Cuba kita merenung ke dalam diri kita dan lihat tubuh badan kita. Apa yang kita ada ini sebenarnya sekadar sarung saja. Bukan kain sarung yang boleh ditukar-ganti. Tetapi sarung yang kalau dulunya kecil ia akan membesar. Gemuk-kurus, cantik-hodoh sarung bukan ukuran kepada kekuatan iman yang ada. Roh sekadar menumpang sementara di sarung ini. Sebab itulah bila izrael datang menjemput roh pergi, apa kemampuan diri kita? Lalat hinggap di hidung pun tidak mampu mahu menepis. Semua yang datang menziarahi kita membuka kain penutup muka melihat wajah kita tidak ada kemampuan untuk kita menolaknya samada ia sahabat karib mahupun musuh kita. Musuh kita mencemuh depan muka waktu itu pun tidak mampu lagi untuk kita menoleh ke arah lain.
Begitulah betapa kita ini tidak punya apa. Perancangan disusun-atur pun kalau tiada rohman dan rohimnya jika kataNya tidak maka tidaklah. Qada' dan Qadar jadi sandaran kita sebagai hambNya yang lemah. Jangan cuba menidakkannya. Anak yang berjuang untuk belajar pun bila keluar rumah tidak mampu kita menegah inikan pula kuasaNya.
بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضِ وَ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ
Yang menciptakan semua langit dan bumi dengan tidak ada bandingan. Dan apabila DIA telah menentukan sesuatu, DIA hanya berfirman kepadaNya - Jadilah! maka diapun terjadilah. -Albaqaroh:117
~~ Roh aku sedang berkecamuk. Ada rasa rindu menggigit yang teramat sangat pada adik.~~
Selamat tahun baru kak ... dah lama tak berkunjung di sini ... :D
ReplyDeleteAssalam...kalau tiada sarung yg mambalut tubuh hanya rangka yg berjalan heh..heh...
ReplyDeleteWah bergaya adik nak memasuki asrama SBP meninggalkan mamanya yg merindui kehilangannya walau seketika namun perit rasanya...semoga adik berjaya mencapai impiannya dunia n akhirat.
Benar kakzakie.. Apabila sarung meninggalkan kita tiada apa yg termampu untuk kita mengatasi nya.. Hanya rahmat dari Ar Rahim dan Ar Rahman yg kita harapkan..
ReplyDeleteSemoga adik terus cemerlang di tempat baru..
Menuntut ilmu untuk Dunia dan Akhirat..
Selalunya MRSM ni ada ambil second take tu KakZakie..
InshaAllah.. ada rezeki adik tu..
Anak paling kecik kakak..lain mcm plk rindunya..
ReplyDeleteadik boleh...mula2..lps tu nti akan biasa.
normal pd kita mak2 ni..
comelnye adik kakkkk.... muke segar..sesegar semangat kembali ke sekolah.... in sha Allah moga anak2 kite menjadi insan yg cemerlang dan bijak dunia akhirat.....
ReplyDeletelieya pun sunyi dah umah kak....mgu ni takde sekolah agama so kene laa jemput dieorg kul 1 kang....
semangat nak ke sekolah yer adik... senyum simpul berbaju baru...hahaa
ReplyDeletesemoga anak2 kita bersemangat unutk belajar yer kak....:)
Moga adik sentiasa berusaha gigih...akak mesti kuat semangat..sebab apa yang akak rasa adik akan rasa juga...itu magisnya naluri ibu dan anak...in sha Allah moga semua baik baik saja...amin...
ReplyDeletekesian mama yang dah mula rindukan adik.. be strong ya Kakzakie
ReplyDeleteduduk di asrama jadikan anak lbh kendiri dan disiplin ... rindu pd anak itu perkara biasa . sabar je lah ...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak zakie, cantik adik, sweet. Tahniah dapat sekolah asrama tapi tula rindu menrindui nanti. All the best adik, happy schooling!
Deletemoga ilmu yang cikgu ajar..adik dapat serap dengan mudah..amin
ReplyDeleteAssalamualaikum Kakzakie!
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2016. Baru hari ni berkesempatan berada di alam maya ^_^ Tahniah buat adik kerana berjaya masuk SBP. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Dapat bayangkan betapa rindu dan sukarnya akak untuk melepaskan anak bongsu, saya tak dapat nak legakan kerinduan hati akak tu dengan kata-kata kerana saya sendiri belum mampu untuk berpisah barang sejam pun dengan anak-anak!
