Tuesday, December 29, 2015

Carilah kemahiran sedikit sebanyak

Sambil berbaring suami-isteri kami berbual berkaitan salah seorang pekerja yang hubby ambil untuk membantu projeknya yang kian habis - dalam proses pembersihan sekarang. Mengambil pada asalnya atas dasar belas kasihan kerana sudah hampir setengah tahun tidak bekerja selepas syarikatnya menghadapi masalah. Ramai yang terpaksa dibuang walaupun diberi pampasan. Selama itulah dia bergantung sepenuhnya dengan wanga pampasan dan hasil jualan kuih isteri yang menumpang jual kepada seseorang. Sudah berpuluh tempat dijejaki untuk mencari kerja tetapi hingga kini tidak ada ruang lagi buatnya. Sudah berkeluarga dan mempunyai lima anak. Isteri tidak bekerja. Tujuan hubby kalau dia boleh membuat kerja di tapak projek hubby sekarang bermakna untuk hubby ambil dia bekerja dengan syarikat tempat hubby bekerja cerah. Skill sedikit sebanyak kena ada sebab bidang building management memerlukan itu semua. 

Namun sayangnya satu skill pun beliau tidak ada. Oleh itu tugasnya ketika di tapak projek hanyalah membersihkan debris. Kasihan tapi hubby sudah tidak tahu cara mana mahu membantunya lagi. Projek hubby pula sudah hampir siap dan dijangkakan 2 Januari 2016 ini sudah kena hand-over. Selepas ini ada juga projek tetapi langsung tidak menepati kebolehannya. Berkali-kali dia bertanya kepada hubby jika syarikat tempat hubby bekerja ada kerja kosong dia mohon untuk diterima. Hubby terpaksa berterus terang syarikat bekerjanya mengambil mereka yang ada 'kertas' sekurang-kurangnya diploma yang berkaitan dengan building management. Sebab bimbang jika tidak diberitahu dia akan terus menanti dan menanti. Sebenarnya kalau dia ada skill dalam elektrikal, teknikal atau yang mudah seperti building structure mungkin boleh juga diserapkan walaupun dia tidak ada sijil. 

Jika anda menghadapi kemelut begini bagaimana mahu membantu? Setakat menghulur satu-dua ratus bolehlah namun itu sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung anak-anak yang kian membesar. Tahun 2016 kian muncul yang pastinya banyak keperluan perlu disiapkan untuk anak-anak yang bersekolah. Mulalah aku terkenang zaman aku kanak-kanak dulu. Sedih!

~~ Mengabaikan yang susah jika kita berkemampuan kelak kita juga akan ditanya di 'sana' jika buat tidak tahu.~~

33 comments:

  1. Lumrah kehidupan,masing2 punya masalah apatah dlm zaman yg serbaserbi perlukan wang apatah lagi yg punya tanggungan.
    YaAllah ,permudahkanlah saudara ini untuk nencari rezeki.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kakzakie..
    Sedikit kemahiran dan sijil amat juga diperlukan sekarang ini..
    Tambahan ekonomi negera kita yg kian merundum..
    Kita hanya dapat menolong sekadar yg mampu ajer..
    Semoga Allah memudahkan rezeki saudara itu..

    ReplyDelete
  3. tu lah kak...sian plak dengar...mcm mane nanti bile projek hubby akak dah abis....kena lah die siap sedia standby ..... skrangn ni zaman gst serba serbi mahal...kalo takde punca pendapatan tetap mcm mane lah hendak hidup.... hidup kat negara sendiri yg kiri kanan depan belakang penoh dgn tol, gst, cukai...subsidi plak makin lame makin ditarik...kelaka kan kak....

