Friday, March 11, 2016

Sosial akhir zaman

Kedatangan warga asing kian berlambak-lambak. Rakyat pula sering disogok dengan kata-kata atasan bahawa statistik indeks jenayah semakin menurun. Tetapi saban hari di dada-dada akhbar dan media elektronik terpapar dan tersiar jenayah yang diluar kotak minda kita. Tidak termasuk lagi yang tidak mendapat liputan. Ibu-bapa sendiri kian tidak senang mahu melepaskan anak-anak sendirian tanpa kawalan. Anak-anak mahu bermain di taman permainan pun boleh membuat ibu-bapa gelisah. Lebih dahsyat ke sekolah untuk menimba ilmu pun cukup menggusarkan hati ibu-bapa. Bermacam langkah pihak sekolah cuba buat tetap ada juga insiden yang tidak diingini. Di dalam kawasan sekolah mungkin boleh juga pihak sekolah mengawal tetapi yang licik pula membuat onar di luar sekolah.

Pergaulan anak remaja pula kian longgar dari landasan yang digariskan. Berbagai akta keselamatan kebanyakan menjurus kepada hal-hal politik, tetapi hal sosialisasi amat longgar. Banyak isu yang berkaitan dengan bangsa, agama dan tradisi dicampur-aduk menjadi carca-marba. Pembuangan bayi, bersekedudukan, minum arak, berjudi, makan di khalayak ramai ketika bulan ramadhan, pasangan berpeluk-cium di depan orang ramai, rogol hatta sehingga ada yang berani berbuat bagai mencabar agama tanpa sedar membawa kekufuran juga sudah menjadi cabaran sosial orang kita.

Pertambahan kemasukan warga asing biarpun secara sah sudah pasti akan mengundang lebih banyak isu sosial di negara kita. Apa lagi warga yang di import masuk adalah kalangan darah muda yang sedang membuak-buak untuk mencari kebebasan dan bersuka-ria.  Malaysia pula bukan tanah air mereka sendiri.

~~ Kita jaga aqidah dan sosial anak-anak kita semampu yang boleh. ~~

34 comments:

  1. tak boleh nak salahkan pendatang asing 100% when diorang datang dengan 'izin'..

    ReplyDelete
  2. Benar kakzakie..
    Semakin gusar utk melepaskan anak2 bersendirian..
    Hendak ke sekolah pun hati pun tak menentu.
    Sebab disini ada juga pencolek yg masuk smpi ke dalam sekolah..

    "Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung" buat diri kita kan kakzakie..
    Semoga kita terhindar dari musibah tersebut...

    ReplyDelete
  3. Semoga anak2 kita dilindungi...bimbang juga dengan anak2 di luar sana.Kalau zaman kita dulu tak pernah risau bila jln sendirian tapi kini banyak sngt jenayah yg tak diduga.

    ReplyDelete
  4. setuju sangat ngan akak.. nak lepaskan anak main kat luar rumah pun takut.. semoga ALLAH sentiasa melindungi kita & negara kita..

    ReplyDelete
  5. kita nak keluar dah tak sebebas macam dulu...kalau dulu tak ada rasa takut sangat...sekarang dengan macam2 kes...anak2 main depan rumah pun kita takut...

    ReplyDelete
  6. singgah sini. betul tu kak, dunia hari ni kadang2 buat saya takut nak bawak anak-anak keluar.. semoga Allah lindungi kita semua..amin.

    ReplyDelete
  7. ramai sangat dah warga asing dalam malaysia ni, hari2 saya naik tren pegi kerja rasa macam duduk dekat over the sea je sebab dalam tren tu ramai bangsa diorang, dah macam saya ada dekat negara diorang pulak :(

    ReplyDelete
  8. Sedaya upaya menjaga... :)
    salam jumaat akk.. ♥

    ReplyDelete
  9. Takut n risau aku, kak...
    Walau pun anak aku lelaki...

    ReplyDelete
  10. risau gak nk lepaskn ank2 main kat tmn..kita beringat dulu kn kak zakie...selalu pesan kat ank2 berhati2...

    ReplyDelete
  11. takut membayangkan kehidupan anak2 cucu di masa depan...sekarang ni duduk dalam rumah sendiri pon ada rase tak selamat ini kan pulak kat luar sana...orang jahat dan baik dah bercampur aduk sampai kite tak bole nak beza kan lagi dan orang gile je cakap yg kenkononnye kadar jenayah makin menurun...nampak sangat kata2 dia tu untuk kepentinggan seseorang or sesuatu...tv pon belambak tayangkan drama2 yg mengarut2 skng ni kak... :(

    ReplyDelete
  12. Itulah hati tak aman bila teringatkan anak kalau terlambat ambil dari sekolah.

    Selalu pesan kat anak-anak tunggu dalam compound sekolah, jangan berlegar di luar.

    ReplyDelete
  13. betul tu kak Zakie..
    kadang2 rasa kita pulak yg menumpang..dek gelagat dan kelakuan mereka yg tanpa segan silu mempamerkan budaya tak elok..

    ReplyDelete
  14. kadang2 rasa takut nak keluar rumah tanpa suami sebab kiri kanan warga asing, pengawal keselatan pun warga asing

    ReplyDelete
  15. situasi yg akak sebutkan itu memang berlaku dimana2... sangat2 membimbangkan semua.... salah satu punca adalah kedtgan pendatang yg dibawa masuk secara sah atau haram.... itu adalah satu punca masalah yg terjadi sekarang.... tidakkah pihak yg bertanggunjawab ini memikirkan kesannya.... ataukah mereka itu seolah2 tidak memikirkan kesejahteraan rakyat... ataukah demi keutungan semata2....

