Gelagat anak-anak yang belum ada dosa selalu membuat kita bahagia. Biarpun ada kalanya tindakan dan tingkah-laku mereka boleh membangkit rasa geram atau marah. Begitulah juga dengan anak-anak yang mengaji dengan aku. Malam tadi sebelum memulakan bacaan aku bacakan dulu doa panjang umur buat Caca kerana semalam ulangtahunnya yang ke 9 buatnya. Sebaik aku memulakan bacaan "Allahuma towwil-umurona wasahhih ajsadana..." Budak Danish boleh ikut membaca Allahumma towwil-umurona juga. Manalah yang lain tidak gelak. Kenalah aku baca semula minta dia jawab amin saja hingga akhir. Malam tadi juga Danish mula mengenal hukum dan cara membunyikan nun sakinah. Begitu juga tanwin bila bertemu dengan huruf 'RO".
Nun Sakinah - Bertemu dengan perkataan Sakinah inilah dia yang sudah gelihati dek kerana ikut mama membaca doa tadi bertambah lebar senyumnya. Sebab ada kawannya bernama Nurul Sakinah. |
Sodaqallahul'azim... sebaik habis membaca tiba giliran Caca membaca. Senyum yang belum habis kerana ikut membaca doa dan bertemu perkataan 'Sakinah' bertambah menjadi gleak ketawa yang panjang gara-gara budak Danish ini selepas membaca doa akhir membaca Quran tiba-tiba duduk membelek kuku kaki dan mahu digigitnya. Belum sempat mengigit kuku kepalanya aku dongakkan. "Abang lapar ke? Nah ambil kuku kaki mama lagi besar. Puas boleh kenyang." Bila aku berkata begitulah sudahnya masing-masing tergelak termasuk si Caca yang baru memulakan bacaan.
~~ Anak-anak memang boleh membuat sesebuah rumah lebih ceria.~~
tersenyum saya membaca cerita anak-anak ini, betul tu kakzakie, kadang2 anak2 ni sangat menceriakan suasana rumah, kadang2 pula bikin geram juga hahaha
ReplyDeleteKeletah anak2 begitulah kan kakzakie..
ReplyDeleteAda ajer yg mencuit hati..
Kekadang buat kita geram.
Mahu tak tergelak kak..
Ada akak suruh gigit kuku kaki akak yg besar tu..
Saya pun tergelak baca :D
Hihi.... teringat zaman mengaji dulu dulu kanda. Seronoknya tu bukan apa sebab ramai kawan kawan dtg rumah, boleh main sorok sorok lidi. Yang tak bestnya anak tokey kena ngaji last.
ReplyDeleteTapi mmg betullah kanda ada part dlm muqadam tu mmg boleh mengundang gelihati tak berhenti henti hihi
keletah anak-anak memang akan membuat kita tersenyum dan bahagia ;)
ReplyDeletehaahahhhahah tegelak lieya kak tang makan kuku akak tu...mcm kat umah ni ade 2 org jugak yg suke gigit kuku..si jaja ngan dayyan....kdg2 selalu gak offer dayyan gigit kuku lieya mcm akak buat tu....tau marah die hahaahahahhaa....
ReplyDeletetgk akak ajar ngaji, teringat mase lieya kecik2 belajar ngaji ngan arwah atuk...rotan acah2 tak lepas di tangan arwah heheheeheh
senyum n tawa anak2 kecil membuatkan kita amat bhgia n kala mrk menangis pula sedih n pilu amat rasanya...kegembiraan n perhiasan dunia itulah mrk.
ReplyDeleteKat umah ni yg suka gelak terlebih2..amzar..kadang2 angin 1 badan hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah akak..ank2 nur x de yg gigit kuku..klau x blh tiru ayat kak zakie tu hihi
hahaha.saya dah gelak ni kak. saya ni suka gigit kuku. suami pernah ckp mcm akak ckp tu. dia ckp kalau kuku ayg dah habis gigit semua, gigit sekali kuku kaki abang ni. dah panjang dah ni. hahaha. sabar jelah. dia tak bagi gigit kuku tapi dah habitlah kak. sekarang kalau saya dok gigit kuku dlm kereta siap2 dia tarik tgn saya.
ReplyDeleteDulu nieyl ngaji...rotan mesti ada kat tepi ustazah tu...
ReplyDeletedia x rotan..dia kasi takut je...
gigit kuku?hihi..nieyl sometimes x sedar pun tgh gigit kuku..haha
seronok kan kak... betapa tulus suci lagi bdk2 tuh...
