Tuesday, December 8, 2015

Dalam hidup perlu ada kreativiti

Sejak cuti sekolah boleh dikatakan setiap minggu kami akan menjadi pembeli di pasar malam yang berdekatan rumah kami. Berjalan mencuci mata sambil tidak ketinggalan bila balik masing-masing pasti akan ada yang dibeli bagi memenuhi kehendak selera masing-masing. Buat aku selain makanan yang dibeli sayur-sayuran pasti menjadi agenda utama sebab di sini sayuran lebih murah dan segar.

1 - Bermacam-macam ada dijual di pasar malam ini
 Apa yang pasti masing-masing punya kreativiti sendiri apa yang menjadi tarikan pengunjung. Salah satu yang menarik mata aku ada tiga pemuda cina yang dalam usia belasan tahun menjual aiskirm. Cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit. Pandai.

2. Kak Meen dan adik sudah ada yang diperolehi tetapi masih lagi menghayun langkah untuk mencari lagi

3. Dahulu ayam golek di panggang di atas dapur yang menggunakan arang. Sekarang dengan kuasa elektrik penjual lebih rehat.

4. Mereka ini mempunyai ibu-bapa yang bijak. Sambil dia berniaga kek bermacam jenis kek, anak-anak bermain masak-masak di dalam van. Pandai ibu-bapa mereka. Mata aku, Kak Meen dan adik pasti mudah saja tertancap ke arah ini. Mereka comel-comel belaka. Saban hari melihat ibu mereka membaking kek, melihat kek sedap-sedap sudah tidak kisah lagi.
Demi memenuhi tuntutan kehidupan yang kian rigid, setiap kita yang ada tanggungjawab kenalah lebih kreatif. Apalagi jika bekerja sebagai pekarja tidak sama kepada yang mempunyai business sendiri. Menjual apa  saja di pasar malam pada aku salah satu langkah menjana pendapatan. Citarasa manusia tidak sama sebab itu apa pun yang dijual di pasar malam aku perhatikan pasti ada pembelinya. Tidak boleh dinafikan bahawa 9/10 rezeki adalah dari berniaga.

~~ Biar payah dan tertekan bagaimana pun kehidupan kena diteruskan. Usaha kena ada demi kebahagiaan insan-insan yang kita sayangi.~~


44 comments:

  1. Berbeza situasi dengan tempat saya... Tak ramai pembeli berbanding dengan yang menjual... Saya agak, tekanan hidup yang menjadikan duit sangat terhad untuk dibelanjakan... kena berbelanja untuk keperluan yg penting sahaja... Kadang2 kesian tengok penjual yang ternanti nanti pembeli... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn ayat yg last tu..
    Especially utk Ketua keluarga.. usaha itu penting.
    Moga Allah meringankan bebanan msykt tanahairku... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Keadaan ekonomi sekarang membuat kan rakyat marhean macam kita perlu berusaha lebih kakzakie..
    Untuk kelangsungan hidup..
    Untuk keluarga memperolehi sedikit kesenangan..

    ReplyDelete
  4. kat area zee ni kak ada 4hari pasar malam dalam seminggu..pening jugak dibuatnya..kadang meronda jer satu hape pon tak beli..hehee..

    kita yang lihat ni kadang tertanya gak..laku ke jual ni? kalo tak abis camaner? tapi rezeki peniaga ni tetap ada kan..insya'allah kalo ikhlas..

    ReplyDelete
  5. saya kadang-kadang sedih bila tgk anak org berniaga pasar malam bermain sendirian kat belakang kereta van..sebak sebab terpaksa mengikut tuntutan kerja mak ayah mereka..kadang2 sampai tertido ..

    ReplyDelete
  6. untuk kelangsungan hidup..pengorbanan demi pengorbanan perlu di lakukan...semoga allah meluaskan rezeki mereka dan juga kita semua

    ReplyDelete
  7. keadaan membuatkan kita terpaksa berusaha lebih demi mencari sesuap nasi, entah kenapa tetiba rasa sayu pulak hati ni tengok anak2 kecil bermain sementara ibubapa mereka berusaha mencari rezeki, bagus anak2 itu diam bermain sesama mereka

    ReplyDelete
  8. pasar mlm memng menarik kak..kdg tak perlu pun mmbeli juga sbb tertarik dgn mcm2 gaya jualan..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya anak-anak itu. Duduk dalam van dan bermain sesama sendiri dan tidak merayau-rayau tanpa tujuan. Alhamdulillah.