    ReplyDelete
  4. alahai kesian pula mendengarnya, jika kita hendak membantu pun, banyak mana yang dapat dibantu dan selama mana kita dapat menghulurkan bantuan, sedih juga tu...susah juga jika tiada skill dan sijil ni kan, nak mencari kerja pun susah, tetapi dia juga perlu berusaha jugalah kan..bukan apa kak, contohnya saya ni lah suami tak punya kerja tetap, tetapi dia berusaha buat kerja apa sahaja yang boleh memberikan income buat kami, cuma sedikit untung saya ni bekerja tetap, dapatlah tampung apa yng patut.

    macam situasi diatas isterinya puntiada income tetapkan...kesian pula

    ReplyDelete
  5. betul kak.. banyak retrenchment sejak tengah tahun aritu lagi.. mungkin akan berterusan ke 2016 jua.. yg saya tau banyak syarikal minyak yg buang pekerja sbb harga minyak semakin merudum..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak, kena ada kemahiran. memang susah keadaan sekrang ni

    ReplyDelete
  7. Semoga ada jalan penyelesaian buat beliau. Kehidupan sekarang sangat menghimpit jika tiada sumber...

    ReplyDelete
  8. Saya sangat bersetuju...

    Sebab tu pelajaran sangat penting sekarang.. tp kalau x berjaya dalam bidang pelajaran.. kemahiran itu pun boleh jadi sandaran paling Utama..

    Masa3 akan datang..cabarannya sangat hebat

    Kadang2 kita kesian..nak tolong.. tapi mcm mana nak tolong.. kalau semua benda yg diperlukan diatas.. dia x ada.. apa lagi daya kita nak tolongkan

    Sangat simpati.. semoga ada rezeki dia dan keluarganya

    ReplyDelete
  9. baring baring lomentik lomentik..
    :)

    ReplyDelete
  10. Moga akan ada jalan penyelesaian buat beliau dan keluarga.

    ReplyDelete
  11. sedih betul falsya..ramai yg terhimpit dengan kos kehidupan yg makin meninggi..semoga Allah permudahkan segala urusan dia dan keluarga..

    ReplyDelete
  12. Betul...Zakie kak setuju kalau kita berlajar atau mempunyai beberapa kemahiran lain. Kak lihat orang muda sekarang banyak yang buat kerja sampingan. Maklumlah sara hidup meningkat sejajar keinginan & keperluan semasa. Kita tak boleh duk tunggu janji manis saja. Penting berusaha.Rugi sangat kalau tak ada kemahiran hidup baik lelaki maupun perempuan. Apapun kalau orang susah didepan mata, harus bantu sedaya mungkin.

    ReplyDelete
  13. Sedih mendengar kisahnya mungkin kawan2 bisnis hubby kazakie memerlukan pekerja umum yg xperlukan skil tertentu kot n boleh disaran utk memohonnya...dlm keadaan sekarang wang begitu penting utk kehidupan sbb segalanya amat mahal..

    ReplyDelete
  14. Asalam ..bahagianya ..tahnia kebahagiaan milik orang beriman seperti KZakie

    ReplyDelete
  15. kesiannya dia kak....tp mmg betul...ada kemahiran sikit pun masih boleh cari kerja...suami kak zakie pun dh buat yg termampu untuk membantu...mgkin dia boleh cuba cari kerja yang tidak memerlukan kemahiran tapi lebih kepada tenaga...pembantu kedai, restoran contohnya.....dulu sy pun pernah bantu seseorang yang tiada "kertas" untuk mencarik kerja...Alhamdulillah...dia boleh bekerja di hypermarket sbagai pekerja biasa yg kerja susun barang dan kira stok....sekurang-kurangnya dpt jugak kerja dan pendapatan tetap

    ReplyDelete
  16. alahaiii sedih nyer kak..nak tolong tapi dia takdekemahiran kene pulak zaman ni semua nak tgk "kertas" jek walaupun kerja tak boleh buat pun..

    ReplyDelete
  17. Kasihan juga dengar kisah ini kakak. Boleh cuba bagi cadangan kat beliau jual kuih muih dan sarapan waktu pagi. Buka meja satu, masak nasi lemak, bihun, mee atau kuih muih lain. Sikit-sikit dapat hasil insyallah jika tak ada 'sijil'. Cuba dulu, insyallah buat solat duha, jaga solat berjemaah insyallah Allah bantu.

