Waktu : Hari terakhir mengaji - sehari sebelum ramadhan.
Biasa masuk rumah terus masuk bilik. Tidak nampak ada sesiapa pun selain muka tua mama Zakie mereka ini. Tiba-tiba cuti sekolah masuk rumah dengan mulut pot-pet-pot-pet terus tersenyap. Mata sudah terpandang ada kakak-kakak sedang membaca Al-Quran di sana, sini, situ. Malu dan kaki terus melangkah dan duduk bersila di tempat biasa.
Dia: Mama kenapa banyaknya kakak? (anak aku tiga dan anak buah aku seorang)
Mama: Bukan banyak, ramai.
Dia: Siapa tu mama?
Mama: Kakak-kakak itu anak mamalah.
Dia: Adik tak pernah nampak pun
Mama: Sebab adik mengaji belum lama. Sejak tak pakai pampers baru adik mengaji betul tak?
Mengaji - Bila mengaji bukan dengan mama suara masing-masing bagaikan berbisik. Kalau dengan mama membaca di dalam bilik di luar bilik pun boleh didengar. |
Dia terus senyum. Tetapi malu-malu bila aku katakan mengaji untuk malam ini dengan kakak-kakak. Sewaktu mengaji suara pun tidak sekuat jika mengaji dengan mama. Mama memberi alasan tidak boleh bercakap banyak sebab muka mama bertampal. Waktu mereka datang memang pun aku sedang menanti mask di muka mengering. Tidak perlu bagi alasan lain sebab malas mahu melayan banyak soalan kalau diberitahu mengapa.
Bermula malam pertama ramadhan jugalah anak-anak sudah bercuti mengaji. Rutin aku mengajar tidak pernah bercuti tetapi di bulan ramadhan sebulan terus mereka kena bercuti sebab mama perlukan masa untuk diri mama sendiri. Mereka yang sudah lama mengaji tahu hal ini, tetapi yang baru ada yang suka dan ada juga yang tidak suka. Ada juga yang berkata "Kakak ramai kenapa kena cuti juga?". Mereka tidak faham yang kakak pun sama macam mama juga. Masa terlalu suntuk dan cemburu di bulan ramadhan. Waktu selepas iftar, solat maghrib, isyak, terawih dan bertadarus itulah yang mengekang. Bercutilah yang terbaik dan mereka juga boleh mengikut ibu-bapanya bertadarus dan berterawih sama.
~~ Sunyilah seketika rumah dengan suara anak-anak mengaji.~~
Salam ramadhan kak...samalah dgn tmpt megaji anak sy kak..bulan ramadhan cuti ngaji..
ReplyDeleteAssalamu'alaikukm dan Salam Ramadhan serta selamat berpuasa, Zakie.
ReplyDeleteIndahnya suasana rumah yang dipenuhi dengan suara anak-anak mengaji kan?. Sepi seketika dan nanti akan meriah semula... :)
seronoknya... salam ramadan kak.. :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kak Zakie...
ReplyDeletetempat atie pun cuti ngaji di rumah ustaz bila masuk Ramadhan..kena sambung kat rumah... si comel tu pelik ya..hihi
Salam ramadhan...
ReplyDeletebegitu seronoknya mengaji..bila kita suruh cuti sure mereka sedih...
sama lah dgn anak2 saya, sebln bercuti mengaji
ReplyDeleteselamat juga saya tak perlu ke hulu ke hilir
menghantar mereka selepas maghrib
ada ruang utk diri sendiri..
Itulah kan..masa terasa singkat utk diri sendiri beribadah dibulan ramadhan ni.jalan terbaik uti sebulan la..
ReplyDeleteKakak byk ye dik..malu la tu tak pernah mengaji dengan kakak..tu yg slow suaranya.comel betullah
Itulah kan..masa terasa singkat utk diri sendiri beribadah dibulan ramadhan ni.jalan terbaik uti sebulan la..
