Hari Jumaat adalah hari cuti hujung minggu buat kerajaan Johor tetapi tidak buat aku yang bekerja swasta ini. Oleh itu selalu juga aku terpaksa mengambil cuti pada hari Jumaat kerana papa pada anak-anak ku juga cuti hujung minggunya setiap Jumaat dan Sabtu. Mengambil peluang menjenguk adik pada Jumaat lepas, kerana pada hari Sabtu ada kegiatan di sekolah Kak Meen pula. Memandangkan Jumaat bukan hari outing jadi mama masaklah apa yang adik pesankan.
Ikan toman ikan gelama
masak gulai makan di beranda
walau biasa saja air tangan mama
tetap nikmat buat anakanda
Pilihan - Beralaskan kain batik saja. Selesai saja mengaminkan doa dari papa mulalah dari satu suapan ke satu suapan masuk ke mulut. Nikmat makan sambil di puput bayu. |
Selera - Masakan mama biasa-biasa saja tapi itulah dikatakan anak tetap rindu masakan dari dapur mamanya. |
Panjang umur, dimurahkan rezeki mungkin lima tahun akan berterusan beginilah perjalanan hidup keluarga kami. Dari satu anak ke satu anak kami laluinya bagini. Biasa untuk tingkatan satu/dua saja mama/papa agak kerap pergi berkunjung. Masuk tingkatan tiga dan seterusnya sudah agak mudah. Apa lagi apabila sudah di universiti pergi-balik pun sudah pandai uruskan sendiri. Hanya doa dan telefon sebagai penghubung kami.
~~ Selagi Allah pinjamkan nyawa tanggungjawab kenalah tunaikan.~~
Air tangan mama tu yg berselera anak2 makan ye kakzakie..
ReplyDeleteWalaupun masakan bukan lah seperti di restoran kan..
Saya tengok menu kak zakie tu pun telan air liur hihihi..
Ye lah kak..
Selagi kita dipinjamkan nyawa..
laksanakan lah amanah yg diberikan..
Macam tulah juga menjemput kak Nabilah setiap jumaat..
Alhamdulillah dekat dari rumah madrasahnya..
Sekarang dah setahun lebih di madrasah kuranglah home sicknya :)
banyaknya menu...memang makan sampai kenyang ni...hasil tangan ibu lah yang terbaik kan...
ReplyDeletesiap berpantun akak pagi2 ye
alhamdulillah, menu apa pun yg dihidang, masakan emaklah yg paling sedap di dunia. betul tu kak, bukan setakat t/jawab anak2 kpd ibubapa saja penting, tanggungjawab kita sebagai ibubapa kpd mereka juga sangat perlu dijaga.
ReplyDeletemak kalau masak simple macam mana pon tetap sedap kan
ReplyDeleteAnak-anak bila dah hidup berjauhan berdikari mesti rindukan masakan air tangan ibu.
ReplyDeleteSuami Diana pun tak berapa gemar outing hari Jumaat sebab teringatkan solat jemaah Zohor.
Kalau nak ke mana-mana pun lepas sembahyang Jumaat.
air tangan ibu ttp dirindui kan kak...wlau jauh mana kita pergi...agaknya begitulah bila ank2 nur juga belajar di luar...ulang alik jenguk mrk..moga diberikan kesihatan yg baik juga kak zakie..
ReplyDeletesedapnya menu akak tuuu...
Air tangan mama memang terbaik.telur mata pun klu air tangan mama memang bermakna..apalagi masak sedap2 camni..mana tak selera makan menu semua best
ReplyDeletemeriahnya mama adik masak, patutlah selera adik makan yer.
ReplyDeleteYalah kakzakie suami saya selalu pesan bawa kan makanan yang dimasak dari rumah sebab anak2 rindu kan air tangan kita.
