Tuesday, June 14, 2016

Satu petang di bulan ramadhan

Setiap hari dalam lebih kurang jam 4:30 petang minggu pertama berpuasa papa akan menelefon anak-anak apa pesanan yang mereka mahu untuk dijadikan berbuka puasa. Sehingga ada pekerjanya yang sudah arif berkata kepada hubby "ambil order ye boss". Tetapi minggu ini papa terus saja menelefon mama kerana kakak tidak seperti adik apa saja papa beli mereka tidak ada halangan. Cuma jika ada yang teringin dia sendiri yang akan menelefon papanya.

Semalam menjadi lain kisahnya. Sebaik menerima panggilan, aku serahkan pada hubby belilah apa saja asalkan jangan yang pedas-pedas. Sebelum memutuskan talian telefon hubby sudah berpesan ada pisang  yang diberi oleh nenek kepada salah seorang budak yang mengaji untuk digoreng. Sayang jika dibiarkan sebab bukan ada budak mengaji sekarang ini. Kena goreng dan bolehlah dibawa ke masjid. Bila hubby berkata begitu tahulah aku perlu balik awal sedikit. Jam 4:20 lebihkurang aku sudah turun menuju ke kereta.  Memandu seperti biasa tiba di Bandar Dato' Onn ada sedikit ketidak-selesaan pada tayar kiri bahagian belakang. Mahu berhenti kereta bersusun. Terus memandu perlahan dan sebaik ada ruang berhenti di tepi jalan berdepan plaza toll aku berhenti. Sah, tayar pancit! Telefon hubby mendapat arahan pandu saja ke depan dan berhenti di hadapan selepas membayar toll supaya hubby boleh u-turn tidak perlu membayar toll. 

Kita merancang tapi Allah juga merancang. Selepas membayar toll dan parking di tepi jalan,  mata aku sudah terpandang polis peronda PLUS secara kebetulan ada di sebelah atas hadapan surau R & R. Memberitahu hubby tidak perlu datang kerana aku akan meminta bantuan polis peronda tersebut. Sambil menanti dua 'hero' tersebut menukar tayar dalam kepala aku membayangkan sempat atau tidak hajat mahu menggoreng pisang. 

Ganjaran di bulan puasa - Kasihan pula di petang hari kedua mereka ini kena membantu menukar tayar keretaku yang pancit. Ketika aku menghulur sebagai tanda terima kasih pun pada mulanya mereka tidak mahu. Tapi aku katakan pada mereka "Ini abang yang pesan, ambillah. Terima kasih banyak dari kakak". Semoga Allah berikan ganjaran berganda buat mereka.
Menggoreng - Alhamdulillah hajat hubby mahu aku menggoreng pisang juga kesampaian. Lebih kurang 20 biji juga aku goreng belah dua dan syukur ramai yang suka. Ketika rehat sebentar terawih 8 rokaat semua habis dimakan jemaah. Sebab ada jemaah yang tidak solat terawih sehingga 20 rokaat. Habis 8 rokaat mereka keluar saf dan solat witir sendiri. Tidak menjadi masalah.
Baki - Di dapur aku kini masih berbaki lagi dalam 5 biji yang belum masak. Mungkin akan menjadi kuihlah yang ini sebab kalau digoreng tidak mencukupi untuk dibawa ke masjid.
Betapa aku ini kurang bijak merancang masa sebenarnya. Hanya kerana menggoreng pisang pun selepas asar semalam aku tidak bertadarus. Rugi satu juzuk. Tapi ada kepuasan sebab dapat memberi apa yang hubby hajatkan. Kalau tidak entah apa jadi dengan pisang yang banyak itu.


