Semalam...
Selesai solat zuhor tidak sampai satu jam aku sudah berhenti membaca Ql-Quran. Bila berada di rumah sendirian mood untuk membuat apa pun agak kurang apa lagi di bulan ramadhan ini. Naskah Al-Quran aku simpan dan keluar bilik untuk mengangkat kain di ampaian. Sebaik melabuhkan punggung, boleh pula tangan segera mencapai remote televisyen. Rancangan Nona. Menarik juga. Tetapi entah mengapa siaran semalam telah membuat airmata aku luruh tidak berhenti apatah lagi menontonnya sendirian. Kisah anak yatim, kisah anak yang berpenyakit HIV, rumah kediaman warga emas semua itu sungguh meruntun hati ku sebagai seorang mama, seorang anak dan pasti satu hari juga akan menjadi tua (andai Allah panjangkan usia).
Ada ibu tua yang kulit muka sudah berkedut-kedut menangis kerana tidak dikunjungi anak-anaknya. Mengharap suatu yang tidak pasti. Termangu dan termenung. Berkata kepada Uyaina (penyampai Nona) ada yang membuat aku tersentuh bila si ibu tua itu berkata "Satu hari dia pun akan tua juga". Ada juga yang menangis memeluk/mencium Uyaina bagaikan anaknya sendiri. Syahdu bila pastinya dia mengharap mahu anaknya mampu diperlakukan seperti apa yang dibuat kepada Uyaina. Airmata siapa pun yang menonton pasti akan luruh. Menonton adegan seperti itu pastinya membuat aku rindu kepada almarhumah mak dan mak mertua aku.
Malam pula selepas solat terawih boleh pula aku terjebak dengan program Qari Junior. Aku hanya dapat menonton beberapa peserta yang hampir habis siaran. Tetapi malam tadi menajdi hari akhir anak yang cacat penglihatan (Haikal) dan seoarng anak perempuan Khaira (peserta termuda) gagal untuk meneruskan perjuangan dalam program itu membuat hati aku juga tersentuh. Tangisan Khaira dan Haikal dalam pelukan sahabat mereka juga mengundang airmata aku luruh. Sebenarnya anak-anak ini sudah hebat berbanding kita yang dewasa.
~~ Bersyukur atas segala nikmat kita tetapi jangan lupa kepada mereka yang memerlukan. Kelak di 'sana' kita akan ditanya sebab di situ ada tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama.~~
Kisah2 seperti itu yg akan membuatkan kita menitiskan air mata. Betapa jauhnya perbezaan nasib kita. Macam mn lah agaknya bila kita tua kelak ... moga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dan x lupakan kedua org tua mereka ..
ReplyDeleteaduh kak, saya tak menonton nona semalam, tp bila membaca entri akak ni pun dah terasa sedihnya. nak menitik air mata bila ada ibu yg rindukan anak-anak.
ReplyDeleteemak kita ni cermin diri kita di masa depan kan akak. macam itu mereka, begitulah kita nanti. Pasti kita juga akan tua dan mengharapkan kasih sayang seorang anak spt mereka sekarang. aduh sedihnya...oklah kakzakie, tak boleh taip dah ni.
memang sebak kak...itu yang kita tengok kat kaca tv...kalau kita tengok berdepan agaknya makin laju air mata yang luruh kak...
ReplyDeletebila tengok anak-anak macam tu,memang sedih kan kak...
ReplyDeletesama kita.. mudah tersentuh hati..
ReplyDeleteHATI SEBAK N TERHARI MELIHAT CITRA KEHIDUPAN YG TERPAPAR DI DEPAN MATA KITA...SELALU TERBAYANGKAN SITUASI KITA BEGITU...SBB KITA XTAHU MASA DEPAN KITA..NAMUN YG KITA POHON HNYA YG BAIK2 SAJA N ALLAH HINDARI KEBURUKANNYA.
ReplyDeleteSebak pula membaca entri akak pagi ni..
ReplyDeleteteringat jugak saya arwah mak dan arwah mertua saya..
Kedua-duanya sangat baik ..
Orang baik disayangi Allah dahulu..
Sedih sangat saya raya tahun ini kak..
Keduanya telah tiada..
Beli membeli persiapan raya..
Teringat dulu membeli persiapan raya juga untuk mereka..
Kekadang tak sangka ..
Zaman sekarang pun ada lagi yg tidak mempedulikan ibu bapa mereka..
kesian mereka kan kak..
Betul kata ibunya..
"Satu hari mereka akan tua"
Bergenang airmata saya baca part tu kak..
Dengan membaca entri kak zakie ni pun sedih terutama ibu merindui anak-anaknya..nauzubilah kan.. tentang Qari Junior tu ada terimbas jugak tertanya dengan en hubby bagaimanala anak-anak kita tak da training mendapat kemahiran sikit pun dah bersyukur..boleh bertanya tetapi tindakkan bagaimana..
ReplyDeleteMinta dijauhkn perkara2 sedemikian pada diri ini...sedihnya rasa ada anak tp ibubapa diabaikan...
ReplyDeletehubby selalu ckp kat nur...bila benda yg x elok dibuat kat anak akan terkena kat kita...nauzubilla
Tak berkesempatan utk menonton kedua2 program tv tu, tapi syukur dapat membaca sebuan cerpen sedih buat iktibar kita semua.
ReplyDeletehmm tp memang betul.. bila dah besar ni selalu fikir balik pengorbanan mak ayah. tengok2 cerita kt tv.. atau kadang2 nampak depan mata orang2 tua masih mencari rezki dgn kudrat yg hampir tiada.. sedihnya..
