Friday, October 23, 2015

"Rancangan tergendala sebentar"

Hari ini 10 Muharram. Tarikh yang terlalu banyak tragedi dalam sejarah Islam. Sekadar sama-sama mengingat betapa hari ini kita sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Tidak mahu membariskan rentetan yang banyak terjadi aku kisahkan hal dua hari lepas.

Rutin biasa selepas maghrib akan kedengaran satu persatu suara anak-anak memberi salam. Masing-masing sudah arif siapa yang masuk dulu dialah yang akan duduk bersila di hadapan mama ini. Mereka juga tahu sementara menunggu giliran mereka membaca dulu apa yang akan dibaca nanti. Sedang khusyuk mendengar salah seorang anak membaca tiba-tiba ada suara "terkencinglah mama." Kakak sepupunya sudah masam muka. Sebab ini bukan kali pertama terjadi. Kakak sepupunya pula anak perempuan baru berusia 9 tahun merupakan anak bongsu.  Kalau sebelum ini ada kakak lebih besar boleh membantu, kali ini sudah pasti dia tidak tahu. Terpaksa memanggil Kak Meen menguruskan bujang cilik baru berusia 4 tahun itu. Ambil gayong cuci kaki lap lepas itu masuk dalam bilik air mandikan. tersipu-sipu Kak Meen memandikan sebab biasa adik-beradik semuanya 'bunga' belaka, kali ini kena mandikan budak ada 'kuntum'. Alahai mahu mengharapkan siapa lagi. Mak Zah di bilik sebelah pun sedang khusyuk membaca Al-Quran juga.
Seluar/baju lama - Malam tadi datang mengaji dipulangkan baju ini walaupun aku sudah kata tak payah pulang boleh bagi adik pakai sebab dia ada adik perempuan yang kini berusia 2 tahun lebih.
 "Rancangan tergendala sebentar" Itu kata anak-anak. Senyum kami semua dibuat si Danish. Selesai memandikan Kak Meen serah pada mama. Semua kena keluar bilik sebab mama mahu pakaikan hero satu ini 'baju baru'. Bongkar kotak baju lama. Jumpa seluar panjang entah Kak Reen, Kak Meen atau adik punya. Tanpa berseluar dalam terus pakaikan seluar lama yang masih elok. Mana ada seluar dalam lelaki kecil di rumah kami. T-shirt adik tentulah ala-ala perempuan terpaksa disarungkan juga. Mujurlah dia masih kecil tidak malu lagi. Selepas dibedak dan disikat terus senyum. Tapi ada kawan-kawan yang melihat yang mahu ketawa aku jegilkan mata. Tidak berani mahu mengejek. Selesai kerja mama baru sambung 'rancangan yang tergendala'. Danish bercuti membaca Iqra'. Santai-santai bagai tidak ada apa yang berlaku. Boleh main-main lagi sedangkan Kak Meen masih dengan kerja mambersihkan kencing dia di lantai. Lihatlah itu dikatakan budak.

Lengan baju - Sudah aku kata baju anak aku semuanya anak dara. Mujur bujang cilik masih tidak malu lagi. Mana boleh pakai balik jubah yang sudah kena kencing. Terpaksalah memakai baju lama ini.
Sesekali tergendala tidak mengapa. Biar tergendala sekarang jangan tergendala kelak ketika meniti titian as-sirot. Lain kali dia tahu sebelum datang rumah mama dia akan buang air dulu. Itu janjinya. 

~~ Biarpun pelat dan susah pada awalnya tapi kini dia sudah mampu mengenal huruf dan makhrojal jauh lebih baik berbanding pada awalnya dulu. Sudah masuk Iqra' 3 pun. ~~


39 comments:

  1. Murni hati kanak-kanak itu kan..rezeki kakziakie lah tu.Tak apa dah sampai niat.

    ReplyDelete
  2. anak sy denial umo 6 tahun masih baca iqra. tak sabar nak tunggu dia baca al quran. dia dah kenal huruf dan boleh baca sendiri sikit sikit. tak tahu la apa yg menyebabkan dia lambat membaca al quran. si kakak dulu umo 6 tahun dah masuk al quran.

    ReplyDelete
  3. Comelnya dengan keletah budak kecik ni...tak kisah pulak pakai baju ppuan.Begitu bersemangat mengaji wlpun blum upaya megawal kencing.

    ReplyDelete
  4. Comelnya dengan keletah budak kecik ni...tak kisah pulak pakai baju ppuan.Begitu bersemangat mengaji wlpun blum upaya megawal kencing.

    ReplyDelete
  5. Gelihati pulak dengan perangai danish ni kan..bijak budaknya.balik rumah cmna la mak dia gelakkan pakai baju perempuan.hehe..

    4 tahun dah iqra 3.Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat...
    Alaaaa...mesti comey kan...

    ReplyDelete
  7. Tergendala nak mengaji ye kak..
    Dah tak tahan sangatlah tu.. sampai terlepas di lantai..
    Itulah kanak2 belum kenal lagi erti malu atau rasa bersalah..
    Mujur kak meen masih dirumah ye kak..
    Adalah juga yg nak membantu..

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat..comel jer pakai baju tangan kedut..

    ReplyDelete
  9. salam jumaat...melayan kerenah anak kecil dgn penuh kasih syg insyaAlla..kasih Allah jua melimpah.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah...tersenyum PC baca kak..Allahu..merasa kak meen mandikan adik lelaki..mungkin tahan kencing..lepas ni akak tanya siap siap..dah kencing belum..budak kan...adik sepupu PC pun gitu..tengah gurau gurau boleh terkencing..maknya tanya kenapa awak terkencing..dia jawab slumber je..ibu adik ingat adik kentut..ermmmm..