~~ Media diminta bekerjasama untuk membantu rakyat berfikiran lebih intelektual bukan membantu mencari keburukan kerajaan (itu kata orang politik). Apa pun rakyat sekarang lebih cakna biarpun tanpa bantuan media. ~~


43 comments:

  1. Alhamdulilah kak zakie...di bulan Ramadan yang mulia ini ada abang2 yang sanggup berlapang dada menolong akak menukar tayar pancit tu...julia terharu sgt2

    ReplyDelete
  2. rezeki bt abg2 peronda kakzakie...
    kepuasan utk diri sendiri bila pisang yg digoreng habis..hajat tertunai...mungkin bahagian kita lain pula
    akak...sedapnya cicah dgn sambal kicap pisang tuhhh

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..rezeki mereka di bulan puasa kak...syukur ada yang membantu kan kak..
    pisang tu kena dengan sambal kicap mmg best..dihidang pula dengan teh atau kopi panas...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan akak...syukur...

    ReplyDelete
  5. Ujian pula bila nak cepat pulang ye kakzakie..
    Alhamdulillah .. ada juga yg sudi menolong..

    Sedapnya goreng pisang..
    Makan lepas tarawih lagi sedap kan..

    Saya semalam lepas subuh tak sempat bertadarus..
    Sebab hari pertama bersekolah..
    hanya sempat selepas asar ajer kak..
    Alhamdulillah hari ini lepas subuh sebab bertadarus dengan anak2..
    Dah masuk Juz 10.. harap hari ini boleh habis juz 10 ni..
    Takut lari target hihihi..

    ReplyDelete
  6. Ujian ramadhan kan kak tapi alhamdulillah terus ada bantuan yang Allah dah aturkan. Sedapnya pisnag goreng :)

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah ada yang membantu akak...sempat juga la menggoreng pisang untuk dibawa ke masjid kan kak...perancangan ALLAH SWT memang hebat kan kak...

    ReplyDelete
  8. Banyak pahala untuk polis peronda tu kan kak..Nampak sedap pulak pisang yang digoreng tu, kalau panas2 lagi sedap kan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Niat yang baik pasti Allah permudahkan. :)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya...
    nieyl pun dah lama x makan pisang goreng...
    tgk akk goreng tetiba macam teringin pulak...

    ReplyDelete
  11. Nasib baik ada abg2 polis tu kan kak. Sempat juga menggoreng pisang tu 😊

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, rezeki Allah ada di mana-mana. Terlepas satu juzuk tu tak lah rugi kak. InsyaAllah sudah diganti dengan cara yg lain.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah semua perancangan di permudahkan... Ammin...

    sedap kak pisang goreng tu... teringat pisang goreng mak saya di kampung...huhuu

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah,ada yang membantu disaat genting.Dibulan Ramadhan yang mulia ni Allah sentiasa permudahkan urusan kan Kak Zakie.
    Makan goreng pisang waktu berbuka sedap juga kan...hmmm,tiba2 teringin pulak!

    ReplyDelete
  15. pernah juga minta pertolongan abang polis peronda. Alhamdulillh semuanya berjalan lancar. Waktu hampir subuh...masa tu tak sempat sahur...


    -rakyat kena lebih bijak pilih pemimpin supaya dapat memimpin negara kearah lebih baik-

    ReplyDelete
  16. hihi comel je akak, sambil tgk orang betulkan tayar pun masih terfikir2 nak goreng pisang ☺

    ReplyDelete
  17. nampak sedap aje grng pisang akak tu...huhuhiu

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah ada yang membantu. Semoga hari ini diberi kelapangan yang lebih untuk tambahan bacaaan 1 juzuk itu kak.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah... sebenarnya msh ramai yg suke membantu ngn ikhlas cuma kita kadang tak sampai hati nk jgk menghulur tanda terima kasih...

    dana pun terpikir blm kesempatan hulur apa2 makanan kt surau tmpt edy terawih... sedap jgk bt pisang grg utk moreh kan kak

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah dipermudahkan olehNya, cuma tadarus tak sempat. Untung anak-anak papa sporting ambik order :) bagus jugak bawa makanan ringan boleh juga kunyah-kunyah.. untuk Fadya memang bawa :)

    ReplyDelete
  21. oo akak lalu bandar dato onn ye..
    alhamdulillah ada yang sudi membantu

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, ada yang datang membantu. Itulah kita yang merancang Allah yang menentukannya. Dapat rezeki yang membantu dan juga yg datang ke masjid..merasai ggoreng pisang.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..sempat jugak kakak balik goreng pisang tuh..rezeki jemaah kat masjid pulak..hehehe..nasib baik ade 2 hero yg tlg kakak tukar kan tayar yg pancit tuh..

    tp kan kakak..cakna tuh ape maksudnye...

