Menonton program Da'i setiap malam minggu bersama keluarga kini sudah berakhir. Malam tadi terserlah seorang lagi calon Da'i telah diumumkan. Seorang gadis remaja berusia 23 tahun, bernama Hamidah punya perwatakan lembut tetapi sebaik mendengar lontaran suara tazkirahnya mampu membuat penonton terpaku duduk di depan kaca televisyen. Kebolehan Da'i Hamidah sudah aku nampak dari minggu pertama lagi. Tidak kurang sebenarnya Da'i yang sama-sama dipertandingkan pada malam tadi. Da'i Fuad dan Hidayu juga punya identiti tersendiri. Kami sekeluarga duduk terpaku dari bermula siaran sehingga akhir tanpa berganjak.
Apa yang menarik bila ada sedikit perbalahan pendapat diantara Dato' Ustaz Kazim dengan Ustaz Haryanto berkaitan isu yang dibawakan oleh Da'i Hamidah berkaitan pembayaran zakat melalui badan kerajaan dilantik atau asnaf yang dibenarkan dalam Islam. Biasalah apabila ianya ditonton oleh jutaan penonton mungkin ada kebimbangan bagi Ustaz Kazim tetapi seperti kata Ustaz Haryanto benar yang dikatakan Da'i Hamidah bahawa kerajaan sudah menyediakan badan khas gunakanlah saluran. Namun tetap tidak salah jika mahu membayar zakat kepada asanf yang dibenarkan dalam Islam. Aku nampak Uztazah Robiah K Hamzah tidak selesa ketika itu. Tetapi pada kami itu perkara biasa dalam syariah negara dengan hukum yang tercatat dalam agama boleh timbul isu yang boleh didebatkan.
Da'i musim ke 3 - Inilah tiga Da'i yang tercalon pada malam terakhir yang berlangsung pada malam tadi. Pada separuh akhir minggu lepas Da'i Fuad bagaikan menyerlah tetapi agak kurang pada malam tadi. |
Da'i Hamidah - Tahniah kami sekeluarga. Dari minggu pertama lagi kami sudah dapat menjangkakan remaja ini punya potensi yang menyerlah untuk Da'i musim ke 3 dan sungguh benar apa yang kami jangkakan. |
Alangkah baiknya andai setiap hari ada program berbentuk tazkirah. Tidak semestinya berbentuk pertandingan. Buat pencerahan untuk satu-satu isu juga amat baik seperti mana perbalahan pembayaran zakat seperti yang terjadi diantara Dato' Ustaz Kazim dengan Uztaz Haryanto malam tadi,
~~ Banyak isu sebenarnya boleh dibahaskan yang boleh memberi pencerahan kepada khalayak ramai. ~~
tahniah Da'i Hamidah...
ReplyDeletememang beliau layak menang..
bagus program mcm ni ..byk ilmu yg dpt kita kutip...pencerahan dlm satu2 isu pun dpt mengelakkan kekeliruan..sy skrg tgh follow Pencetus Ummah plak kak...
Alhamdulillah...
ReplyDeletetahniah Da'i Hamidah..selayaknya...
wah!donat versi pelbagai bentuk..yumyum...
Alhamdulillah seronok kami suami isteri tengok da'i kak..syukur dan tahniah kepada Da'i Hamidah..betul..adalah lebih baik lebih banyak program seperti ini untuk memantapkan sedikit input agama pada diri..hiburan rohani..santapan iman..
ReplyDeletemeleleh air mata ni bila dengar da'i hamidah bercerita..cara penyampaiannya memang superb..
ReplyDeletetahniah da'i hamidah...potensi sbg da'i mmg menyerlah..tahniah juga kpd semua da'i yg tentunya akan menjadi pendakwah2 yg berkesan menyampaikan ilmu Islam.
ReplyDeletesedapnya donat kalah apple donut ni..
tahniah buat da'i hamidah
ReplyDeletetgk juga
donut pelbagai bentuk sedap tu
ramai betul peminat da`i hamidah nih... mungkin pembawakan dirinya yg bt org terpikat....
ReplyDeletesbb jarang2 berlaku perdepatan sesama ustaz itu yg ada yg cuak kak... udahla siaran langsung kan... tp utk kebaikan tak la sampai bertumbuk heheh...
tahniah bt da`i hamidah...
sdp gk tuh donut pelabgai bentuk kak
Alhamdulillah
ReplyDeleteSudah menduga..
