Bila kita perhatikan kehidupan harian kita sebenarnya sentiasa berdamping erat dengan waktu solat. Apa pun juga pergerakan kita pasti kita akan berbalik kepada waktu solat. Bangun pagi kita kerana ada rasa tanggungjawab yang mahu digalas. Bukan saja kerana mahu pergi kerja, pasar dan sebagainya, tetapi kalau kita perhatikan kita bangun kerana waktu untuk solat subuh.
Tengahari pula samada keluar atau duduk di dalam rumah waktu kita makan juga akan diset di dalam minda samada sebelum solat atau selepas solat. Akan ada rasa satu jadual terletak pada diri tanpa perlu ditulis samada kita berada di rumah, di dalam pejabat mahupun membuat apa juga urusan seperti bersantai dengan saudara/keluarga samada ditunaikan sebelum atau sesudah solat.
Waktu Asar pula kepada yang bekerja mahu dilakukan sebaik azan atau sebaik tiba di rumah. Dalam hati pasti kurang selesa sekiranya solat belum didirikan. Oleh itu ramai antara kita yang bekerja lebih suka bersolat sebelum balik rumah kerana bimbang tersepit dicelah-celah kesesakan jalanraya. Begitu juga yang tinggal di rumah sama ada mahu atau tidak mahu melakukan sesuatu kerja apa yang pasti masa pergerakan akan dikaitkan dengan waktu solat yang akan didirikan.
Tidak kurang dengan waktu mahgrib. Kepada yang lelaki biasalah masing-masing sudah set di minda berapa minit sebelum azan berkumandang sudah boleh berada di masjid/surau. Wanita pula jika berada di dapur pun pasti minda sudah diterap jam berapa hidangan boleh siap di atas meja sebelum azan berkumandang.
Biar mahu rehat bagaimanapun pasti tidak selesa selagi solat Isyak tidak didirikan. Tidak kiralah walau dimana kita berada sebaik Isyak sudah didirikan terasa lega untuk bersembang, membaca buku, menonton televisyen dan yang pasti berbaring untuk tidur. Betapa kehidupan tersusun sangat indah dengan adanya jadual solat yang telah difardhukan ke atas kita ummat baginda Muhammad rasulullah saw.
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
~~"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan menasihati dalam kesabaran. - Surah Al-Asr: 1-3.~~
T.kasih.. Perkongsian yg baik.. solat diawal waktu membuat kan kita rasa banyak sekali masa untyk melakukan kerja2 lain slps itu kan..
ReplyDeletebetul tu zakie
ReplyDeletepergi melancung pun begitu..awal2 sudah set di minda. waktu bila dan dimana solat mahu didirikan. persiapan dan persedian pun perlu dilakukan serapi mungkin. ky ni jenis tak selesa solat hanya dgn baju walau menutup aurat utk solat..mesti nak pakai telekong..
Betul tu kakzakie..
ReplyDeleteSaya selalu solat asar dipejabat terlebih dahulu sebelum pulang kerumah..
Lagi pun dipejabat ni solat zohor dan asar berjemaah di surau..
Rugi pula tak merebut peluang berjemaah tu..
Islam itu indahkan kak..
Aturannya cukup sempurna..
Cuma kita yg tidak berusaha utk menguruskannya..
Tu lah saya perlu berusaha lebih utk solat maghrib seawal waktunya..
Macam akak cakaplah.. masa tu lah sibuk utk menguruskan makan malam utk keluarga..
Alhamdulillah waktu maghrib ketika ini lambat sikit jadi sebelum maghrib masing-masing telah duduk disejadah menunggu waktu solat..
Salam akak...Morning ♥..
ReplyDeleteNieyl setuju sgt...Alhamdulillah..
skrg ini sebelum 5.30 sahaja nieyl akan terjaga dr tidur..(walaupun dah set jam 5.30)sementara nak tggu azan,nieyl akan masak untuk bekalan g opis.. :)
Sebenarnya mind set kita,kesedaran pd diri kita tentang tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah ini..:)
Salam jumaat akak ... insyallah sama2 kita berusaha utk jd yg terbaik disisi Allah. Masih byk yg harus diperbetulkan
ReplyDeleteBetul Kak Zakie, Cara kehidupann kita pun mesti dengan perbuatan sebab solat pun bukan duduk saja mesti kena bergerak. Minda ingat time solat untuk melakukan, teringat cerita mat saleh alzhamer tak ingat apa-apa, bila tanya dari mana semua tak tahu. jururawat perasan waktu pagi petang pergerakkan seperti solat, baru dia minta hospital sediakan makanan halal.
ReplyDeletebetol sangat tu kak...selagi tak bersolat hati dan perasaan tu rase berat je ada rase bersalah...semoga kite di beri lebih waktu dan pernghujung yg baik ye kak...
ReplyDeletebetul kak zakie....tamabahn solat diawal waktu membbuatkan kita rasa waktu begitu panjang....