    ReplyDelete
  24. Mujurlah ada yang memberi bantuan. Kalau tidak lagilah pening, kak. Kita orang perempuan ni memang tahu bawa kereta aje, lain-lain kurang pengetahuan. Tak semualah tapi saya tergolong dalam driver yang tak tahu apa-apa.

    Permintaan suamikan, dapat juga ditunaikan walaupun dalam keadaan terlewat macam tu.

    ReplyDelete
  25. perancangan Allah yang lagi terbaik kan.
    tp syukur ada yang sudi membantu akak.
    tak dapat tadarus tak mengapa asalkan hati gembira tunaikan permintaan suami

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah ada yang menolong. Puasa2 ni tengok pisang goreng pon boleh terliur...hehehe...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah ada yang menolong. Semoga dimudahkan urusan kakak sekeluarga.

    ReplyDelete
  28. Syukur alhamdulillah..Allah permudahkan semua urusan kakzakie...perana media sbg massa propaganda semakin sukar la ni...

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah....program kakzakie cuma tergendala sekejap ja kan...syukur

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  31. Itulah putaran kehidupan...masa kita susah ada yang menolong... dengan rezeki lebih yang kita ada kita bersedekah pula...


    Agar tak putus amalan kita di bulan baik ini dan seterusnya.

    ReplyDelete
  32. Bersyukur sngt kakzakie ketika kita sngt perlukan bantuan ada antrkan bantuan pada kakzakie dan dpt beejumpa family tersayang!

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak,
    Semoga dipermudahkan menjalani ibadah di bulan ini...Alhamdulillah, Allah menghantar pertolongan-Nya melalui peronda plus tersebut. Walaupun rasa agak rugi tidak dapat bertadarus, tetapi prbendaharaan pahala-Nya luas. Dengan pisang goreng tersebut ramai yang dapat mencicip. Didatangkan pahala melalui itu pula...

    ReplyDelete
  34. satu moment yang manis ni kak..ala-ala iklan Ramadhan kat tv tu :) alhamdulillah kat tempat saya pon masing-masing berusaha untuk memberi sekarang ni.. lagi-lagi bulan puasa ni kan, rasa ketinggalan pula bila yang kita ni asik menerima jer ':)

    ReplyDelete
  35. Bersyukur sangat polis peronda tu kanda walaupun dah tugas katanya tp ada orgbyg baik hati, dapatlah rezeki bulan puasa, bolehlah beli roti john hihi....

    ReplyDelete
  36. Bersyukur sangat polis peronda tu kanda walaupun dah tugas katanya tp ada orgbyg baik hati, dapatlah rezeki bulan puasa, bolehlah beli roti john hihi....

    ReplyDelete
  37. saya baru follow blog akak...indah bahasa dan susunan ayat akak..masih terus membaca dan membaca...sappa diri empunya blog ni...

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah.. moga akak dan family sentiasa dimurahkan rezeki.. inshaAllah

    ReplyDelete
  39. saya baru follow blog akak...indah bahasa dan susunan ayat akak..masih terus membaca dan membaca...sappa diri empunya blog ni...

    ReplyDelete
  40. Media diminta bekerjasama untuk membantu rakyat berfikiran lebih intelektual bukan membantu mencari keburukan kerajaan (itu kata orang politik)....


    Ha ha ha hadoiiii

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah
    rezeki dikongsi bersama
    sedap pisang gorengtu dicicah sambal kicap,

    ReplyDelete