Thursday, December 17, 2015

Perjalanan hujung tahun 2015

Termangu seketika. Aku hilang jejak sebenarnya apabila sejak Sabtu hingga Rabu TITISAN NURANI ini hanya dijenguk sekali-dua saja. Mengikut rentak anak-anak. Memilih hari yang dirasa tidak sesak lalu kami mengatur langkah keluar dari kesibukan JB.

Adik dengan Mak Uda - Bermalam di rumah kampung Batu Pahat terus bertolak ke tempat ujian kelayakan buat adik di Muar. Singgah di rumah Mak Uda di Muar untuk tukar baju sekolah sebagaimana yang telah disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Periksa lagi! - Di dalam dewan peperikasaan lagi sebelum sessi ujian Komputer bersama-sama dengan calon-calon lain. Masa inilah boleh kedengaran macam-macam dialek utara, pantai timur semua ada. Mendengar perbualan mak-ayah yang menghantar tahulah kami calon yang datang dari seluruh Malaysia.
Sessi terakhir - Keluar dari ujian di makmal komputer menuju sessi terakhir ujian temuduga. Perbualan dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris.  Usaha sudah dilakukan tinggal menanti ketentuan Allah. Ada rezeki dapatlah andai tidak kenalah redha sebab terlalu ramai yang mendapat 5A.
Selesai ujian keseluruhan dan temuduga adik jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Meneruskan perancangan percutian akhir tahun yang tinggal bersisa beberapa hari saja lagi kami teruskan perjalanan. Mama-papa mengikut saja hala tuju yang diminta oleh anak dara berdua. Mereka memilih destinasi, mereka juga yang memandu arah menggunakan wase.

Mee bandung - Singgah di Sungai Rambai Melaka mengisi perut dengan mee ini. Sementara itu bolehlah adik menukar uniform sekolahnya dan kami singgah mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
Bermalam - Tiba di Melaka sudah hampir maghrib. Singgah mencari tempat bermalam yang terdekat dengan Melaka Night Safari yang anak-anak mahu kunjungi lalu dapatlah kami di D'Village Resort.  Setelah berbincang kami memlilih rumah yang dua bilik. Ini untuk mama-papa. Ada tv, fridge, coffe set dan seperti biasalah. Fridge dan tv langsung tidak di sentuh . 
Bilik anak-anak - Kak Meen dan adik berdua di sini. Kak Reen jauh dimata dekat dihati. Sayu juga hati tapi sekarang peluang utk kumpul semua sudah sukar diperolehi. Nasihat pada yang punya anak-anak masih berkumpul lakukan percutian bersama sewaktu anak-anak masih bersekolah rendah/menengah. Bila sudah ke kolej/universiti sudah susah sebab cuti sudah tidak sama. Patung Mr. Bean itu bukan d'Village berikan, tapi adik punya membeli sewaktu di Penang tempohari.
Kopi papa - Keletihan memandu papa pekena dengan secawan kopi yang disediakan. Lain-lain kami tidak sentuh pun.
204 - Ini nombor rumah yang kami dapat. Diberikan juga kepada kami voucher untuk sarapan pagi. 

~~ Perjalanan dulu bila sesat terus mulut dibuka untuk bertanya. Sekarang duduk di dalam kenderaan wase menjadi penunjuk arah jalan sehingga ke destinasi. ~~




44 comments:

  1. Sekarang ni semua dihujung jari kak, petik jer.

    ReplyDelete
  2. Semoga adik berjaya. Betul tu kakak. Ramai yang berjay dapat 5A hari tu. Seronok jalan-jalan Melaka ;-)

    ReplyDelete
  3. adik ada temuduga di sekolah menengah sains muar ye kak...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Semoga adik beroleh kejayaan dalam interview tu..
    Saya pergi Muar pada hari sabtu petang..
    Tapi musim hujan.. tak ada apa yg dapat ditengok..

    ReplyDelete
  5. Semoga adik beroleh kejayaan.
    Cuti2 Melaka kakzakie.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. good luck adik..harap2 berjaya..sakan juga cuti2 malaysia kak zakie..

    ReplyDelete
  8. semoga adik berjaya dalam peperiksaan itu kak ;)

    meh baca pasal adik mok jugak kak : http://www.nurul-izwa.blogspot.my/2015/12/anak-anak-singa-jadian.html

    ReplyDelete
  9. semoga beroleh kejayaan kpd adik...

    pg muar mmg suke layan mee bandung... geram nengok tlr kuning tuh kak... sdp nyer

    bersih bliknya kak... adik masih manja2 bila bermain lg ngn anak patung mr bean tu hehehe...

    ReplyDelete
  10. insyaAllah..semoga adik berjaya jejakkan diri ke sekolah tu nanti ye..
    at least dah usaha kan..

    ReplyDelete
  11. Adik skrg nmpk lawa n sweet dh pandai bergaya dpn kamera..hihi..udah besar nmpknya anak dara kak ni..
    In shaa Allah dpt tmpt utk adik tu...lps ni adik berpisahlh dgn kak n abg...