    ReplyDelete
  11. Salam jumaat kak, betul tu. kalau dah tiada siapa yang nak uruskan, berhenti seketika..")

    ReplyDelete
  12. Macam-macam kerenah anak2 kecil yang kadang kala sangat mencuit hati. Walaupun nampak seperti menyusahkan tetapi itulah tanggungjawab yg perlu dilaksankan.

    ReplyDelete
  13. bgs nya kak... aiyan takat alif ba ta baru nk kenal kak....
    kalu dana dekat ngn umah akak nk antar ngaji sana,...

    msti comei danish ng baju anak dara th kan hehehe

    ReplyDelete
  14. huhuhu...memang lain kali kena buang apa yg patut dulu sblum mengaji

    ReplyDelete
  15. Gelihati pulak membaca keletah si kecil ni. Nasib baiklah akak dan anak-anak ada. Bolehlah juga tolong mana patut. Ada sesetengah orang ni kak tak suka menguruskan anak orang lain. Tapi kalau dibiarkan susah juga, bukan rancangan tergendala sebentar aje, terus kena cancel silap hari bulan ^_^

    ReplyDelete
  16. salam jumaat kak zakie...alahai telatah anak2 ini ada sajakan yang mencuit hati, alhamdulillah dah mengenal huruf seawal 4 tahun tu...bagus sangat

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah..walau baru berusia 4 th..dah tau hukum hakam..dah tau tak boleh baca quran dgn pakaian terkena air kencing..

    ReplyDelete
  18. Tiap kali baca entry yang berkaitan dengan anak2 mengaji di rumah kakZakie ni, saya pasti membayangkan anak2 saya turut bersama sekali.

    ReplyDelete
  19. alahaiii.. comelnye sgt citer kakak hari nih. dengan kak meen yang sipu2 malu sebab kena mandikan adik lelaki. hehehe..comel~

    Kakak nih mesti akan menjadi kesayangan anak2 mengaji.. sebab kakak melayan dorang mcm anak sendiri. kagum dengan kakak.

    ReplyDelete
  20. Bagus adik danish ni. Walaupun masih kecil teletahnya membuatkan kita gembira.

    ReplyDelete
  21. Suka baca cerita anak-anak masa mengaji. Teringat guru mengaji saya masa kecik dulu. Garang bila keadaan jadi bising-bising. Suka dengan kisah adik danish.

    ReplyDelete
  22. haha comel jer lah pulak...macam2 keletah anak2 ni kan... boleh tersenyum jugak walaupun dalam stress kan..

    ReplyDelete
  23. salam petang jumaat kakzakie
    sibuk nya arini baru sempt singgah sini
    bestkan kak zakie melayan telatah anak2 ngaji tu ade sampai terkencing aduhhh!!

    ReplyDelete
  24. Lupa agaknya nak buang sebelum pergi rumah kakzakie. Nama pun budak tak kisah apa yang dipakaikan.

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah semua urusan selesai... teringin nak ada guru mcm Kakak yg sporting dan tenang.. kami dulu2 ngaji disurau.. tiada ustazah.. tiada rezeki nak ngaji mcm dia org ni

    ReplyDelete
  26. ada drop komen semalam..napa tak ada ya publish

    ReplyDelete
  27. rasanya ada drop komen hal kanak-kanak tu ..mybe tak kuat line kot semalam...

    ReplyDelete
  28. alamak ada pula kat atas..ya Allah ..lin kali kan Etuza ken cek dulu..ha kena sendiri

    ReplyDelete
  29. Hihihi... comel.
    Adik x de baju yg x lady like ke kak?

    Kalo anak sedara sy... 3 tahun pun x nk pakai baju perempuan walaupun baju dia dh basah or kotor... huhu...

    ReplyDelete
  30. Hahaa...teringat pula peristiwa berbelas tahun dulu, kawan sebelah rumah saya nak sangat anak perempuan tapi dapat anak sulung lelaki. Kami suka pakaikan anaknya gown anak bongsu saya untuk bergambar. Kesian sampai dah masuk 43 tahun kawan saya sekarang ni..semua anaknya lelaki. 5 orang.

    ReplyDelete
  31. comelnya baju..lepas ni sebelum datang kena buang air dulu la..jangan minum banyak..musim hujan ni..heheh..

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah
    baju pon comel aje.. tak pa la terdesak bukan sesaja nk dipakaikan baju itu kan..

    ReplyDelete
  33. mujur dia beritahu . klu diam je sbb takut , lagi susah sebab air kencing tu nanti jadi brsepah kat byk tempat ...

    ReplyDelete
  34. sebab itu saya tolak bila ibu suruh ajar cucu mengaji. saya tak rajin layan kerenah budak budak...

    ReplyDelete
  35. adoi..telatah anak kecil kadang ada geramnya kadang ada yang melucukan..huhu

    ReplyDelete
  36. salam kz ..
    yg aby tau klu rancangan tergendala sebentar tu tag line siaran tv dulu2 ..
    sekarang tk ada dh kata2 tu di tv. klu tergendala pun akan kluar iklan ..
    kira bijak la budak2 cipta ayat tu ..

    ReplyDelete
  37. Beruntung la saya kalau dapat duduk berjiran dgn akak....kompom saya anto anak2 mengaji dgn famili akak silap2 saya pon merayu nak mengaji balik....kikiki....akak buka tak kelas dewasa? ....saya janji nanti tak kencing sepah2....hehehe

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum kakzakie...seronok mendengar cerita akak ni...in sha Allah bila dah besar nanti pasti akan menjadi anak yg soleh kn...:)

    ReplyDelete