Sama ada makan atau tidak hidangan yang mahu dimasak, sebagai tukang masak di rumah sendiri kenalah juga memasak apa yang diinginkan oleh ahli di dalam rumah. Begitulah aku. Dari dulu hingga kini aku masih belum pandai makan ikan keli. Walaupun dilahirkan di kampung, bila ada hidangan ikan keli aku akan cuba mencari lauk lain tanpa ada siapa yang sedar sebab bimbang ada yang berkecil hati. Tidak kisahlah ikan bilis goreng kicap sebagai alternatif atau makan saja dengan sayur sebab semua jenis sayuran aku makan.
Sambal tumis - Ini juga aku kurang mengambilnya, tetapi anak-anak suka. Bukan tidak suka tetapi dek kerana usia kenalah berhati-hati dalam memilih makanan. Jadi tukang masak saja. |
Resepi masakan ikan keli sejak menikah inilah kali pertama ia berada di atas meja hidangan kami. Apa yang aku puji anak-anak tidak menolak bahkan menikmati dengan berselera, walaupun si mama yang menyediakan hidangan ada rasa semacam yang sukar digambarkan.
~~ Lebih baik makanan yang pasti halallan toyyiban daripada makan makanan segera yang belum tentu menjamin kesihatan.~~
nampak sedap masak lemak ikan keli tu kak.
ReplyDeleteNenek Amy pun tak makan ikan keli ni... dia jadi tukang masak aje hehehe.
Saya pun suka sayuran..ikan keli saya pun tak makan, ikan2 lain juga, cuma sekarang baru belajar mkn sikit2..
ReplyDeleteBetul tu kak walaupun kita tak makan tp tetap masak utk ahli keluarga lain
Sedapnyaaa ikan keli salai masak lemak cili api. Ikan keli sedap tapi tak pernah masak sendiri. Seram je rasa :D
ReplyDeleteSaya sampai sekarang masih duk pulun makan ikan keli...
ReplyDeletelepas gian sbb 4 tahun tak dpt makan ikan keli masa belajar hari tu... hehehe
Saya ada menjual ikan keli salai.. Fresh..
Deleteoh baru tahu akak tak makan keli..
ReplyDeletekat rumah saya, keli dah jadi hidangan wajib tiap2 minggu
sebab semua suka..tak pernah jemu2
biasa saya goreng cicah air asam, 1kg sekali jalan..
kalau resepi macam akak buat tu, belum pernah cuba lagi
Assalam mualaikum kak..
ReplyDeleteikan keli rumah saya hanya laku kalau di goreng garing atau masak sambal sahaja. dan segala mak nenek sambal tak kire binatang ape semua menjadi kegemaran kesukaan kegilaan saya ;)
p/s : saya dah edit dah letak nama kawan saya tu kak :(
Kat rumah ni ikan keli suka goreng garing2 gitu...semua suka,cuma selera saya je yg kurang sikit.
ReplyDeleteSaya pun sejak berpantang makan ni ,hari2 masak kan lauk2 yang dorang suka tapi sendiri kadang hanya boleh makan ikan bilis bawang je...huhuu
Samalah dgn mak nur..x mkn ikan keli tp rajin beli sbb cucunya suka mkn...
ReplyDeleteKlau nur smua belasah kakkk..dh salai lg sedapp tp keli skrg de rasa yg kureng enak x tahu ngapa..sedapnya masak lemak tuuu
sedapnya..menu² tu...
ReplyDeletenieyl x penah masak ikan keli salai tu..
nnt nak try masak laaa :)
morning kak ♥
ya Allah kak...sedapnyer.... kat umah lieya ni si mia laa berhantu suke ikan keli...ari tu buat keli bakar beli byk...ade lagi dlm 6 ekor dlm esbok tu....plan2 mcm nak masak asam pedas...tp tgk menu akak ni teliur plak.... mcm nak try menu akak....nak buat masak lemak cekur.... tgk le ahad ni kerah en laki salai ikan keli tu heheheehehe
ReplyDeleteikan keli..sedap ni kak..zaman sekolah dulu tak reti jugak makan..dah merantau dok ngan kekawan jadi terikut sama..sekarang jadi peberet anak-anak..
