Friday, November 13, 2015

Pilih kasiyat-ariat atau libatus-syuhroh

Semakin rancak era permodenan semakin ligat kita diasak dengan dunia fesyen. Mata aku pun tidak kurang melilau sama walau sudah banyak kali juga melopong mulut dek tidak mampu membeli bila melihat tag harga yang dilekatkan. Ada harga yang setanding dengan harga sebuah oven atau freezer di dapur rumah kita! Ada juga yang mahal tetapi bila dipakai memerlukan sehelai baju lagi sebagai pelapik untuk melindungi anggota di dalam daripada kelihatan. Calang-calang iman boleh terjegil biji mata lelaki melihatnya. Lagi ketat dan lagi jarang lagi mahal tetapi semakin menjadi buruan. Ada habaya cantik mengerlap satu baju bila dipakai sah semua yang melihat pasti akan mengerling. Paling tidak pun menoleh dua-tiga kali.  Sebagai pemakai apa dirasakan bila setiap mata terus memandang walaupun hakikatnya menutup aurat. 
Baju anak mama - Dulunya baju Kak Meen. Sekali pakai simpan. Tempohari adik pula memakainya juga sekali pakai dan  kini sudah tersimpan. Harga RM120/- dibeli pada tahun 2014. 
Pesanan mama buat anak-anak mama yang kian meningkat remaja. Berhati-hatilah. Siapa tidak suka berfesyen. Cantik. Mama pun suka anak-anak mama berpakaian cantik. Tetapi biarlah cantik yang tidaklah membuat orang memandang tidak berkelip mata. Andai sayangkan atok, papa, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Azim dan abah Din berhati-hati dalam pemilihan berpakaian. Andai salah percaturan, bukan diri sendiri yang menanggung tetapi lelaki-lelaki ini dan mama akan diheret sama.

Kasiyat-ariat adalah mereka yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang. Libatus-syuhroh pula berpakaian untuk berbangga-bangga. Keduanya inilah yang paling banyak menggoda mama dan anak-anak mama. Sama-sama kita renungkan.

~~ Sesak nafas melihat harga yang mahal, lagi sesak melihat bila disarung ke badan. Aduhai!~~


39 comments:

  1. Assalamualaikum akk...
    InsyaÁllah...nieyl selalu ingat pesanan akk... :)
    terima kasih sebab selalu mengingati kami.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat kak. Pesanan berguna ni kak, nak2 lg mcm Mia ni yg ada anak perempuan.

    ReplyDelete
  3. Yalah kak zakie,saya ni pun ada ank2 ppuan ...fesyen skg mmng cantek2 kan tapi kdg mmng tak sesuai utk dipakai ,jarang dan sendat .

    ReplyDelete
  4. betul kak.. harga baju sekarang memang mahal.. tak mampu untuk beli.
    Terima kasih juga buat kak zakie atas nasihat dalam pemakaian.. renungan buat saya sendiri..

    ReplyDelete
  5. Fesyen sekarang memang menarik perhatian..
    Bukan sahaja anak2 muda..
    Saya yg dah kilauan emas ni pun tergoda sama..
    Benarlah kata kakzakie tu..
    Jangan pakaian kita menjadi orang lelaki pandang tak terkelip..
    Dan jangan juga pakaian kita itu menjadi kita orang yang angkuh dan bangga diri..
    Semuanya itu menguji keimanan kita kan kakzakie..
    Nauzubillah.. semoga kita semua dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak. kadang2 bila keluar kita yg perempuan ni yang malu bila melihat apa yang sepatutnya tidka dilihat

    ReplyDelete
  7. SALAM JUMAAT...BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG MOGA RAMAI YG MEMAHAMINYA...MENGHIASI DIRI DGN BUSANA CANTIK MMG WAJIB TAPI BIAR BETUL CARANYA KAN...PAKAIAN2 MAHAL NI NK DIPAKAI XSESUAI, NK DIBUANG SYG KALAU DISIMPAN SAJA DIGERIT TIKUS...HMM.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak zakie...

    Fesyen sekarang banyak yg menyesak napas hehhehe

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak...fesyen cantik2 sekarang ni tapi kita kena pandai pilih mana yang sesuai

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat kak...
    TQ atas perkongsian.. skrg ni mcm2 fesyen dipasaran..memang kelabu mata juga bila memilih..kita yg kena pandai menilai... sllu ingatkan diri juga jgn sampai beli pakaian yg mcm sarung nangka..kesian kat suami yg akan tnggung dosa..huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Mekasih atas peringatan kak. Suma makin mahal kak. Baju budak lagi mahal mengalahkan baju org dewasa. Apatah lagi baju fesyen2 macam nih.

    ReplyDelete
  12. insyaAllah kakak..falsya akan sentiasa ingat pesan kakak..

    ReplyDelete
  13. betol kak sekarang kalau nak memilih baju kene telek lama2 sikit...kadang2 kain dia lain macam sikit...memula tengok cam ok tapi bila pakai tetiba nampak sangat jarang pulak...huhuhu....seram...saya kalau pilih baju2 ni bior le tebal panas ke hape asal kan selesa dan konfiden nak pakai...

    ReplyDelete
  14. Kena bijak memilih pakaian mengikut syariat.. Ramai yang berpakaian tapi telanjang.. Ingatan untuk diri aiza juga..