ReplyDeleteperkongsianyang baik kak zakie
in between waktu solat tu pun mcm gap untuk kita keep calm..tgh sibuk mcmana pun kena ada break dan tenangkan diri menghadap Allah...lepas solat baru rasa lega..kalau tak mmng rasa berat dlm hati..insyaAllah..moga kita tetapkan iman dan doa Allah matikan kita dalam keadaan beriman
ReplyDeletesetuju dgn amirah...waktu solat pada saya waktu penenang...kita stress di tempat kerja, kita mengadap Allah, mengadu padaNYA, insyaAllah akan rasa lega sangattt...
ReplyDeletebila dah solat lapang hati kak..kecuali ABC..itu pun kadang rasa tak selesa bila tengok orang solat walhal ABC...
ReplyDeleteSALAM JUMAAT KAK ZAKIE...WAKTU SOLAT MENGAJAR KITA MELAKUKAN SESUATU MENGIKUT KETETAPAN MASA N MENGHARAGAI WAKTU SEBAIKNYA...
ReplyDeleteKadang2 kesibukan bekerja membuat kita alpa. Perjalanan jauh pergi dan balik kerja kemudian sibuk di dapur dan uruskan anak-anak solat Isyak Aina selalu lewatkan kadang2 tidur sekejap kemudian bangun solat sambung dengan solat2 sunat yg lain.
ReplyDeleteSaya hari kerja biase zohor lambat sikit sb tengahari nak kene urus anak2 masuk office pkl 1.50 baru dpt solat.huhuhuuu...
ReplyDeleteSalam Jumaat, kak..syukran..
ReplyDeletethanks sharing kak..muhasabah diri sebab kekadang tak terkejar dek waktu untuk segerakan solat
ReplyDeleteSalam jumaat kzakie, solat itu tiang agama..
ReplyDeleteSaya mmg pastikan selesaikan solat dulu, krn saya yakin selesai solat, Allah skn permudahksn segala urusan saya. In shaa Allah..
btl tuh kak.... sentiasa berkait...
ReplyDeletejd mcm jadual yg memudahkan kerja seharian
Saling berkaitan. Allah SWT aturkan semua ni nak memudahkan kita bersolat. Tapi sayang. Ada juga yang mencuaikan solat.
ReplyDeleteselepas solat bru selesa nk buat tugas lain. lapang dada..
ReplyDeletenice sharing kakak. peringatan bersamaa
solat awal waktu, Allah akan luaskan masa kita. setuju dengan kakzakie
ReplyDeletebila dah solat. rasa lega sangat.
ReplyDeletetapi masih ada lagi yang tinggal solat. kerana terlalu alpa di dunia
Dulu masa kerja hotel rehat 45 minit ja, waktu lunch saya pandai2 pilih waktu makan yang membolehkan saya sembahyang zohor sebelum lunch tamat jam 2.00 petang. Jadi saya selalu keluar makan lewat dari yang lain..sebab majikan tak senang hati bila staff ambil rehat 2 kali untuk sembahyang zohor..
ReplyDeleteJaga solat. Allah akan menjaga kita.
ReplyDeletebetul tu kak, bila bangun pagi atau mula sesuatu...mesti ingat dah solat ke belum..baru mulakan kerja2 berikutnya. nanti risau kalau leka dgn kerja, terlewat atau tertinggal solat..
ReplyDeletebetul kak,sy setuju sgt.
ReplyDeleteassalamualaikum kak,hihi
skrg apa nk buat pun solat siap2,baru senang nk buat kj.kdg2 kalo kat opis nk solat dl ada kj nk disetelkan,nk setel dl kepala dok ingt x solat lg,bkn apa takut satg terleka buat kj tup2...masa dah nk abis.huhu
*ingt lg pesan arwah mak,solat dl apapun pastu nk tungging ke nk tebalik ka lantak lah =)
Setiap hari kita kita mulakan solat awal waktu ...byk kerja boleh selesai cepat
ReplyDeleteSetiap hari kita kita mulakan solat awal waktu ...byk kerja boleh selesai cepat
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...mekacih perkongsian yg baik...;)
ReplyDeletekalau solat awal waktu..maka masa terasa lebih panjang..tu nikmat solat tepat pada waktunya
ReplyDeleteBila selesai solat, terasa seperti bertenaga semula.
ReplyDeletesaya rasakan, waktu solat akan menyusun atur xtvt kehidupan kita. jika kita berdisiplin tepat pada waktu, kita akan punyai banyak waktu lapang selepas itu...
ReplyDeletebetul tu kak, buat apa2 pun pasti ingat solat. rasa macam kurang jika dilewatkan solat, tak sedap nak buat kerja.
ReplyDeleteserutu sangat..setiap waktu solat tu tak lari dari setiap pekerjaan duniawi yg kita buat..klu dh segera solat br lapang dada nak buat apa pun.masa pun rasa panjang
ReplyDeletesetuju.typo.hehe
Deleteassalamualaikum kakzakie...setuju sangat...waktu solat jgn dilupakn..:)
ReplyDeletebetul tu kak, terima kasih berkongsi
ReplyDeletesedang belajar perbaiki diri..insyallah
ReplyDeletedoakan ye kak