    Kakcik dah tak suka lagi ke pasar malam sebab kakcik rasa barang2 yang dijual adalah tidak murah... :(

    ReplyDelete
  10. selamat pagi kakzakie
    best tengok pasar malam tu, disini jarang saya ke pasar malam lebih suka kepasar pagi.
    menjadi insan marhain macam kita ni mmg terlalu banyak dugaan kakzakie sabo je dngn kerenah anak-anak ...

    ReplyDelete
  11. saya suka juga jalan-jalan pasar malam..dulu sesak je pasar malam..tapi sekarang dah tak macam dulu..kuasa membeli makin menurun..

    ReplyDelete
  12. Saya sekarang bila pergi pasar malam hanya duduk dalam kereta bersama Adli. Pesan je dengan suami nak apa. Kalau bawa Adli mcm2 nak dimakannya.Dah tu macam-macam mainan dia nak beli. Tapi 1 je Adli pesan kat abah. Dia nak sate ayam.

    ReplyDelete
  13. somi falsya selalu jadi mangsa pegi pasar malam..ngan perut memboyot gini ngan nak melayan anak dara lagik..adehhh, boleh tercungap2 nafas..hehe

    ReplyDelete
  14. ramai anak dlm van berderet2 tuuh ., ;p

    ReplyDelete
  15. demi untuk meneruskan kelansungan hidup kak....sana sini perlukan duit...

    dana suke pg psr mlm lagi2 kalu balik johor hehehhe... ada je benda nk beli

    ReplyDelete
  16. Tempat saya ni kakzakie pasar malam ciput je ,saya memang malas nak pergi bila benda yang sama je nak beli tapi bila anak2 sesekali balik nak makanan pasar malam kena lah membeli juga.

    ReplyDelete
  17. berniaga kena pandai baru pembeli suka nak try kan..
    wah..kalau bawak anak memang ada je la yang dibeli

    ReplyDelete
  18. Nampak ramai... Kat area sini takda jual sayur. Sebab tu malas saya nak join kalau si ayah gi carik buah kat pasar malam. Pasar mlm sini dua tempat kalau pergi lengang je. Nilai ringgit mengecil ni org nak beli apa pun fikir mana yg wajib je kot? Berbeza dgn putrajaya sana lbh meriah ada ikan sayur, ramai org berebut2 cari barang mentah kalau ke pasar tani putrajaya.

    Suka tgk ank2 kecik tu. elok je main sama2, tak la main merata takut kena kidnap ke apa . Dulu tgk org jual air tebu siap gantung buaian kat van. Kreatif

    ReplyDelete
  19. kedian dengan anak2 yang kecik tu.. untuk mencari sesuap nasi, dieorang habiskan masa kecik dieorang di pasar malam tunggu mak ayah habis kerje. sedih aku tengok. pengorbanan mak ayah. dan pengorbanan seorang anak untuk kelangsungan hidup

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...betul tu kak..
    Even nieyl sendiri pun klu pergi pasar malam...
    ade je benda yang nak di beli...
    makan asben 1 plastik..nieyl 1 plastik..huhu

    ReplyDelete
  21. Salam Kakak~
    Zura setuju dengan kenyataan kakak. walau macam mana susah pon situasi sekarang, kehidupan kena di teruskan jugak. Bagi Famili Zura memang amalkan kaedah menabung dan potong perbelanjaan yang bukan2. kecuali part makan.
    sesekali reward utk diri sendiri dan keluarga apasalahnye kan. hehehe

    ReplyDelete
  22. dah malas nak pi pasar tani kat rumah setiap rabu. tinggal berdua... apa sangat seleranya...

    ReplyDelete
  23. kdg2 kesian tengok baby, anak2 kecil, terpaksa menunggu sampai lewat malam utk pulang ke rumah, sbb ibubapa berniaga di pasar malam, tapi apakan daya, kdg2 ibu bapa takde pilihan..huhu..kdg2 tengok budak2 ni sempat belajar, baca buku sambil tolong ibubapa berniaga..

    ReplyDelete
  24. Boleh dikatakan kita semua membesar dengan makanan yang dijual di pasar malam....sedap2 semuanya....

    Kadang-kadang jika hujan kasihan tengok anak2 mereka....

    ReplyDelete
  25. Masa time negara gawat satu waktu dulu, saya ada terbaca sepotong ayat nasihat/panduan untuk menjimatkan wang ketika berbelanja terutamanya ketika ke pasar malam...MAKAN DULU SEBELUM PERGI.. bila sampai disana, nafsu lapar melihat makanan akan mengurang, Memang betul pun...kalau perut dah penuh tidak apa benda pun tak teringin. Beli apa yang perlu sajalah..safe duit..

