Friday, February 5, 2016

Expo Fama di Bandar Putra

Sebenarnya kami pergi Expo Fama ini pada awal minggu tempohari. Jalan menuju ke Hutan Bandar, Bandar Putra pun tidak sesak lalu mempercepatkan lagi untuk kami tiba di sana. Panas teramat sangat bagaikan tidak mahu keluar kereta sebaik tiba destinasinya. Misi asal aku mahu melihat kalau-kalau ada pokok bunga orkid tetapi setelah meninjau bagaikan tidak ada. Mungkin kerana cuaca panas teramat sangat membimbangkan pengusahanya untuk berjualan seperti selalu

Booth baju - Cantik-cantik tetapi bukan ini sasaran asal jadi ditinggalkan begitu saja

Terik - Lihatlah punyalah berdenting panasnya sehingga bebayang pun jelas kelihatan

Cantik - Rata-rata menjual kain, baju dan tudung. 

Makanan - Ada juga menjual makanan tetapi kami masih kenyang. 
Bila sudah tidak boleh menahan panas akhirnya kami balik tanpa membeli walau sebatang pokok pun. Apa yang kami beli adalah empat pasang kain ela, dua helai tudung, sepasang kasut Kak Meen dan tepung kek 4 paket. Masuk kereta leganya bila mendapat hembusan sejuk dari pendingin hawa. Sambil menyedut air sejuk kami bergerak balik rumah

Replika Mas - Melihat ini kami kehairanan. Ini tempat selalu kami tuju bila mahu mencari tempat makan yang dekat dengan rumah kami.
Awan cantik - Tanpa sedar baru tahu ikut jalan ini pun boleh juga. Airport dengan rumah kami tidak sampai 15 minit boleh sampai. Gelihati sebab tempat dituju sebenarnya dekat tapi sebab tidak pernah pergi kami pergi ikut waze yang memberi tunjuk arah jalan jauh. Kalau tahu kami ikut jalan ini. 
Malam ini semua anak-anak akan berada di rumah. Kak Reen pagi ini bertolak dari Terengganu dan dijangkakan tiba di terminal bas Larkin dalam pukul 7:00 petang. Rancangan untuk balik kampung pun meriah bila semuanya ada. Masak-masak dan makan pun terasa lebih enak di tekak bila semuanya ada bersama.

~~ Selamat bercuti buat semua teman-teman Titisan Nurani.~~


32 comments:

  1. selamat cuti tahun baru cina kak. Ramai orang mohon cuti balik kg. Dalam pada niat asal nak beli orkid boleh tahan jugak belinya tu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berkumpul anak-anak dirumah, happy mama. Rumah kak zakie dekat dengan airport ye. Pasti cantik-cantik kain yang di borong, mama nak jahit ke:)

    ReplyDelete
  3. Cuti panjang macam lah kita nak berkumpul sekeluargakan kakzakie..
    Nak masak2 pun terasa meriah..
    Bila kita dah jadi mak2 ni baru terasa bahagianya bila anak2 semua dapat berkumpul bersamakan..
    Begitulah juga mak-mak kita dulu-dulukan kan..
    Menanti kepulangan kita..
    Bila cuti2 panjang macam ni teringat pulak arwah mak dan arwah..
    Sampai kereta anak dirumah.. dah menjengok jer kepala di depan pintu rumah..
    Senyuman diberi menyambut kita tiba..
    Saya cuti 4 hari, insyaAllah balik rumah FIL..
    Itu hari masa di Afamosa jumpa disana saja..
    FIL ada tanya.. balik kg Jalur ke.. esok cuti Thaipusam ..
    Maaf Abah , anak2 sekolah..
    Jadi esok kami balik lah ke Felda Bukit Jalur tu..

    Selamat bercuti kakzakie..
    Happy holiday with family :)

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti juga buat akak. Bila ramai-ramai berkumpul memang seronok nak buat makan-makan. Cuti ni saya ke JB juga jalan-jalan kenduri kahwin..huhu.

    ReplyDelete
  5. Bestnya semua anak² balik...
    cuti panjang ye kak...
    semoga perjalanan pulang ke kampung selamat pegi dan kembali :)Amin...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...lepas ni penuh entry makan-makan sekeluarga :) seronok la kak rumah penuh cuti sekolah nie ;)

    ReplyDelete
  7. tu la kak...musim elnino ni buat kite tak seronok nak outing...kalo pi mall syok le berekon....heheehehehe...tapi yg penting minum air masak byk2 kak yeak...jaga kesihatan....

    seronoknye cuti panjang dpt kumpul ramai2....ni la masanye kan kak...lieya pun tak sabar nak bace citer kawan2 nanti minggu depan...masing2 mesti update kisah cuti cny yg mcm2...

