Tuesday, April 12, 2016

Sekali melangkah usah berundur

Masa: Pagi Sabtu lepas
Tempat: Sekolah kebangsaan adik 

Lebih kurang jam 10:00 pagi dengan bertemankan mama/papa, adik sudah berada di dewan terbuka sekolah kebangsaannya yang lepas. Bertambah ceria bertemu dengan semua teman-teman sewaktu sama-sama belajar untuk peperiksaan UPSR yang mereka duduki pada tahun 2015. Pertemuan pagi itu sebagai memenuhi jemputan pihak sekolah untuk mengambil hadiah. Pada kami pula sebagai ibubapa kami mahu menghargai setiap titik peluh para kakitangan sekolah yang telah memberi kejayaan kepada anak-anak kami semua.

Hadirin - Pada hari tersebut juga berlangsungnya mesyuarat PIBG sekolah
Adik - Alhamdulillah penghargaan pihak sekolah diberikan tetapi buat kami sesungguhnya kami lebih-lebih lagi berterima kasih kepada seluruh warga pendidik di atas segala keringat tercurah buat adik.
Bertemu - Tidak disangka dipertemukan aku dengan anak-anak ini. TIba-tiba saja datang mengambil tangan aku untuk bersalam. Terkejut aku bila melihatnya. Mereka masih lagi ingat pada mama Zakie mereka ini. Anak-anak ini dulu menyewa tinggal bersebelahan rumahku. Selalu keluar masuk rumah kami bermain sehari suntuk selagi bundanya tidak datang memanggil memang tidak baliklah. Manja lagi dengan aku. 
Penghargaan - Inilah yang diberikan oleh pihak PIBG buat adik dan teman-temannya.
Sebelum majlis berakhir dengan cabutan nombor bertuah, kami sudah terpaksa meninggalkan dewan. Adik perlu bersiap untuk pulang ke asrama. Selepas solat zuhor saja kami bertolak. Singgah sebentar di shopping kompleks membelikan adik air mineral kerana di asrama dispenser air selalu kehabisan air. Tiba di sana singgah makan untuk mengisi perut. Lebih kurang jam 5:45 petang mama/papa tinggalkan adik dengan rasa sayu. Kalau papa pun selepas mencium dipeluknya adik lama-lama apalah lagi aku sebagai mamanya ini. Rasa sayang mahu melepaskan ciuman dan pelukan buat adik. Namun demi kehendak adik selepas peluk-cium dan bacaan Al-Insyirah di ubun-ubunnya kami berpisah sementara. Minggu depan mama/papa akan ke sana lagi.

~~ Sungguh masalah air benar-benar menguji penghuni asrama sekolah adik buat masa ini. ~~


40 comments:

  1. tahniah adik..belajar sungguh2 ye utk mama papa.

    masalah air di asrama, saya pun pernah merasa..
    zaman dulu mandi guna kolah beramai2
    boleh mandi 10 cebok seorang jer, sadis betul :(

    ReplyDelete
  2. tahniah adik
    semoga lebih berjaya di sekolah menengah

    ReplyDelete
  3. Tahniah Adik..
    Semoga terus cemerlang ye..
    Pendidik yg membuat mereka berjaya juga kan kak..
    Setelah sama-sama berdoa dan berusaha..
    Maka Allah anugerah kejayaan..

    Anak2 kalau dah mesra dengan kita..
    Jumpa dimana pun walau tak tinggal dekat ..
    Akan ingat pada kita..
    Rindulah tu pada mama zakie nya tu :)

    Sama lah dengan madrasah kak Nabilah..
    Menghantar dia pada hari isnin tu..
    Saya bekalkan 10 liter air meneral..
    Tu pun tak cukup..
    Sebab air sedang dicatu sekarang ni..
    Akibat empangan air Selangor dah berkurangan..

    ReplyDelete
  4. Tahniah adik...
    tahniah kak zakie...
    moga terus cemerlang lagi...

    Beratnya hati nk berpisah...sedihnya nur rasa
    peritnya bila kurang air skrg...

    ReplyDelete
  5. Kakzakie potong bawang hari ni.. sob sob sob

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH...tahniah akak..tahniah juga buat adik.... keluarga yg cemerlang...akak berjaya didik anak2 dgn baik....tahniah2....

    imbuhan yg besar tu kak .... boleh buat simpanan di masa akan datang.... moga adik terus cemerlang utk pt3 dan spm plak....amin....

    ReplyDelete
  7. tahniah adik ;)

    alhamdulillah...atas rezeki.

    Sobs! sedih nyer sebab terbayang sama pelukkan mama/abah tu :(

    ReplyDelete
  8. Tahniah kpd anak dan ibu bapanya sekali...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah Adik.. :)

    Touching pulak rasa bace part berpisah tu.. :(

    ReplyDelete
  10. Tahniah adek dapat anugerah ya haritu.
    Azim pun terpaksa bawa sebotol besar air minum ke asrama sebabnya air dispenser kat asrama ada masalah hingga budak2 ramai yg demam tempohari.
    Kesian kn bila takde air kat asrama ...sukar utk budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie terimakasih bagi maklumat tentang kerja tu.Memang banyak kat Aeon tu paling dekat tapi masalah transport je walaupun keta ada kat rumah tapi iqa belum ada lesen.Nak ke setia tropika tu jauh pulak.Apapun terima kasih kakzakie ya.

      Delete
  11. Alhamdulillah, tahniah adik. Tahniah juga kepada mama mendidik dan mendoakan adik hingga berjaya. Sedih pula aunty membaca mama peluk adik dan baca doa. Rindukan kak zakie anak berjauhan.. demi kebaikkan inshaAllah.

