Friday, January 8, 2016

Mata dan mulut

Jumaat yang indah ini aku titipkan satu teka-teki yang diberikan oleh DJ Supian dan Lokman dari radio IKIM fm yang aku dengar pagi ini. Mengapa lelaki apabila menangis dia menutup mata? Manakala perempuan pula apabila menangis menutup mulut? Walaupun bukan kesemua lelaki dan perempuan berbuat begitu tetapi ini adalah majoritinya.

Jawapan yang diberikan kerana lelaki banyak membuat dosa dari matanya manakala perempuan pula banyak membuat dosa dari dari mulutnya. 

Betapa nikmat yang Allah berikan pada mulut dan mata kita kena pergunakan dengan berhati-hati. Dua pancaindera ini mampu mengheret kita untuk menangisi dan menyesali kesilapan yang kita sendiri lakukan. Ia juga mampu memberi kebahagiaan di 'sana'  jika baik cara menggunakannya.

~~ Mari kita renungkan bersama-sama.~~

41 comments:

  1. Memang betul kenyataan ni.. saya setuju..peringatan demi peringatan Allah utuskan dengan pelbagai cara dan masa.. moga kita dapat beringat dan sentiasa ingat suruhan dan menjauhi larangan-Nya.

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat...heh..heh..mungkin ada kebenarannya tu kot...entahlah...Rahsia diri kita hanya Allah maha mengetahuinya.

    ReplyDelete
  3. AllahhuAkbar...

    benda yang nampak remeh sebenarnya tetap ada makna di sebaliknya...

    ReplyDelete
  4. saya kalau nangis tutup semua muka sebab tau muka tak cantik kalau waktu tu...

    ReplyDelete
  5. ada betulnya kak... apa yg berlaku semua ada maksudnya yg tersurtt dan tersirat... hanya Allah yg Maha Mengetahui...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat, kak...syukran, peringatan utk kita semua..

    ReplyDelete
  7. Ayooo...betullah...agak2 thun lps kita2 ni org perempuan ada tak yg tk mengumpat..

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar...perkongsian yg baik kak utk renungan bersama di pagi jumaat yg mulia ni...fakta tu memang ada benarnye kalau di pikir2kan

    ReplyDelete
  9. Walaupun nampak benda itu spontan..
    Namun ada kebenarannya ye kakzakie..
    Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..
    Aamiin..

    ReplyDelete
  10. salam Jumaat..

    terima kasih kerna saling mengingati.. Tapi mulut haza makin spontan kak zakie.. =.='

    ReplyDelete
  11. Mata dan mulut. kena kurangkan dosa dari dua-dua ni kan kakak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Betul juga teka teki ni kan...tak terfikir pulak jawapan sebelum ni .

    ReplyDelete
  13. Dengar jugak pagi tadi. Tapi tak ingat jawapannya sebab pernah terbaca. Sama2 lah kita jaga mata dan mulut kita.

    ReplyDelete
  14. simbolik jawapan...moga diampunkan segala dosa amie ni kak..

    ReplyDelete
  15. memang betul pun kak...moga kita sentiasa ingat mengingatkan

    ReplyDelete
  16. Tak perasan pun kak begitu caranya. Barulah perasan memang majoriti lelaki kalau menangis selalu tutup mata dan kita yang perempuan ni pulak selalu tersedu-sedu sambil tutup mulut. Ada makna rupanya ...

    ReplyDelete
  17. yeke kak..tak perasanlah kita..he..he..

    ReplyDelete
  18. Entahla kak, tk penah tgk lelaki menangis, jadi tk perasan pula, saya kalo menangis, saya nyorok tak suka org nmpk.
    Tapi mgkn ada benarnya..yg lebih benar pernyataan kedua tu, org llki byk dosa mata, org ppuan byk dosa mulut.

    ReplyDelete
  19. Salam jumaat, betul jugak, sebab jarang tengok tapi dalam movie ada. Berblog pun pilih pilih jugak, inshaAllah

    ReplyDelete
  20. Salam Jumaat kakzakie.Mungkin ada betulnya kita renung2 kan.

    ReplyDelete
  21. betul...mulut dan mata...kombinasi yang sukar dipisah..mata nampak mulut cepat saja menegur...bezanya apa yang ditegur..apa yang dilihat dan dicakapkan itu baik atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kakzakie...yer betul tu...:)

    ReplyDelete
  23. saya pulak kalau menangis, tutup satu muka saya ni kak...mmg saya tekup abes muka saya ni...huhu...tak tau napa...tapi dari dulu cenggitu lah saya kalau nangis...hehe...

    ReplyDelete
  24. betul la kan akak... sangat setuju...

    ReplyDelete
  25. salam jumaat kakzakie
    mmg biasa macam tu kan
    subhanallah tnpa sedar rupa nya muslihat disebaliknya

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas perkongsian ini kakzie.kadang2 mulut innnni bila bercakap tanpa sedar menuturkan apa yg tidak sepaatutnya.

    ReplyDelete
  27. Salam Kakak~
    Terima kasih atas ingatan bersama ini.
    ade betolnye juga jawapan yg diberikan tuh.
    hehehehehe

    ReplyDelete
  28. Terima kasih perkongsian ini kakak.
    Jom sama-sama jaga mata dan mulut kita.

    ReplyDelete
  29. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie.... mungkin kerana itu mata dan mulut kita termasuk dalam anggota yang perlu dibersih dan disucikan ketika berwuduk ya kak. mudahan Allah menyelamatkan kita dari maksiat mata dan mulut kerana kedua-duanya selalu membinasakan manusia. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas pengkongsiaan ini Kak Zakie....& Selamat tahun Baru 2016!!

    ReplyDelete
  31. ye.. setuju sngat. lumrah lelaki dan perempua. semoga kita sama sama dihindari drpd perbuatan yg boleh membinasakan kita..

    ReplyDelete
  32. ada benarnya ... org perempuan mmg susah nak jaga mulut wpun mulut tu selalu digunakan untuk baca quran malah dah tunaikan haji juga ... org lelaki lak , suka tgk yg ' cantik ' yg mmg hanya ada pd perempuan ... ermmm

    ReplyDelete
  33. marilah bersama menjaga mata dan mulut...jauhui menhina melihat yang salah.amin

    ReplyDelete
  34. Alaahuakbar.. Nice share akak..:)

    ReplyDelete