Thursday, June 2, 2016

Menggamit keindahan bersama - 4

Sewaktu pergi ke Pantai Timur kami melalui LPT2 kerana mahu cepat tiba destinasi. Sebaliknya untuk perjalanan pulang kami memilih melalui jalan persekutuan. Menyusuri jalan ini mata pasti akan dijamu pemandangan indah bukan saja keindahan alamnya, bahkan juga sosio-ekonomi masyarakat di sana. 

Gerai tidak terurus. Dari dulu hingga kini sama saja. Anak-anak berkata mungkin berniaga tidak untung sebab itu gerai tidak dibuat dengan sempurna. Tapi aku balas yang mereka tidak mahu cantik-cantik sebab pada bila-bila masa jika dirobohkan mereka tidak menanggung kerugian. Apa pun mereka ada alasan mereka sendiri.

Jagung bakar dan rebus pilih sajalah mana satu menjadi pilihan. Menjenguk dalam periuk sebelum membeli sebab bila melihat luar periuk yang hitam-legam ada sedikit rasa cuak. Bersih dalamnya jangan takut.

Nira, jelly kelapa dan jagung sentiasa ada dari dulu hingga kini. 

Pantai adalah suatu yang pasti tidak jemu mata memandang. Ada sekumpulan kambing yang berehat di pergola yang disediakan. Pandai pula bila melihat kami tiba masing-masing beredar pergi. Pada mulanya semua berehat duduk di kerusi dan meja yang ada

Gerai keropok yang tidak ada perubahan. Mungkin sebab tidak ada masa untuk membuat ubah-suai kerana pelanggan tidak pernah putus. 
Keropok bermacam jenis keropok pasti akan dibeli. Keropok tamban, parang, sotong, udang, ketam, yang besar, kecil, chips semuanya diborong.

Begitu juga keropok basah, lekor, losong mudah kata bermacam jenis ada. Mereka menjana ekonomi kita sebagai pembeli beruntung sama dapat menikmati. 
Sarapan pagi dengan hidangan bagaikan makan tengahari pun ada pilih sajalah mana suka. Yg pasti sebungkus pasti perut akan kenyang.

Sepinggan laksam yang enak kalau tidak terbuka selera tidak tahulah mahu dikata.  Bersarapan pagi dengan ini sehingga tengahari perut perlu direhatkan dari makan tengahari.

Nasi kerabu, nasi dagang dan laksam menjadi pilihan siapa juga yang ke sana. Signature dish yang menggamit ramai.

Lainlah jika seperti ini perlu diviralkan sehingga ramai yang berpusu datang. Namun gerai nasi dagang, nasi kerabu, laksam makcik yg kami kunjungi sentiasa diserbu walaupun tidak ada viral di fb/tweeter/insta. Itulah istimewanya Pantai Timur.

Tidak termasuk dengan kuih-muih mereka yang menggoda setiap mata yang memandang. Harga mampu itu yang terbaik. Itulah sebabnya mengapa saban tahun salah satu destinasi percutian kami ke sana. Masjid dan rumah penginapan mana-mana pun mudah diperolehi hatta di musim cuti sekolah. Asal saja tidak memilih hotel 5 bintang. Sebab buat kami sekeluarga tempat penginapan sekadar untuk tidur, mandi dan berehat. Tidak perlu yang canggih-canggih sebab sebaik bangun tidur bilik akan ditinggalkan untuk menjelajah destinasi yang mahu dilawati.

~~ Mana tahu aku dapat calon menantu orang sana hahaha... ~~


50 comments:

  1. Salam Kak Zaki...
    suka dengan keindahan Pantai Timur.. dulu pernah kesana, dgn pantai yg indah..makanan yg pelbagai & murah..masyarakatnya yg peramah & lemah lembut...
    hubby suka laksam tu kak, sy tak berapa..klu keropok rasa semua nak beli...hehehe...
    manatau boleh dpt menantu org sana..:)

    ReplyDelete
  2. Saya pun kalau nampak laksam ni memang tergoda sungguh..
    Kalau kesana rugi tak menikmati hasil masakan mereka kan kakzakie..
    Murah pulak tu..
    Keropok losong memang dicari sebagai buah tangan pulang ke tempat sendiri..

    Aamiin..
    Moga akak dapat calon menantu orang sana..
    Hihihi tolong doakan :)

    ReplyDelete
  3. Itulah kak...bila ke tempat org mcm2 kita rasa
    suka laksam, sedappp

    ReplyDelete
  4. ya Allah kak...menu2 kelantan yg sedap2.... lieya punye peberet mcm ni nieh.... lieya suke laksam...mujur dpt rase kelmarin...sebelum puase ni biase laaa mcm2 bende nak makannye hahahaahah....

    peniaga2 kecilan mcm ni mmg kak.... kdg2 sampai dah 2 keturunan meniaga pun tak ubahsuai kedai..tu la mahalnyer...nilai2 sejarah tuuu heheehehehe....tapi tak salah ikut peredaran masa...bagi canggih sikit kedai tu heheeheheh

    ReplyDelete
  5. aduhai..sedapnye nasik kerabuuuu...laksammmmm...terliur kak..hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak..seronok kan bila sesekali tengok judah di negeri lain...lagi seronok bila kena dengan selera dan boleh diterima tekak dan perut..subhan ALLAH..nikmat tidak terperi...kak ayat yang last tu PC aminkan..mana tahukan...hehehe..doa mama tu..kak meen..kak reen..adik..ha hajan mama tu.. ^^

    ReplyDelete
  7. Jelly kelapa nieyl klu pegi mana²..
    kalau x 5 bekas x sah..huhu

    ReplyDelete
  8. Bestnya kakzakie macam2 makanan boleh jumpa....semua membuka selera kan.Periuk hitam sebab masak guna kayu api ya kakzakie....

