Wednesday, March 16, 2016

Business cuti sekolah

Teman-teman mereka sudah menempah untuk membeli tetapi kerana seminggu sebelum cuti sekolah tempohari jadual aku agak padat baik di rumah mahupun di pejabat lalu aku biarkan saja. Langsung tidak ada masa untuk pergi ke JPO. Sebenarnya kalau pergi tidak sampai setengah jam boleh selesai membeli apa yang dikehendaki itu. Tetapi kerana bapak ada di rumah sepanjang dua minggu rasa tidak sampai hati kalau aku keluar malam sedangkan beliau di rumah. Sudahlah siang hari kena tinggal dengan Mak Zah saja sebab aku pergi kerja. Kalau keadaannya sihat tidak mengapa boleh  juga dibawa sama. 
Malam tadi - Lengang sebab hari bekerja masing-masing mahu berehat setelah balik kerja tetapi aku dengan anak-anak pergi ke sini.
Halatuju - Ke outlet sinilah sebenarnya barang yang anak-anak mahu membeli dan dijual semula kepada teman-temannya
Bath & Body Works - Samalah adik dan Kak Meen business produk ini. Jika ada kad ahli lagilah mendapat harga istimewa.
Pocket perfume - Adik membeli 10 begitu juga Kak Meen (jumlah yang sudah ditempah pembeli). Ini untuk pelanggan adik.
Bertiga - Siap membeli masing-masing posing sebab tidak ramai pengunjung. Niat asal membeli barang tempahan pelanggan tetapi bila masuk ke Padini ada juga yang dibeli dan dapatlah seorang sehelai.
JPO - Sebenarnya boleh naik motor saja tapi Kak Meen tidak confident walaupun sudah ada lesen. 
~~ Mudah betul business online sekarang. Anak-anak sekolah pun boleh melakukannya.~~

37 comments:

  1. Sekarang nak dengan tak nak je kak. Dah tu antara rajin dengan malas je nak bisnes. Bisnes online sekarang lebih mudah

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kak zakie...ank2 minat berniaga...lg seronok dh ada pembeli...skrg zaman it...smua d hujung jari kan kak...
    mmg lengang la jpo...pernah dtg sekali je

    ReplyDelete
  3. apa link online business nyer..boleh jugak terjah ;)

    ReplyDelete
  4. bagusnya...kecil lagi dah pandai berniaga...selamat maju jaya

    ReplyDelete
  5. singgah pagi♥
    mcm best je kak..rajinnya...
    Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  6. Bagusnya anak2 kakzakie dah minat berniaga,anak2 saya cuma minat membeli je...hehee.

    ReplyDelete
  7. wah ada minat anak2 kakzakie berniaga ya...bagus sgt tu. minat harus dipupuk dari kecil n jika dh rasa untungnya tentu sentiasa berfikir nk mngmbangkan bisnis tu..berniaga juga sunnah rasullullah kan...

    ReplyDelete
  8. Oh anak-anak KZ menjual barang yang ada di JPO, senang la macam aunty tak pernah pegi boleh beli juga kan..good idea.moga maju jaya inshaAllah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. dah ada minat berniaga anak2 kakzakie..

    Senang shopping ye kak bila lengang orang tak ramai..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...mereka punya kemahuan untuk mencari duit poket sendiri. Bermula dengan kecil-kecilan, InsyaAllah suatu hari nanti akan berkembang dengan lebih meluas lagi... :)

    ReplyDelete
  11. Balas kunjungan laig :) baru je update entry baru! ;)

    ReplyDelete
  12. seronok tengok tiga dara pingitan ni...muda2 lagi dah ada minat nak berniaga...setiap kali kalau saya jejak sini mesti penuh je orang tak penah merasa lagi suasana lenggang camni...selamat berniaga ye semoga terus sukses :)

    ReplyDelete
  13. pandai dorang berbisnes..ada bakat ni kak nak jadi usahawan..

    memang takde entri baru pon kak..mood kelaut..semalam dah cuti pon kelaut jugak moodnya..hehehe..

    ReplyDelete
  14. pocket perfume tu nampak menarik je.. senang nak simpan dalam handbeg..

    ReplyDelete
  15. ramai yang memilih untuk berniaga online untuk menambah lagi pendapatan yang ada kan kak...

