Masa: Ahad, jam 8:30 pagi
Tempat: Salah satu Pejabat Pos di JB
Tujuan: Membuat money order untuk tujuan tender
...............................................................................................................................................
Merdeka biarlah bukan pada negara semata-mata, tetapi alangkah indahnya andai kemerdekaan yang diraikan selaras dengan keperibadian dan kematangan diri. Kemerdekaan akan tercela andai pegangan dan landasan kehidupan terkeluar dari apa yang sepatutnya.
Begitulah dengan kasih dan sayang. Sayangnya bila kasih sayang yang bersulam bisikan syaitan terpapar di khalayak umum. Apalagi ketika ramai pengunjung yang sedang menanti nombor giliran dengan jelas kelihatan di bahagian tempat duduk paling hadapan, si cantik manis tanpa segan silu merangkul erat leher si jejaka buah hatinya. Sama-sama seronok melihat paparan dari ipad. Bertepuk-tampar-rengek-merengek bagaikan tidak ada mata memandang. Seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa, berdiri di hadapannya cuba mengintai-intai ipad yang dipegang pasangan tersebut. Namun ia tidak langsung membuat pasangan tersebut rasa terganggu. Biarpun pelat si cantik-manis mampu berbahasa Melayu dengan buah hatinya.
Merah - Bunga kemerdekaan yang megah di halaman rumahku |
Begitulah dengan kasih dan sayang. Sayangnya bila kasih sayang yang bersulam bisikan syaitan terpapar di khalayak umum. Apalagi ketika ramai pengunjung yang sedang menanti nombor giliran dengan jelas kelihatan di bahagian tempat duduk paling hadapan, si cantik manis tanpa segan silu merangkul erat leher si jejaka buah hatinya. Sama-sama seronok melihat paparan dari ipad. Bertepuk-tampar-rengek-merengek bagaikan tidak ada mata memandang. Seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa, berdiri di hadapannya cuba mengintai-intai ipad yang dipegang pasangan tersebut. Namun ia tidak langsung membuat pasangan tersebut rasa terganggu. Biarpun pelat si cantik-manis mampu berbahasa Melayu dengan buah hatinya.
Cuba mengelak dari memandang tetapi mataku ini menyorot ke arah yang satu juga. Alahai mata sia-sia hati mendidik tetap yang itu juga mahu ditonton. Tundukkan kepala seketika, hati pula meronta bila terdengar rengekan manja si cantik pada si teruna. Buat si teruna sebaiknya andai dia benar adalah calon pilihan hatimu berikanlah si cantik-manis itu didikan selaras kehendak Islam. Dia bukan Islam dan bukan bangsa Melayu, tidak memahami etika/landasan bangsa/agama kita. Sayang jika ianya terabai. Peluang sudah ada buat kamu, jika benar dapat menjadikan wanita itu ke agama fitrah alangkah bersyukurnya. Tidak ramai yang Allah bagi peluang tersebut. Gunakanlah sebaik-baiknya.
~~ Rasa kasih dan sayang adalah anugerah terindah yang Allah berikan, tetapi kena gunakan di landasan yang diredhai.~~
rasa nak berkongsi kisah yang hampir sama. tghari sabtu saya makan tghari di atas pasar besar siti khadijah, kota bharu. ada gelagat hampir sama dengan di ceritakan akak, cuma perlakuannya berbeza iaitu si laki menyapu sesuatu (kekotoran/atau mungkin ada binatang kecil) di atas tudung si perempuan. lantas ada seorang pakcik yang dah agak berumur menegur pelakuan lelaki tersebut.
ReplyDeleteBetul tu kak, semoga beliau mampu membentuk hati2 si jelita..")
ReplyDeletesalam hari merdeka kak...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu kak...kena lakukan sebaik2nya...salam September kak...:)
ReplyDeleteSalam merdeka kak ! :)
ReplyDeleteSalam Merdeka...
ReplyDeleteSelamat Pagi :)
Suka baca entry akk..