    ReplyDelete
  15. Betul tu kakak. Kadang-kadang tengok baju sekarang tak tahu nak cakap. Baik cari yang cantik dan selamat untuk di pakai. dapat pahala dan selesa menggayakanya.

    ReplyDelete
  16. terima Kasih akak...kerana sudi ingat mengingati adik2 mu ini....

    Sayang akak...:)

    ReplyDelete
  17. salam jumaat kak :-))
    kena bijak membeli

    ReplyDelete
  18. Allahu..terima kasih kak..ingatkan tandanya sayang...sayang agama..sayang iman..sayang ukhuwah...betul kita mesti bijak memilih..cantik di mata belum tentu cantik seperti apa yang agama inginkan..kalau boleh dulukan apa yang cantinya pada agama in sya Allah biasnya pada mata pula..

    ReplyDelete
  19. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie... Benar kak, sekarang ini baju fesyen jubah yang dianggap menutup aurat sudah jauh dari konsep sebenarnya. ia lebih kepada bertabarruj... hiasan berlebihan. Sedangkan kita berpakaian untuk menutup aurat bukan menutup urat. Anak2 remaja kita patut difaham dan didisiplinkan dalam berpakaian menurut Islam. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
  20. Betul juga kata akak. Lagi mahal, lagi 'berbentuk' dan lagi banyak 'lapisan' kena pakai nak menutup aurat. Zaman sekarang ni menutup aurat macam berfesyen. Itu yang macam-macam fesyen keluar untuk wanita yang berhijab. Tapi kalau kita sarung pakaian tu dah terasa riak tengok refleksi diri dalam cermin (yang sungguh menawan) dan mata-mata lain pun tak puas menatap kita, susah juga tukan kak nak menjaga aurat!

    ReplyDelete
  21. makin nipis dan singkat abjunya makin mahal lak harganya kan....mgkin hrga yg dibayar tu adalah harga fesyen bukan harga kain kot kan....pape pun berpakaian mengikut syariat tu yg plg penting bukan fesyen semata-mata...byk dah fesyen yg patuh syariah skg ni kan....boleh pilih mn yg nak hihihi

    ReplyDelete
  22. betul makin nipis makin mahal sangat kak..

    ReplyDelete
  23. Selalunya baju yang harga mahal tu beli brand dia. Pilih baju dengan kesesuaian.
    Ramai yang mampu sebab ibubapa berduit.

    ReplyDelete
  24. btl tuh kak baju perempuan yg selalu hadapi situasi gitu... baju lelaki selalunya lebih save....

    sama2 kita cuba hindarkan dr pakai baju tp telanjang atau pakai baju ttp segalanya tp merelip labuci 1 bdn...

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah
    Semakin ramai org suka pakai jubah..masaallahnya org suka pakai sendat2...tu org yg tk faham2..

    ReplyDelete
  26. hehehe....kesian juga kat kami nie yang kadang2 terpaksa tak berkelip mata. huhuhu

    ReplyDelete
  27. Berpakaian tetapi telanjang. Ramai betul yang kurang faham etika menutup aurat. Bertudung tapi tshirt berlengan pendek hingga ke ketiak. Terima kasih atas teguran, kakak. Peringatan utk diri saya juga.

    ReplyDelete
  28. betul tu kak zakie..fesyen sekarang byk yg nak menonjol islamik tapi realitinya menjolok mata..semoga kita berhati2 dalam berfesyen..bukan harga jadi taruhan tapi keselesaan..yg paling penting tak melanggar syariat

    ReplyDelete
  29. bukan kata anak2 remaja kakzakie, kita yg mak2 orang ni kadangkala terlepas pandang..
    nama je jubah, tapi bila disarung nampak line dan benda2 tak sepatutnya...
    almaklum, badan tak seramping dulu.
    betullah...kena hati2. jgn terpengaruh dengan kata2 penjual yg kata ok, cantik kak..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak anim...

      Lg seksa kot tgk mak mak pakai sendat mcm tu...

      Jubah sekarang pun mmg x blh harap...

      Lg "tembus" dr pakai jeans ...

      Delete
    2. Betul tu kak anim...

      Lg seksa kot tgk mak mak pakai sendat mcm tu...

      Jubah sekarang pun mmg x blh harap...

      Lg "tembus" dr pakai jeans ...

      Delete
  30. Saya ada pengawal kak, siapa lagi kalo tak my suami, dia akan tegur bila tak kena syariat, walaupun jubah, ada jubah yg saya beli, bila dia tegur tk bagi pakai sbb pada dia dia tgk ketat, walaupun pada saya, sayang beli tapi bole pakai, saya kena ikut cakap dia.
    Memang betul, fesyen baju sekarang tak menepati syariat, kita sbg wanita muslimah pandai2 lah memilih mengikut kesesuaian syariat.

    ReplyDelete
  31. peringatan yang bagus...remaja purba macam saya pun kena take note

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum kakzakie...betul la tu kak...peringatan yg bagus utk anak2...:)

    ReplyDelete
  33. Cantik baju biru tu.
    InsyaAllah ada occasion yang dapat dipakai lagi.

    ReplyDelete
  34. Peringatan yg sgt baik. Terima kasih kak zakie. Bila kita syg org2 yg bertanggungjawab atas kita kenalah kita jaga sbb xmo mereka terseret sama

    ReplyDelete
  35. betul tu kak.. pilihlah pakaian yang menutup aurat, bukan membalut aurat..")

    ReplyDelete
  36. pakaian muslimah ..nampak bagus tu

    ReplyDelete