ReplyDeleteSaya pun tengok rancangan Nona sendirian semalam ,bergenang juga airmata menahan sendu bila lihat ibu tua yang terpinggir dari anak2 .
ReplyDeleteBanyak perkara yang membuat hati kita tersentuh - itu baru hanya memandang, apatah lagi bila merasainya sendiri...
ReplyDeletesedih mengundang sesiapa pun yg menonton kisah2 sebegitu kak... sebak didada dan hati terdetik teringatkan org2 tersayang dan masyarakat sekeliling kita...
ReplyDeleteTeringat anak2 saya... klu cerita di TV mengisahkan kisah sedih pasti anak2 saya akan bertanya "mama sedih ke..mama menangis ke... si kecik akan berkata pada saya mama jgn la menangis... sambil muka si kecik pun seakan2 nak mennagis sama"... anak2 saya sudah terbiasa dengan mamanya yg senang sgt tersentuh apabila melihat kisah2 sedih...
memang sedihkan kalau tengok keadaan seperti itu
ReplyDeleteSedih :(
ReplyDeleteTapi kisah ini perlu diwar warkan demi anak bangsa kan kak? Atleast menyedarkan org lain.
dana pun sejenis hati tisu mcm akak...
ReplyDeletetgk cite sedih skit ke rancangan sedih skit msti nngis sama...
membayangkn nsb kita nnti di kemudian hari kan...
Sebak sangat entry akk... Nasib seseorang tu dah tertulis...
ReplyDeletesaya terlepas menonton Nona semalam kak..sekarang memang jarang sgt saya tengok tv...kebetulan pagi2 tadi masa kat rumah mak kiteorng sembang bab yg sama jugak...saya cerita pada mak kisah seorang pakcik yg telah di tinggalkan oleh anak nye kat rumah orng2 tua...hari2 dia kemas2 beg sebab sangka anak dia akan ambil dia bawa balik...sudah setahun lebih dia menunggu tapi anaknye tak pernah muncul...kisah ni saya baca dari harian metro minggu lepas kalau tak silap saya...sedih dan sayu tak bole nak cakap Allah je yg tahu... :'(
ReplyDeleteNani tak berkesempatan nak tengok sebab semalam busy menguruskan hal nak balik. Tapi kalau tengok memang boleh luruh jugak air mata nampaknya
ReplyDeletesaya yang baca article ni pun terasa aura sedihnya..
ReplyDeleteSemoga mereka diberikan kesejahteraan kesihatan yang baik la ye..
Blogwalking Sini, Jom Baca Artikle Review Ini,
Terbaru Snek Raya Yang Wajib Ada Di Rumah Anda Article
Assalammualaikum kak..nona tu PC tak tengok tapi Qari Junior tu ya..sebaknya subhan Allah...moga apa yang kita tonton menjadi ingatan kepada kitalah harapnya..
ReplyDeletebelum melihat ni beru membaca apa yg akak tulis sudah sebak.. huhuhu
ReplyDeletebetul tu kakak..
ReplyDeletesayu sebak rasanya bila tgk
Hati lembut akk ni kan, mudah menitiskan air mata bila lihat kesusahan org, in shaa Allah lagi indah disuburkan lagi dgn zikrullah sentiasa.
ReplyDeleteHati lembut akk ni kan, mudah menitiskan air mata bila lihat kesusahan org, in shaa Allah lagi indah disuburkan lagi dgn zikrullah sentiasa.
ReplyDeletesaya pun jenis mudah mengalirkan air mata, apatah lagi kalau saya nampak anak yatim kat tv...saya faham perasaan dorang sbb saya pun anak yang telah lama kehilangan kasih sayang ayah...
ReplyDeletekaknoor yg hanya baca cerita kakzakie pun sedih macam nak ujan lah pulak
ReplyDeleteitulah kalau yg mengalami nya mesti lebih terasa sedih
mudahan anak2 kita taklah jadi mcm tu bila dah tua, sorry skrg pun mmg dah tua dah heee
salam kz .
ReplyDeletetahniah .. penonton tv3 juga .. dlm kt luar sana tv3 slalu dicemoh, masih ramai lg yg menontonnya ..
tiap kali bulan poso, mbengi wes orak ndelok tv .
tadarus ku entek pokol 12.00 mbengi ..
apatah arek khatam dino setu kiyer psl lps kuwi batir2 mulo arek balik kampong ...
mogo bacaan nay kito diterima pengiran apatah dlm bulan ramadan seng barokah kiywr ..
salam kakzakie. baru baca posting ni. memang sedih kita yang memandang. anak2 tu macamanalah mengharungi hidup mereka. Allah.. sedih
ReplyDeleteBab-bab macam ni memang tak boleh tahan airmata kalau menonton, kak. Memang lebatlah air mata. Baru-baru ni saya terima whatsapp berkaitan kalaulah emak kita yang menghantar surat kepada anaknya, aduhai tak boleh tahan airmata ni luruh bila bacakan pada anak sendiri. Menusuk-nusuk ke kalbu sedihnya!
ReplyDeleteTak dn nak tgok kak.....somi blik masjid dh tidur dh..kdg dia blik pun nor tak tau..hahha..lps tarawih, mgaji terus tidur...
ReplyDeleteNtah lh qari junior tu... bg saya tak patut ada penyingkiran.
ReplyDeletethey are just a kids...
Buat mcm akademi dan ada final pertandingan je dah lah.
Ada pulak nk buat singkir2...
ni bukannya Af.
Huhuhu
Ya..kak..kadang2 ada sesuatu yg perlu kita fikirkan kak..moga kelak tua kita sentiasa dlm kasih syg anak2..amin
ReplyDelete