Kdg² bila sesuatu itu berlaku di depan kita...
membuatkan kita mampu berfikir apa yg seharusnya kita buat...
tapi ade sesetengah manusia,tidak mampu berfikir kan..adat..budaya...ish..
Sbb beginilah kak..saya tidak lg bawa anak2 keluar ke bandar KL utk bersantai2 mlm minggu...saya tak mahu anak2 saksikan adegan2 yg serupa ini....jika kak tuliskan kisah ini yg perempuan berbangsa lain dari Melayu tetapi disekitar KL, waktu mlm minggu yg berpeleseran begitu adalah anak2 Melayu kita...Kita telah merdeka 58 thn namun tabiat penjajah masih belum merdeka dihati ank2 bangsa kita...
ReplyDeleteadegan yang tak patut ada dikalangan ramai..
ReplyDeletelebih2 lg di mata budak2..
Semoga diberi hidayah buat mereka berdua tu kakzakie..
ReplyDeleteIkut tema kemerdekaan lah tu..
"SEHATI SEJIWA" tapi tak kena tempat..
kadang mata terintai juga adegan2 yg ditayangkan di tempat umum begini...astaghfirullah..moga Allah mendorong jiwa2 ini dengan hidayah-nya insyaAllah.
ReplyDeletesekarang ni rasa malu dah takde dalam diri....
ReplyDeletepasanagn tersebut belum merdeka dari tuntuan nafsu sendiri..
ReplyDeleteItulah yang menyedihkan kak..terkadang yang dah sah jadi suami isteri pulak yang tersipu sipu malu bila tengok depan mata babak begitu..Allah.
ReplyDeleteSinggah pagi..akhir zaman dah kak..xada malu
ReplyDeleteCantik bunga raya di halaman kakak...
ReplyDeleteMerah menawan!
Itu lah jadinya bila malu semakin hilang.... Tapi besarkan pahala kalau boleh bawa si cantik manis jadi saudara seislam..
Saya dulu ada kawan Cina yg skrang dah masuk Islam... Sebelum dia masuk Islam, dia lebih tahu banyak pasal hukum2 Islam.... Sampai waktu solat pun dia yg tolong ingatkan....
salam merdeka kak...
ReplyDeletemoga mereka ditunjuki jalan yg lurus untuk menjadikan perkahwinan mereka nanti sebagai ibadah untuk mengabdikan diri kpd Yang Maha Pencipta.
selamat pagi kakak
ReplyDeleteeemm.. Rasa dah lama saya tak pegang sentuh bunga raya..
ReplyDeleteKadang teguran sesama insan sangat diperlukan cuma terkadang teguran itu membuatkan kita pulak dipersalahkan.. :(
Sehati sejiwa dgn yg halal jer kak..kn.
ReplyDeleteMcm tk relevan plk tema tu...otak byk yg dh karat..
eermmm
ReplyDeleteminta jauhkan lah ,
ank2 semua gegirl, takut juga zaman sekrg ni!!
mcm2...?
sehati sejiwa ke arah kebaikan
amin...
salam merdeka kak..
ReplyDeletemerdeka itu hanya akan dikecapi bila kau mampu memerdekakan jiwa dari belenggu buruk sangka & sentiasa berusaha memajukan diri untuk membahagiakan yang tercinta - Dr. Anwar Fazal
Salam merdeka kakzakie,...canteknya bungaraya ..Menyerlah warnanya.
ReplyDeleteBetul tu sehati sejiwa tak kena tempat tu...
Gelagat muda mudi yg hatinye belom betol2 merdeka lagi kak....kang kalau di tegur kite pulak yg di maki hamun....siap soal lu sapa?? Yg pompuan kadang tu lebih poyo dari lelaki....macam suka kalau perkara2 sumbang camtu di tonton orang ramai....hilang dah sifat malu
ReplyDeleteSelamat hari Merdeka Zakie..
ReplyDeletedidikan masih lagi tak merdeka dari dalam rumah...uhuks...takut nyer memikirkan masa anak membesar nanti!
ReplyDeleteerrrrr.... no comment.