ReplyDeleteKakak byk ye dik..malu la tu tak pernah mengaji dengan kakak..tu yg slow suaranya.comel betullah
salam ramadhan kak zakie sekeluarga..
ReplyDeletekeletah sgt anak comel itu bertanya... hahaa...
salam Ramadhan kakzakie dan keluarga..selamat beribadat di bulan mulia ni ye
ReplyDeleteBudak comel tu banyak soal ya kakzakie...
ReplyDeleteYalah masa ramadhan ni kita nak luangkan untuk diri sendiri pulak kan.Tapi anak saya Iman saja ajar sendiri mengaji,kena mengaji juga seperti biasa je.
Budak comel tu banyak soal ya kakzakie...
ReplyDeleteYalah masa ramadhan ni kita nak luangkan untuk diri sendiri pulak kan.Tapi anak saya Iman saja ajar sendiri mengaji,kena mengaji juga seperti biasa je.
Assalamualaikum Kak Zakie, bermask ye kak zakie, teringin juga nak letak timun kat muka ni hehe.. si comel suka ada kakak-kakak tu. elok juga bercuti hanya sebulan bole la fokus untuk diri bersama keluarga bulan yang mulia ni..
ReplyDeleteAla...comelnya....
ReplyDeletebetul tu kak bulan ramadhan sgt singkat...
sebolehnya sebulan tu nak manfaat sebaik²nya..:)
Alahaiii comel je tau..bijak pulak tu ;) sebulan sunyi ye kak..
ReplyDeletehttp://nurul-izwa.blogspot.my/2016/06/belum-terlambat-nak-ucap-selamat.html
bagusnya kak zakie..
ReplyDeleteAs salam. bln posa ni anak2 terus gi mengaji slps Asar. Mujurlah mrka pi naik basikal sbb umah ustaz tu 1km je.
ReplyDeleteselamat berpuasa kak zakie.
ReplyDeleteMalu agaknya tak biasa mengaji dengan kakak kakak :)
ReplyDeleteRasanya kt mane2 buat camtu, kita pun perlu masa utk kita isi ramadhan ni kan.
ReplyDeleteTapi bg saya kt tadika ni ttp mengaji awal pagi, tapi skip sarapan terus masuk kelas lps dhuha.
Rasanya kt mane2 buat camtu, kita pun perlu masa utk kita isi ramadhan ni kan.
ReplyDeleteTapi bg saya kt tadika ni ttp mengaji awal pagi, tapi skip sarapan terus masuk kelas lps dhuha.
Ramadhan Mama pulak nak gi mengaji ye
ReplyDeleteSelamat merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini kakzakie semuga amalan kita diterimaNya amiin
Ramadhan Mama pulak nak gi mengaji ye
ReplyDeleteSelamat merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini kakzakie semuga amalan kita diterimaNya amiin
Benar tu kakzakie..
ReplyDeleteRamadhan hanya datang setahun sekali..
Ini lah masanya untuk memperuntukan diri memanfaatkan bulan yg penuh keberkatan dan keampunan..
Dijemput Allah menjadi tetamu Ramadhan tahun ini pun dah sersyukur sangatkan..
Solat tarawih tiada dibulan2 yg lain...
Terasa rugi pulak tak direbut peluang itu..
Sicomel tu ye kakzakie..
Yang banyak tanya..
Rindu dengan mama zakie lah tu..
Sebulan tak bertandang ke rumah akak :)
wpun rumahsunyi dari bunyi anak2 mengaji tapi digantikan pula dengan suara ahli keluarga sendiri ... rumah tetap bersinar bumbungnya ...
ReplyDeletepandai je mlt becok tu menanya ye kak
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan selamat berpuasa buat Zakie sekeluarga
ReplyDeleteSalam Ramadhan kak.. =)
ReplyDeleteSebulan ni sekejap je rasa sebenarnya.. Sama2 kita hargai n gunakan dgn sebaik nya utk beribadah. Moga ramadhan kali ini lbh bermakna buat kakak. =)
Sebulan ni sunyilah rumah akak dari suara mengaji anak-anak kecil ni ya. Tapi takpa, sebulan tu bukan lama pun. Sekurang-kurangnya masa sebulan inilah dapat 'mementingkan' diri sendiri. Mencari berganda-ganda pahala ya, kak!