ReplyDeletekata2nya juga jjr... tp lama dh tak dgr psl denggung nih, tanwin... terus teringat masa sekolah agama dulu2....
hahaha...part kuku kaki tu memang kelaka kak... :'D
ReplyDeletekanak kanak gitu la kak memang mudah buat kite terhibur...tapi tu la kadang2 memang bole bikin ribut jugak melayan kerenah diorang kan...beruntung kanak2 tu sume dapat berguru dengan akak...kalau duk dekat bole gak saya menumpang belajo sama...agak2 akak terima tak manusia purba cam saya ni sebagai murid...hehehe
Meriah rumah kakzakie dgn budak2 mengaji ya...macam2 ragam boleh tengok.
ReplyDeleteAnak saya Azim dulu masa awal 2 sekolah rendah tak pernah saya tengok kuku tangan dia panjang,padahal tak pulak saya potong kn ,bila tanya katanya dia gigit...huh patut lah tak terbentuk cantek.
telatah kanak-kanak sentiasa ceria..rasa nak kembali jadi kanak-kanak, tak perlu fikir apa-apa
ReplyDeleteBoleh gelak2 plk ye...hihi
ReplyDeleteKlu nor anak2 gelak msa mgaji siaplh..mulalh nor ckp nk mngaji ke,nak main2..ke nk ayah ajar..
Pelbagai kaedah pembelajaran dah tersedia ada kini dan kesemuanya memudahkan ...kalaulah dulu pon ada pelbagai teknik...hahahahhahahaha
ReplyDeletealhamdulillah kak zakie berjaya mengawal rasa geram terhadap anak2 tu..
ReplyDeletebetul tu kak..gelagat ank2 syurga ni selalu mbuat kan hati kt nk ketawa/tsenyum walaupon tgh nk mrh time tu..
ReplyDeletetq for sharing kak.. dlm msa y sama lya dpt jgk ilmu ni..
Itulah kanak2 boleh menghiburkan dalam masa yang sama boleh membuat hati kita geram.
ReplyDeleteTeringat masa kakak sulong kak Zai sihat dia juga guru mengaji. Siang budak sekolah manakala malam orang dewasa.
saya kene bagi syahmi bac aentry nie! sebab dia cakap dia nak jadi tilawah dan hafazan. siap mintak masukkan kelas hafazan.
ReplyDeleteBila lihat telatah anak-anak. Boleh buat hati yang duka jadi gembira.
ReplyDeleteSeronok akak melayan kerenah anak-anak acam ni. Bila gunda dengan pelbagai masalah. Ada mereka boleh buat hati kita terhibur sama.
ReplyDeleteTukang baca pun tergelak sama...hehee
ReplyDeleteya allah teringat zaman qiraati... rindunya...
ReplyDeleteAduihhh, mama..tak tahan nak gelak ofer kuku kaki mams, ha ha, budak2 tu mesti imagine danish gigit kuku kaki mama tu yg tk bole berenti gelak.
ReplyDeletebagusnya depa ni, kecik2 laju ingat ngaji..")
ReplyDeletekak beli buku apa yang untuk mengajar tu ye?
hehehehehe.. anak2 kan~ macam2 keletah. dorang tergelak.. dgn kita skali pon ikut nak tergelak. kekkeekkeke
ReplyDeleteSaya baca pun gelak sorg2 Kak.. Mau tidak terbayang 'gigit kuku kaki'.. Adoi! Dari manalah habit pelik dia dapat... Macam2 keletah budak2 mencuit hati kita.
ReplyDeleteTeringat saya masa mengaji kalau tak betul sebut ustazah nak keluar rotan yang besar sebab lidah dah keras kut hehe, tergelak saya kak zakie nak bagi ibu jari tu haha..good idea tu dengan tanya lapar ke :)
ReplyDeleteWalau anak anak akak semakin meningkat remaja dan menuntut ilmu berjauhan...anak anak inilah pengubatnya kan kak...hihi...satu hari akan jadi kenangan paaaaaling manis....untuk mereka dan akak sendiri....lucu...
ReplyDeleteAnak-anak kecil memang menceriakan hati selalu.
ReplyDeleteuntung nyer dpt ngajar anak2 ngaji.
ReplyDeletedpt panjang ilmu yg semestinya membawa ke syurga, kak.
anak2 dara aida berdua tu alhamdulillah skang da naik quran.
ijat baru start iqra' d tadika.
but ticer ijat kata lom lagi la lancar.