Tazkirah yg bersahaja..
Loqhart kedah mmg best..
Alhamdulillah....lebih bagus kalau program bercorak sebegini di perbanyakkan lagi
ReplyDeletetahniah buat da'i Hamidah..terbaikk..
ReplyDeletesaya pun bayar zakat terus pada asnaf...depa kata byk kerenah birokrasi nk dapatkan duit dari pusat zakat..wallahu'alam..cuma zakat fitrah je bayar pd amil zakat..
sedapnya donut..suka yg bentuk dandan tu..
alhamdulillah...tapi memang meremang bulu roma smlm biler tgk da'i hamidah ni bercakap..
ReplyDeleteAlhamdulillah...Tahniah buat Da'i Hamidah. Suka tgk da'i Hamidah. Lembut jer muka. Sedih masa tengok dia dapat jumpa ayah dia lepas 3 bulan tak bersua muka.
ReplyDeleteSmoga banyak lagi rancangan² macam ni dimasa akan datang.
Rasanya apa yang Da'i Hamidah jawab sudah lengkap. Cuma biasalah dek kekangan masa, semuanya kena segera dan mungkin terlepas dari pandangan atau penglihatan yang menonton dan mendengar. UKE mungkin terleka, maka akhirnya 'perbalahan' jadi tontonan semua...
ReplyDeletesaya nak cadangkan anak dara Kakzakie masuk program ni tahun depan.. boleh kak?
ReplyDeleteTahniah Da'i Hamidah... muda lagi orangnya.... satu negeri dgn saya...orang kedah...:)
ReplyDeleteTahniah pada pemenng Da'i Hamidah...mesti sedap sangat mendengo suaranye sampai akak terlupe pada adunan yg tengah di uli...kikiki...walau pon pelbagai bentu asal saje sedap tu dah cukup baik kak...campak sepiring kat rumah saya ni...hehehe
ReplyDeletetahniah utk da'i Hamidah tu wah sama negeri dgn kaknoor jugak mi asal nya kedah hehe
ReplyDeleteboleh gitu ke kakzakir sampai terlupa adunan donat adoiii
KZ dari mula lagi KN pun dah tertarik dengan Dai Hamidah ni...cara dia yang lembut dan lantang memberi hujjahnya membuat banyak hati yang cair dan terpegun..
ReplyDeleteLihat saja semasa beliau menjadi tetamu MHI tadi...bila ditanya soalan...dengan begitu tertib dan yakin sekali dia menjawab ... bak kata Alley Iskandar, Dai Hamidah ni...walaupun dia hanya bercakap tetapi apa yang keluar dari mulutnya seakan dia bertazkirah...
Kagum betul dengan peribadi anak gadis ini, sejuk perut ibunyer mengandung... yang paling terkesan dia terlalu muda, sebaya dengan anak bungsu KN... tetapi tahap ilmu agamanya begitu tinggi dan petah berkata2...MasyaAllah...
Tahniah..rasenye pemenang pertama musim nie satu2nye peserta perempuan pertama yg menang kan kakak..sebelum2 nie peserta lelaki kan yg menang..
ReplyDeleteMusim 1 tahun 2013 Pemenang adalah perempuan . Dai Adibah 😊
Deletetahniah Da'i Hamidah..selayaknya...pada awalnya sokong jugak Da'i Fuad..tp macam akak kata laa...ada kurang sikit pada pengisian beliau
ReplyDeleteSya pun mengikutinya sejak mula lagi tpi malam tadi penat sangat tidur awal,anak2 je yang tengok..awal pagi dh tanya sapa yg menang
ReplyDeleteDah jangka dai Hamidah akan mendapat tempat melalui lontaran2 tazkirahnya amat menusuk kalbu .
Tahniah buat Da'i Hamidah. Kalau hari-hari ada program agama macam ni bagus juga. Celik sikit minda kita ni dengan ilmu akhirat. Asyik sogok dengan rancangan duniawi pun bosan juga.
ReplyDeleteBab donut pelbagai bentuk kecuali bentuk donut tu, selagi boleh makan, makan ajelah Kak. Janji sedap :)
Betulll sy pun tgk...
