Friday, April 15, 2016

Menutup bukan membalut

Jika mahu bertudung menggunakan kain relang 60 atau 45 belum biasa, walaupun jika saiz ini biasanya agak labuh dan pasti menutup dada bila disarungkan ke kepala, tidak mengapa boleh saja lakukan step-by-step perlahan-lahan. Tetapi arus fesyen bertudung masakini kian meluas sehingga yang bukan Islam pun turut terjebak sama membeli kain tudung untuk digayakan. Matlamat tidak sama tetapi cara pemakaian itulah yang sama apabila ada setengahnya digunakan sebagai penghias keterampilan diri. Belit, pusing, lilit bila terletak nampak gah terserlah. Sehingga tidak kurang ada yang kelihatannya menggunakan tudung untuk melilit atau direbenkan pada leher, pinggang dan beg tangan yang dibawa. Cantik! kelihatan elegant.

Kittens - Macam mereka ini tidak perlu bertudung. Dosa pun tidak tercatat. Tetapi kelak menjadi saksi atas perlakuan kita 
Biar apa pun cara, matlamat dan niat dipasang kena betul. Sering ini yang aku ingatkan pada anak-anak juga. Maklumlah anak semuanya perempuan. Tutup dengan betul bukan sekadar membalut. Dua persepsi yang sangat jauh berbeza antara menutup dan membalut. Biar awalnya tidak mampu mencapai 100% matlamat tapi usaha kena ada untuk mencapai peratus terbaik. Aku sendiri pun masih tidak mampu untuk berbuat 100%. Panas di dunia pun kita sudah gelisah apa lagi di mahsyar kelak.

Panas  - Dalam bilik sudah ada kipas siling masih tidak mencukupi lalu Kak Reen membeli kipas comel ini di letak di atas meja ketika belajar di biliknya. Kalau dibolehkah pasang air-cond mahu papa pasangkan. 

~~ Perhitungan di Mahsyar kelak kita akan mendapat buku rekod untuk melihat sendiri  markah yang kita perolehi selama perjalanan di dunia sementara ini. Sungguh aku takut.~~  




33 comments:

  1. Saya pun takut kak :(

    Perjalanan yg sementara utk pergi ke tempat yg kekal selama-lamanya kan, bersama amalan yg kita lakukan..

    Hihihi kekadang seronok pulak macam kucing tu kan.. tiada dakwa dakwi tapi dia menjadi saksi kepada insan yg bernama manusia ni yg menjadi khalifah dimuka bumi ini..

    Ye la kak..
    Semakin membahang panas sekarang kan..
    Pokok2 pun kena kerap siram..
    Macam pokok pandan dan kesum saya dah jadi arwah dah huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Tutup dan balut memang banyak bezanya jika dihuraikan...

    Semoga 'kita' faham. :)_

    ReplyDelete
  3. Moga kita terus istiqamah..
    Kesian dekat anak2 musim panas macam ni.. waktu malam membahang.

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat...
    Mak nieyl setiap hari akan pesan...
    "manja kalau pakai tudung make sure tutup dada"Tak kisah la berfesyen pun..
    kalau segi pakaian pun sama,mak selalu pesan jangan pakai pakaian yg ketat²,even dah kawen pun..dlu masa remaja memberontak jugak jiwa remaja kan..Alhamdulillah..skrg pun mak masih sudi tegur,supaya anak dia tak lalai dgn dunia..lah nie x marah dah kalau kena tegur..sebab dah matang,dah boleh berfikir baik buruk dunia akhirat.. :) TQ akk,selalu kongsi peringatan yg baik²:)

    ReplyDelete
  5. saya pun risau bab2 aurat ni..
    sbb diri sendiri rasa belum cukup sempurna
    dalam 'menjaga' aurat.

    lebih suka guna perkataan 'menjaga' dr menutup

    ReplyDelete
  6. sekarang pelbagai fesyen tudung..nak yg mudah..susah semua ada kan akak...

    moga kita sendiri dpt jaga aurat...igt pesan hubby tak payah lebih2 hahaha

    ReplyDelete
  7. masih memperbaiki diri utk menjaga aurat dgn sempurna... moga kita trus istiqamah.. =)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..ya betul tu...saya pun masih berusaha...dan dah jumpa inner yang sesuai utk tutup leher...

    ReplyDelete
  9. setengah muslimah tak faham apa itu menutup aurat..pada mereka bila tutup sahaja sudah memenuhi syariah..kadangkala, perkara yang simple sengaja disusah-susahkan..semata untuk kelihatan anggun bergaya

    ReplyDelete
  10. Peringatan yang bagus kak zakie, bila anak perempuan risaunya lain, melabuhkan kain dari kepala tu kan, itu kadang sampai ke leher, ..inshaAllah..thanks my dear sis.., comel kipas tu tak dapat lah aunty kongsi :)

    ReplyDelete
  11. mmm.....selalu ada ingatan begini walaupun tak tercapai tahap sempurnanya.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah pgi tdi kt sini hujan kak...
    Bila kt tgh pns dpt tempt teduh semua org klu bleh nk ktmpt teduh tu..kn..bygkn kt pdg masyhr esok...tgok pd amaln kitalh nti..betapa bersyukurnya bila pns2 ada plk pokok rendang...mcm tulh nti...Allah

    ReplyDelete
  13. kdg non muslim bertanya.. tak panas ke pakai tudung?
    rasanya, macam mna panas pun...x pernh lagi sampai rasa tudung tu menyebabkan kita panas..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...lama x melawat ke sini.,rindu pada kak zakie

    ReplyDelete
  15. Selalu juga peringatkan anak2 ppuan yang 2 orang ni juga ingatkan diri sendiri tentang aurat.
    Alhamdulillah walaupun tempat kita ni panas tapi boleh kata hari2 hujan kan kakzakie dibandingkan di negeri2 lain.