ReplyDeleteSaya pulak anak sampai tingkatan 5 memang tiap2 minggu melawat mereka jika takde masalah...korbankan masa dan ringgit tu dah biasa.Tapi dah kat U mereka kena berdikari juga.
ini bukan menu simple dah nih. cukup lengkap dah nih kakak~
ReplyDeletenaik terlio nengok menu2 kakak nih.
bertuah sungguh adik. walaupon duduk di hostel tetap ade peluang makan makanan air tangan mamanye. hehehe
Zura pon tetiba rindu nak makan masakan air tangan Mak Zura. hehehhe
Alhamdulillah rezeki adik dapat ibubapa yang penyayang.. banyak betul menu tu kak zakie, seronok nak jumpa adik, moga adik puas kan.. yela jarang jarang sekali. Baru ni aunty duk teringat adik naik basikal dengan helmet.. hehe. Sekejap ja dah alam remaja Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah...byk lauk sedap² tu...
ReplyDeletepengorbanan seorang ibu...InsyaĆllah...
adik akan terus belajar rajin²... :)
betul kakzakie..anak2 kalau balik ajak makan kat luar..tak nak saja..nak mak jugak yang masak kakzakie
ReplyDeleteAssalammualaikum kak...walau dah kahwin...bila balik kampung PC nak juga makan air tangan mama....lain rasanya...begitulah anak..nasib adik tak pesan suruh mama papa bawa adik kucing dia kak...kucing kesayangan adik...hehe..
ReplyDeleteMakan bekalan yg dimasak ibu di beranda amat berselera sekali adik nampaknya. air tangan ibu mengandung rahmat n berkat Allah yg terlindung dgn kasih sayangnya yg sejati...lalui pengalaman bersama anak2 yg bakal membesar dgn gembira.
ReplyDeletesukanya tengok dia makan. berselera betul.yelah mamanya mesti masak sedap tu
ReplyDeleteSama la kak zaman anak atie sek asarama dulu...diaorg form1 & 2 tu jer yg homesick sgt..bila dh msk form3..kurang dah
ReplyDeleteBila msk form 5..ibu takyah dtg lar...adik sbk byk keje sekolah..hahha
Bila dh masuk U ni..jrg dtg pon takpe...lgpon assigment pon byk kena buat..mmg atie jrg ziarah.
Tp blm pernah lg bg anak pompuan blk rmh sendirian..mungkin sbb jauh..risau.
syok kan bila tengok anak2 berselera makan
ReplyDeletekita tengok je pun dah kenyang kan kakzakie
banyak tu menu nya
kalau kaknoor pun mmg berslera jugak ni
alahaiii kak..adakah satu hari nanti saya akan rasi apa yang akak rasa ni?
ReplyDeleteadakah saya kuat seperti akak?
susah jugak kan kak kalau kerja swasta hari jumaat ni, family plak cuti hari jumaat. Company akak memang tak na tukarkan hari minggu sama macam gomen ke kak?
ReplyDeleteakk.. air tangan ibu memang power kak.. Telur kicap pun nikmat dia macam rasa chicken chop!. hehehe. Rajin akk.. banyak betul menu, tengok gambar pun da terbukak selera ni hah kak. =)
ReplyDeletesedapnyaa, kita yang tengok ni pun terliur..
ReplyDeleteakak, nak minta petua. macam mana akak uruskan kerja, rumahtangga & mampu update blog hari2 malah blogwalking tak pernah tinggal..
share please..")
Lama tak singgah sini.Banyak bekalan kakzakie utk adik dah tentunya sedap2. Dulu masa Mimi belajar selalu ckp goreng telor mama sedap.
ReplyDeleteAir tangan ibu , mmg sedap ... Tgk anak2 akak mkn dlm gambar pun ... Jadi selera nia tengok . Sedapnyaaaa =)
ReplyDeleteAir tangan ibu itu sungguh berbeza. Walaupun akak rasa biasa, anak2 tetap rasa luar biasa. Siqah tengok anak akak makan pun siqah rasa gembira :)
ReplyDeleteBetullah tu, kak. Emak ni walaupun masak biasa-biasa sahaja, itulah yang paling sedap pada tekak anak-anak. Banyak juga lauk-pauk untuk Adik tu. Dia makan seorang aje ke?
