Tuesday, December 22, 2015

Cantiknya seketika saja sebelum luruh

Dari sehari ke sehari kuntuman bunga kian hambar untuk dinikmati. Masa untuk mengulek pokok-pokok pun bagaikan kurang diberikan perhatian. Banyak sudah pokok yang perlu dicantas. Tidak kurang rumput yang kian meriah tumbuh dek kerana hujan kian kerap di JB sekarang ini. Tengahari waktu makan biasa panas tetapi selepas itu hujan akan turun.





Bunga yang kembang pun tidak akan bertahan lama jika hujan terlalu kerap. Menikmati keharuman bunga ros pun sekejap saja. Keembong purple ini sudah aku buang kerana semakin meriah mengganggu pasu-pasu bersebelahan dengan anak-anak pokoknya. Selain itu kerap menyumbang ulat-ulat yang besar membuat aku terjerit-jerit setiap kali membersihkan kawasannya.

~~ Pokok bunga pun bagaikan anak kita perlu dibelai selalu.~~


28 comments:

  1. alhamdulillah..sejuk mata melihat keindahan alam kan..sejuk tangan akak menanam bunga kan ;)

    ReplyDelete
  2. tangan akak tanam ape pon menjadi..sukerrr
    hurmm zee punya pokok cili aritu tak menjadi kak..beli yang dah berbuah pon balik umah seminggu mati..hahahaa sadis..pokok kesum pon sama..sayang jer tengok..

    ReplyDelete
  3. Walau mekarnya xlama tapi tetap cantik menyeri suasana n bunga2 jenis ini xbegitu lama jangkahayatnya. ros tu lama sikit hidupnya tapi perlu ditanam ganti agar xhlg benihnya pabila tiba masa pupusnya.

    ReplyDelete
  4. Pokok bunga nor dh layu kak...
    Jeles tgok bunga kmbng mekarmu

    Selamat pgi

    ReplyDelete
  5. husband mimie suka menanam. Mimie suka tengok je.. hehee

    ReplyDelete
  6. cantiknye akk....rietta love roses...so in love with them....bunga purple yang gmbar no 2 tu cantik la akk...bunga apa yea...

    PS : sepatut rietta pown buat camtu jugak akk...terkilan jugak bila dia buat cmtu...

    ReplyDelete
  7. musim hujan kak..berat bunga2 takung air..
    rumput lg lah..laju je naik..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....
    suka bunga ros...dia ada haruman yang nieyl sukaa..
    Tapi en.husband suka tanam pokok hijau² je...

    ReplyDelete
  9. rumah saya tak ada pokok bunga pun...huhuhuh...

    ReplyDelete
  10. Suka dengan pokok keembong tu kak.. cantik.. sebab ia senang membiak.. ;)

    ReplyDelete
  11. Cantiknya bunga2 dikawasan rumah akak...nyamannya nak ulit bunga2 ni...terasa sgt julia duduk rumah atas langit...nak rasa ulit sebegini jauh Ya Allah...

    ReplyDelete
  12. Banyak jugak bunga2 kat taman larangan akak ni ye...kikiki...saya dulu ada gak menanam bunga sepasu dua tapi minatnye sekejap je lepas tu tinggal camtu...baru2 ni kan kerap betol ujan turun alih2 saya tengok pokok yg hidup segan mati tak.mahu tu tetiba keluar kan bunga pulak...sedih pulak hati saya ingat lepas2 ni nak li belai2 balik la cam dulu...

    ReplyDelete
  13. lama tak jumpa pokok ke'embung. dulu suka tumbuk daunnya gantikan inai.. heheheh

    ReplyDelete
  14. Cantik keembong tu kak zakie. Kalau dekat lama dh ngecek ank benih atau bijik nya

    ReplyDelete
  15. pokok keembong tu..masa kecik saya tumbuk daunnya buat mcm inai. Sbb kat rmh xde pokok inai masa tu. heheee

    ReplyDelete
  16. Pokok keembong tu di Perlis orang panggil pokok pacaq....ehehee...

    ReplyDelete
  17. Di Shah Alam sekarang ni dah tak berapa kerap hujan pula...tak tahu lah lagi seminggu ni macam mana. Esok Insya Allah akan balik ke JB...boleh la rasa hujan di sana...hihihih....Terima kasih atas undangan akak ke majlis di BP tu...saya tak dapat ke sana :)

    ReplyDelete
  18. rumah saya langsung takder pokok bunga... isyh patut jadikan hobi untuk tahun depanler kot... bagi bunga2 cintapun mekar bersamanya...

    ReplyDelete
  19. bila tengok bunga segar ni, sejuk jer mata memandang.. kalau kat kampubg memang seronok sangat la.

    ReplyDelete
  20. lama tak lihat bunga raya di negeri saya sekarang walaupun ia telah diperakui sebagai bunga kebangsaan.

    jangan-jangan, cucu saya nanti pun tak kenal bila ditunjukkan spesis bunga raya...

    ReplyDelete
  21. Masih ada juga bunga2 kak zakie berkembangan..
    Bunga2 saya pula semakin merajuk dengan saya..
    Hari tu ada dua kuntum bunga rose muncul..
    Sayangnya bertahan sebentar sahaja..
    Namun tuan tidak dapat membelainya akibat kesibukan..

    ReplyDelete
  22. Kak disini dah terbau-bau musim kering..dah seminggu tak hujan...

    ReplyDelete
  23. cantiknya bunga-bunga akak...segar bugarlah

    ReplyDelete
  24. samalah kita Zakie..halaman rumah dah semak samun.rasa tak kecukupan masa nak mengulitnya..

    ReplyDelete
  25. cantik bunga2 kakak..pandai kakak bercucuk tanam..;D

    ReplyDelete