    Yelh kak mkin sukar berkumpul skrg..ini ada,itu tk ada...nk jln2 pun berkira2...dh biasa klu jln semua nk kna ada...

    ReplyDelete
  12. Moga trus suksess adik...jalan..jalan ujung cuti sek kn kak..x lma lg dh mmsg sibuk uruskn ank2..

    ReplyDelete
  13. Semoga berjaya Adik~
    Untie doakan yang terbaik untuk adik.

    Kakak~ memang bz kan bila anak2 cuti sekolah nih. masing2 bertanya bila nak di ajak berjalan. terpaksalah mama papa curik2 masa untuk penuhi hajat anak2 kan~

    ReplyDelete
  14. Semoga adik berjaya k... Cikna ni klu mee kureng sikit kue tiow bandung mmg febret,hehee...;-)

    ReplyDelete
  15. semuga adik berjaya..
    bagus perancangan Zakie..bawa anak intervew terus pergi bercuti..

    ReplyDelete
  16. selamat bercuti kak. saya sekeluarga mungkin lepas krismas baru boleh bersama utk bercuti. skrg suami-isteri tgh pulun abiskan kerja hujung thn.

    ReplyDelete
  17. Semoga berjaya adik. Tu kira 2 in 1 la ye kak, interview dan jalan2.. :D

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik semoga berjaya hendaknya...:)

    ReplyDelete
  19. Good Luck buat Adik.

    Ok ke tak D' Village tu kak zakie?

    ReplyDelete
  20. Insyaallah,adek akan berjaya andai ada rezeki...Yalah kakzakie ramai sangat yg dh dpt perfect score terpulang pd yg bernasib baik je terpilih.
    Betul tu skg ni smua dihujung jari ,mna2 boleh pegi tapi org2 muda je yg fhm sngt,yg dh brumor mcm saya ni pening juga tengok .

    ReplyDelete
  21. Insyaallah,adek akan berjaya andai ada rezeki...Yalah kakzakie ramai sangat yg dh dpt perfect score terpulang pd yg bernasib baik je terpilih.
    Betul tu skg ni smua dihujung jari ,mna2 boleh pegi tapi org2 muda je yg fhm sngt,yg dh brumor mcm saya ni pening juga tengok .

    ReplyDelete
  22. lama xsinggah sini.. alhamdulillah buat adik dan semoga berjaya.

    dimana2 ada rezeki yg Allah telah aturkan :)

    ReplyDelete
  23. tak best la kalau hotel sediakan kopi 0 jer... saya lebih suka hotel yang sediakan kopi 3 in 1...

    ReplyDelete
  24. Moga adik berjaya dlm ujian kelayakan kemasukan. MRSM Muar ke kanda?
    Nak kemanalah agaknya tu kanda dah singgah Melaka tu

    ReplyDelete
  25. Moga adik berjaya dlm ujian kelayakan kemasukan. MRSM Muar ke kanda?
    Nak kemanalah agaknya tu kanda dah singgah Melaka tu

    ReplyDelete
  26. moga adik brjaya!!!
    bestnya p brcuti... selamat brcuti buat sis sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  27. moga berjaya adik. untung mama ada anak yg pandai pandai semua.

    ReplyDelete
  28. ni serampang dua mata lah kiranya, g interview, pastu g jenjalan! ^__^

    Adik mohon sekolah apa tu? Moga berjaya!

    ReplyDelete
  29. teknologi gps sekarang sgt membantu dalam urusan seharian bilamana kita tak tahu ke suatu tempat tersebut. saya menggunakan gps nokia here (di telefon) yang mana penggunaan secara offline tak menggunakan data internet untuk akses. saya pernah up posting berkaitan penggunaan gps beberapa tahun lepas. di setiap kebaikan sesuatu itu pasti terselit juga sedikit keburukan.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak,
    Salam Jumaat. Selamat berjaya kepada adik dalam ujian kelayakan. Selamat makan angin kepada akak sekeluarga, mudah-mudahan ia terisi dengan keceriaan.
    #Mudah ye zaman ini, semuanya di hujung jari. Kalau dulu kena bertanya orang. Kalau yang jenis pemalu susah juga...hehe

    ReplyDelete
  31. Good luck untuk adik. Best nya cuti² melaka ☺

    ReplyDelete
  32. ucapan tahniah yang lambat dari auntie untuk adik
    hebat adik
    moga lebih berjaya di masa depan
    diberkati dunia akhirat

    ReplyDelete
  33. dari Johor naik ke Melaka..selamat bercuti, kak..
    Waze selalunya reliable..bestkan ada teknologi mcm ni..

    ReplyDelete
  34. adik dah besar..

    tetibe saya rasa rindu... :'(

    ReplyDelete
  35. sekarang ade intervw mcm nak masuk keje dah..

    ReplyDelete
  36. Moga adik dapat pilihan sekolahnya.

    Terliur tengok mee bandung tu.

    ReplyDelete
  37. Moga adik dapat sekolah yg dimohon. Amin

    ReplyDelete