majlis kerana sudah setiap minggu kami membaca bersama-sama dan tahu susunatur, tajwid dan sebagainya tetapi masing-masing masih tidak mahu memikul lagi - mungkin malu. Beberapa kali juga ketika belajar sudah aku katakan kena mencuba mana tahu seperti yang sering terjadi hanya kerana keuzuran aku majlis ditunda. Bukankah itu suatu yang menyusahkan. Seperti kata Kak Reen bila tidak ada gading, tanduk pun boleh juga. Tapi aku kata dalam hal ini jangan bandingkan tanduk dan gading. Apa yang penting majlis tuan rumah berjalan lancar. Mama dan Kak Reen bukan tanduk dan bukan juga gading.
~~ Sedih melihat kemalangan yang menimpa keluarga yang maut di Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi. Moga roh-roh mereka ditempatkan bersama kalangan umat yang beramal solleh.~~
alhamdulillah, didikan terbak dah membuktikan keupayaan Kak Reen.. rasa sejuk hati bila membaca entry ni. tahniah buat Reen sebbab dah berjaya melaksanakan amanat mama dan menjayakan majlis yang bukan mudah, bukan sembarangan orang boleh pikul tanggungjawab tu. saya pulak yang rasa terharu, moga Ahmads saya kat rumah ni juga satu hari nanti dapat jadi seseorang yang berbakat dalam bidang agama ni, doa saya sentiasa tu...
ReplyDeletetahniah juga utk Kak Zakie...
Alhamdullillah....
ReplyDeleteTahniah2 kak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah boleh kak reen mengendalikan majlis tu ye kakzakie..
ReplyDeleteYe la kak.. saya pun malu kalau nak mengendalikan majlis..
Kena ada keyakinan yg kuat..
Sedihkan kak.. satu keluarga terkorban..
Isteri kawan saya terkorban lima sekeluarga yg di Kemanis Kota Kinabalu..
Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat Ilahi..
Alhamdulillah majlis lancar. Byk minum air msk kakzakie..
ReplyDeletealhamdulilah kak reen dah boleh diharapkan utk menjadi pemimpin.Tempat sya ni pun dah ada pelapis2 yang mengantikan jika ketuanya tiada .Group kami juga dimulakan dengan zikir munajat utk memulakan majlis .
ReplyDeleteSuka tengok ramai anak2 menyertai ..tempat sya ni kurang budak2 yang ikut almaklumlah masing2 dah berumor.
Alhamdulillah ... sejuk perut ibu yg mengandung. Tentu kak zakie dah merasa lega kerana anak boleh diharap jd pengganti :)
ReplyDeletememang perlu ada pelapis dlm melaksanakan program kemasyrakatan gini yg lbh lagi yg lbh bersifat keagamaan n pengendalinya mestilah sesaoorang yg diyakini ilmu n kemampuannya...tahniah reen nampaknya bersedia n boleh dipertanggungjawabkan.
ReplyDeletesalam takziah kpd keluarga malang tersebut...innalillah..turut bersedih.
Alhamdulillah, bagusnya kak reen.. Betul tu, kena ada keberanian utk mengetuai kan..")
ReplyDeleteSalam Sayang...
ReplyDeletenieyl singgah pagi kat sini...
Alhamdulillah...betul kata kak reen tuh..
dah ada pengganti....
ReplyDeleteAlhamdulillah kak reen sudah boleh menggantikan tempat kakzakie. Tentu rasa seronok dan bangga tahniah.
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Zakie, hope saya pun boleh contohi Kak Zakie, dpt didik anak2 dgn sebaik-baiknya InshaAllah... anak perempuan skrg, standing anak lelaki, tiada bezanya skrg ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur ada anak yang boleh menggalas tanggungjawab yang sama seperti mamanya..moga ianya berterusan..amin..
ReplyDeleteAlhamdulillah kakak. Dah ada pengganti. Semoga dimudahkan urusan.
ReplyDeletetu lah.. sebab mak pon dah uzur saya lah penggganti mak utk kenduri blok.. best kan..
ReplyDeleteyup kak jalan kota rengit tu setiap hari ada je kemalangan.. ptg tu pulak ade kemalangan sampai putus kaki kena langgar dengan lori.. warga emas pulak tu..
alhamdulillah kak... kak reen dh boleh menggantikan akak...
ReplyDeleteye lah kak, marhaban ngn org johor tak dpt dipisahkan.... tp seronok pe bermarhaban... yg sumbang jd sedap jd nya bile dh ramai2
kagum saya kakzakie
ReplyDeletedidikan yang baik menjadikan kak reen
ReplyDeletemampu menggalas tanggungjawab tu
insya allah dia akan terbiasa kelak
p/s-saya terbaca juga cerita tu. kesian kan. ajal mereka
alhamdulillah...kagum betul falsya ngan kakak dan anak2..semoga falsya dpt didik anak2 falsya mcm mana kakak didik anak2 kakak..insyaAllah..doakan falsya ye kakak..