    ReplyDelete
  16. bagus kak terapkan nilai berniaga di usia muda..

    ReplyDelete
  17. wah, bagus betullah... dah pndai buat bisness online.. kena mula dr muda remaja..

    ReplyDelete
  18. bagusnya dorang...masa cuti pun leh berbisnes

    ReplyDelete
  19. Semalam saya menonton satu program reality show di TV Astro yang bertajuk "Shark Tank". Saya sukakan program sebegini. Ia berkenaan dengan 5 usahawan berjaya yang akan memilih calon peserta yang terbaik dan berpotensi untuk dibantu bagi mengembangkan business mereka.

    Masuk satu keluarga mak, anak perempuan pertama (15 tahun) dan anak perempuan ke 2 (10 tahun). Mereka membuat business rantai yang funky dan diperbuat daripada tutup botol yang didapati percuma. Semuanya handmade. Tahun 2015 mereka berjaya menjual (sales) sebanyak melebihi USD1juta! Reason untuk masuk program tersebut ialah mereka ingin dibantu agar dapat pergi ke "next level".

    There you go...nothing is impossible....it's mind over matter, hard work and of course a good discipline!

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah..moga success semuanya ya..amin..

    ReplyDelete
  21. pandai cari peluang utk meniaga anak2 akak nih...
    syok lah kak dkt ngn JPO org lain jauh2 dtg hehehe...

    ReplyDelete
  22. Moga dengan secara kecil-kecilan ni akan membuka ruang yang lebih besar buat mereka pada masa depan.. ;)

    ReplyDelete
  23. wah...saya suka baca entry ni...saya suka sebab anak2 akak sama dengan anak saya si abang...minat berniaga...

    akak bayangkan, abang kalau dapat gula2 ke, marsmallow ke atau apa2 gift dari kenduri kendara atau gift dari birthday party, abang tak makan semua tu, tapi dia jual balik kat kawan2 kelas dia...hahaha...saya pun tak terfikir pasal tu...
    punya lah bijak sebab tak keluar modal langsung tapi dapat untung lagi...ekekek...

    saya sokong anak2 akak berniaga...selamat maju jaya buat mereka...

    ReplyDelete
  24. bagus dedahkan anak2 dgn berniaga ni kak... x kira la secara online atau direct kak... kita di galakkkan berniaga...

    Anak2 akak nampak rajin berusaha...suka saya tgk kak...:)

    ReplyDelete
  25. Dpt padini sorang sehelai..jadilah dik ye....

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah... yg pntg jgn putus asa =)

    ReplyDelete
  27. good job ladies. Usaha tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  28. Kak zakie.. bagusnya anak2 ni. Menjana ekonomi di masa muda sedikit sebanyak mendidikotak berfikir di luar kotak.. syabas!

    ReplyDelete
  29. Bagus2. pandai business ye..

    memang bagus kalau ada minat berniaga ni.

    ReplyDelete
  30. Nak kena tunggu antara Ilhan atau Rayyan dapat samaada no. 1~3 jelah baru kami berjalan-jalan ke Johor nanti.
    Sebab dah janji pergi LegoLand.
    Bolehlah singgah cuci mata di JPO.

    ReplyDelete
  31. salam kakzakie
    pandainya kecik2 dah pandai bisnis
    bila besar nnt mesti jd bisniswomen no kakzakie

    ReplyDelete
  32. salam kakzakie
    pandainya kecik2 dah pandai bisnis
    bila besar nnt mesti jd bisniswomen no kakzakie

    ReplyDelete
  33. bagus kak zakie...muda2 dah mula bisness...

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.. kak. ada juga pwaris yg ada minat berbisnes. smoga bjaya dlm bisnes online. akak.. boleh wasap @ call sy. 01116840717 . nak jumpa blanja akak mkn

    ReplyDelete
  35. bagus pandai cari duit poket sendiri

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah.. kak. ada juga pwaris yg ada minat berbisnes. smoga bjaya dlm bisnes online. akak.. boleh wasap @ call sy. 01116840717 . nak jumpa blanja akak mkn

    ReplyDelete
  37. bagusnya..dah pandai berbisnes cari duit poket

    ReplyDelete