Tuesday, January 12, 2016

Ini sebuah penghargaan - Meratah Seni

Terpempan seketika sebaik mata merenung kedatangan email di kotak inbox. Merenung nama yang tertera cepat saja kotak minda aku teringat kepada kakak blogger yang tidak asing lagi buat diriku. Bertemu belum sekali tetapi rasa kasih terasa erat di hati. Mendapat titipan hasil karyanya sudah pasti membuahkan kemanisan yang panjang.

Meratah Seni - Inilah antologi cerpen hasil karyanya. Sudah hampir seminggu aku mendapat titipan tetapi kerana kekangan masa baru semalam ianya habis dibaca. 
Paridah Ishak - Insan seni yang cekal dan kuat dengan iltizam tanpa mengenal erti putus asa. Gambar pertama dan kedua ini sebenarnya menjadi kulit kepada antologi ini. Sengaja aku bahagi dua untuk kelihatan lebih jelas.
Biodata Penulis - Ingin melihat lebih jelas sila klik dua kali. Sebagai insan yang diuji hebat oleh Allah pasti kita merasa kagum dengan beliau kerana walau ujian melanda diri sifat putus asa tidak pernah lekang dalam diri beliau. Tahniah dari kami.
Kandungan - Terdapat 10 cerpen yang sangat memuaskan hati kepada siapa juga yang membacanya.  Paparan menjurus kepada kehidupan insan sejagat yang tidak siapa boleh menafikannya.
Paparan - Aku paparkan keindahan antologi bukan saja pada penceritaan bahkan pada ilustrasi penggambaran pada antologi cerpen ini. Sinonim dengan penulisnya yang meminati bunga orkid ianya juga menjadi hidangan mata di antologi ini.
Sekalung tahniah dari kami sekeluarga buat Puan Paridah Ishak dengan penghasilan antologi cerpen ini. Buat kami sekeluarga yang pasti ramai sudah maklum membaca buku begini bagaikan satu terapi minda. Oleh itu walaupun sudah didownload di dalam komputer masih tidak puas andai tidak di cetak. Setelah di cetak jadilah ia sebagai koleksi kami.

~~ Kepada semua teman yang ingin berukhuwah atau mendampinginya sila klik di sini.~~

40 comments:

  1. Tahniah buat Kak Paridah Ishak..
    Nak cari juga himpunan cerpen PI ni kakzakie...
    Selalu baca di blog kak PI ni ajer..
    Boleh sebagai koleksi saya juga..

    ReplyDelete
  2. tajuk 'meratah seni' itu sungguh unik. teringin saya memilikinya

    ReplyDelete
  3. Teruja pula kakcik melihat tajuknya...

    ReplyDelete
  4. Teruja pula kakcik melihat tajuknya...

    ReplyDelete
  5. Tahniah PI...Walau diuji tapi terus maju.

    ReplyDelete
  6. tahniah untuk kak Paridah Ishak atas kelahiran Meratah Seni...saya tumpang bangga...beruntung kak Zakie dapat titipan dari penulisnya sendiri...

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada Puan PI, dan buat kak zakue pandai review.Tajuknya menarik.

    ReplyDelete
  8. Tajuknya pun dah menarik.
    Boleh nak cari juga macam ni.
    Terima kasih kakak.

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat puan paridah.. Moga terus maju.

    Saya pun suka baca cerpen kak..

    P/s: saya dh jwb komen akk lat entri baru . Hihi dari dia celik mata duk tny nape buang seluar boboiboy apit. Baju dh lusuh di clorox dek sini tu amatlah dia sayang. Nnt blk sek mesti dia tny lg.huwaa

    ReplyDelete
  10. WAH REVIEW YG SANGAT MENARIK NI...TERIMA KASIH BANYAK KAK ZAKIE N KAWAN2 YG MEMBERI UCAP TAHNIAH..KAK NI HANYA MENULIS SEKADAR SUKA2 ISI MASA JER...BUKAN SESIAPAPUN DI BIDANG PENULISAN NI HEH HEH...RAJIN KAKZAKIE PRINT EBOOK TU SEMULA.

    ReplyDelete
  11. Nti kita terjah..tak pernah lagi baca hasil garapan dia..sekalung tahniah di diucapkan,,

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..tahniah buat penulis...moga karya beliau diterima ramai dan seterusnye suskes dlm bidang yg diceburi...

    ReplyDelete
  13. tahniah kak PI..sedap tajuknya..

    ReplyDelete
  14. Menarik nih kak... nk jd kwn jgk lah ngn kak paridah nih... dana pun suke baca novel...

    kulit depan nyer cantik... dlm nya jgk lawa

    ReplyDelete
  15. Sungguh berbakat...semoga PI akan terus berkarya.

    ReplyDelete
  16. waahhh! hebatla kak paridah.. tahniah kak paridah

    ReplyDelete
  17. kagum dngan org yg ada bakat dalam penulisan.. tahniah kak PI..

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah...PC nak pergi ziarah...

    ReplyDelete
  19. Bukan senang nak menulis/mengarang cerita. Maka oleh itu, saya amat "salute" dengan yang mempunyai cerpen tertera nama sendiri! Well done..

    ReplyDelete
  20. tahniah kak paridah ishak, awesome!

    ReplyDelete
  21. tahniah kak paridah....wah cantik bila diprint keluar

    ReplyDelete
  22. Tahniah pada Kak Paridah ni. Semoga sukses selalu. Kakzakie sekeluarga tentu gembira dapat antologi cerpen macam ni. Keluarga kakak rajin membaca!

    ReplyDelete
  23. Tahniah kak Paridah. Selalu juga baca blog dia.

    ReplyDelete
  24. Kak Paridah selalu singgah ke blog saya.. Saya pulak yang malu sendiri.

    ReplyDelete
  25. tahniah kak PI...semoga terus berkarya..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah . PI dah ada koleksi sendiri ...

    ReplyDelete
  27. Rindunya nak baca cerpen dan novel Melayu.

    Tahniah buat teman blogger Kak Zakie tu. Moga terus Berjaya.

    ReplyDelete
  28. Tahniah buat Paridah Ishak... sungguh teruja dengan tajuknyer..

    ReplyDelete
  29. Fuhhh hebatnya kak paridah ...

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum kakzakie...tahniah buat beliau...mmg terbaiklah...

    ReplyDelete