    ReplyDelete
  9. Bestnya kakzakie macam2 makanan boleh jumpa....semua membuka selera kan.Periuk hitam sebab masak guna kayu api ya kakzakie....

    ReplyDelete
  10. Aminnnn...moga dapat menantu orang Pantai Timur...hihihihi

    Saya pun mmg suka ke Pantai Timur, terutamanya pantai2 di Terengganu yg cantik tu...tapi tu lah, gerai2 tepi jalan tu mmg takde perubahan langsung..macam tu la keadaannya...

    ReplyDelete
  11. kalau lalu di jln persekutuan di kampung2
    biasa lah permandangan macam tu..
    macam2 boleh lihat..

    akak, mcm dah ada hint nak bermenantu je bunyinya tu

    ReplyDelete
  12. Maca macam makanan ada kalau ke pantai timur :)

    ReplyDelete
  13. kami kalau balik kampung pun pilih jalan biasa akak.. anak2 bosan dalam kereta, boleh berenti sekejap tepi pantai hihi..

    ReplyDelete
  14. 100% setuju ngan akak..makanan pantai timur tak perlu nak pertikaikan lagi..sedap!! yang kata tak sedap tu tak tau la deria rasa camaner..huhuu

    harapnya akak dapat menantu orang belah sana la yer :)

    ReplyDelete
  15. dh ada hint2 ke bakal dpt menantu org sna kak? hehehehhe

    dana pun tiap kali blik kerteh mmg suke guna jln pantai, pastu perjalanan 4jam blh jd 6jam sbb benti sana sini... benti makan lah benti beli itu lah ini lah... hehehhe
    seronok kan kak...

    ReplyDelete
  16. Dah berangan calon menantu ye kakzakie he he..tak salah..dah kalau dah jodohkan
    Acik kalau ke pantai timur pun suka cari makanan..suka beli kuih2 dia..makan keropok lekor di gerai2 tepi laut..

    ReplyDelete
  17. rindu kat kampung pulak tengok gambar-gambar ni......

    ReplyDelete
  18. periuk hitam-legam..hihi..setiap hari kena asap...

    bersantai-santai driving ikut federal road, macam2 pengalaman..byk tempat boleh singgah..

    ReplyDelete
  19. memang syok pergi belah pantai timur ni..makanan enak2 belaka kan kak...teringat masa tak tau apa itu air nira..punyalah beli,tapi bila dah rasa...adeh...

    ReplyDelete
  20. saya dan suami kalau g mana-mana suka lalu jalan kampung kak sebab macam-macam makanan leh jumpa. hihihi

    ReplyDelete
  21. kalau dpt menantu org sana pun best tu kak..amie pun suka betul kalo ke pantai timur...mmng seronok

    ReplyDelete
  22. Sesekali penuhi selera kan kak .. keropok lekor tu yg menjadi perhatian klu ke pantai timur.😊

    ReplyDelete
  23. Dulu kak Zai sekeluarga tak berapa minat dengan Pantai Timur tapi selepas hubby ada projek disana kami berulang alik ke Kuala Terengganu dan Besut. Sebulan 3 kali wajib pergi dah jadi rumah kedua. Kami sekeluarga sudah jatuh cinta begitu juga dengan negeri Kelantan.Setiap kali ke Terengganu akan ke Kelantan juga.Banyak tempat yang kak Zai jelajahi begitu juga dengan tempat makan yang sedap2 dan tempat membeli keropok yang sedap.

    ReplyDelete
  24. setahun sekali kami pasti ada program percutian ke Pantai Timur sama ada Tganu, Kelantan atau paling dekat pun Kuantan. Memang kuat aura pantai timur ni, hihi

    ReplyDelete
  25. dekat sana memang mewah dengan makanan yang sedap dan murah kan kak, tergoda tengok laksam tu.

    inshaAllah kak, moga2 ada rezeki akak nak dapat menantu orang sana.

    ReplyDelete
  26. Haha kak, mcm dah ada calonnya tuh. Kalo ada jodohnya org sana, nnt nk kenduri jgn lupa jemput saya ek😉
    Saya kalo blk teganung mmg puas mkn, tapi suami saya plak tak suka sbb rasa manis, tapi dh tkde pilihan dia mkn gak, kalo tak berlapar le.