Alhamdulillah dah masuk ke dunia baru lagi ;)
ReplyDeletePerasaan rindu memang menyakitkan tambahan pula anak bongsu yg meninggalkan kita. Adik pergi menuntut ilmu untuk bekalan masa depan.
ReplyDeletealalala...comey nyer post gitu...:)
ReplyDeletebelajar rerajin yea dik...
Saya faham sangat hati ibu yang anak2 ke asrama ketika ini apatah lagi baru2 ni bukan saja anak2 yg sedih malah ibu apatah lagi ...jika sebelum ini ada didepan mata kini ia melangkah ke alam remaja jauh dari kita.Selamat berjaya untuk adik.
ReplyDeletesunyi dh la umah ye kak...
ReplyDeletedana paham perasaan akak, perasaan seorang ibu msti semua ibu hampir sama naluri nya....
adik pun duk asrama... takde lah keletah adik kt blog mama nyer mcm selalu2
semoga adik terus cemerlang di sbp :)
ReplyDeletebuat kakak semoga terus diberi ketabahan
tertelan2 ailio baca bab sarung2 tu kak...takut tapi itu la kenyataan...ajal dan maut DIA la yg menentukan...mohon penghujung yg baik utk kite semua...cantik manis anak dara akak...berjauhan atas tuntutan ilmu...moga adik terus sukses dunia akhirat...ibu mana la yg tak sedihkan...hari2 pon ada depan mata tetiba jauh di tempat orang....sabo bebanyak kak adik selamat kat sana seronok dapat persekitaran dan kawan2 baru....
ReplyDeleteBiasalah tu KZ.... KN dah pernah melaluinya.... tapi segala kesedihan KN jarang tunjukkan kepada anak2...
ReplyDeleteTapi di belakang mereka tuhan ajerlah yang tahu betapa sedih dan rindu nya berpisah dengan anak....
Sikit hari lagi KN akan berpisah pula dengan anak perempuan KN yang baru berkahwen haritu.. .. sedeh macam mana pun KN terpaksa pujuk hati ini untuk menerima hakikat yang anak tu dah punya suami....kini suami dia lah menjadi tanggung jawab keatas nya.... huhu..
Agaknye nnt mcm tuh la perasaan falsya kan kakak bile qisya masuk sekolah nnt..
ReplyDeleteSelamat menempuh dunia alam remaja pula adik.
ReplyDeleteTukang Kebun pun kelamkabut uruskan sekolah anak-anak berapa kali tukar sekolah.
Comelnya adik possing.
ReplyDeleteAdik jgn lh "adult" cepat sgt.
Hi hi hi.
All de best adek. Semoga d permudahkan segala urusan. Insya Allah.
ReplyDeleteGood luck juga buat kak zakie :-)
All de best adek. Semoga d permudahkan segala urusan. Insya Allah.
ReplyDeleteGood luck juga buat kak zakie :-)
Lama-lama nanti surutlah sikit rindu tu, mula2 memang terasa sangat..
ReplyDeleteAlahai mama, baru bbrapa hari adik pegi, dah rindu sangat yea, saya nk pujuk pun tak pandai hi hi...ala, be cool la mama, tepon kan ada..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...alhamdullilah kembali ke sekolah yer dik..semoga berjaya menimba ilmu walaupun berjauhan tapi tetap di hatikan..;)
ReplyDeletebegitulah kan kak bila anak2 semakin membesar, rumah pun sunyi saja...moga akak tabah melalui hari2 yang berjauhan dengan adik
ReplyDeleteTahniah adik.... Bagus adik, berani nak duk asrama. SBP mana kanda?
ReplyDeleteMRSM biasanya lambat sikit kan.... Kat mana mana pun, kalau benihnya bagus, ia akan tetap hidup subur. Jangan rindu sangatlah kanda.... Ehhh ....pandai pandai jer dinda ni hihi...
Comel jer adik. Ibu mana yang tak rindu bila berjauhan dengan anak kan kak.
ReplyDeletePerpisahan walaupun sekejap dah membuah rindu kan kak
ReplyDeleteselamat bersekolah.. mesti agak sebak saat mula2 diorang masuk asrama. huda sampai sekarang sedang rindukan adik huda yg skolah asrama penuh..
ReplyDelete