Sebenarnya tidak perlu dihairankan mengapa hujan lebat tetapi loji takungan air tetap tidak menampakkan tanda-tanda perubahan. Semuanya kena akur ini kehendak Allah. Sekolah adik dan kawasan sekelilingnya masih mendapat catuan air sehinggalah hari Sabtu lepas ketika aku berkunjung menjenguk adik keadaan masih tidak berubah. Seperti minggu sudah aku bawa telekung dan baju bersih dari rumah dan angkut yang kotor bawa balik. Baju kegunaan harian adik seperti uniform sekolah, baju ko-ko, t-shirt sukan kami bawa ke kedai dobi. Banyak kedai dobi di sini. Bayaran dikenakan RM3.50/- untuk mencuci dan RM3.50 untuk mengeringkan. Masa diambil lebihkurang satu jam. Sambil duduk bolehlah mengurut badan dan membaca buku. Kedai dobi yang kami pergi ini ada disediakan mesin mengurut yang masuk duit seringgit itu.
Berpusing - Baju-baju adik yang kotor sedang berpusing-pusing di dalam mesin. |
Selesai melipat, membeli keperluan adik dan puas bersembang hilangkan rindu baru kami bertolak balik. Biasanya perjalanan untuk tiba diJB mengambil masa lebih 3 jam sebab tidak ada highway. Laluan jika lancar tanpa lori atau kenderaan yang lemah-lembut pemandunya bolehlah tiba sebelum maghrib tetapi jika sebaliknya sabarlah. Malaysia bumi bertuah ini banyak masjid dan surau. Sediakan saja peralatan sempurna untuk bersolat. Bila lapar singgah saja mana-mana pun ada saja tempat untuk mengisi perut.
Otak-otak - Boleh katakan kalau di Johor tidak kiralah daerah mana sekalipun sementara menanti hidangan biasa akan disuakan dengan otak-otak begini. Yang ini murah saja RM0.50/- sekeping. |
Masih bersyukur juga walau ujian ada di sana-sini. Istikharah sudah dibuat dan ditunjukkan bahawa ini pilihan terbaik walau ada sedikit ujian kenalah sabar mengharunginya. Satu hari pasti Allah akan berikan kemanisannya. Tunggulah adik. Mama-papa masih mampu bertahan selagi adik masih boleh senyum dan menimba ilmu dengan baik.
~~ Jika banjir pun akan surut. Begitu juga kemarau pasti akan berakhir. Sabarlah.~~
beruntung adik ada parent yg prihatin
ReplyDeletetmpt saya pun hujan hari2..risau pulak banjir
air sungai dah semakin naik
kat sini pun begitu
sebelum menanti makanan dihidang otak2
tp lebih sikit harganya rm0.70 satu
Mendoakan segala yang terbaik buat adik serta mama papa dan juga kakak-kakaknya... :)
ReplyDeleteSekarang di mana2 pun otak2 boleh didapati 'disuakan' di meja makan. Strategi perniagaan, kan?
Insyallah. Kemarau ini pasti akan berakhir juga. Harap tidak terlalu lama untuk adik hadapi catuan air. Beruntung adik dapat ibu bapa yang sangat prihatin dengan keperluan anak :)
ReplyDeleteSedapnyaaaa otak-otak! Makanan favourite juga tu :D
Salam kak..
ReplyDeleteInsyaAllah kan, kemarau pasti berakhir juga.. kt sini dah start hujan petang2..sejuk sikit bumi... Alhamdulillah..memang kena sabar byk menanti hujan..
susah nak cari otak-otak kt sini kak..:)
InshaAllah akan berakhir. Untung adik ada mama tolong masa begini, boleh belajar dengan tenang, kadang ada masa yang dilalui dgn dugaan kan hanya dapat bersabar. oh mama tak snap ye masa anak-anak duk tengah ngap ye haha..
ReplyDeleteSemoga semuanya baik-baik dan semoga semua urusan adik, dan akak dipermudahkan oleh-NYA!
ReplyDeleteKna selalu kesana la kak zakie...selagi adik masih belajar...itulah pengorbanan kita kan kak..
ReplyDeleteMoga dipermudahkn segalanya...
Insya'Allah....
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segalanya..
Inshaallah kak, rahmat Allah tetap akan tiba jua cuma bila dan dimana jer kita tk tau..cam kita yg kat selangor ni alhamdulillah dengan rahmatNya hujan setiap hari, namun ttp dirasakan kesukaran yg dihadapai oleh saudara2 kita ditempat lain..semoga adik tabah dan sabar...serta melihat kepada kengkawan yg mungkin lg kurang bernasib baik...
ReplyDeletebenar kak.... hujan selebatnye petang..tapi air tadahan di empangan2 tak naik pun...Allahuakbar..kuasa Allah... kene akur dan muhasabah diri....