ReplyDeleteSaya makan ikan keli, ikan haruan pun masa bersalin makan. Sedap tu sambal sotong tapi kak zakie tak makan, saya bersama emak dengan bapa control seafood. Betul ada timun menambah selera. Halal toyiban tu halal dengan kebersihan sekali kan..
ReplyDeleteKakcik makan ikan keli. Anak-anak pun suka. Tapi bab hendak menyiang dan memasaknya memang kakcik angkat tangan sebab tak pandai dan tak berusaha nak pandai... :)
ReplyDeleteSEDAPNYA IKAN KELI SALAI MSK CILI PADI NAMPAK MCM PECALLELE MASAKAN JAWA...KAK SUKA IKAN KELI MSK SAMBAL TUMIS...TAPI KAT BANDAR NI CURIGA JUGA NK MKN IKAN KELI BIMBANG DITERNAK DGN BHN NAJIS BERAT.
ReplyDeleteFav SA ni akak...sedap...x dinafikan ikan keli tinggi dengan zat Beta Karotinnya...
ReplyDeletekna tak pernah makan ikan keli masak salai..biasa masak merah je atau goreng..
ReplyDeleteBetul kak...walau kadang kita tak makan tapi dah kalau ada permintaan...masakkan juga...tengok mereka makan pun dah gembira..keluarga PC pun tak makan ikan keli...tapi lepas berkahwin...PC belajar makan sebab suami suka sangat makan ikan keli...goreng garing in sha Allah PC makan itu pun hujung ekor..hihi...
ReplyDeleteBaru tahu akak tak suka ikan keli.
ReplyDeleteSaya suka, mungkin sebab kecik-kecik dulu suka tangkap ikan keli kat sawah agaknya..hehe.
hahaha...akak ni macam mama angah, tak boleh tengok ikan keli apa lagi nak menjamahnya...tapi anak-anaknya semua suka..
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletemenyiang ikan keli mmg mencabar, apalagi yg masih hidup, dgn badannya yg licin..huhu..dh nk kurangkan mkn ikan keli..
Kak Zai pun macam kakzakie lg teruk belum pernah masuk rumah walau anak2 menggemarinya. kak zai makan semeja pun tak boleh.
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeletemmg feberat la msk lmk ciliapi..lg2 ikan keli salai..mmg ummphh la
yaya tak pernah masak keli.
ReplyDeletetengok keli hidup ada rasa lain macam..
tapi bab makan keli yaya boleh je.hihi..
kalau beli bungkus lauk ambik sendiri, kepala keli yaya patahkan..tinggal kat situ jer..hihi..
Subhanallah..sedapnyeeeeeeeeer.. :)
ReplyDeleteSaya selalu masak keli goreng cili api jerk..hehehe !
assalamualaikum kakzakie...cita rasa akak sama mcm mas...ikan keli mmg x makan...:)
ReplyDeleteramai amie pernah dgr cmtu kak...tak mkn ikan keli..tp kalau amie salah satu fav ni...ngeeee
ReplyDeletebaca tajuk je dah terliur kak,,
ReplyDeletesaya suka ikan keli masak lemak cili api cekur..aduhaiii
Memang terbaiklah ikan tu.. fav kami.. ;)
ReplyDeleteTapi anak2 lebih suka yang goreng..
ikan keli tu msk lemak kencur ye kak? terserlah pekatnya... itu feveret dana tuh kak... asal balik kg mmg menu itu yg suh mak buat... siap ckp nk pds2 pekat ek mak
ReplyDeleteyg selalu e'in mkn ikan keli goreng berlada.. masak lauk nie e'in kureng sikit.. huhu
ReplyDeleteSaya segala ikan darat tak reti mkn kzakie, nk pegang pun geli, nasib baik suami pun tak mkn sbb dia takut ikan bela bg mkn usus b..i yg heboh dulu, jadi selamatla saya. Saya pun lebih rela mkn dgn sayur je kalo ada hidangan lauk keli ni.
ReplyDeleteSaya segala ikan darat tak reti mkn kzakie, nk pegang pun geli, nasib baik suami pun tak mkn sbb dia takut ikan bela bg mkn usus b..i yg heboh dulu, jadi selamatla saya. Saya pun lebih rela mkn dgn sayur je kalo ada hidangan lauk keli ni.