    ReplyDelete
  8. selamat bercuti bersama anak2 kakzakie...seroonoknya berkumpul dgn anak2 sambil lakukan aktvti yg disukai..

    ReplyDelete
  9. expo fama..tapi yg diborong kain tudung..hahaa..

    mesti akak tgh seronok tak sabo tunggu anak balik kan.

    ReplyDelete
  10. seronoknya bercuti dpt berkumpul ramai2 anak beranak

    ReplyDelete
  11. sekarang musim sangat panas. tempat saya pun begitu...panas
    bila tengah2 panas dapat menghirup air sejuk memang lega dan nikmat rasanya ye kak.

    selamat berhujung minggu dan bercuti panjang bersama keluarga.

    ReplyDelete
  12. Boleh dibayangkan nada gembira akak bila anak-anak semua berkumpul hari ni. Mesti riuh rendah rumah dengan gelak tawa anak-anak. Akak balik ke BP ke cuti CNY ni?

    Saya ni takda plan apa pun tapi macam berhajat nak balik BP juga. Lama sungguh tak balik. Kakak pun dah bising tak ingat balik kampung. Last saya balik masa Hari Raya puasa tahun lepas!

    ReplyDelete
  13. Cuti panjang ni saya akan berada di rumah MIL.. adik ipar bertunang.

    ReplyDelete
  14. Seronok ye kak nak berkumpul anak beranak...tak lama lagi saya pulak rase camne tak bestnye bila anak terpaksa duk berjauhan...dah beli tepung kek bebanyak tu mesti lepas cuti nanti akak up n3 pasal kek ni...selamat bercuti kak...saya pon balik kampong petang ni :)

    ReplyDelete
  15. Saat terindah seorang ibu.
    Best dpt berkumpul dgn anak2.
    Moga ceria semuanya di hari cuti.
    Happy holiday Kak Zakie.

    ReplyDelete
  16. selamat bercuti panjang kak. selamat balik kampung, hati-hati di jalanraya..

    ReplyDelete
  17. Dr dulu smp skang sy halang kaki pegi ekspo sbb kalo pegi sume sy nak beli..rambang mata kak..huhu..selamat bercuti kak..

    Ada masa singgah blog sy..dah uodate entry baru

    http://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2016/02/anuegrah-terindah-akhir.html?m=1

    ReplyDelete
  18. Dr dulu smp skang sy halang kaki pegi ekspo sbb kalo pegi sume sy nak beli..rambang mata kak..huhu..selamat bercuti kak..

    Ada masa singgah blog sy..dah uodate entry baru

    http://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2016/02/anuegrah-terindah-akhir.html?m=1

    ReplyDelete
  19. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie... Selamat bercuti kak. Tak sangka kat sana sangat panas ya. Kalau di Sarikei ni selalu hujan dan lebat pula. Ingat nak sambung berkebun cuti ni tapi ada halangan iaitu hujan dan batuk. Nampaknya "terbeli" kain juga ya kak walau tak beli baju siapnya. Mudahan kebaikan selalu bersama Kak Zie sekeluarga. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
  20. selamat bercuti,kak...berkumpul, masak-masak, makan-makan, memang menggembirakan..


    ReplyDelete
  21. Assalam kakzakie. Selamat bercuti panjang...

    ReplyDelete
  22. Selamat bercuti bersama keluarga Zakie..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, dlm 2,3 hari ni hujan turun membasahi bumi, sejuk tidur mlm, baiknya Allah..
    Saya kalo ke xpo camni suka cuci2 mata aje.

    ReplyDelete
  24. salam kz ..
    biasala kz kt expo2 memang banyak jual kain ..
    raya pun tk jauh lg. sempat la tempah baju awal ..
    apapun selamat bercuti yer ..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak,
    Selamat menikmati hari cuti bersama keluarga.
    Biasanya kalau ekspo fama, kan ke banyak pokok-pokok? Saya agak je...Hmm kat sana panas pula, kat saya ni mendung, berangin dan hujan...hampir dua minggu dah. Oklah tu sejuk sikit hehe..

    ReplyDelete
  26. saya suka kalau ada expo camni. selamat bercuti kak

    ReplyDelete
  27. Berbeza betul hutan bandar sekarang.
    Masa baru lepas graduate buat master dulu, di sinilah tempat Tukang Kebun mencari rezeki di Senai duduk menyewa di bandar Putra.
    Teringat bawa anak pertama masa baby berjalan di hutan bandar yang baru sahaja dibuka.

    ReplyDelete