ReplyDeletetu la kak, dobiskrang mmg mcm cendawan tumbuh...area rumah lieya sendir ade 2...pilih la nak yg mane.... cume lepas ade kes rompak dan samun kat kedai dobi tu so akak hati2, jgn ke dobi lewat malam kak yeak....
inshaAllah..tak lama lagi mungkin kemarau akan berakhir, juga catuan air tidak akan berlaku lagi.
ReplyDeleteSekarang kira senang la kan kak, sebab mesin cucian itu disediakan, mudahlah untuk mencuci baju, cepat pula tu, kalau tiada jenuh jugakan.
Syukur juga dnegan kemudahan yang disediakan seperti surau/masjid yang banyak, semuanya terpulang pada kita sahaja lagi kan
belum ada pengalaman kena catu air.
ReplyDeleteterbayang yaya betapa payahnya kena catu air ni.
insya Allah, semoga kemarau cepat berakhir.
Alhamdulillah di KL belum ada cauan air...cuaca pula tak menentu..ada panas ada hujannya..tapi itulah ia Ketentuan Allah Yang Esa.
ReplyDeleteOh masih dicatu airnya ya kakzakie,dah tentu rumah abang kat lok heng pun masih dicatu juga lah agaknya.
ReplyDeleteMemang susah lah kat asrama kalau air dicatu kan,kesian budak2.Jauh juga tiap2 minggu kakzakie ke sana tu...tapi tak pe lah demi anak kan....adek pun boleh belajar dengan tenang.
assalamualaikum kakzakie...walau pun jauh kerana anak2 kita sanggupkan kak ....selagi x abis belajar mmg selalu mcm tu...mas pun dah merasa masa anak ke 2 belajar kat Melimau Melaka dulu...setiap minggu akan ke Melaka ambil anak balik ke Johor dan hari minggu pula hantar semula ke asrama...itulah rutin setiap minggu sehinggalah abis belajar...alhamdullilah anak yg kecik sambung belajar di johor juga...anak pertama dulu belajar di Melaka juga tapi masa tu mas masih duduk di Melaka jadi dekat hanya berulang alik dr bandar Melaka ke Melimau...pengalaman kita sebagai ibubapakan kak...itulah pengorbanan kita utk anak2 untuk memberikan pelajaran yg baik dan melihat mereka berjaya nanti...
ReplyDeleteKat tempat kak dah mula hujan setiap minggu. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..amin..amin..amin..in sha Allah..moga Allah beri kesihatan yang baik untuk akak sekeluarga..untuk akak dan suami supaya boleh terus memberi semangat kepada anak-anak...untuk anak-anak agar boleh terus menuntut ilmu..subhanAllah..alhamdulillah..
ReplyDeleteselebat mana hujan pasti akan berhenti
ReplyDeleteJAUH JUGA ANTARA JB KE MERSING YA...KAK PERNAH JUGA KE MERSING LAMA DULU JLN2 TENGOK PANTAI...MUSIM PASTI BERTUKAR N ALLAH MENDENGAR DOA HAMBA2-NYA..INSYAALLAH ADIK MAMPU MELALUI KESUSAHAN SITUASI DGN SABAR.
ReplyDeleteOh jauh juga perjlnan ..sama klu dri sini kl nk ke taiping hampir 3 jam jugalh klu jln clear. ..menuntut ilmu di kta jihad btullhkn..slgi adik punya ibubapa yg kuat,sehat..in shaa Allah
ReplyDeletememang jauh jugak tu perjalanan..smp 3 jam tu
ReplyDeleteDitempat kak Zai otak otak rm1 satu.
ReplyDeleteSelalunya kawasan Uni memang menyediakan mesin basuh kakzakie senang buat student. Klau anak2 kak Zai nak masuk Uni itulah benda pertama yg kak Zai cari. Basuh dan keringkan tak sampai RM10.
betul tu...banjir ke kemarau ke insyallah berlalu bila tiba masanya sementara tu sabar apa jua..bencana alam ni sbnrnya dr tangan2 kita jgk..
ReplyDeletehujan di tempat kita tidak bermakna takungan boleh terisi sebab sumber air takungan datangnya dari luar.
ReplyDeleteDi luar itu yang hujannya tak cukup untuk memenuhi takungan...
belum pernah lagi mngalami musim kemarau berpanjangan mcm ni...bersabar dan berdoa, meminta pd Allah swt..
ReplyDeletesedap ketiau goreng..
murahnya otak2 tu kak..
ReplyDeletekat sini dah rm1.50 kak...
semoga kemarau itu cepat berakhir ye kak
kat puchong ni hari hari hujan kak..tapi masih ada jugak golongan yang bersungut..hujan bising, panas pon bising..patutnya bersyukur..
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie.... Mudahan adik selalu bersama dengan kesukaran masa kini. Insya Allah semua itu akan berakhir nanti. Di Sarikei pula hampir setiap hari hujan kak. Nak berkebun pun harus menunggu masa panas pulak. memang perjalanan jauh selalu membuat kita letih kak.