    ReplyDelete
  18. Hati nie mulalah rasa sedih bila baca cerita mcnie...
    kalau boleh kita nak sangat bantu dia..namun,apa kan daya kita..
    menjelang 2016 segalanya meningkat...
    tetiba nieyl rasa,bagaimanakah nasib ribuan pendudukan Malaysia yang tiada kemahiran dn pelajaran...hmmm...

    ReplyDelete
  19. sekian mendengarnya..kalau ada lesen memandu, boleh jd driver..semoga Allah swt memberi kelapangan rezeki pd dia..

    ReplyDelete
  20. aduh kasihan pulak mendengar ceritanya..tgh pregnant ni jowa over sensitif sikit..baca apa yg sedih je nak nangis.huhu..

    susah juga ye dah takde kebolehan tp kesian pulak dh org tu perlukan kerja.semoga dipermudahkan buat beliau.

    ReplyDelete
  21. sedihnya..dpt membayang kita di situasi dia..zaman semakin mencabar..perlu siapkan diri utk segala situasi..dengan keadaan ekonomi skrg memang terasa..suami sura pon sama sbb pendapatnnya tak tetap...hrpnya tahun baru ni ekonomi kita semakin pulih..kalau tak..parah laa..:(

    ReplyDelete
  22. sedihnya...semoga urusan orang ini dipermudahkan...
    saya faham bagaimana perasaan akak, tersepit dah tak tahu nak tolong mcm mana dah...

    terus munasabah diri, syukur saya dan suami masih ada pekerjaan...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum akak.


    Apa kata...cadangan saya sahaja yer...isteri beliau pandai buat kuih kan...kalau isteri dia pandai buat kuih yang boleh disejukbeku...boleh bantu dengan menyewabelikan peti sejuk beku...(Boleh ke Jabatan/Agensi yang ada terlibat Program Azam Tani seperti Jab Pertanian/FAMA)

    Kalau bagi duit habisnya dah tentu...kalau bagi peralatan sebagai batu loncatan untuk mereka berjaya lagi bagus kot....

    ReplyDelete
  24. Salam KakZakie.

    Memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan sekarang.
    Mereka yang fresh graduate juga sukar untuk dapatkan pekerjaan sekarang apatah lagi yang sudah ada pengalaman bekerja walaupun bertahun-tahun.
    Moga ada jalan rezeki yang ditunjukkan kepadanya.

    ReplyDelete
  25. nampaknya, cuma boleh tlg carikan kerja kat tempat lain je lah kak. Kalau kerja kat kedai2 makan / kelindan lori, sume tu tak perlu sijil dan kemahiran.

    ReplyDelete
  26. sedihnya..tanggungan plak ramai..
    skarang diploma pon dah tak berapa nak dipandang..
    anak buah zee ada 2 orang dah grad blom dapat keje lagi..

    semalam baca paper dijangka 250pilot terpaksa diberhentikan oleh MAS..taon depan memang makin mencabar kak..

    ReplyDelete
  27. sedihnya..
    sesiapa yg pernah merasai kepayahan itu sahaja yg paham situasi beliau..

    ReplyDelete
  28. moga Allah tunjukkan jalan bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan..kita sama sama doakan ya kak..

    ReplyDelete
  29. Mmg memasing pening dn gawat..
    iktiarlah dn usaha jgn putus asa...

    In shaa Allah ada jln

    ReplyDelete
  30. semoga dipermudahkan buat pekerja itu. aamiin

    ReplyDelete
  31. Sian nye moga Allah murahkan rezeki dia dan keluarganye lepas ni...sekarang ni semua nye duit..duit..duit..rakyat hidup tertekan

    ReplyDelete
  32. Betul tu kak. Biar xde sijil. Jgn x de kemahiran...

    ReplyDelete
  33. Dalam hidup yang penuh pancaroba ni kalau takda kemahiran walaupun sedikit memang susah hidup jadinya. Nak mengharapkan pada belas ikhsan pun bukannya mudah. Semoga saudara kita ini mampu bertahan dengan hidup yang penuh kesempitan ini dan doa saya semoga dimurahkan rezekinya dalam mencari pekerjaan demi menyara anak-anak.

    ReplyDelete