Thursday, April 21, 2016

Itulah dikatakan anak tidak matang

Sambil duduk di sebelah aku dia memerhati. "Ekeleh... fatihah pun tak pandai" itu yang keluar dari mulutnya. Langsung tidak teringat awal tahun lepas dia pun sama. Abang yang pada awal tahun lepas satu huruf hijaiah pun tidak tahu malam tadi sudah mengakhiri bacaan Iqra' 5. Mesti dia rasa perkara semudah itu pun budak ini tidak tahu. Kanak-kanak tidak ada rasa bersalah hatta dulu dia lebih payah berbanding anak yang ada di depan aku ketika dia berkata demikian. Malam ini abang sudah bolehlah mulakan membaca Iqra' 6, itu yang mungkin padanya fatihah satu bacaan paling mudah sebab sudah dibacanya setiap hari.

Sebenarnya malam tadi aku menerima dua anak comel, kira mendaftarlah untuk sama-sama menimba pembelajaran seperti kawan-kawannya yang lain. Seorang berusia 7 tahun dan seorang berusia 5 tahun. Biasalah bila belum pernah mendapat pendedahan seperti abang yang 'berlagak' di atas itu anak ini agak berat lisannya untuk membaca suroh al-fatehah. 

Mia - Baru bermula malam tadi. Ibunya ada membawakan rehal tetapi aku sedari kecil sudah terdidik dengan bapak mengaji beralas bantal jadi dari dulu juga aku memang menggunakan dua biji bantal sebagai alas membaca.
Akhir Iqra' 5 - Abang yang dulu sampai menangis-nangis kata susah mengaji dengan mama Zakie sehingga siibu menunggu di rumah aku kerana tidak mahu mengaji,  kini baru setahun sudah hampir habis membaca Iqra'. Sebelum ramadhan rasa aku abang sudah boleh tamat membaca Iqra' kerana pembacaannya sudah benar-benar lancar. Alhamdulillah.
Baru bermula - Malam tadi bertambah dua naskhah Iqra' masuk di dalam almari. Satu kepunyaan si kakak Syasya dan satu lagi siadiknya Mia. Mereka sebenarnya menyewa rumah kami yang baru kami beli atas nama Kak Reen.

Iqra' - Lihatlah perbandingan dua yang di atas dengan yang di bawah. Bawah sekali itulah abang yang dulu punyalah susah membaca. Naik lunyai Iqra'nya. Budak lelaki tidak sama budak perempuan. Walaupun membaca Iqra' tetapi mereka semua menggunakan penunjukseperti kakak-abang yang membaca AlQuran. Aku gunakan chopstik sebab keras dan pasti tidak patah. Semua anak-anak yang mengaji dengan aku menggunakan chopstik pemberian  Huda Cik Minah Lesing (CML). Melekat sudah nama ini dengan Huda (marah kalau ketahuan si abahnya En. Sani yang memberi nama cantik-cantik diubah hihi...)
Sebenarnya Kak Meen mahu aku berehat dari menerima anak-anak baru. Melihat mamanya tidak cukup rehat itulah dia mahu selepas semua sudah khatam dia mahu aku berhenti. Tetapi malam tadi datang lagi dua yang baru. Sebenarnya aku rasa tidak ada jariah untuk ditinggal bila mati kelak. Itu yang aku katakan pada anak-anak. Buat kerja inilah saja yang aku rasa benar-benar ikhlas, berbanding kerja-kerja lain. Mungkin juga sebab aku suka pada kanak-kanak dan merasakan mereka ini bagaikan terapi bila keletihan. Mohon Allah kurniakan aku kesihatan yang baik itu saja.

~~ Jangan mengira berapa usia untuk terus mentadabbur kitabullah.~~


48 comments:

  1. Pasti ceria hari kakzakie melayan anak2 syurga ni kan.

    Betul tu...mengajar ank2 mengaji ini besar ganjarannya kan,moga akk terus sihat utk memberikan ilmu buat ank2 ini, klu dekat saya pun mau hantar anak2 mengaji dgn akak, bila mama ni mengajar mereka byk main2

    ReplyDelete
  2. Inilah selalu si adik darjah 1 kena dengan abang darjah 3 perkataan kerap yang didengari hehehe...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.... akak mengajar anak2 ini ilmu akhirat....inilah yg akan dibawa dan dipegang sampai ke akhir hayat.....