ReplyDeleteKami di Sarawak jarang ada surau di jalan-jalan. Hanya harapkan musalla kecil yang disediakan di stesen minyak Petronas. tempat makannya pulak jauh-jauh dalam sesuatu perjalanan. Selalunya bawak bekal dalam kereta selama 5 jam perjalanan dari sarikei ke Kuching. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
kalau acik 3 beranak..mkan di BP tu kakzakie..20 orang tu letak otak otak habis kami makan..sedap
ReplyDelete3 jam perjalanan... lama jugak tu.. kalu ikut hway 3jam dahsampai melaka agaknya..
ReplyDeleteMurah betul cuci baju kat sana..kalu sini rasanya paling murah RM4 rasanya.
Betui kakZakie.. kat Malaysia ni tempat solat senang sangat... tempat makan lagi la senang nak cari...
Pandai kedai tu. Semua di pekekerjkan. Cuma perlu masuk duit aje. Negara kita mudah lagi nak bersolat. Masjid dan surau banyak. Sedap nampak otak-otak yang akak letak gambar ni.
ReplyDeletebetol tu kak...semalam pon tempat saya hujan dan mendung sepanjang hari...nyaman nye udara tak bole cakap bila dah lama sangat terasa bahang...tapi hari ni cuaca kembali panas...nasib baik la melaka masih belom kekurangan air...memang serba tak kene kalau takde air...sian adik mesti tak selesa...jauh gak nak menempuh perjalan tapi anak punye pasal apa pon mak bapak mesti tempuh jugak...kasihnye ibu gitu la kak :)
ReplyDeleteBetol kata kakak tuh.
ReplyDeletesemua nih ujian Allah.
Allah dah janjikan balasan yang lebih selepas DIA turunkan ujian. Hadiah kepada mereka yang sabar.
Salam Kak Zakie...bestnya adik menerima kunjungan ibu & ayah serta kakaknya yer.Alhamdulilah skrg dah musim hujan kak..kat sini hariu2 hujan..kdg2 siang..kdg2 malam.
ReplyDeleteSejukkkk sikit bumi Allah ni...
rindu makan otak2 johor..dulu masa kat tangkak selalu makan...
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan urusan kakzakie bersama adik ya
ReplyDeletepengorbanan seorang ibu kan kakzakie dimana2
macam kaknoor ni lagi jauh apa nak buat redo je lah
tapi bila fikir balik mesti dgn izin dari Allah jugak
kalau tak sesuatu takkan berlaku kan
btw otak2 tu memang memikat selera
kaknoor pun terkejut bila balik Malaysia ingat tahun lepas kot
bila masuk restoran mmg otak2 ni di sua kan dulu
tapi mmg tak menghampakan otak2 nya mmg sedapp
Singgah petamg kzakie. Takdo nk komen byk do, cuma terliuq tgk otak2 je.
ReplyDeleteTak lama lagi cuti sekolah, lepaslah rindu tu puas3,;)
Singgah petamg kzakie. Takdo nk komen byk do, cuma terliuq tgk otak2 je.
ReplyDeleteTak lama lagi cuti sekolah, lepaslah rindu tu puas3,;)
Mudah-mudahan, panas tak akan selalu berpanjangan, namun mendung tak bsemestinya diakhiri dengan hujan... he he heee fenomena alam memang begitu, sudah kehendak-Nya jua.... otak-ota tu buatkan saya rasa nyaman sepanjang hari...nyum nyummm nyuummm....7 bungkus!
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBetul kata akak, jika banjir ada masa surutnya, maka kemarau pun akan ada waktu akhirnya. cuma bilakah masanya, semuanya di dalam ilmu-Nya. Al-Quran menyebut: "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan...
Bertuah adik sebab ada orang tua yang sangat prihatin.. Semoga adik dipermudahkan dalam semua urusan..
salam kz ..
ReplyDeletehujan tu pun satu kebesaran dan kekuasaan Allah swt .
bayangkan klu bungkah air tu tidak dijadikan hujan dan jatuh menimpa atas muka bumi ni , harus tempat tu mcm tekena bom atom ..
bersyukur bila hujan turun .. sbb Allah telah menukar bungkah tu jadi titsan air
mencabar juga kehidupan adik di tempat baru nampaknya.. semoga akak dan suami sihat selalu.. jauh juga 3jam tu nak berulang alik setiap minggu.
ReplyDeleteLama juga tu, kak dekat 3 jam. Macam saya dari KL nak balik BP. Itu kalau sayalah yang bawa kereta ^_^
ReplyDeleteKasihan Adik. Ingatkan dah reda semua masalahnya rupa-rupanya masih lagi kemarau tak berakhir di Johor ya. Harapnya kemarau cepatlah berlalu pergi.
aamiin
ReplyDeletesedpnya otak otak tu.
betul zaman ddk joho dlu sokmo mkn otak otak kempas. rindunya ;-)