Friday, November 6, 2015

Usaha untuk mengelak sihir

Ada kalanya apa yang ibu-bapa kita ajar kita mengikut tanpa banyak soal. Itu anak-anak dulu. Mengamalkan tanpa mengetahui kebaikan dari mengamalkannya. Baru-baru ini mendapat video whatsapp dari group keluarga tazkirah oleh Dato' Haron Din Al-Hafiz barulah aku tahu akan kebaikan ayat yang selalu dibaca selepas solat. Apa lagi bila majlis Yasiin dan tahlil juga sering kita baca sehingga rata-rata kita semua sudah hafal. Malam semalam aku ambil telefon sebaik selesai budak-budak mengaji untuk aku ambil paparan ayat-ayat yang dimaksudkan sebagai amalan bersama.

Dikatakan oleh rasulullah " Barang siapa membaca lima ayat yang pertama dari surah Al-Baqaroh kemudian disambung dengan ayatul-kursi dan tiga ayat terakhir suroh Al-Baqaroh setiap menjelang malam, selamatlah dia dari angkara sihir pada malam tersebut".  Oleh itu mudah kata selepas solat maghrib selepas membaca doa yang biasa kita baca Allahumma attassalam... sehingga ghufronakarobbana wa-ilaikalmasir, teruslah baca ayat-ayat ini. Jika malam tersebut ada yang cuba membuat sihir dan sebagainya Insya Allah tidak akan terlaksana bahkan mungkin akan kembali kepada sipembuat sihir tersebut

Begitu juga barang siapa membacanya setiap selepas menjelang siang, mudah kata subuh maka jika ada yang mahu membuat sihir dia akan terselamat sepanjang hari tersebut. Jika ada aral atau sebagainya pada hari tersebut pun mudah dilalui kerana akan ada jalan penyelesaiannya yang terbaik. Contohnya jika kemalangan teruk pun sempatlah dibawa ke hospital dan mengucap kalimah syahadah sebelum ajal.

Al-Fatihah - Selesai membaca doa biasa selepas solat sebelum zikir seperti selalu sehingga Al-fatihah ini terus baca 5 ayat yang di bawah
Al-Baqaroh 1-5 : Kemudian baca ini. Rasanya anak-anak pun hafal kalau 5 ayat yang ini.

Ayatul-Kursi - Ini juga ayat yang bagaikan mainan bibir kepada kita semua umat Islam tidak kira yang kecil mahupun yang sudah hampir menemui ajalnya. Selapas membaca ini baru baca yang bawah.
Tiga ayat terakhir Al-Baqaroh - Ayat yang selalu kita baca dalam doa tahlil. Mudah semuanya cuma ada kalanya kita tidak tahu kebaikan disebalik apa yang kita baca.  Baca sehingga 'alalqoumilkafirin. 
Jika mahu ayat terpendik apa yang bapak ajarkan kepada anak-cucu untuk menghindarkan diri dari pukau, hasad, sihir dan membantu bila kebingungan contohnya anak yang menangis bagai ada yang tidak kena (ini yang aku buat ketika anak-anak baby dulu) juga boleh dibaca ayat ini - Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syaiunfilardhi walafissama'i wahuwassamiun'alim. Namun jika mahu ayat yang lebih panjang amalkanlah membaca ayat ruqyah juga boleh. Bacalah selalu tidak rugi. Moga dapat dimanfaatkan bersama. Segala yang baik dari Allah dan kita sebagai hambaNya sekadar berusaha.

~~ Berusaha sebelum terkena untuk menghindarkan diri dari sihir dengan ayat Al-Quran itu lebih baik. ~~



47 comments:

  1. perkongsian yang baik kakzakie..salam jumaat n selamat berhujung minggu ye

    ReplyDelete
  2. Tq kak,nor akan dtg kmbali..
    ♥♥♥

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat kak...
    Terima kasih atas perkongsian... izinkan sy copy ye.. InsyaAllah nak dijadikan amalan bersama ahli keluarga..

    ReplyDelete
  4. Asslmkm kak..
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ni..

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat kak...
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dengan perkongsian ini kakzakie..
    Saya pun ada dapat video tazkirah Dato' Dr Haron Din ini..

    Saya selalu amalkan bacaan ini .. tiga kali waktu pagi dan tiga kali diwaktu petang. "Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syaiunfilardhi walafissama'i wahuwassamiun'alim."

    ReplyDelete
  7. salam kak,

    terima kasih atas perkongsian..")

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah terima kasih bnyk sgt sebab share kan entry ni kak..

    sebab saya sgt perlukan ketika ini..kebetulan nak cerita nie..2 hari lepas saya ade terjumpa keris kecik tulisan thailand kat atas meter rumah..dan selepas saya siram dgn air ayat ruqyah..mlm tu ade benda dentuman jatuh benda mcm sebesar buah kelapa dan bergolek atas rumah..kami tunggu benda tu jatuh ke tanah tapi xde benda yang jatuh..bila kami check kat luar xde benda pun atas atap.

    bygkan rumah atap zink confirm kuat bunyi nyer..

    ReplyDelete
  9. Salam jumaat kak .. terima kasih atas perkongsian ni ..

    ReplyDelete
  10. Itulah antara ayat yg terdapat dlm bacaan tahlil sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Tambah ilmu di pagi Jumaat.syukur alhamdulillah.terima kasih kak..moga kita semua mengamalkannya..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih perkongsian ini...saya dah save..InsyaAllah nak amalkan hari2.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kakzakie...perkongsian ilmu yg baik di pagi hari jumaat ...mekacih kak...

    ReplyDelete
  14. SALAM JUMAAT...TKSH BERKONGSI ILMU YG SGGT BERMENAFAAT...KENA ELAK DIRI DRPD DISIHIR...