ReplyDeletesebab kalo komen kang rasa nak marah...
kadang kan - bila berhadapan situasi macam tu - saya slalu rasa bersalah sebab saya tak mampu nak tegur.
ReplyDeletesetakat marah dan "kutuk" dalam hati ...
alahai - saya pun tak berbuat apa2 utk bantu baiki keadaan.
risau juga kot saya yang kena maki hamun tengah public tu...
haduiii lemahnya iman....
Asalam kakzakie..apa khabar, menarik cerita ada moral ..semoga yg membaca dapat jg iktibar erti kemerdekaan sebenar adalah merdekakn jiwa dari noda hitam
ReplyDeleteAishh...tak tau nak kata apa la saya pun kak, tapi to be honest, dari dulu lagi saya duk rambang mata jer tengok kadang2 anak2 muda depan2 khalayak bermanja amboi kalahkan laki bini, even suami mat salleh pun awal2 lagi saya warning jangan nak ngada2 sangat. hahaha
ReplyDeletesemoga negara kita aman makmur dan sentiasa dibawah lindunganNya
ReplyDeletenahi mungkar tu amat payah..ruang dakwah terbuka luas buat si teruna tersebut, tapi bila diri sendiri pun suka diperlakukan begitu, memang alangkah ruginya..semoga kedua-duanya diberi hidayah..
ReplyDeleteBila jadi macam ni tak tahu nak salahkan siapa. Semoga Allah bagi taufik untuk mereka bertaubat.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerkedu membaca tulisan akak...Saya juga mempunyai segudang kisah yang sama tatkala terlibat dalam misi dakwah.. Menyampaikan sedikit nasihat kepada teruna dan dara kita dalam misi dakwah malam merdeka, misi dakwah malam tahun baru, misi dakwah hari valentine dan sebagainya...Semuanya kerana kasih sayang...sayang kami kepada umat bani melayu Islam...Allahu al-musta`an.
Salam kemerdekaan ke-58
Salam Kemerdekaan...
ReplyDeleteSemoga kita dan generasi kita dibukakan pintu hati untuk memerdekakan diri dari sebarang unsur negatif dan maksiat...
semoga si jejaka dapat mendidik si cantik manis mengenal islam..
ReplyDeleteRambang mata ni melihatnya, kak ^_^ Toleh kiri nampak, toleh kanan pun nampak! Macam dah tak jadi kehairanan sekarang. Kalau kita jeling-jeling pun mereka fikir kita cemburu pulak :)
ReplyDeleteTeringat kata HD - kalau pasangan romantik berlebihan di khalayak ni, sure tak lama berpasangan. Cepat bosan, tahu-tahu dah putus ^_^ Nak romantik pun carilah tempat tertutup dan yang penting halal ~_^
Itulah masalahnya. Kalau setakat cinta aje bertukar agama, nanti jadilah macam yang pernah saya ceritakan dulu. Dah ada peluang buat pahala lebih, apalah salah dimanfaatkan sebaik mungkin.
salam merdeka kak
ReplyDeletekadang kite hanya mampu melihat je kan kakak, walaupun xsenang dgn tingkah laku dieorg..
ReplyDeleteKita yang menontonnya jadi serba salah ek kanda....nak menegur tak mampu, yg mampu hanya hatilah membenci....moga mereka sedar dan bertaubat.
ReplyDeletemata yg memndang lagi malu berbanding si pelaku
ReplyDeletemaksudnya si lelaki beragama islam ke kak
ReplyDeletemasalah hebat di dunia akhir zaman ni
kadang wanita bertudung juga tanpa segan silu melakukan benda yang serupa
akak rasa apa peranan kita sebagai ahli masyarakat
nak menegur, diherdik kita balik
serba salah jadinya
maksudnya si lelaki beragama islam ke kak
ReplyDeletemasalah hebat di dunia akhir zaman ni
kadang wanita bertudung juga tanpa segan silu melakukan benda yang serupa
akak rasa apa peranan kita sebagai ahli masyarakat
nak menegur, diherdik kita balik
serba salah jadinya