ReplyDeleteTahniah buat Da'i Hamidah. Pada saya sebaiknya program agama macam ni jangan dipertandingkan. kalau nak buat juga, buat macam tazkirah atau ceramah perkongsian biasa-biasa macam yang ada sekarang ni. Bila agama dipertandingkan macam ni jadi lain macam pula. Nanti semua orang fikir, dari agama boleh 'jana duit' sedangkan nilai agama begitu tinggi di sisi Allah SWT dan Nabi SAW. Cukuplah benda-benda dunia lain di pertandingkan. Jangan sama kan 'taraf' agama dengan benda-benda dunia. Kalaulah Nabi SAW masah ada, tak tahu apa perasan Baginda dengan program sebegini. Maaf jika pandangan saya ini ada tersentuh mana-mana pihak.Wallahualam.
ReplyDeleteapa2 pun donut tu mmg mengancam...nasib baik tak terlupa sampai ke pagi ye kak...hihihi
ReplyDeleteSelayaknya dia menang kak, dari awal saya memang rasa dia layak menang..Tahniah padanya.
ReplyDeleteTahniah untuk Daie Hamidah semuga dengan kemenangan itu dapat di menafaatkan untuk kebaikan manusia sejagat...insyaallah
ReplyDeleteTahniah Daie Hamidah :)
ReplyDeleteKakak.. Zura pon suka Dai Hamidah.. bersahaja dengan dialek kedah dia.
ReplyDeletelemah lembut jer orangnye.
dan beliau memang sangat layak untuk menjadik juara.
Dari awal lagi dia memang konsisten.. Tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTahniah orang Sik.
Hehehe
Mmg terbaikklah
ReplyDeletedah lama tak tengok tv kak... rugilah pula... nak tengok ulangan kat internet nanti...walaupun muda tapi bersemangat tinggi...tahniah untuk beliau.
ReplyDeletedah lama tak tengok tv kak... rugilah pula... nak tengok ulangan kat internet nanti...walaupun muda tapi bersemangat tinggi...tahniah untuk beliau.
ReplyDeleteTahniah Midah!!!
ReplyDeleteKak Zai tengok dari awal program tapi sayang bila final tak dapat tengok sebab keluar. Tahniah bagi pemenang.
ReplyDeleteDinda tak ikut kanda rancangan Da'i ni.... tp ada tertengok masa nak last tu.
ReplyDeleteOhhh...pompuan yg menang akhirnya yeh....
Tak lama lagi mesti keluar TV tu.....bolehlah kenal. Teringin gak nak tengok cara dia berceramah.
Kalau dibiar lama dlm bread maker tu tak boleh ke kanda? Tak jadi gebu eh?. ..
Hihi.... biasalah yg tak menjadi tu mmg selalunya jadi emak punya habuan
tahniah dai' hamidah
ReplyDeletebiasalah percanggahan agama ni kadang2 kita sendiri keliru ngan undang2 sesebuah negara
sebab negara dah sediakan saluran
tak salah kalau kita tak ikut saluran
boleh je
pilihan di tangan kita
Tahniah daei Hamidah..
ReplyDeleteSemoga dia terus berdakwah..
Memang betul kakzakie.. sepatutnya perlu diadakan rancangan utk mendebatkan sesuatu isu..
Saya ingat kan cekodok kak..
Rupanya donut versi pelbagai rupa..:)
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteSaya belum pernah berkesempatan lagi untuk menonton rancangan ini. Kadang-kadang terfikir jugak, ok ke program keagamaan dibuat dalam bentuk pertandingan. Bimbang pula jika tujuannya untuk memberi kefahaman kepada massa atau untuk hadiah. Apa pun ada pro dan kontra...terserah.
Walillahi nurja`ul umuur..
Alhamdulillah dai' Hamidah menang. Rezeki org Kedah..
ReplyDeleteTahniah...dai hamidah
ReplyDeleteramai yg hadir smlm
maksud kena jelas kn kakzakie..
org kita lurus ..entahlah kak
Tahniah buat beliau..memang dai hamidah selayaknya memegang gelaran juara. Donut macam2 bentuk ye kak..lasagna lagi..nyum.hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...tahniah buat Da'i Hamidah...:)
ReplyDeletealhamdulillah, da'i hamidah menang..")
ReplyDeletePADA PENDAPAT SAYA,rancangan islamik sebegini perlu dikekalkan for the sake of ummah tanpa mengira rating rendah k tinggi ........... (Y)
ReplyDeletedai hamidah the best..alhamdulilah :-))
ReplyDeletetahnia pada dia
ReplyDelete