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah melindungi keluarga Idzwa dari segala yg tidak baik..

    Tkasih kak..disini selalu saya temukan sesutau tentang kebaikan dan amalan2 yg sgt berguna...

    ReplyDelete
  16. terima kasih kak atas perkongsian ini...
    semoga yg mengamalkan ayat2 Alquran berikut dapat menghindari dari sihir dan hasad dengki orang....

    yang jahat dari manusia
    yang baik2 dari Allah....

    ReplyDelete
  17. Good sharing kak. Bagus sangat. Skang ni zaman sihir menyihir. Kalau kluar rumah, memang dah jadi amalan baca ayat kursi & 3 kul. Ayat ruqyah memang selalu pasang kat umah. Sebab anak asyik dok sebut nampak hantu...ppffttt...

    ReplyDelete
  18. TQ tuk share nih kak... kadang kita tercari2 jgk...

    tp ayat pendek yg abah akak suh amalkan tuh... atuk dana pun suh kami adik badik hafal... bgs katanya

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kakzakie diatas perkongsian.Semoga kita semua dijauhkan dari sihir.

    ReplyDelete
  20. Tq kak perkongsian yg baik nak2 hari jumaat camni...banyak ganjaran kalau rajin membaca kitab suci kite ni...selain dapat pahala bole jugak hindarkan segala yg tak baik untuk perlindungan diri dgn izin Allah...

    ReplyDelete
  21. Tks perkongsian yang sangat baik.. :)

    ReplyDelete
  22. Salam Jumaat..syukran berkongsi ilmu..

    Ayat2 ni selalu kita baca dlm Al-Mathurat..sbb tu Rasulullah SAW saran kita baca Al-Mathurat selepas Subuh dan selepas Asar, ada hikmahnya..sebagai penghalang sihir..

    ReplyDelete
  23. akak. tak dapat la emel akak...
    bagi lagi sekali alamat

    dorsett.pink14@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Ada beberapa bulan lalu pertama kali pergi mengurut di rumah tukang urut waktu malam.
    Bawa anak-anak sekali.
    Anak yang bongsu semasa tido terbangun menjerit ketakutan kata ada ular di kakinya malam tersebut.
    Ayah mertua ajar ayat-ayat dari dalam Al-Quran kepada suami supaya dibaca kepada anak bila sampai kepada maksud Allah Maha Besar, anak macam menggelupor kejap.
    Lepas tu dah okay anak yang kecil baru masuk 3 tahun dah tak ingat pasal mimpi ular.

    ReplyDelete
  25. Tq kak..skrg ni mcm2 blh berlaku...pelindung diri...

    ReplyDelete
  26. perkongsian yang baik kak..sebelum ni kita dulu2 ikut je apa orang tua cakap...subhanallah..moga dijauhkan segalanya dari keluarga saya

    ReplyDelete
  27. di awal mula ibu_suri sakit dulu, ingatkan disebabkan oleh buatan orang juga. namun setelah jenuh berubat sana sini, akhirnya saya mendengar nasihat seorang ahli perubatan HPA dan juga nasihat dari Dr Danial bahawa rawatan hospital adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
  28. pernah tengok gak video tu.... elok di baca menjelang malam nak menjelang awal pagi kan?

    ReplyDelete
  29. perkongsian yang baik kak zakie.. bersama kita mengamakannya..

    ReplyDelete
  30. thanks for sharing kak zakie. adakalanya kita lupa dunia tempat tinggal kita ni laluannya berliku. perlu mohon perlindungan Allah selalu agar selamat..

    ReplyDelete
  31. terima kasih atas prkongsian kak..brtahun sakit mcm2 cra p berubat.. buang dtg balik... manusia nih kita xjangka...ada jer dengki..

    ReplyDelete
  32. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  33. Pengkongsian yg mnarik kak zakie..moga2 kita dijauhkan dr sihir..

    ReplyDelete
  34. terima kasih Kakzakie.. sy kongsi dgn kawan yg terkena gangguan ya.. semoga Allah membalas dgn kebaikan.. Aamiiinnn Ya Rabb

    ReplyDelete
  35. Thanks for this great sharing, saya selalu baca ayat 3kul je sebelum tido.. tu pun kengkadang leh lupa -__-

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete
  36. salam magrib kakzakie
    thanks kakzakie perkongsiannya
    semoga manafaat utk semua

    ReplyDelete
  37. salam magrib kakzakie
    thanks kakzakie perkongsiannya
    semoga manafaat utk semua

    ReplyDelete
  38. tq kak zakie.....sambil baca entry ni sambil tu baca al-quran....moga kita dapat amalkan....dan mendapat manfaat daripadanya...aminnnn

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas perkongsian ini. Walaupun sekarang ini zaman gajet, zaman teknologi canggih-manggih tetapi sihir tetap akan ada sampai kiamat...maka seharusya ada amalan-amalan yang perlu untuk menghindarinya. Tentunya yang terbaik adalah yang bersumberkan al-quran dan hadis-hadis sahih...

    #ayat atas tu biasa baca dalam majlis tahlil kan..

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah terima kasih kakak berkongsi..

    ReplyDelete
  41. Tq kanda....kadang kadanh kita tak pernah menyangka yg sebenarnya ada orang di luar sana yg tak tahu ayat ayat ni boleh jadi pendindingkan kanda.
    Moga ada manfaatnya

    ReplyDelete
  42. Terima kasih Kakzakie kerana sudi berkongsi. Kadang-kala ayat-ayat ni tau tapi mengamalkannya tu terkurang sikit ...

    ReplyDelete
  43. terima kasih perkongsian yang amat besar hikmahnya

    ReplyDelete