    same laa kes mcm mia mija dulu kecik2 kak....kalo dah dpt bace tu kemain 'belagak'.... tapi skrang baca alquraan pun same2..tak lari jauh sgt....hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Anak2 saya pun walau ada rehal tapi lebih suka guna bantal...mungkin dah dimulakan dari awal.
    Sepupu saya pun mengajar mengaji lebih 40 org setiap malam walaupun kesuntukan masa dgn bekerja dan menjaga nenek mertua yg sngt uzur tapi kerana kesian melihat anak2 kecil ni tak de tpt nk mengaji kat Taman tu diteruskan juga.Semoga Allah beri ganjaran yang besar pada dia dan kakzakie mendidik anak2 ke syurga Nya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak zakie.. teruskan usaha moga diberkati Allah selalu.. 😊😊

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki mengajar anak-anak syurga dapat membeli rumah untuk kak reen, kalau aunty kanak-kanak mama mau ke ambik aunty jadi anak angkat mana tau dapat umah sebiji hehe.. untung kak zakie ada peluang begini, menjadi inspirasi saya. Tkasih my dear sis.

    ReplyDelete
  7. Memang kakzakie..
    Masa saya belajar mengaji dgn arwah mak..
    Bantal lah tempat letak al quran..
    Tapi bila gi mengaji kat umah ustaz..
    Guna rehal tu..

    Akak dah ada saham akhirat..
    Mengajar anak2 mengaji..
    Selagi anak2 mengamalkan..
    Akak dapat ganjaran pahala berterusan..
    Saya tak dapat berbakti begitu..
    Cuma saya amalkan bersedekah..
    Walaupun sedikit asalkan istiqomah kan kakzakie..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, pahala kakzakie banyak tu. ajar mengaji di samping menuntun kanak2 masih kecil agar jadi soleh/solehah nanti. moga dapat ganjaran

    ReplyDelete
  9. mesti si abang tu..danish kan, kakak
    kalau lah rumah saya dekat situ..mahu juga menghantar anak2 mengaji dengan kakak.
    saya setiap lepas maghrib hantar anak2 mengaji & belajar tajwid 13km hantar, 13km mengambil balik jauhnya.

    moga usaha dan amal jariah kakak diredhoiNya, amin.

    ReplyDelete
  10. Alahmdulillah kakzakie.. setiap ilmu yang diajar banyak akak dapat ganjarannya. Aaamminn..

    ReplyDelete
  11. kalaulah duduk dekat memang saya merayu dah suruh kakak ajar anak2 saya iqra' nie..huhuhu..untung dorang tp guru seperti kakak yg sabar, ikhlas & bagus..
    ade rasa kesal jugak dihati start lambat iqra tuk siaidan..sekarang br nak masuk iqra' 4..tuh pun lps berperang2 kalau suruh praktis kerap...

    p/s-terpikir tuk buat investment begini jgk tuk akhirat..tp mampukah saya yg kurang sabar ni ngajar anak2...

    ReplyDelete
  12. kak..pindah sini..nanti nak hantar anak dara dua orang ni..emmm...moga apa yang akak buat ini diberikan keberkatan oleh Nya..insya allah..

    ReplyDelete
  13. Daging masak kicap mak hainom OKje membawa saya ke sini, Assalamualaikum kak zakie Purvit:).. moga saya dapat berguru dengan kak zakie.. beristiqomah ajar anak iqra'..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...murni niat akk...
    Insya'Allah..Allah akan berikan kesihatan yg baik tok akk... :)

    ReplyDelete
  15. gitu la kanak2 kak cepat beno lupe diri...kikiki...mungkin kak Meen kesian tengok mama nya kepenatan tapi dia tak tahu yg mama nya enjoy dapat berkumpul dengan anak2 syurga ni...moga2 Allah panjangkan umur akak...sehat tubuh badan dan di sembuhkan segala panyakit...kalau saya duk dekat teringin jugak nak hanto si mak enon berguru dgn akak

    ReplyDelete
  16. Besarnya ganjaran pahala kakakie mengajar anak2 membaca kalam Allah...tanpa sedar menjadi ulama yg meneruskan pengajaran ilmu-Nya.

    ReplyDelete
  17. setiap kali Kakzakie ceritakan tentang kelas mengaji ni, sy teringat zaman kanak2.. hehee

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah kak....tu la anak2 kan kak...tak sedar dia dulu pun macam tu juga..huhu

    ReplyDelete
  19. Ajar la kak.. Selagi mampu.. Kesian kak budak2 nk bljr..:)

    ReplyDelete
  20. selagi ada kudrat...ajarlah mereka mengenal dan mencintai kalamullah kak...moga setiap pa yang akak ajar dengan izin Allah berpanjangan jariahnya..amin..

    ReplyDelete
  21. teringat arwah mak saya mengajar anak2 kg mengaji dulu2..
    saya punya nakal..selalu sorok selipar budak2 tu hehe

    ReplyDelete
  22. saya setuju dgn akak.
    pahala hingga ke akhirnya kak.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  23. Teringin pulak nak mengajar mengaji kanda....mcm yg kanda cakap tu, nak beramal jariah.
    Tp.... boleh ke? Emm...dinda ni bukan johan menunggu mcm kanda....