    ReplyDelete
  16. kita sebagai org tempatan yg dalam dilema..huhu..soal keselamatan memang tak boleh di pandang ringan..risau jer manjang..anak balik lmbt sikit pon kita risau..apa yg dpt sura perhatikan..memang byk benda/pengaruh yg x elok dari pendatang ni..kalau pegi pasar mlm pon..yg seksi meksi..menjolok mata ..bukannya org kita tapi org dari sana..naik malu kita yg nengoknya..
    Oh Malaysiaku..

    ReplyDelete
  17. Cabaran sekarang lagi besar berbanding dulu.
    Moga anak kita semua dijauhi dari anasir yang tidak baik hendakNYA.
    Moga anak kita semua selamat hendakNYA.

    ReplyDelete
  18. jenayah akhir zaman.. rakyat asing juga makin berani buat onar dinegara kita..
    makin merunsingkan keselamatan anak2 kita.. rasa tak selamat sangat..

    ReplyDelete
  19. Berbalik kepada kita juga penyebabnya nanti..hmm..pemimpin, gaya hidup kita...

    ReplyDelete
  20. SANGAT SETUJU SEKALI DGN N3 KAKZAKIE NI...KITA HARI INI DISOGOKAN DGN BERITA BAIK N INDAH SAJA TAPI HAKIKAT SEBENARNYA KITA YG RASA BAK KATA PEPATAH INDAH KHABAR DARI RUPA...JENAYAH SEMAKIN LELUASA N KITA SENTIASA CURIGA KETAKUTAN.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kakzakie...betul tu skg ni mmg dah ramai pendtg asing...bila cuti mcm dah ada kat negara mereka pulak...semua keluar beramai2..

    ReplyDelete
  22. betul kak..even sekolah anak sekangkang kera dari office dan taska saya tetap tak berani nak lepaskan diaorang. Takut..takut sangat!

    ReplyDelete
  23. kita sentiasa jaga diri berhati-hati..mereka asyik perhati..kita kawal hati mereka bijak memujuk sana sini..adakah kita dibumi sendiri atau sebenarnya seolah sedang bergelandangan tanpa disedari..MEMANG TAKUT..

    ReplyDelete
  24. Tulahkak..makin tenat nmpak pemimpin bodoh akhir zaman tanda2 benar
    Lagi di yakini..

    Angkutlah semua org asing makhluk asing...

    ReplyDelete
  25. Memang merisaukan dengan zaman sekrang ni.. berbanyak berdoa. di masjid, khutbah atau doa pun dah diatur tajuk oleh gov, terpaksa kita berdikari mencari solusi.

    ReplyDelete
  26. Kawasan taman perumahan Aina ada kilan-kilang kecil berhadapan sekolah memang ramai orang asing yg masuk secara sah atau tidak bekerja di situ. Sedikit melegakan bila ada penjual-penjual kecilan yang berniaga dihadapan sekolah jadi keselamatan anak-anak sedikit terjamin.

    Selain masalah sosial masalah kesihatan juga berlaku Kak Zakie, penyakit berjangkit bawaan warga asing pon mudah menular.

    ReplyDelete
  27. Ermm, tak tau nk komen apa dah. Semua yg kzakie cakap tu betul sebetul-betulnya. Itulah bila pemimpin yg tak mengikut Al quran dan sunnah memimpin, dia mencatur ikut nafsunya sahaja, jahat pemimpin jahatlah rakyatnya, baik pemimpin, baiklah rakyatnya..

    ReplyDelete
  28. warga asing dah makin ramai, dari segi keselamatan dan kesihatan memang membimbangkanlah kakzakie.

    ReplyDelete
  29. jadi takut saya keingat akhir zaman sekarang :(

    ReplyDelete
  30. dunia hari ini terlalu mengejar teknologi...tetapi lupa untuk memberi penekanan yang membawa kebaikan di akhirat nanti....perkembangan dunia tidak seimbang dengan perkembangan akhlak hari ini

    ReplyDelete
  31. memang seram dengr macam2 cerita jenayah sana sini, betul kata aRz MoHa perkembangan dunia tidak seimbang dgn perkembangan akhlak, disiplin dan ajaran ugama secukupnya pada anak2 insyaAllah semoga mereka dlm pemeliharaan Allah hendaknya

    ReplyDelete
  32. Sekitar 2011 dulu saya pernah ke KL setelah berpuluh tahun tidak kesana, pergi pun atas hal kerja waktu itu, selesai kerja on the way balik hotel waktu ptg..saya lihat kiri kanan depan belakang berjalan bersama saya ialah rakyat asing..dngar bahasa mcm2..sungguh2 tidak selesa..mlm keluar makan..waduhh...tuan kedai & pelayan semua org seberang pula...mmm..2016 ni lagi sakan ceritanya ya...

    ReplyDelete
  33. saya baru saja sempat baca status salah seorang isteri bekas tahanan ISA tentang 'politik gila'.

    pada saya, bukan politik yang gila, tapi orangnya...

    ReplyDelete
  34. nauzubillah..moga anak2 kita terhindar dari perkara2 buruk dan generasi kita terpelihara..amin...takut rasa sekarang ni...dengan gejala yg pelbagai lagi...

    ReplyDelete