    ReplyDelete
  26. sekali sekala berjalan cuci mata ke pasar pun syok gak..kan kak ;)

    ReplyDelete
  27. jarang sekali p pasar malam atau apa2 pasar.. elakkan pergi waktu lapar, nanti semua benda nak beli..haha

    ReplyDelete
  28. betul kak..daripada kita terus meratapi nasib adalah lebih baik kita berusaha..PC kalau pergi pasar malam tempat pertama tuju tempat jual jagung rebus,,hihihi..suami pulak popia basah..

    ReplyDelete
  29. betul tu kak...saya tgk berniaga lah apa pun kat pasar malam, laku aje...
    zaman sekarang mmg kena pandai carik side income la kan kak...mcm skrg ni saya berniaga hantar lauk pauk kat ofis suami...Alhamdulillah, permintaan sgt memberangsangkan...akak doakan saya terus maju jaya ye...dgn duit untung tu la utk beli keperluan anak2 nak masuk sekolah nnt ni...

    ReplyDelete
  30. pasar malam di sini, ada barangnya yang lebih mahal. tapi yang pastinya ikan dan sayurannya lebih segar. sbb tu masih ada yang membeli di pasar mcm ni.. tapi saya sendiri jarang pergi.. dengan anak 4 orang ni susah sikit. takut terlepas pegangan terlepas pandang.. ngeri kak..

    ReplyDelete
  31. Nani pun sejak dua tiga minggu ni suka pergi pasar malam. Hahaha

    ReplyDelete
  32. lama dah tak ke pasar malam..
    macamana lah keadaan anak2 tu kalau hari hujan.kalau di biarkan tinggal di rumah lagi lah ibu bapanya bimbang.lebih baik berada di depan mata senang nak pantau mereka..

    ReplyDelete
  33. Bestnya dapat pergi pasar mlm kanda. Dapat makan kudap kudapan gitu. Pasar mlm kat tempat dinda, hari Sabtu, tp hari Sabtu biasanya jarang dinda ada kat rumah, maklumlah mengukur jalan hihi....

    Apa yg kanda beli tu....

    ReplyDelete
  34. Bestnya dapat pergi pasar mlm kanda. Dapat makan kudap kudapan gitu. Pasar mlm kat tempat dinda, hari Sabtu, tp hari Sabtu biasanya jarang dinda ada kat rumah, maklumlah mengukur jalan hihi....

    Apa yg kanda beli tu....

    ReplyDelete
  35. betul kak zakie...kadang-kadang kesian pula melihat anak-anak yang bermain sekitar pasar malam....tapi itu lebih baik dari ditingal dirumah.

    peniaga ya....kena kreatif macam pisang goreng cheese...sedikit kreatif dapat menaikkan harga

    ReplyDelete
  36. Alhmdulillah sedikit kesusahan mmg menghimpit, tapi kesusahan dan keperitan hidup itulah membuat kita lbh tabah dan hanya bergantung kpd Allah utk meneruskan kehidupan

    ReplyDelete
  37. betul tu dan setuju sangat terutama part yang last tu

    ReplyDelete
  38. eehhh ayam golek dah pkai letrik....lama benar dah rietta xke pasar malam....

    ReplyDelete
  39. ANak2 orang yang meniaga ni pandai bawak diri. Kita yang tengok ni kekadang risau gak.

    Memang rambang mata kalau gi pasar malam. Macam2 ada samoai tak tau nak beli apa. Tapi memang untung meniaga kat pasar malam ni.

    ReplyDelete
  40. Kalau kita asyik mengeluh susah tapi tak berusaha pun susah juga. Kehidupan sekarang ni bukan macam dulu-dulu, semakin hari semakin mencabar. Lebih banyak kita dapat, lebih banyak pulak 'tuntutan' yang perlu dilangsaikan. Kalau pekerja makan gaji macam kita ni, manalah cukup. Kenalah berusaha cari pendapatan sampingan. Berniaga paling mudah. Tapi janganlah sampai menipu orang pulak!

    ReplyDelete
  41. belum pernah nampak lagi ayam golek guna letrik tu

    ReplyDelete
  42. Wawa dah jrg pergi pasar mlm sbb tk thu nk bli ape..

    ReplyDelete
  43. betul tu. dengan kreativiti tulah kita dapat menaarik pelanggan

    ReplyDelete