Friday, September 18, 2015

Bertoleransilah semampu boleh

Adakah kerana kemajuan yang keterlaluan lalu index perceraian dari tahun ke tahun terus meningkat di negara kita? Ngeri melihat peratusan tersebut apa lagi untuk aku sendiri mempunyai tiga anak perempuan. Dimanalah salah dan silapnya hingga isu remeh akhirnya menjadi besar lalu akhirnya naik ke mahkamah untuk menfailkan talak. Kepada pasangan yang belum mempunyai anak mungkin tidak adalah kerumitan lebih, tetapi yang mempunyai anak berbagai impak terjadi akibat perceraian itu. Ada yang masing-masing tidak mahu menjaga anak tersebut, ada yang berebut anak, ada pula anak pada jagaan ibu tapi nafkah oleh bapa tidak pernah diterima. 

Aku teringat kisah bagaimana pasangan yang bercerai bersetuju untuk memberikan anaknya kepada keluarga kami tetapi baru 2 hari kami ambil belum sempat ke mahkamah untuk urusan seterusnya akhirnya anak tersebut diminta balik oleh si nenek. Ibu anak ini tidak ada mata pencarian, Ayah pula kaki judi. Anak menjadi mangsa - bagai dijual. Mujur punya nenek tetapi apa yang sedih nenek itu tidak ada punca pendapatan. Dari beberapa orang cucu yang dijaga semua bersekolah setakat tahun 6. Bayangkan dalam zaman canggih ini masih ada yang begini. Rumah yang mereka duduk kalau dibandingkan dengan setor tempat bapak simpan baja dan peralatan kebunnya jauh lebih baik setor bapak di kampung. Tergamakkah anda mahu meminta balik wang yang sudah diserahkan bila melihat situasi begitu? Sedih berganda melihat anak-anak dan nenek mereka buat kami tidak tergamak.

Buat pasangan yang baru berumahtangga bertoleransilah. Salah-silap sedikit itu jangan jadikan isu untuk bertengkar sebaliknya jadikan gurauan. Contohnya sebagai isteri biasalah mahu semuanya bersih. Kalau setakat suami sidai tuala basah ala-kadar saja apa salahnya katakan "Abang, tuala basah tu agak-agak boleh gerak sendiri jadi cantik ke kat penyidai." Itu yang selalu aku buat sebenarnya hihi.... Sama juga picit ubat gigi. Orang lelaki (tidak semua) janji ubat gigi keluar sudah. Isteri pastinya melihat tidak cantik. Apalah salahnya picit dari bawah mesti ubat gigi ditengok pun sedap mata memandang. Aku tukar "Abang rasa ubat gigi terpeleot lebih cantik ke yang picit dari bawah lebih cantik?" Percayalah mesti suami akan ketawa dan jawab "Eleh... tolonglah abang picitkan dari bawah. Abang tengok yang terpeleot ada seninya." Bila itu jawapannya mesti masing-masing akan ketawa bersama akhirnya.
Suami - Tidak semua lelaki, tapi lihatlah. Janji tersidai. Senget, bertindih atau terlipat tidak jadi masalah.

Isteri - Jangan jadikan isu betulkan sajalah. Memang ada kala terdetik rasa hairan sebab sudah berkali-kali tetap terjadi juga yang sama. Senyumlah jangan masam sendiri juga yang rugi nanti:)

Buat adik-adik dan anak-anak yang baru membina mahligai rumahtangga, sama-sama kita berdoa semoga mahligai yang dibina sentiasa dalam keberkatan, berbahagia di dunia dan akhirat. Isu remeh-temeh tolak saja ke tepi.

~~ Sedangkan lidah lagikan tergigit apa lagi pasangan suami-isteri yang setiap malam tidur satu katil dan satu selimut.~~






39 comments:

  1. Ya Allah, insyaAllah kak.. Sentiasa doakan semoga barokah dalam rumah tangga kita.. Ameen

    ReplyDelete
  2. insya allah kak...sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga walau banyak badai yang melanda..

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas pesanan dan nasihat itu kak zakie.. persefahaman wujud jika ada toleransi, bukannya memaksa pasangan untuk mengikut cara kita..