    ReplyDelete
  27. Haha kak, mcm dah ada calonnya tuh. Kalo ada jodohnya org sana, nnt nk kenduri jgn lupa jemput saya ek😉
    Saya kalo blk teganung mmg puas mkn, tapi suami saya plak tak suka sbb rasa manis, tapi dh tkde pilihan dia mkn gak, kalo tak berlapar le.

    ReplyDelete
  28. Tu la macam dah ada calon orang sana ja ni.. haha.. betul negeri sana orangnya berdarjat dan ramai pengusahawan kan. Tu banyak homemade produk..

    ReplyDelete
  29. Kak Zakie... kami pun ke Terengganu / Kelantan juga last week.. kalau arrange boleh jumpa kan..

    ReplyDelete
  30. Hahaha! Dah berkira-kira nak bermenantukan orang sana ke, kak? Senang nanti, tak perlu cari penginapan ^_^

    Memang seronok sesekali ke Pantai Timur. HD ajak mengulang pergi lagi sebab katanya hari tu tak puas hati. Tengoklah macamana. Banyak betul plan nak jalan sana sini tapi kalau buat hal last minute, memang tak jadilah...

    ReplyDelete
  31. nasi kerabu dan laksam tu always my feveret....saya suka sgt tu kak...
    kadang tu nasi kerabu seminggu dua kali saya makan...mcm ketagih...huhu...

    ReplyDelete
  32. ramai orang berniaga..kedai makan macam cendawan tumbuh lepas hujan. Sampaikan sedara yang balik sekali sekala pun heran, nie semua berniaga sape yang nak beli ni katanya..haha.

    kak, keropok lekor, keropok losong adalah sama, Losong tu nama tempat keropok tu dijual, masa yaya ke Perak pun ada ternampak papan tanda, 'keropok lekor dan keropok losong ada di jual di sini'..hihi

    ReplyDelete
  33. ayat hak last sekali tu win kak...haha
    saya dah lama tak ke terengganu
    last pergi masa sekolah menengah ikut lawatan sekolah
    pastu memang tak penah dah
    emm...banyak tempat yang akak share ni, buat tertarik pula nak ke sana

    ReplyDelete
  34. Oh mengamit ye kak..nak kena pgi juga ni....tak pernah lgi me terenganuhhh ni...hujung taun ni aden nak melangkahlah kesana....kenalanada juga kat sana..boleh jadi guide knor nti....huhu semoga tercapailah hajat tu....

    ReplyDelete
  35. Baca entri kanda ni, tambahlah teringin dinda nak ke Terengganu tau kanda....

    Kanda tak jumpa sata ke?

    ReplyDelete
  36. laksam tue,nmpk sedap.tros telan air liur.naseb baik x jilat skrin komputer nie.

    ReplyDelete
  37. Tak pernah saya drive sampai ke pantai timur. Mungkin suatu hari nanti apabila nak ke mana-mana pulau disana. Pasti saya akan berhenti sepanjang jalan...

    ReplyDelete
  38. As-salam Kak Zakie,

    Wah bestnya berjalan2.. Memang seronok bila ke pantai timur.. makanan2nya enak2 belaka.. semuanya nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  39. Lama dok balik Pantai Timur.
    Rindu pula nak makan laksam.

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum kak zakie...apa khabar kak

    ReplyDelete
  41. Best nya lahai bila lalu jln persekutuan tu time balik raya.. kita ngeri dengar orang pantai timur balik kg berbelas jam jammed.. diorang ok je kan sebab kiri kanan jalan disajikan keindahan lagi2 dgn suasana nk raya nya.. hihi, awat mcm dah terkedepan sgt plak ni ':)

    ReplyDelete
  42. bestnya. pantai timur terengganu penuh dengan menu yg best2 kan.

    kopok mokcik mokcik tak yah diviralkan sbb ttp mjdi pilihan. hihihi

    kula cakes tu mmg pemes, kan !!
    teringin juga lah nak merasa kalau ke kuantan nanti. semoga dipermudahkan lah urusan nk ke sana nanti. aamiin

    ReplyDelete
  43. Pernah beberapa kali je nurul berkunjung ke pantai timur... memang best, kat sana bab makan ada di merata2 dgn menu yang pelbagai.. dah lama rasanya x mkn laksam.. sedappnya lahai... 😆😆

    ReplyDelete
  44. saya pun pengemar citarasa pantai timur kak.... semua saya cuba klu ke sana....

    ReplyDelete
  45. dah lama tak pergi pantai timur especially terengganu dan kelantan...masakkan dorang memang sedap2..kalau sy pergi sana memang feveret cari nasi berlauk...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  46. rebus guna dapur kayu tu..mmg jimat lahh...x guna gas...best ke sana sbb semua harga makanan MURAH

    ReplyDelete
  47. Mmg makanan sana tu menepati selera nekcik..0eberet laksam..kuah dagang..tapi bila nak driving jauh tu..kurang semangat jadinya...

    ReplyDelete
  48. Mmg makanan sana tu menepati selera nekcik..0eberet laksam..kuah dagang..tapi bila nak driving jauh tu..kurang semangat jadinya...

    ReplyDelete