ReplyDeleteTeringat zaman saya di asrama penuh dulu. Macam nilah gayanya emak bapak saya. Setiap hujung minggu bawa bekalan takut anak tak cukup makan di asrama. Kalau boleh outing, dah tentu-tentu bawa anak makan di tempat kegemaran. Semua makpak pun macam tukan, kak!
sedapnya..air cikong tu tak pernah rasa lg..mcm lai chi kang..
ReplyDeletedulu duduk asrama, mak pak jauh, kalau nk makan sedap2, kena tunggu outing..makan kt kedai..huhu..
Kak Zakie...
ReplyDeleteBanyaknya lauk...rajinnya akak masak...terasa nak masuk asrama balik lah...boleh minta mak masak banyak2 camni...
assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt makan air tangan mama yer...adik rindu masakan mama la tu kn...:)
ReplyDeleteMacam-macam juadah untuk hidangan adik. Suka adik bila mama dan papa datang melawat. Tak seronok juga bila jadi celaru waktu cuti kerja dengan cuti sekolah. Terpaksa ambil cuti pula kan akak.
ReplyDeleteAmboiiii bersila bkn main..aunty nor lalu kat belakang kompom tak pndang dah ni...untungnya anak2
ReplyDeleteIbu gitulah asal anak bahagia kita juga turut bahagia...kita tak mkn pu takpe...dpt tgok diorg makan pun dh satu nikmat..indah sgguh moment tu..
itu la yg di katakan berkat air tangan ibu kak...macam mana mahal dan mewah pon hidangan kat luar tu namun yg mama nye masak jugak jadi pojaan...kikiki...semua sedap2 saya tengok pon terus rase lapo...nak2 si ketam2 tu merah kemahen lagi..mesti manis isinye...kikiki...saya memang peminat ketam kak jangan tak tahu :D
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga
ReplyDeletekasih ayah sepanjang masa..
kecur tengok lauk2.. mcm kat restoran nasi padang dah
bestnya kak... dpt mkn bersama-sama sambil dipuput bayu...hehe
ReplyDeletetak panggung muka adik menikmati masakan mama tersayang...haha
Berselera adik makan air tangan ibu.. nikmatnya ya Allah kalau nak dibandingkan dengan hidangan di asrama.. hanya orang yang pernah dok asrama jer faham perasaan tu, :)
ReplyDeletewahhhhh.... sungguh menyelerakan.
ReplyDeletemia dah buat review produk yang kak zakie berminat tu...
http://www.mialiana.com/2016/04/sr-9-formula-nak-kurus-detoks-bertenaga.html
Air tangan ibu nombor satu
ReplyDeletemacam sedap je ..dalam gambar dan keadaan sebenar lagi sedap kot
ReplyDeletesamalah dgn lya keje swasta..ct sehari je wekend...
ReplyDeleteair tgn emak mmg terbaik..yela..dlm proses suaikan diri lg kan..
berselera adik makan masakan mamanya tu, banyak lauk-pauk yang akak masak. hai kalau saya pun tentu seronok tu dapat makan masakan ibu.
ReplyDeletesebagai mak pula, pasti akan sediakan apa yang anak hendak makankan
Sedapnye kakak..bestnye piknik gini..dh lama xbuat..dulu kecik2 selalu la..
ReplyDeletebest nyer kak. terkenang dulu aida di asrama dan di universiti.
ReplyDeletegagah mak abah visit.
and in syaa Allah, masa aida pun akan tiba juga gini.
alahai... sedih plak kenangkan kena pisah dgn anak2.
Masakan mak sentiasa terbaekkkk....
ReplyDeleteAir tangan ibu katanya kandaaaa.....
ReplyDeleteRajin kanda yer, dinda malas sungguh nak masak masak kalau jalan jauh kanda...beli jer senang hihi
...Pemalas punya mak!
Air tangan ibu katanya kandaaaa.....
ReplyDeleteRajin kanda yer, dinda malas sungguh nak masak masak kalau jalan jauh kanda...beli jer senang hihi
...Pemalas punya mak!