    ReplyDelete
  4. Org sekarang sy tgok kirang kebergantungan hidup pada pasangan..boleh hidup tnpa pasangan tu yg amik mudah benda sikit jadi besar.memang toleransi tu paling utama..

    Sama2 kita doa yg terbaik buat rumahtangga kita semua..

    ReplyDelete
  5. Thanks atas peringatan kak.. memang itu yang saya tengah cuba praktikkan. Hal remeh ni, cuba untuk tak ambil kisah sangat.

    ReplyDelete
  6. Itulah kakzakie org skg ni mudah sngt nk bercerai berai,...sian kn pd anak2.biasalah kalau ada sifat suami yg tak sempurna dimata kita.

    ReplyDelete
  7. syukran..nasihat yg baik, berkorban perasaan tu penting, selalunya orang perempuan yg kena banyak mengalah..

    Men are from Mars, Women are from Venus..

    ReplyDelete
  8. Kesian pada anak2 kecil yg tidak tahu apa-apa itu, bila penceraian ibubapa mereka..
    Toleransi memang penting kan kak.. kalau semua isu remeh temeh di panjangkan akan terjadilah penceraian itu..
    Semoga rumahtangga kita semua kekal hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  9. betol tu kak kadang2 bila pikir memang menakutkan....saya selalu doa biar la perkahwinan ini menjadi yg pertama dan terakhir...tapi tu la ajal maut di tangan tuhan...saya kalau marah sgt selalunye saya akan diam je...perkara kecil jgn dibesarkan...belajar untuk menerima kekurangan masing2...manusia tak sempurna...

    ReplyDelete
  10. Nasihat yang amat berguna untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Sepatutnya anak2 menjadi pengikat kasih sayang bukan sebaliknya.

    Pengalaman saya yang tidak punya anak lagi mencabar, namun InsyaAllah...kesefahaman, saling menghormati dan kasih sayang itulah yg masih mengikat hubungan kami.

    Redha dan melihat secara positif akan hikmahnya, pasti kita akan rasa amat bersyukur.

    ReplyDelete
  11. betul kak...kena bertolak ansur..benda yg kecik2 tu lupakan aje..takyah simpan dalam hati..baru aman rumahtgga..

    ReplyDelete
  12. Sabar, jujur, toleransi dan ilmu sangat penting dlm resipi rumahtangga kekal bahagia

    ReplyDelete
  13. Bertolak ansur kerana Allah..buat apa pun detikkan dalam hati kerana Allah..in sya Allah semua jadi ok.wajarlah sesekali marah..merajuk dan bertingkah pendapat..tapi segera istighfar..

    ReplyDelete
  14. kak..saya sendiri adalah org yg berangin mood suka sangat swing tak tentu hala..tapi itu dulu..sebab saya bernekad saya xnk anak-anak saya hidup dalam keadaan mak ayah bercerai sebab saya sendiri dah rasa mcm mana susah nyer mcm mana sedih nyer mcm mana retak nyer jiwa bila duduk dalam keadaan keluarga yg bercerai berai..

    sampai satu tahap saya pernah menangis ditengah jalan semasa 1 hari raya kerana saya berulang alik utk beraya bersama ibu dan abah..dalam pada kejap kesana kejap kesini saya terduduk mengangi mcm anak kecik sebab sedih kenapa saya tak gembira mcm org lain..

    Sesungguhnya ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI..sebab sepanjang hidup saya sentiasa berdoa ketemukan lah aku dengan manusia yg baik dan sabar dalam mendidik aku menjadi seorg isteri..dan alhamdulillah saya diberi pinjam seorg suami yg maha penyabar..

    dan ade hikmah nyer saya tidak jadi berkahwin dgn ex-boyfriend yg dulu..yang maha seorg panas baran..