    ReplyDelete
  12. Tahniah adik...
    Syukur Alhamdulillah...
    teruskan usaha...teruskan berdoa...terus lakukan yang terbaik...InsyaÁllah...Amin...

    ReplyDelete
  13. tahniah adik dan kakzakie, semoga terus sukses

    ReplyDelete
  14. tahniah adik dan kak zakie sekeluarga....

    semoga adik terus berjaya....:)

    ReplyDelete
  15. Tahniah buat adik. Saat berpisah adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun minggu depan datang lagi kan kak

    ReplyDelete
  16. TAHNIAH ADIK KAK ZAKIE N FAMILI...TURUT BERBANGGA DGN KEJAYAAN ADIK..SEMOGA SUKSES SETERUSNYA...

    ReplyDelete
  17. kelmarin juga saya menghantar anak perempuan saya masuk MSU .. berat juga utk berpisah buat pertama kalinya.

    ReplyDelete
  18. kelmarin juga saya menghantar anak perempuan saya masuk MSU .. berat juga utk berpisah buat pertama kalinya.

    ReplyDelete
  19. Tahniah buat adik kesayangan ayah bonda...moga terus cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  20. Tahniah akak dan suami...tahniah semua kakitangan sekolah...tahniah adik...terima kasih ALLAH..moga kejayaan ini menjadi perangsang kepada calon2 UPSR tahun ini 2016..amin,.

    ReplyDelete
  21. rm300..besar ertinya bg adik2..
    tahniah Adik..semoga kejayaan terus menyinari hidupmu..

    ReplyDelete
  22. syukur alhamdulillah...tahniah adik..tahniah kak zakie

    ReplyDelete
  23. Nangislah tu kan........ Eh kalau dinda harus hujan lebat tu kanda kikiki....
    Tahniah adik, moga kekal maju jaya hingga tercapai cita cita....makcik dinda tumpang sejuk perut mama pun jadiklah....

    ReplyDelete
  24. Tahniah, Adik! Semoga kecemerlangan itu berkekalan di sekolah menengah pulak. Siapa tak sedih kak terpaksa berpisah dengan anak. Berpisah sekejap pun tak boleh tahan, inikan pulak makan berhari-hari. Tapi nak buat macamana, itu pilihan yang dimahunya. Kita ni mengikut sahaja asalkan mendatangkan kebaikan buat diri anak-anak.

    ReplyDelete
  25. Alahaiii.. sebak pulak baca hujung2 n3 kakak. hihihi.
    tahniah adik atas kecemerlangan adik dalam UPSR. semoga adik terus berjaya dlm ape jua bidang adik di masa akan datang.

    ReplyDelete
  26. sekali lagi tahniah buat adik dan kak zakie jugak..parents yang patut dicontohi..tak mustahil lah anak anak akak semuanya cemerlang..berkat didikan ibu bapa dan guru guru yang terbaik..

    *nanti nak minta tips dari akak*

    ReplyDelete
  27. Tahniah dari maktok utk adik
    Mama dan papa mesti gembira dgn kejayaan adik, semoga adik berjaya juga didalam kehidupan bila besar nnt

    ReplyDelete
  28. tahniah adik.
    dan mama nyer.
    aduhai... yg last last tu nak berpisah...
    hu hu hu aida x sanggup rasa nyer kak...

    ReplyDelete
  29. wahhhh...tahniah adik...saya tumpang bangga kak...
    banyak adik dapat tu...

    ReplyDelete
  30. Saya terharu bab papa peluk lama tu, aduhai bertuah adik menjadi kesayangan, aunty tak biasa nk peluk abah aunty yg jauh tu..

    Rasanya asrama ank saya di Bentung pun sama, masalah air..

    ReplyDelete
  31. Saya terharu bab papa peluk lama tu, aduhai bertuah adik menjadi kesayangan, aunty tak biasa nk peluk abah aunty yg jauh tu..

    Rasanya asrama ank saya di Bentung pun sama, masalah air..

    ReplyDelete
  32. sebenarnya, beruntung sesiapa yang mampu menjadi guru dengan baik dan ikhlas.mengutip pahala yang kekal sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  33. Tahniah adik.mlumayan juga hadiahnya..semoga adik terus cemerlang..kesiannya susah adik kt asrama klu masalah air berterusan camni kan

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tahniah adik atas kejayaan dan hadiah yang diterima, mudah-mudahan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk meraih kejayaan seterusnya.
    Mudah-mudahan adik menjadi penyejuk mata dan hati ibu bapa...

    #saya juga sentiasa berusaha untuk tidak menguzurkan diri dalam meraikan setiap majlis anak-anak. Ahli fitrah yang sentiasa dihargai, kelak juga akan sentiasa menghargai..

    ReplyDelete
  35. tahniah buat adik dan juga tahniah buat kakzakie kerana mendidik anak2 sehingga cemerlang, seronok tengok anak2 berjayakan.

    betul juga tiada air memang agak bermasalah, kalau di asrama bertambah teruklah kan

    ReplyDelete
  36. tahniah Adikkk !!! menjadi anak kebanggaan keluarga dan membuat ibu bapa bahagia ;)

    ReplyDelete
  37. Tahniah buat anak & taniah juga buat kedua Zakie & suami yang berjaya mendidik anak menjadi bijak dan pandai.

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah dan tahniah buat adik...semoga akan terus berjaya...:)

    ReplyDelete
  39. Tahniah adik. Moga terus cemerlang :)

    ReplyDelete