Tiga perkara yang tidak digalakkan untuk berlebihan dalam kehidupan seharian kita iaitu makan, tidur dan bercakap. Bila berlebihan usah dipertikaikan andai ianya mengundang keburukan.
Makan bila perlu atau sebelum lapar atau bila tiba masanya diperlukan. Contohnya telah tiba waktu untuk berbuka puasa maka makanlah walau sekadar dengan seulas kurma. Tetapi berhentilah sebelum kekenyangan sebab bila kekenyangan pasti buruklah padahnya. Saiz perut kita bukanlah besar mana pun. Cuba lihat saiz perut berbanding dengan makanan yang kita makan untuk ditampung perut kita. Lagi parah bila sedang bersolat tiba-tiba sendawa terasa apa yang dimakan tadi. Apa jadinya?
Begitu juga dengan tidur. Maha kaya Allah dijadikan kita siang dan malam. Siang untuk menjalankan tanggungjawab seperti bekerja, belajar, membantu dan sebagainya. Tiba waktu malam berehatlah. Tetapi janganlah tidur yang berlebihan sehingga matahari tegak di atas kepala pun mata masih belum dibuka lagi. Jika ini yang terjadi jangan menyesal andai ada keburukan menanti. Mereka yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab di malam hari pula jangan jadikan alasan waktu siangnya terus-terusan tidur hingga lupa zuhor dan asar dengan alasan bekerja di malam hari. Tidak salah bekerja di malam hari dan tidak salah tidur di siang hari tetapi berpadalah.
Bercakap pula jika dirasakan tidak ada perkataan yang baik adalah lebih baik mendiamkan diri. Bercakap bila perlu dan bercakaplah yang baik-baik. Kunci mulut itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan. Tetapi bila ada ketikanya kita diperlukan untuk bercakap kenalah bercakap. Contohnya sebagai guru jika tidak bercakap bagaimana anak murid mahu menimba ilmu. Memberi usrah/tazkirah/tabligh jika tidak bercakap pasti misi tidak tercapai. Namun setiap butir percakapan biarlah menepati yang dikehendaki syarak. Mengumpat adalah racun dari syaitan yang paling dahsyat perlu segera kita jauhi.
~~ Setiap yang dijadikan Allah untuk kita pasti ada hikmah tersendiri. ~~
stuju kak... dana bln puasa nih mmg nk kurangkan ckp... alhamdulillah berjaya
ReplyDeletealmaklum dana duk blik sornag2... bila satu hari ddk blik je tak pi mana2 kecuali potostat, toilet n surau... jd jarang berckp2 berborak2 heheheh....
Semua itu kena lakukan secara sederahana kan kakzakie..
ReplyDeleteBila terover buruk padahnya..
Banyak pula penyakit yg menantikan..
Bunga orkid tahan lama..
tapi kalau nak berbunga seterusnya..
memang lama nak menantinya..
Cantik buat hiasan dihari raya kan kak :)
Mmg betul kak, patut dielakkan perkara yg tdk sepatutnya..
ReplyDeleteBunga orkid mmg cantik tp perlu kesabaran melihat berbunga kan kak..
Betul tu kak..setiap kejadian pasti ada fungsi dan manfaat nya.. spt siang & malam.. maha suci Allah yg menjadikan..
ReplyDeletetengah melatih diri utk lebih byk diam.. takut banyak mengundang dosa :(
peringatan bersama..tapi itulah yang sering kita lakukan
ReplyDeleteSetuju sangat.
ReplyDeleteApa yang kita lakukan perlu berpada2.
terima kasih atas peringatan kak..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..yup setuju..makan,tidur dan bercakap tiada salahnya dengan syarat biar ada sempadannya.. :)
ReplyDeleteperkara yang susah untuk berhenti tu kak..
ReplyDeleteBetulla kak zakie, bercakap tu tak dapat elak, cuma tanya balik tak balik dah ada cerita lain pulak.. terima kasih atas peringatan dear :)
ReplyDeletesume tu betol belaka kak...kene praktik selalu...bukan dlm bulan pose ni je kan...saya ni bab bercakap susah sikit...walau duk rumah je tapi dah kalau si izara 24 jam asyik la mengomel tak benti last2 dgn saya2 sekali pon membebel gak...pening ar :p
ReplyDeleteassalamualaikum kak zakie...mmg betul tu kak zakie...tambah bulan Ramadhan ni..elakkan bercakap benda yang bukan2...mengumpat apa tah lagi..
ReplyDeletePatut kita bersuara kpd perkara penting n perlu saja...agar terlebih bicara xmenimbulkan fitnah...
ReplyDeletebanyak makan, liat utk mengerjakan ibadah...byk mkn waktu berbuka, mmg liat nk gi terawih...melengkor je atas katil..
ReplyDeletebyk tidur rugi masa..
bercakap tu yang paling dirisaukan. Bila mata memandang, hati tak puas hati mulalah mulut nak berkata-kata.
ReplyDeletetambah2 dibulan puasa ni, harap-harap dapat dielakkan.
semoga kita semua tidak berlebihan dalam 3 perkara tersebut... insyaAllah...
ReplyDeleteterima kasih kak.. betul tu, terlebih tidur, tak de nikmat puasa. terlebih makan, lupa sebenarnya kita puasa untuk rasai macam org tiada. terlebih cakap mengubndang dosa pula..")
ReplyDeletesetuju kak..
ReplyDeletetqsm atas perkongsian akak.. atleast dpt mgingatkan kt ttg perkara ni
yaa akak tgk kt ofis org bercakap tak henti mcm bukan di bulan puasa.
ReplyDeletecakap bila perlu je
Betul tu kak..banyak cakap memang buruk padahnya,kadang-kadang terlepas cakap ada orang yang akan terasa,bak kata pepatah,terlajak perahu boleh undur,terlajak kata buruk padahnya...bab makan pula,rasullulalh pun dah pesan berhenti sebelum kenyang.
ReplyDeleteBab tido kalau weekend tertido lama..Ya ALLAH lemaunya badan rasanya...
Cantik orkid akak :)
allahuakbar...melihat keliling, tiga perkara ini makin mneyerlah dilakukan orang...
ReplyDeleteIslam itu mmg indah ye kanda... Garis panduan yg diberikan supaya sentiasa bersederhana dalam apa jua perlakuan kita...
ReplyDeleteDinda lagilah kanda ....orkid pun tak de haha
terima kasih atas perkongsian ini kak
ReplyDeletemuhasabah diri