    ReplyDelete
  15. melayari bhtera perkhwinan mmg perlukan kesabaran yg tinggi...sentiasa saling bertolak ansur antara kedua-duanya. bukan sebelah pihak saja.
    citer tntg kemiskinan nenek kpd cucu tersebut bgitu menyentuh rasa. rupanya msh ramai rakyat kita yg papa kedana sdgkan kekayaan yg lain bezanya sejauh langit n bumi...moga Allah memudahkan urusan keluarga itu n melimpahkan rzeki kpd mrk

    ReplyDelete
  16. falsya kan kakak mmg risau sgt when it comes to hal2 bercerai nie..nauzubillahiminzalik..mintak dijauhkan..xsanggup rasenye..kirenye kite kene pandai twist ayat marah or xpuas hati tuh dgn ayat yg lain kan kakak..tp opkos nga intonasi yg mcm ala2 gurau tp sebenarnye xgurau..hehe

    ReplyDelete
  17. kalau berkahwin berlandaskan napsu tanpa ada rasa tanggungjawab n bersedia gini lah jd nya kak, baru kawin beberapa thn blh bercerai berai bila tak dpt jlnkan tanggungjwb sepatutnya...

    dana dr sblum kwin dh pesan kt edy kemas2 umah cuci blik air itu bkn keje kegemaran dana mmg itu akan jd tugasan edy tiap minggu.
    senang cita dana mmg fail bab kemas2 nih kak, even kemas blik pun selalu edy yg buat... tp itu yg dipersetujui oleh dia... n dia sendiri paham isterinya bkn org yg rajin mcm dia... itu toleransi yg mmg kami amalkan kak

    ReplyDelete
  18. setuju snagat dengan akak... memang betul... hidup berumah tangga ni banyak cabaran... tapi benda yang remeh temeh tu, tutup mata saja lah & banyakkan bertolak ansur especially dalam bab menjaga anak...

    ReplyDelete
  19. Betul tu, kak. Awal-awal kahwin bukan main berjanji sehidup semati, semua baik buruk sanggup diharungi. Baru 6 bulan kahwin, dah tak tahan dengan perbezaan masing-masing. Macam saya dan suami pun adakalanya ada juga 'tergelincir' kata-kata dek perbezaan pendapat. Tapi bila fikir balik tak akanlah kerana benda yang kecil pun nak bergaduh bermasam muka! Kalau kita nak berkeras sentiasa tetap pada pendirian pun akhirnya kita juga yang rugi. Lelaki ni lagi dia nampak kita tunjuk kuasa 'independent' kita, lagilah dia tak suka. Saya pernah baca suami isteri bercerai sebab ubat gigi aje. Punyalah tak masuk akal bila difikirkan balik. Tapi betul juga contoh akak beri tu ... kita tahanlah picit ubat gigi elok-elok dari bawah tapi sang suami main picit aje mana nak! Alasannya eleh bila dah habis buang juga, bukan nak simpan dalam almari kaca pun! ^_^

    ReplyDelete
  20. Budak yg kanda nak bela tu mesti budak lelaki kan kanda.......

    Betul kata kanda selagi boleh bertolak ansur cubalah yg terbaik, yg kesian anak anak, mereka jadi mangsa. Ada yg dah bercucu pu bercerai tau kanda...Entah apalah silap agaknya....

    Hihi....bab ubat gigi tu kekadang dinda yg buatnya kanda ....tp lelaki manalah kisah sangatkan....

    ReplyDelete
  21. salams jumaat kak,
    amin semoga rumahtangga kita semua berkekalan hingga kesyurga sehidup semati...insyaallah...

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas nasihat kak zakie. saya suka tengok kakak dan abang bersembang macam besfren. :)

    saya fikir.. bukan kemajuan punca banyak penceraian, tapi situasi ekonomi sekarang ni..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kak...
    sedangkan lidah lagi tergigit, tapi kalau setiap kali makan mesti tergigit... tentu ada yang tak kena..hehehe..

    Bila setiap pasangan sentiasa memikirkan HAK, bukan memandang kepada PERANAN. Maka itulah yang akan menjadi punca kepada masalah. Semoga kita semua diselamatkan daripada fitnah akhir zaman...

    ReplyDelete
  24. Huhuhu. Terima kasih atas nasihat orang lama ya kak.

    Kalo ikutkan hati yang berdosa ni memang tuala pun boleh jadi isu bergaduh. Apa pun kena rilek jer, biarlah kite pnt mengemas sana sini jnji tk pyh turun naik mahkamah. Lgpun bile kite ikhlas, suami pun akn nmpk effort tu.