ReplyDeletesalam ramadhan kakak..
ReplyDeleteagaknya maksud dorang..kakak2 yg ramai tuh boleh tulung ngajar ngaji jugak kot..bolehlah mama rest sikit kan..budak2 tuh rindu ngan ngaji ngan mama tuh
sronok kan bila semua org ada d rumah bulan ramadhan...
ReplyDeleteSalam Ramadhan kak...seronoknya anak2 megaji..seronok lagi bila anak2 semua ada bila cuti sekolah kan...
ReplyDeleteRamadhan Kareem kak...semoga kali ini lebih bermakna bersama keluarga tersayang dan masyarakat sekeliling!
ReplyDeletesalam ramadan kak..
ReplyDeletedorang sunyi lah tu xdpt mengaji.dgn.mama seperti selalu.
ReplyDeletep/s: peringatan buat saya skrg ni kak.huhuhu.onlaptop sempat create folder jek. tapi bab transfer gambar, lambat ya ampun. itu yg tertangguh. dgnrania tiap kali kita on lappy dia pon nak juga.memalam, bagai dikatalah..
tak ape lah maybe ade hikmahnya..
supaya lps ni leih berhati hati
salam ramadhan utk kakzakie
ReplyDeletememang ramadhan masa utk diri kita sendiri
eloklah tu bercuti buat sementara waktu kan
Assalammualaikum kak...salam ramadhan untuk akak sekeluarga ya...anak-anak tu mesti rindu nak mengaji kak sebab cuti sebulankan..bagi mereka sangat lama..seangkan bagi kita betul sebenarnya Ramadhan ini sangat singkat.. :)
ReplyDeleteSamalah kami kat sini K.Zakie.. ustazah dorang (yg selalu mengajar ngaji ke rumah) minta rehat sebulan sepanjang ramadhan ni utk memberi ruang beliau menghayati ramadhan sepenuhnya.
ReplyDeleteAssalammualaikum kak,
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1437h. Mudah-mudahan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan yang berkah ini.
abuikhwan&famili
Kuantan, Pahang
Cutenya budal comel tu. Mesti petah mulut dia kan.
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak.
comel sangat pertanyaanya tu...hehehe
ReplyDeleteitulah kan kak waktu ini kita pun nak tambahkan juga amalan macam terawih yang hanya ada pada bulan ini sajakan.
Salam ramadhan untuk kak zakie sekeluarga.
ReplyDeletecomey.. selamat berpuasaa kak zakie
ReplyDeleteyes bulan ramadhan kena bercuti supaya ada masa beramal ibadahkan.. jangan mudah2 mencari2 alasan...
ReplyDeleteseronok mengaji..teringat masa kecik dulu..abah dah sedia rotan..lepas solat maghrib semua mengadap mukadam & al quran
ReplyDeletebagus dia ...rajin dan bersemangat nak ngaji ngan mama zakie
ReplyDeleteanak buah saya pun cuti mengaji sebulan nie..tapi mereka yg tinggal berhampiran ngan masjid boleh still ikut majlis tadarus yang dianjurkan oleh pihak masjid lepas sembahyang tarawikh...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
assalamualaikum kakzakie...salam ramadhan dan selamat berpuasa...:)
ReplyDeleteHehehe....teringat anak pertama yang banyak soalan. Di suruh satu benda, datang balik 5 soalan nak dijawab sebelum nak dibuatnya apa disuruh.
ReplyDeletesalam ramadhan kak Zakie...pakai mask? :-)
ReplyDeletetiba-tiba terasa sebak... rindu suasana mengaji beramai-ramai..
ReplyDelete