ReplyDeleteSemuanya sedap2 lauk pauk tuh.. menyelerakan sungguh.. :)
ReplyDeletesaya tak makan ikan sungai sebab ada bau rumput...huhu...
ReplyDeletedan saya takkan siang ikan sungai ni kak...geli semacam...huwaaaaaa...darah dia kemain banyak..
sebab tu kalau hubby ngan anak2 nak mkn keli atau ikan sungai yang lain, dorang kena makan kat kedai...namun saya nak masak mmg tak lah...
Masa kecik saya suka..ikan keli.
ReplyDeleteLg2 goreng.
Dah tua2 ni bila ramai org tak mkn.. saya pun terikut2.. K.Zakie.
Pewit. Sedap tu kak
ReplyDeletesekarang musim keli jugak kat sungai sini.
ReplyDeletekalo kat rumah ijok ni, diorang suka masak kencur
Kak..kami pun xleh nak makan ikan keli...tapi anak anak suka..tapi nekcik takkan masak..budak budak tu masak sendiri
ReplyDeleteTapi bila ikan sembilang kami mmg hantu...sehingga ke titisan terakhir...sama jer rupanya kan
Kak..kami pun xleh nak makan ikan keli...tapi anak anak suka..tapi nekcik takkan masak..budak budak tu masak sendiri
ReplyDeleteTapi bila ikan sembilang kami mmg hantu...sehingga ke titisan terakhir...sama jer rupanya kan
Sedapnya kak sambal sotong :)
ReplyDeletesamalah juga dengan saya. sbb saya pon x mkn ikan keli ni. hukhuk.
ReplyDeletemak sedara saya lagilah. kalau bau org siang ikan keli, pon blh muntah.
saya sndiri pon x pnh memasak ikan keli ni..
Assaklamualaikum kak,
ReplyDeleteTengok memang sedap tapi nak makan hmm..tekak tak lalu. Pelik, dulu masa budak-budak dulu boleh je makan, 'berjeluk' kata orang kampung saya. Tapi dah berusia ni ikan air tawar, ayam kampung, semuanya tekak tak dapat nak terima...lain macam je rasa..hehe
Meletup ikan keli salai tu kak zakie...wauuuu...setahu julia belum pernah makan lagi menu sebegini...nak beli ikan keli tapi tak reti nak persiang...dpt tgk gambar pun dah terliur ni sis
ReplyDeleteTak pernah lagi masak lemak ikan keli salai tu lagi kakzakie..
ReplyDeleteTengok kepekatan kuah akak nampak menyelerakan..
Nak cuba juga nanti..
subhanallah..sedapnye ikan keli tu... akak umah kat mane ek?.. nak pi serbu..heheehe
ReplyDeleteDinda semua pun belasah jer kanda. Tak dpt bayangkan camnelah ye, kanda masak tp tak makan....rugi kandaaaaa sedap tau ikan keli tu
ReplyDeletePerghh bau dia smpi sini kak. Lama x mkn keli salai.
ReplyDeleteAkk rasa garam mcm mana tu? Baru tau akk x mkn ikan keli. Kwn sebilik sy dulu terus x selera mkn klu kami usik letak keli dlm pinggan dia. Mcm ular katanya.
Yelah kak.nk jaga hati org kdg2 kenalah berlapik kan? Dulu kat umah mertua ada org bg budu. Beriya dorang mkn. Bila dh kata sy x reti mkn x blh mkn dorang paksa2 gak. Bila suam ke mulut meremang bulu roma sy jam tu jugak nk muntah. Takkan nk buang nasik dlm pinggan dpn org ramai? Last2 lari ke tandas dan muntah kat situ. Terus x mkn dah. Camne nk tukar nasik dh kat umah org. Demi nk jaga hati org lapar sungguh lps tu. terkenang pula peristiwa tu..dulu br kawen suami mmg suka mkn terung pjg purple tu. saya tak mkn terung. Bila masak main agak2 je rasa ke tak garam ni? Hihi elok je dia mkn bertambah2. Skrg sy dh mkn terung.mudah nk masak utk dia
ini namanya posting mengundang.. sedapnya..
ReplyDeleteikan keli feveret yan
ReplyDeleteSedap
ReplyDelete