ReplyDeleteSalute dgn keberanian Kak Reen..Sementah setahun jagung itu sudah mampu mengetuai majlis..bukan calang2 org kak mampu berbuat begitu...saya ni tua pd umur...sekadar menjadi jemaah saja termampu...Tahniah kak..Ini hasil didikan kak juga...
ReplyDeletealhamdulillah...sejuk perut ibu yg mengandungkannya..tahniah utk Kak Reen..
ReplyDeletezee bebetul kagum ngan cara akak didik anak2..
ReplyDeletetahniah kak ngan abang..tahniah jugak buat kak reen..
al-fatihah untuk mangsa kemalangan..memang sayu..
baguih marhaban ni...cerita tntang nabi
ReplyDeleteBertuahnye akak dpt anak cam kak reen yg pandai serba serbi....kalau la sy ada anak lelaki beso bole gak cuba nasib berbesan dgn akak....kikiki
ReplyDeletealhamdulilah..berani reen...kalau kak yan masih belum mampu lagi..
ReplyDeleteAlhamdullah kak reen dah boleh ye. Muda2 lagi dah mampu galas tanggung jawab besar. Syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteMasa di segamat dulu kalau ustazah uzur atau sakit tekak dia selalu tolak ke saya minta saya bantu . Ustazah tu dulu sama2 ngajar sek agama sblm sy berhenti. Tapi alk tau apa jadik? Suara saya tenggelam timbul bergetar2. Ketakutan. Bergegar buku yasin tu kak saya mmg menggigil. Semua ahli yasin kami masa tu dah agak berumur mana tak takut ... Tiga empat kali cuba batu kurang gentarnya. Masa tu baru umur 23-24 tahun mmg saya tak bersedia dari segi mental kot.
Alhamdulillah, dah ada yang mampu menggalas tugas akak. Bertuah Kak Reen ada ibu sewibawa akak ni. Bila ilmu dapat diperturunkan kepada anak sendiri, terasa sejuk rasanya hati. Bertuahnya akak dapat anak-anak sebaik mereka bertiga!
ReplyDeletesubhanallah...tahniah kak...esp buat kak reen...anak solehah permata hati mama...
ReplyDeleteKakReen dah boleh mengalas tugas..Inilah hasil didikan dari seorang ibu yg baik..bagusnya kakZakie..sura tumpang gembira baca n3 ni..sejuk perut ibu mengandung..:)
ReplyDeleteBahagianya, tumpang bahagia ye kzakie.
ReplyDeletebahagianya
ReplyDeletenak rania jadi terbaik juga.
mudah mudahan kami dapat didik rania seperti kak reen. aamiin
alfatihah
Alhamdulillah.Lepas ni boleh bergilir dengan anak.
ReplyDeletealhamdulillah kak majlis berjalan lancar ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah bertuahnya akak, boleh bergilir dengan kak reen dan majlis pun berjalan lancar kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...saya sangat kagum cara akak mendidik anak2 akak...
ReplyDeletebagi tips sikit kak...
Salam kak zakie.
ReplyDeleteAlhamdulillah...bertuah ada anak yang dah boleh diharapkan :)
Betul kak...bulan depan dah busy dengan majlis org nak gi haji...majlis aqiqah...
ReplyDeleteBagus Kak Reen...dah jadi bakal pengganti akak nanti :)
Beruntung ada anak2 yg bijak dgn ilmu Allah
ReplyDeletesemoga anak2 kak berjaya dunia akhirat mcm akak ...
assalamualaikum kak,
ReplyDeletebetul tu, jangan bandingkan gading dengan tanduk..tetapi tanduk pun berguna juga..hehe
Tahniah kak reen di atas upaya memikul amanah mama...mudah-mudahan menjadi anak yang solehah
alhamdulilah nekcik pun tumpang gembira melihat anak anak kakzakie....baik urusan dunia dan akhirat...syukur alhamsulilaj
ReplyDeleteTerbaik anak Zakie, dah boleh pikul tanggungjawab diusia muda..
ReplyDeleteSeronok dan sejuk hati bila anakmampu pikul tanggungjawab
ReplyDeleteAlhamdulillah mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi... Sejuk perut ibu nya
ReplyDeleteAlhamdulillah mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi... Sejuk perut ibu nya
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...sejuk perut ibu yg mengandungknnya...
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDelete