Mengapa Imam Ghazali berkata muliakan kanak-kanak bila kita bertemu mereka? Mereka adalah golongan yang tidak ada dosa. Kita memang selalu menutup sifat kanak-kakak tapi diri kita ini jangan pula jadi macam kanak-kanak. Akal pemikiranan kanak-kanak tidak sama dengan kita. Begitu juga bila dengan orang tua pun kena kita muliakan sebab mereka lebih dulu beramal berbanding kita. Dengan orang yang alim pun sama bila jumpa mereka minta nasihatnya kerana dia punya nasihat yang sangat berguna. Bertemu dengan orang jahil pula sekalipun kena muliakan sebab mereka jenis orang yang tidak tahu. Orang tidak tahu perlu diajar bukan disisihkan. Jika bertemu orang jahat pun sama juga sebab mana tahu sebelum mati dia sudah bertaubat sedangkan kita tidak tahu lagi Tidak tertinggal dengan orang bukan Islam juga sebab kita tidak tahu andai dia sempat bertaubat sebelum mati dia pergi tanpa dosa. Mudah kata sebaik mana pun kita ada yang lebih baik dari kita. Setiap yang Allah jadikan pasti ada yang tersirat dan tersurat. Hormati siapa juga yang ada di keliling kita.
Sayangi yang di bawah kita yang di 'atas' (bukan orang yang kuasanya ditentukan kita - tapi DIA Robbuljalil yang ahad/wahid) akan menyayangi kita juga. Dalam kererendahan hati ada ketinggian budi. Orang yang paling tawadhuk adalah para rasul dan nabi. Siapalah diri kita ini. Orang pandai ibarat tin penuh tidak sombong. Syaitan memang suka orang sombong. Abawastakbaro - takbur. Kenapa orang tua-tua kita pesan perlu tunduk bila berjalan di hadapan orang? Semua ini mendidik kita jangan sombong. Tidak boleh sembrono termasuk bila membuat teguran. Fikir dulu sebelum membuat teguran. Buat aktiviti untuk mendidik dan membersihkan hati. Ada ustaz tempat aku menghadiri majlis usrah ini katanya mencuci tandas salah satu cara untuk kita membuang sifat riak. Mengikis sifat sombong. Tandas yang dimaksudkan bukanlah tandas di rumah sendiri tetapi tempat yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Sama-sama kita renungkan.
~~ Biarpun semua orang punya satu akal namun tidak semua mampu menggunakan akal 100% untuk kebaikan semata-mata. Ingatan untuk diri sendiri dan anak-anak mama juga.~~
Jangan dipandang pada fizikal sahaja. Tak semua orang yang kita nampak serabai aje tu, peminta sedekah atau mungkin tarafnya lebih rendah daripada kita. Anak-anak pun walau dari segi usia, jauh berbeza kematangan dengan kita yang dewasa ni tapi ada juga perkara yang boleh kita pelajari dari sifat mereka kadang-kala.
ReplyDeletesetuju sangat
ReplyDeletekanak2 ibarat kain putih yg belom bercorak...bersih dan luhur...Allah...pepagi lagi jiwa saya dah dapat makanan...tunjuk ajar yg memang sudah tahu tapi selalu je lupe...cantik lukisan doraemon tu mana la bebudak tak suka...akak ni mesti berjiwa penyayangkan...rapat betol dengan anak2 yg dtg mengaji...beruntung anak2 tu...selain dapat ilmu dapat tumpang kasih sayang jugak...
ReplyDeleteOleh kerana anak-anak kecil tak ada dosa. Sebab itu kita rasa tenang aje bila bersama mereka. Kena muliakan setiap insan yang berada bersama kita.
ReplyDeletekanak-kanak juga seorang yang jujur kan..
ReplyDeleteSaya setuju sis...muliakan anak2 ni...tapi kan kak saya masih rasa tersentak dengan budaya sesetengah mak ayah ni tak endahkan anak kecil ini mahu berkawan dengan anaknya wpun berlainan jantina (anak kecil)...hanya membiarkan anaknya dengan dunia ipad...langsung tak mahu berkongsi lihat bersama2...kalau julia, julia suka nasihatkan Qi kalau tengok kartun melalui ipad...kalau ada kawan nak tengok sekali...biarkan...biar mereka juga rasa sama2 enjoy...kesian sis...
ReplyDeleteDikawasan kejiranan saya ni dah tak ramai kanak2, yang berhampiran ni pun yg paling kecil Iman...tu yang jiran2 suka menyakat...
ReplyDeletesetuju sgt setiap perkataan yg kakak tulis..terkesan falsya bile baca..
ReplyDeleteyea kak.. betul tu.
ReplyDeletesinggah pagi.. :)
ReplyDeleteanak2 kecil menggembirakan yg tua tanpa mrk hilanglah seri dunia.
ReplyDeletesepatutnya pun kita muliakan sesemua orang kerana kita semua makhluk Allah
ReplyDeletePendek kata, muliakanlah semua org. Bersangka baik..cari yg positif yer kak..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..
ReplyDeleterenungan bersama...
saya setuju dengan kata-kata akak tu...terkesan dan bermakna
ReplyDeleteterima kasih kak sebab bagi teguran secara tidak langsung pada saya..kdg2 saya terlupa utk memuliakan anak waima anak sendiri dek kerana tuntutan diri..huhuu...
ReplyDeletedatang membaca...informasi yang memberi rasa kesedaran
ReplyDeletePeringatan yang bagus ni Kak.
ReplyDeleteBetul sentiasa ingat ada yang lebih baik dari kita.
Setuju kak.ikut sunah
ReplyDeleteRasulullah sgt berbudi bahasa dgn anak2 kecil...
Suami nor sgt2 penyayang dgn ank2 kecil..skrg nor jaga anak saudara yg berpntang sunat..mcmmana lyn mmd mcm tu juga lyn anak sedara..usap kpla rutin hari2..yg besar pun sama..so anak kakak ni lbih mndgr ckp nor dgn suami..dr I nak dgr ckp mak dia....
kanak2 tau nyer nk main seronok3 jr kan kak.... bt apa pun tak salah tp kite dewasa ni lain otak dh blh pikir mana yg baik buruk
ReplyDeletetapi ada jugak sesetengah orang tua yang suka nak membeza-bezakan anak2 atau cucu2 diorang tu kak..
ReplyDeleteBetul tu kak zakie..
ReplyDeleteYang tua dihormati, yang muda disayangi..
Anak-anak jujur jadi suka kita menghargai apa yg dikatakan.
Kalau kita memuliakan semua orang kita juga akan dipandang mulia.
ReplyDeleteSatu masa semuanya bakal ditinggalkan juga kan kak..setuju..
ReplyDeleteMesti anak2 tu happy bila dapat atau berjaya tunjuk pada mama zakie mereka..hihi...baru lena tidurnya...budak2 bersih hatinya lurus tulus niatnya..
Saya suka nasihat Kak Zakie ni....dalam setiap keadaan, siapa pun yg kita jumpa, hormati dan muliakan mereka. :)
ReplyDeletesgt setuju kak...mmg patut kita muliakan kanak2 nih...diorg tidak berdosa...kdg geram dgn org yg aniaya kanak2... :)
ReplyDeleteSweeet sgt entri ni... hihi...
ReplyDeleteslmt malam kakzakie
ReplyDeletebetul sngt apa yg ditulis tu
kanak2 jugak seorang manusia kan jdi wajib kita menghormati mereka ..
Yg muda di sayangi..yg tua di hormati..
ReplyDeleteMemuliakan kan ak-kanak kerana akanak2 tidak berdosa...lahir seperti kain putih bercahaya..subahanallah...rugilah hambaNya yang sombong terhadap kanak-kanak
ReplyDeleteTerpana....! Sanggupkah saya cuci tandas awam? Masha Allah...terasa diri ini amat hina di sisi-Nya dengan pertanyaan itu! Tq for sharing.
ReplyDeleteSalam Jumaat..syukran brkongsi nasihat ini..manusia yg serba kekurangan mmg tak layak utk sombong, mninggi diri..
ReplyDeleteBetul tu kak. Mekaasih atas perkongsian dan peringatan.
ReplyDeleteKena tazkirah free nampaknya dinda pagi ni hihi.....
ReplyDeleteTerima kasih kanda, betul apa yg kanda tulis tu.
Tak rugi memuliakan orang orang disekeliling kita, walaupun pengemis sekali pun. Tiada siapa yg tahu pengakhiran mereka mungkin lebih baik daripada kita. Ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk tak gitu kanda....
Sedih tengok orang yang tak ada adab dengan orang tua. Lebih sedih bila tidak ada adab dgn budak2. Suka tanya hal2 keluarga yang tak berapa eluk dekat mereka sampai budak2 terkial-kial nak jawab..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...kanak2 mmg tak pandai menipu apa yg terlintas difikiran itulah yg dikatakannya...:)
ReplyDeleteperingatan yang baik....
ReplyDeleteterbaca juga dari blog seorang photojournalist yang ke rusia...orang rusia amat menghormati orang tua yang dipanggil datuk.
tetapi kita juga dulunya amat menghormati orang tua. cuma remaja sekarang ini seakan hilang rasa hormat pada orang yang lebih tua
perkongsian dan peringatan bersama
ReplyDeleteterima kasih kakak :)