    ReplyDelete
  16. fesyen tudung beli2 mmg cantik tapi biarlah menutup semua bukan membalut macam sarung nangka hih...hih tapi biarlah org2 muda bergaya bila dh berusia cam kak ni nak tudung mcm telekung mini je...

    ReplyDelete
  17. Dan saya selalu tak faham kenapa ada yang pakai tudung, tapi baju lengen pendek sampai ke ketiak. Pakai tudung, tapi kita pun malu memandang dadanya...Na'uzubillah. Maaf, saya lantang sedikit hari ni.

    ReplyDelete
  18. Kadang kala, bila di pesan sebegini ... rasa masih terlalu banyak yang belum cukup untuk bekal di sana kelak

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kakzakie...pesanan buat kita semua...:)

    ReplyDelete
  20. Bertudung bukan untuk bergaya. Tetapi untuk taat perintah Allah SWT. Semoga Allah SWT bagi taufik kepada semua wanita bertudung ke arah ini. Bukan sekadar tudung.Tetapi bertudung untuk sukaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  21. Betullah, kak. Itu yang saya dok mengomel. Komplen tetap komplen tapi lepas tu dok teringat macam ni punya panas pun dah tak tahan, macamana kalau matahari sejengkal aje atas kepala? Aduhai...

    Sekarang ni ramai yang bertudung sekadar fesyen. Itu yang kita selalu nampak kalau kita tegur tak tutup aurat, katanya dah tutup. Kalau kita kata tak sempurna, katanya itu urusan dia dengan Allah. Kita nak sibuk apa ke halnya! Susahkan ...

    ReplyDelete
  22. assalam Kakzakie..acik dari dulu memang ketinggalan tang tudung ni..tak ikut fesyen lansung..tudung acik tetap la yang 4 segi dijahit tengah untuk memudahkan acik pakai.dulu2 beli kain buat..tapi sejak adanya orang jual tudung 4 segi acik dah tak buat sendiri..susah jugak nak dapat yang bidang 50 ke 52..kalau 45 acik tak mau sebab rasa kecik..Alhamdulillah masa ada orang jual..

    ReplyDelete
  23. saya pun ada kipas comel kat ofis ni...sbb walaupun duk dlm ekon, tetap la saya rasa panas...huhu..

    tq kak atas peringatan ni...

    ReplyDelete
  24. Satu nikmat bagi kita sebagai ibu bapa bila punya anak pompuan yg tak payah disuruh utk menutup aurat, mereka dah tau tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, kan kanda.... Moga akan ada pembaikan dari semasa ke semasa...Yg penting istiqomah...

    Cuba kanda dengki kitten tu kanda, tudungkan dia hihi....pandai tak dia bukak

    ReplyDelete
  25. peringatan yg bagus..mcm2 jenis tudung ada di pasaran..

    fenomena hijabistar - semuanya nak glemer, walopun kdg2 memenuhi kriteria tapi berlebih-lebihan, dgn kaler, hiasan2 liplap2..meewujudkan tabaruj..

    simple is nice...semoga kita istiqomah dgn cara syariah compliance..

    ReplyDelete
  26. Mmg berbeza, perlu diberi faham dan mau pula memahami matlamat bertudung sbg menutup aurat sa u perintah wajib dr Allah..

    ReplyDelete
  27. Mmg berbeza, perlu diberi faham dan mau pula memahami matlamat bertudung sbg menutup aurat sa u perintah wajib dr Allah..

    ReplyDelete
  28. Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayahnya..

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah kak zakie..semoga anak2 menjadi insan yg solehah..

    ReplyDelete
  30. memang sangat panas. kerja di site hanya marah bertimpa-timpa even perkara kecil. dugaan.

    ReplyDelete
  31. betul tu nak berubah ni kadang2 perlu perlahan2..Semoga kita berubah kearah yang lebih baik.menutup bukan membalut

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atas ingatan menutup bukan membalut. Yalah, kadang-kadang ada yang terkeliru di antara menutup dan membalut. Sehinggakan menyangka membalut itu sudah menutup. Banyak contoh yang boleh dilihat zaman ini. Kadang-kadang tu rasa lucu pula, tetapi dalam masa yang sama rasa kasihan pula...Demikianlah peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam melakukan sesuatu.
    Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah dalam menempuh kehidupan yang serba "tidak patut ini.."
    Allahu al-Musta`an.

    ReplyDelete
  33. Setuju sangat kak...nak berubah kepada jebaikkan perlahan-lahan...yang penting berterusan...lillahitaala..semua yang hidup ada tugas masing-masing..
    *kak,,semakin gebu gebas kittens akak...*

    ReplyDelete