    ReplyDelete
  24. Teringin pulak nak mengajar mengaji kanda....mcm yg kanda cakap tu, nak beramal jariah.
    Tp.... boleh ke? Emm...dinda ni bukan johan menunggu mcm kanda....

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah kakzakie..melayan ank2 kecil sambil mengajar mengenal huruf dan terus sampai pandai..semoga kakzakie sekeluarga diRahmati Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    Tahniah akak mengajar iqra` kepada ahli fitrah, besar ganjarannya. Teringat masa saya kecil2 dulu belajar mengaji menggunakan muqaddam qaedah bahgdadiyah..la ni semua dah pakai iqra`... Teringat juga di antara tok guru yang mengajar, allahyarham paksu Mat Ali rahimahullah, ayah Ngah Yusoff rahimahullah(rotannya yang 'berseni'), pakcik Zali hafizahullah..

    ReplyDelete
  27. Alahmdululillah akak sentiasa bersama mereka. Bersama anak-anak macam boleh buat hati kita gembira.

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah kak Zakie..
    bertuah anak2 dpt bljr dgn kak zakie

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..saham akak untuk disana nanti ;)

    ReplyDelete
  30. Dulu-dulu pun paling selesa baca atas bantal. Cuma sekarang ni aje capai rehal kalau nak membaca.

    Tentu emak budak-budak ni lega Kakzakie menerima anak mereka untuk diasuh belajar AlQuran. Semoga Kakzakie dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat ganjaran yang besar daripada-Nya.

    ReplyDelete
  31. dulu SA belajar mengaji letak muqaddam atas bantal..skerang dah ada rehal kan kak..apapun moga allah terangkan hati anak2 ini belajar mengaji...

    ReplyDelete
  32. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, , alhamdulillah kak zakie, saham kita kemudian hari nanti !

    ReplyDelete
  33. Bestnya mengajar mengaji, saya pun kalau mengaji suka gunakan bantal dari papan rehal..hehe

    ReplyDelete
  34. Bagus kakak ajar anak-anak ini mengaji Quran. Saya dulu dengan ustaz yang ajar mengaji guna rehal. Bila baca ni ingat zaman kecik-kecik dulu.

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah bagusnya...in sha Allah besar pahalanya kak...semoga akak diberkan kesihatan yg baik sentiasa...:)

    ReplyDelete
  36. Asslmkm kak. Alhamdulillah.. Akk menerima ank baru utk dididik.. Kak, apa beza mmbca mukaddam ngn iqra ye? Mna yang lebih baik? Mcm sy dlu bljar mukaddam. Ingt nti nk bli kn jga tuk zahra..

    ReplyDelete
  37. Zaman dkna dulu pakak kertas dan lidi jer kak.heheeee..
    Alhamdulilah kak, ajar anak anak syurga, pahala berganda sebagai bekalan di sana nanti. Aminnn

    ReplyDelete
  38. Dulu kecil2...selalu juga baca Muqaddam yang diletak atas bantal...rindu la zaman kanak2

    ReplyDelete
  39. Bertambah lagi anak2 didik KZ....Alhamdulillah...itu bermakna mereka serasi...

    Semuga tak putus ilmu yang diberikan...

    ReplyDelete
  40. Assalam kak zakie,
    Hebat, akak kumpul pencen akhirat yg tidak ternilai...seronok tgk kak zakie begitu sabar melayan kerenah anak2 kecil beraneka ragam...
    tahniah kak

    ReplyDelete
  41. Kalau dekat, mau sy hntar Alya ke rumah akak..

    ReplyDelete
  42. mengajar mengaji bukan sahaja menjadi amal jariah berpanjangan malah turut sama mengaji setiap malam selain seisi rumah diceriakan dengan bunyi bacaan al quran ... jgn kata bdak kecik , org dewasa juga ada yg berperangai mcm abang ...

    ReplyDelete
  43. Hamboiii abang... senang ye... auntie bg surah yaasin kang ... ha ha ha

    ReplyDelete
  44. Legend lah akk... stil ngaji guna bantal... hihihi... sama lah kita kak... sep sikit...

    ReplyDelete
  45. Ha ha ha... okay2 tak guna nama CML dah... ni si SS lah puncanya ni... hi hi hi...

    Pastt nama sy tu ... puan ibu yang bagi... ngan arwah atok...
    Sebab en abah dah bagi nama kakak...
    hihihi...
    boleh gitu perjanjiannya...

    ReplyDelete