    Insya - Allah

    ReplyDelete
  25. Tersenyum baca entri akak ni.bukan tersenyum pasal kes cerai dan jual anak tu.tersenyum pasal perangai sang suami.walau macam manapun kita tegur minta dorang baiki mutu kerja di rumah,mesti susah juga nak capai ikut kehendak kita.sudahnya, kena terima seadanya la.sebab benda kecil je pun.

    ReplyDelete
  26. Tersenyum baca entri akak ni.bukan tersenyum pasal kes cerai dan jual anak tu.tersenyum pasal perangai sang suami.walau macam manapun kita tegur minta dorang baiki mutu kerja di rumah,mesti susah juga nak capai ikut kehendak kita.sudahnya, kena terima seadanya la.sebab benda kecil je pun.

    ReplyDelete
  27. Tersenyum baca entri akak ni.bukan tersenyum pasal kes cerai dan jual anak tu.tersenyum pasal perangai sang suami.walau macam manapun kita tegur minta dorang baiki mutu kerja di rumah,mesti susah juga nak capai ikut kehendak kita.sudahnya, kena terima seadanya la.sebab benda kecil je pun.

    ReplyDelete
  28. Zaman sekarang masih ramai anak-anak yang dapat belajar setakat Darjah 6 kerana kesempitan wang.
    Ada yang belas kasihan kepada ibubapa pun sendiri berhenti kerja cari nafkah sendiri.

    ReplyDelete
  29. In the first place... kawen jgn sekadar kawen...
    Huhu... kna tgk juga background yg nk d kahwini...

    Huhuhu... fobia kot dgn persekitaran... tu yg x kawen2... hihihi...

    ReplyDelete
  30. Kak zakie ...

    jom gv support ... jawab soklan2 cepu cemas saya :http://hnr318.blogspot.my/2015/09/jom-berkenalan.html?m=1

    Tolong pomot skali if baik hati ...
    I really hope it can reach many heart of readers for the medicine awareness...

    Jazakallahu khayr ... tengs in advance ...

    ReplyDelete
  31. indeks bermacam macam jenayah memamng meningkat setiap tahun. tapi yang bestnya penguasa beritahu kita, semua masih terkawal dan ada yang kes terpencil.

    lagi buruk ialah krisis ekonomi yang membuatkan negara kita hampir menjadi seperti negara Greece...

    ReplyDelete
  32. Bab sidai bj tu pernah mengalami.slalu lengan baju la en suami lupa nak tarik kuar.diam2 saya betulkn.x mau la hal2 kecik je pon

    ReplyDelete
  33. kak dah 26 tahun hidup berumah tangga..masih sampai kini ada lagi terpele-ot kadang2 tu...yang penting kena banyak bersabar dan perlu redha...

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum kak...betul la kak...nak tegur perangai suami pun kena caranya...hehe..tersenyum saya baca entry kak ni...selalunya kalau saya marah En suami, dia akan buat lawak pulak...akhirnya saya tergelak dalam marah tapi Bebel tetap nak jugak..huhu...

    ReplyDelete
  35. hidup rumahtangga dengan adanya toleransi..terbaik entry Kakzakie..Etuza ada juga sidai kain.

    ReplyDelete
  36. betui la kak, kadang tu bab sidai towel pun boleh jadi pasal...hehehe sweet plk rasanya...

    ReplyDelete
  37. Alam rumah tangga memang unik.
    Kena selalu bertolak ansur.
    terima apa yang ada di dalam diri pasangan.
    Tak ada yang sempurna. Jadikan pasangan sebagai pelengkap hidup kita. insyallah aman bahagia.
    terima kasih perkongsian ini kakak.

    ReplyDelete
  38. hehehe.. sama jugak macam saya.. walau dah berkali2 diberitahu tapi masih tetap sama.. eemm.. apa yang boleh saya buat, betulkan je, letak elok2.. gaduh2 pun.. percayalah.. sekejap je.. pehtu jadi balik.. ;)

    ReplyDelete